Rabu, 30 Jun 2010

Suara PERKASA Bermula Garang.

Suara PERKASA akhbar rasmi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia akan berada di pasaran mulai esok ( 1 Julai 2010). Buat permulaan sebanyak 25,000 dicetak dan diedarkan di seluruh Malaysia. Ia dijual dengan harga RM2 di semenanjung dan RM2.50 di Sabah dan Sarawak. Suara Perkasa dijadual terbit setiap 1 dan 15 haribulan.

Ramai tertanya-tanya di manakah boleh mendapat akhbar ini? Mereka memang menunggu-nunggu kemunculan sulung akhbar ini selepas PERKASA mengedarkan edisi pengenalannya dalam mesyuarat agung pertama mereka di ibu negara pada 27 Mac lalu. PERKASA negeri atau daerah tidak dibekalkan akhbar ini untuk dijual kepada ahli-ahli tetapi berkemungkinan besar PERKASA pusat akan melantik agen-agen untuk memasarkan akhbar ini kepada rakyat. Oleh itu sesiapa yang berminat bolehlah mencari di kedai-kedai yang biasa menjual akhbar. Peringkat awal ini berkemungkinan akan mudah di dapati di Kuala Lumpur dan Selangor serta bandar-bandar besar di seluruh negara.

Suara PERKASA muncul dengan begitu sensasi apabila meminta kerajaan menahan Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Ketua Pemuda MCA di bawah ISA gara-gara mempertikan biasiswa MARA. Akhbar berbahasa Inggeris, The Star memetik Wee sebagai berkata jika kerajaan menghentikan pemberiaan biasiswa JPA tetapi mengekalkan biasiswa Mara, ia tidak selaras dengan konsep 1Malaysia.

Bagi PERKASA, Wee Ka Siong tidak berhak untuk mempertikaikan biasiswa MARA kerana ianya adalah hak orang Melayu dan termaktub sebagai hak-hak istimewa orang Melayu seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan. Walau apa tujuan Wee mengeluarkan kenyataan itu ianya telah menguris perasaan orang Melayu yang memberi undi kepadanya sebagai Ahli Parlimen Ayer Hitam, Johor. Tambahan pula Parlimen Air Hitam adalah kawasan majoriti Melayu dan diberi kepada MCA atas semangat perkongsian kuasa kerajaan BN.

Timbalan Presiden PERKASA yang juga Yang Dipertua PERKASA Johor, Dato' Abdul Rahman b Abu Bakar telah mendesak Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana didakwa mempertikaikan biasiswa mara. Beliau juga telah meminta pengundi Melayu di Parlimen Ayer Hitam supaya berfikir dua kali untuk mengundi Wee Ka Siong dalam pilihanraya akan datang. Malah Dato' Abd. Rahman juga berkata Wee tidak layak menjadi menteri kerana tidak tahu menjaga sensitiviti orang Melayu yang selama ini menyokongnya dalam pilihanraya.

YDP PERKASA Johor itu sendiri bercadang akan mengadakan perhimpunan dalam Parlimen Ayer Hitam untuk berjumpa dengan rakyat. Jika Wee Ka Siong tidak memohon maaf dan bercakap berdolak dalik, kerusi Parlimen Ayer Hitam akan menjadi kerusi panas dalam pilihanraya umum akan datang.

Tahniah kepada suara PERKASA yang akan menjadi wadah bagi mengetengahkan masalah dan kepentingan Melayu selaras dengan matlamat perjuangan PERKASA. Tunggu kehadirannya di tempat anda. klik di sini

Amir Hamzah B Mohamad
Setiausaha, PERKASA Johor.

Rabu, 16 Jun 2010

PERKASA Mersing di lancarkan.






PERKASA Mersing berjaya menganjurkan majlis perlancarannya pada 16.06.2010 jam 9.00 malam di Dewan Jubli Intan Mersing yang dihadiri oleh Presiden PERKASA, Dato'Paduka Ibrahim Ali. Mersing adalah daerah ke 8 yang berjaya dilancarkan PERKASA Daerah. Hanya tinggal Daerah Kota Tinggi dan Muar sahaja yang belum dilancarkan.

Ahad, 13 Jun 2010

Johor, gelaran dan mesej


Rencana Awang Selamat harus dibaca berkaitan dengan anugerah, pingat dan gelaran daripada Istana Johor. Setelah mendapat pingat, anugerah dan gelaran bukan bermakna pingat dan gelaran itu kekal jika mereka tidak lagi menepati kriteria Undang-Undang dan Peraturan Darjah Mahkota Johor. Sultan Johor atas laporan JMDRJ mempunyai hak untuk melakukan pemecatan demi menjaga kemuliaan dan nama baik institusi diraja Johor.

Klik di sini.

Baca juga di sini.

Jumaat, 11 Jun 2010

Hak Sultan Memberi Dan Menarik Balik


Pada pendapat saya adalah menjadi hak Sultan untuk menganugerahkan bintang kebesaran dan menjadi haknya juga untuk menarik semula anugerah tersebut. Jadi atas keperluan apa Anwar Ibrahim mohon mengadap baginda tuanku. Nak bertanya sebab-sebab penarikan semula bintang kebesaran tersebut atau nak jadi hero di mata penyokongnya?

Klik di sini.

Khamis, 10 Jun 2010

Sultan Johor Murka?


Datuk Chua Jui Meng telah diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri. Sebab musababnya tidak diketahui.
Sila klik di sini.

Selasa, 8 Jun 2010

Judi - PAS mampu selesaikan..!



Orang yang paling rapat dengan Dato Vincent Tan adalah Dato Kamaruddin Jaafar(KJ), bekas Setiausaha Agong PAS. Sekarang Dato KJ masih lagi berperanan sebagai orang perantara Anwar dengan PAS melalui jawatannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi.

Semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan, Dato KJ adalah bisness partner Vincent Tan. Jadi PAS boleh minta tolong Dato KJ untuk menasihatkan Vincent agar selesaikan masalah perniagaan judi di Malaysia.

Ketika Anwar jadi menteri kewangan, Anwar juga beri mesin slot judi kepada Vincent di Tropicana Club yang beroperasi hingga sekarang.

Dengan duit Magnum pula, Datuk KJ berpakat dengan dengan Dato Nalla beli bangunan IKD menggunakan syarikat bernama "Mawar Cempaka Sdn Bhd".

Jadi, untuk menyelesaikan masalah judi di Malaysia, orang yang paling layak menghapuskannya adalah Dato KJ, Ahli Majlis Tertinggi PAS sendiri.

Shah, Bangsar

Ahad, 6 Jun 2010

Kutuk Israel!

Semua pejuang-pejuang PERKASA:

Isnin( 7 Jun 2010)jam 1 petang, patung Natanyahu akan dinaikkan ke atas lori dan akan dibawa dan ditempatkan di luar Parlimen Malaysia dan akan dibakar bersama bendera Israel.Tindakan ini dibuat serentak dengan usul mengutuk Israel di Parlimen oleh Perdana Menteri. Berhimpun di Grand Season (Pejabat Perkasa Pusat) bagi mereka yang komited dan berani.

Ibrahim Ali.
Kiriman : Razif Bakri
AJK PERKASA Johor.