Isnin, 29 Mac 2010

Keluarkan Gerakan Daripada BN!


Ketua Gerakan Pulau Pinang, Teng Hock Nam menyelar bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung peranannya merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). Dal
am kenyataannya hari ini Teng juga membidas Tun Mahathir yang menyampaikan ucapan semasa merasmikan Mesyuarat Agung Perkasa kali 1 yang didakwanya bersifat perkauman dan 'menjijikan'. klik di sini. Soalan saya:

1. Daripada mana Teng Hock Nam mendengar ucapan Tun Dr Mahathir semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan Perkasa?

2. Teng Hock Nam faham atau tidak bahasa Melayu?

3. Tunjukkan di mana ucapan Tun Mahathir yang bersifat perkauman dan 'menjijikkan' itu.

Tuduhan melulu daripada Teng ini membuktikan Gerakan sengaja mencari pasal dengan orang Melayu yang semakin meluat dengan beberapa kenyataan pemimpin Gerakan seperti Lim Keng Yeik, Koh Tsu Koon dan terbaru daripada Teng. Teng bukan sahaja membuat fitnah tetapi cuba memburuk-burukkan imej mantan perdana menteri yang juga seorang negarawan.

Ramai pihak sebenarnya cuba menghalang kehadiran Tun ke majlis PERKASA ini dan Tun sendiri sedar apabila Tun mengatakan 'ramai pihak menasihatkan beliau agar jangan merasmikan mesyuarat Perkasa kerana ia boleh mencemar imej dan nama baiknya. Namun, katanya, nama beliau sudah tercemar dulu angkara dikeluarkan dari UMNO'

Berikut saya siarkan ucapan Tun yang dicatat oleh Hasnurul Mohamed (Utusan Malaysia) yang membuat liputan langsung Mesyuarat Agung Perkasa kali pertama. Para pembaca boleh menilai sendiri sama ada benar atau fitnah kenyataan yang dibuat oleh Ketua Gerakan Pulau Pinang itu. Jika tidak ada unsur-unsur seperti yang didakwa oleh Ketua Gerakan itu maka suka kita mencadangkan agar dikeluarkan sahaja Gerakan daripada Barisan Nasional.

Catatan Hasnurul Mohamed:

Dr Mahathir menjelaskan, kerajaan perlu mendengar pandangan dan rintihan daripada semua rakyat tanpa mengira kaum - kerana kita berada dalam sebuah negara yang demokratik. Membentuk sebuah kerajaan atau tidak, bergantung kepada sokongan undi. Kalau ramai rakyat yang tidak mengundi, parti tidak akan mendapat kemenangan.

Oleh itu, penting bagi kerajaan dengar rintihan rakyat, di samping cuba mengambil kira pandangan mereka (rakyat). Bukan daripada satu kaum tetapi daripada semua kaum.

Orang Melayu perlu mengambil kira orang India serta Cina dan di Sabah atau Sarawak, kata Dr Mahathir. Walaupun jumlah mereka tidak ramai dan tidak dapat menentukan siapa yang akan memerintah.

Namun, katanya, orang Melayu perlu beringat bahawa kemenangan bukan bergantung kepada ratusan ribu undi tetapi kelebihan satu undi sahaja, Satu undi itulah yang akan menentukan menang atau kalah seseorang atau sesebuah parti.

Kata Dr Mahathir, jumlah yang sebesar ini (yang hadir pada mesyuarat agung Perkasa) harus diberi perhatian. Hendak menang atau kalah bukan kerana ribuan undi, dua tiga undi pun boleh menentukan menang atau kalah.

"Kalau mereka ada rintihan dan perasaan tidak puas hati, harus dengar. Kalau tutup telinga atau desakan mereka tidak didengar, dalam pilihan raya, akan kalah."

Dr Mahathir berkata, beliau akan cuba menyampaikan mesej Perkasa kepada kerajaan walaupun beliau bukan dalam kerajaan.

"Kepada parti pembangkang, biarlah mereka cari cara untuk putar-belit lagi," ucap Tun dengan penuh bermakna.
Mengapa sekarang orang Melayu memerlukan NGO seperti Perkasa dan peranan yang dimainkannya dalam politik dan lain-lain.

"Maaf saya katakan, wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka. Kerana terhakisnya kepercayaan mereka. Mereka berpendapat, kalau UMNO tak berupaya melindungi mereka, mereka perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri," tegas Dr Mahathir.

Kata Tun, prestasi UMNO pada pilihan raya tahun 2008 amat buruk. BN hanya dapat menubuh kerajaan yang lemah, yang dilihat sebagai tidak berupaya mempertahankan kedudukan orang Melayu.

"Maka wujudlah NGO-NGO Melayu dan NGO Melayu yang terbesar adalah Perkasa," tambahnya.
Kini kerajaan terpaksa mendengar pandangan "mereka yang siuman dan tidak siuman", kata Dr Mahathir. Apabila mendengar keluhan dan desakan daripada puak-puak lain, Orang Melayu melihat seolah-olah kerajaan memberi layanan lebih baik kepada mereka daripada kepada mereka.

"Saya tak kata kerajaan berat sebelah tetapi lemah kerana UMNO dan BN hampir kalah," tegas beliau.
"Dulu adalah tuntutan dan desakan tetapi tidaklah biadab seperti hari ini. Saya bukan rasis, saya keturunan orang Melayu yang nak keamanan, hidup rukun dan damai. Negara dapat dibangunkan. Hampir 50 tahun tidak ada masalah yang besar dihadapi kecuali pada tahun 1969 dan 1987. Tidak ada tuntutan yang bukan-bukan daripada mana mana pihak," kata Dr Mahathir. "Masa saya jadi PM, ada juga tuntutan, tapi janganlah biadab." - Tun Mahathir.

"Zaman Tunku, Tun Razak, Hussein dan zaman saya, tak ada tuntutan yang bukan-bukan. Saya sebut yang benar, kalau tak benar, katakan pada saya. Saya stand to be corrected. Apa yang saya perkatakan adalah benar belaka.

"Negara kita unik, penduduk pelbagai kaum. Negara lain, penduduk tempatan tak akan beri hak kepada pendatang dan orang lain, melainkan guna syarat-syarat yang ketat seperti perlu tahu bahasa tempatan, budaya tempatan," ujar Tun.
"Orang Melayu murah hati. Sanggup kongsi negara kita ini hampir tanpa syarat, tidak ketat supaya mereka itu ada tempat tinggal dalam negara ini.

"Kita tidak soal. kita tidak bantah mereka nak mengadakan sekolah berbilang bangsa. Tetapi apa yang ada kepada kita yang sedikit ini, janganlah hendak diambil untuk diagihkan kepada orang yang sudah ada," tegas Dr Mahathir.

"Hanya 10 peratus anak melayu berada di universiti. Anak Melayu yang melanjutkan pengajian ke luar negeri, pun tak ramai. Kita boleh buat bancian, siapa yang lebih ramai?

"Ramai penuntut Melayu dapat biasiswa. Kita beri sebab tak ada duit, tak cukup. Yuran setahun RM60,000 mana ibu bapa melayu yang mampu. Zalimkah kita bagi biasiswa untuk tambah Melayu berpelajaran? Kalau tak betul apa yang saya katakan, buat bancian," kata Tun lagi.

"Ini sangkaan sahaja. Saya bukan rasis. Sila buat kajian. Memanglah saya ni ada sangkaan buruk pada orang lain." kata Tun dengan nada sinis.

Dr Mahathir juga berkata: "Ada orang kata, usah diungkit 1969. Bukan untuk takut-takutkan orang, tapi ini benar. Bukan sahaja Melayu, India dan Cina juga dapat bangun bersama melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB)."

"Janganlah sengaja menyakitkan hati orang Melayu, ada orang kata kaum Melayu kaum pendatang. Jika begitu, kenapakah negara ini dinamakan negara Melayu, dalam sejarah disebut Tanah Melayu. Tidak pula disebut ini adalah Tanah Orang lain. Maka, janganlah kata Melayu pendatang." Tun Dr Mahathir.

"Ada yang berkata dalam sebuah artikel, sebenarnya tidak ada orang Melyu di dalam dunia ini. Itu pun kita tidak marah, kononya tidak ada orang Melayu dalam dunia ini" - Tun Dr Mahathir.

Tun berkata, kalau orang Melayu kaum pendatang, kenapa tak sebut nama lain (selain Melayu). Kalau pun ada darah kaum pendatang tapi didekatkan diri dengan orang Melayu.

Keris ialah simbol bangsa kita. kita hargai. nak guna simbol kita pun tak kan nak kena minta maaf? Hanya kerana satu kaum nak hidup bahagia, kaum satu lagi hidup sengsara. - Kata Tun.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan tetapi bahasa-bahasa lain bebas digunakan. Ada imbangan. Tak pernah ambil orang melayu tanpa diberi hak kepada bukan melayu. dalam Perlembagaan disebut, tak boleh rampas - Tun M.

Tun mengingatkan,jangan ada mana mana pihak yang buat tuduhan melulu. Kita bukan rasis tapi kita sayang kepada negara kita. Kita tuntut apa hak kita. selagi kita tidak adil kepada orang melayu bermakna tidak ada keadilan kepada kaum kaum lain di negara ini.

Kata Tun lagi, media cina dan india, tolong buat laporan yang benar. jangan putar belit kenyataan saya. saya harus prihatin kepada nasib orang melayu. saya yakin ahli perkasa bukan berniat tidak adil terhadap bukan melayu tapi tuntut hak mereka. tuntut hak adalah tindakan yang adil.

Tambah Tun, Datuk Seri Najib jangan lupa rintihan dan tuntuan orang Melayu. Akibatnya nanti tidak baik kepada kepimpinan Datuk Seri Najib. Nak negara berada dalam keadaan aman, adil, saksama sesama kaum, nak keadilan dalam pengagihan kekayanaan dalam negara kita. bukan kita nak rebut tapi jangan ambil yang sedikit yang kita ada untuk diberi kepada mereka yang dah ada.

Perkasa sebagai NGO mainkanlah peranan secara bijak, bukan untuk mendabik dada. Sebabkan semua pihak mendapat keuntungan dan kemenangan, win win results. tak nak ambil semua bagi diri kita, mereka juga kaya tapi kita ada hak kita.- Pengakhiran ucapan perasmian Tun M.

Mana lebih jijik? Gerakan wants Chin Peng Home

Amir Hamzah b Hj Mohamad
Setiausaha
PERKASA Johor










Pak Bakor Yang Glamour....


Semasa perlancaran PERKASA Johor pada 17 Jan 2010, Pak Bakor bangun menjerit
kepada Ibrahim Ali ketika Ibrahim ingin memulakan ucapannya ' Ibrahim
Ali- Panglima Kiyai Salleh Malaysia'. Jeritannya yang penuh bersemangat
itu menarik perhatian para hadirin. Semasa Majlis Perasmian
dan mesyuarat Agung PERKASA kali pertama Sabtu lalu, Pak Bak0r sekali
lagi menjadi tumpuan lensa kamera apabila jeritannya 'Hidup Melayu,
Hidup Perkasa' dilaungkannya dengan penuh semangat. Pak Bakor adalah
ahli PERKASA Ledang dan tinggal di Taman Tun Syed Nasir, Tanjung Agas,
Muor.

Sabtu, 27 Mac 2010

Tahniah PERKASA, Terima Kasih Tun M

sebahagian daripada 10 000 ahli PERKASA dan orang Melayu memenuhi Dewan Tun Abdul Razak 1, PWTC

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertama 2010, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertempat di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur yang dihadiri 10 000 orang Melayu daripada seluruh negara. Sambutan di luar dugaan itu menandakan PERKASA sudah mendapat tempat di hati orang Melayu dan kehadiran seramai itu menandakan harapan yang tinggi orang Melayu kepada PERKASA. Tun M yang dalam rangka lawatan ke luar negara telah memendekkan lawatannya semata-mata untuk hadir dan memberi ucapan perasmian. Terima kasih Tun.

Negarawan Ulung yang juga mantan PM , Tun Dr Mahathir ketika memberi ucapan dan merasmikan Mesyuarat Agung PERKASA kali 1

Sesi mesyuarat agung bermula dengan ucapan Presiden, pembentangan laporan oleh Setiausaha Agung, pembentangan kewangan, pemilihan jawatankuasa sehingga pemeriksa kira-kira. Membenarkan sesi perbahasan, empat topik perbahasan pendidikan,ekonomi, agama dan keselamatan. dan diakhiri dengan ucapan pengangguhan . Mesyuarat selesai sekitar pukul 5 .30 petang.

PERKASA Johor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seketeriat Mesyuarat Agung walaupun ada kelemahan di sana-sini tetapi berjaya juga mengadakan mesyuarat kali pertama dengan jayanya.
Blog PERKASA Johor semakin dikunjungi

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Datuk Paduka Ibrahim Ali yang dipilih secara sebulat suara sebagai presiden PERKASA. Datuk Paduka Ibrahim sendiri mencadangkan Dato Abdul Rahman Bakar sebagai Timbalan Presiden yang juga diterima sebulat suara. Dato Abdul Rahman adalah YDP PERKASA Johor merangkap bendahari PERKASA Pusat. PERKASA Johor mengucapkan syabas dan tahniah sekali lagi kerana kedua-dua mereka ini merupakan nadi kepada PERKASA yang telah banyak menyumbangkan tenaga, masa, buah fikiran dan yang penting sekali pengorbanan wang ringgit yang membolehkan PERKASA terus perkasa seperti mana yang kita lihat pada hari ini.

Datuk Paduka Ibrahim Ali terus diberi mandat mengetuai PERKASA


Dato Abdul Rahman b A.Bakar dipilih sebulat suara sebagai Timbalan Presiden PERKASA. Beliau juga adalah YDP PERKASA Johor. Sebelum ini Dato Abdul Rahman adalah Bendahari PERKASA Pusat. (Bergambar bersama Setiausaha PERKASA Johor En.Amir Hamzah b Hj Mohmad)

Tahniah juga kepada 5 orang Naib Presiden, Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat dan barisan ahli jawatankuasa yang merupakan muka lama yang dilantik semula serta muka-muka baru yang dipilih daripada pelbagai bidang dan profesion.

Perkasa telah diberi kelulusan oleh KDN menerbit Suara Perkasa dua minggu sekali. Naskah pertama telah diterbitkan secara percuma. Pertengahan Mei nanti, dijual dengan harga RM1.50 senaskah, dijual di seluruh negara kerana Suara Perkasa akan menjadi suara hati orang Melayu, kaum bumiputera.

Baru-baru ini diadakan mesyuarat khas untuk meminda akta dan panduan yang mana mulai tahun depan, mesyuarat agung daerah pilih perwakilan ke peringkat negeri dan seterusnya mereka yang terpilih akan ke mesyuarat Agung Pusat.. Secara keseluruhannya, akan ada 1,400 orang perwakilan dijangka dari setiap negeri dan sekaligus, seluruh negara.


5 Usul diluluskan.

Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meluluskan lima usul yang antaranya mendesak parti politik Melayu khususnya UMNO dan Pas duduk semeja dan bersatu demi masa depan generasi Islam, Melayu dan bumiputera.

Usul yang dibentangkan Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Ab. Rahman Bakar itu turut menyarankan agar Pas dan UMNO mengadakan kerjasama strategik yang boleh menjaga hak-hak Melayu dan bumiputera berdasarkan perlembagaan negara.

Usul berkenaan bersama empat yang lain diluluskan sebulat suara pada akhir mesyuarat tersebut yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Sementara itu, usul agama Perkasa yang dibentangkan Naib Presiden, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendesak kerajaan memperkemaskan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja.

Usul berkenaan turut mendesak kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas mereka yang mempersendakan agama Islam termasuk mencemarkan kesucian kalimah Allah.

Sementara itu, Ketua Penerangan Perkasa, Roslan Kassim yang membentangkan usul berkaitan ISA berkata, akta itu perlu dikekalkan kerana ia diwujudkan bagi mencegah anasir subversif dan antinasional.

“Tanpa penguatkuasaan ISA, kemungkinan sesiapa sahaja boleh menggunakan kebebasan bagi tujuan menyalahi prinsip-prinsip kemanusiaan dan tuntutan kemasyarakatan,” katanya.

Dalam usul pendidikan, Perkasa mendesak nisbah 50:45 dan lima peratus kaum-kaum lain dalam pengagihan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dimansuhkan kerana nisbah itu bermakna 50 peratus untuk bumiputera dan 50 peratus bukan bumiputera.

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abdullah Mansor yang membentangkan usul itu mencadangkan pengagihan itu dikembalikan kepada nisbah asal 90:10 ataupun berdasar nisbah 67:33 dengan mengambil kira komposisi penduduk iaitu 67 peratus bumiputera dan 33 peratus bukan bumiputera.

Sementara itu, Perkasa dalam usul ekonominya menggesa supaya Model Ekonomi Baru (MEB) yang akan digubal dapat membentuk instrumen berkesan bagi memastikan orang Melayu dapat meningkatkan pemilikan bangunan dan premis.

Naib Presiden Perkasa, Dr. Zubir Harun yang membentangkan usul itu berkata, ia kerana data sehingga 2008 menunjukkan hak milik premis kaum Cina adalah sebanyak 76.1 peratus dan bermakna mereka kini menguasai kawasan strategik di bandar dan pinggir bandar.

Katanya, hak milik premis kaum bumiputera adalah jauh ketinggalan pada kadar 15 peratus diikuti kaum India sebanyak 3.8 peratus. - Utusan

PERKASA Johor mengucapkan terima kasih kepada semua akhbar khasnya Utusan Melayu yang membuat liputan besar-besaran dalam Majlis Perasmian dan Mesyuarat Agung Perkasa kali 1 ini.

Hidup Melayu, Hidup PERKASA dan Hidup Utusan Melayu!

Klik di sini untuk melihat gambar-gambar sekitar Majlis Perasmian dan Mesyuarat PERKASA Kali 1.

Amir Hamzah b Hj Mohamad
Setiausaha
PERKASA Johor.

Jumaat, 26 Mac 2010

12 Bas Daripada Johor ke Kuala Lumpur


12 buah bas akan bergerak ke Kuala Lumpur malam ini seawal 10.00 malam semata-mata untuk menghadiri majlis perasmian dan mesyuarat agung kali 1 Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia yang dijangkakan berlangsung di Dewan Tun Abdul Razak 2, PWTC , Kuala Lumpur.

3 buah bas daripada Segamat, 3 bas daripada Kluang, 2 bas daripada Batu Pahat, 2 bas daripada Johor Bahru, 1 bas daripada Ledang dan sebuah bas daripada Kulaijaya. Kami akan bertemu di Seremban dan kemungkinan dapat masuk ke Kuala Lumpur sebelum Subuh kerana dijangkakan 150 bas akan bergerak masuk daripada seluruh negara. Paling ramai mungkin daripada Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Selamat jalan kepada semua semoga kita selamat pergi dan selamat pulang. Anda adalah pejuang! Terima kasih atas sokongan dan pengorbanan masa dan tenaga serta wang ringgit.

Amir Hamzah Hj Mohamad
Setiausaha
PERKASA Johor.

Menjunjung Kasih Tuanku....


Selamat berangkat ke Batu Pahat kepada DYMM Tuanku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan rombongan. Ini adalah siri lawatan baginda ke daerah-daerah selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Johor ke 6. Lawatan mencemar duli selama 2 hari bermula semalam 25 Mac 2010 dan berakhir hari ini 26 Mac 2010. Tengahari tadi DYMM Sultan bersembahyang Jumaat di Masjid Sultan Ismail Batu Pahat dan sempat bertemu rakyat yang setia menunggu baginda sebelum berangkat pulang.

Baginda bukanlah terlalu asing bagi rakyat jelata kerana semasa menjadi Tengku Mahkota baginda saban tahun mendampingi rakyat jelata melalui program Kembara Mahkota Johor......

Khamis, 25 Mac 2010

Memang Haramjadah!



Kes liwat Anwar Ibrahim disambung balik untuk sebutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi Khamis.Namun kenalah tunggu untuk dengar cerita selanjutnya kes yang mencuri perhatian ramai.Ini kerana mahkamah putuskan kes itu hanya akan disambung balik pada 10 ke 14 Mei ini,kemudiannya 31 Mei ke 4 Jun seterusnya 14-23 Julai dan 2 ke 30 Ogos.Sebabnya ketua peguam bela Anwar yakni Karpal Singh sibuk ada kes lain hendak dikendalikan serta sidang parlimen yang sedang berlangsung sekarang.

Memang haramjadah. Mampus disambar petir la mereka berdua ni.

Selamat Hari Polis ke 203


Pertubuhan Pribumi Perkasa Johor (PERKASA) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Polis yang ke 203. Satu tempoh yang lama. Terima kasih dan tahniah kepada semua anggota polis seluruh negara atas tanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Rabu, 24 Mac 2010

Inilah Perangai PKR...


1. Minggu lepas Zahrain dedahkan perancangan Anwar dalam pelan 16 September yang gagal membawa Anwar ke Putrajaya. Zahrain juga dedahkan nama-nama mereka samada secara langsung atau tidak langsung mendapat jemputan untuk menjayakan kerajaan 16 September.Kesemua nama yang didedahkan oleh Zahrain mengakui kecuali Ghafur Salleh.

2. Hari ini 24 Mac 2010, tiba giliran Zulkifli Nordin membuat pengakuan terbuka bagaimana kotor dan hinanya pembangkang yang mahukan dirinya membuat akuan bersumpah kaitkan PM dan isterinya dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya. Setelah Najib hampir lunyai dimamah fitnah barulah datang kebenaran yang bukan dibuat oleh pihak kerajaan tetapi daripada kalangan pemimpin PKR yang telah belot di dalam parlimen.

3. Selepas ini siapa pula pemimpin PKR yang akan membuat pendedahan sensasi lagi?

4. Saya lebih suka membuat andaian mudah, andaikata Pakatan Pembangkang memenangi Pilihanraya ke 12 lalu sudah tentu Zahrain dan Zulkifli hari ini menjadi menteri atau pun seandainya kerajaan 16 September menjadi kenyataan dimanakah kedudukan Zahrain dan Zulkifli?

5. Pendek kata Zahrain dan Zulkifli hari ini menjadi menteri di dalam kabinet Anwar. Agak-agaknya timbul atau tidak pendedahan dan serangan ke atas Anwar? Tentu sekali tidak kerana masing-masing sudah berada di bilik nyaman dan berkerusi empuk. Kekayaan pemimpin-pemimpin BN sudah beralih ke tangan mereka.

6. Di manakah letaknya taraf pemikiran Zahrain dan Zulkifli jika dibandingkan dengan pakcik dan makcik di kampung yang menjadi petani, nelayan dan penternak tetapi setia pada kerajaan walaupun diasak dengan fitnah dan mehnah Anwar Ibrahim. Mereka tetap tidak percaya kepada Anwar kerana bagi mereka mengubah kerajaan bukan boleh dibuat sesuka hati. Rata-rata pakcik dan makcik di kampung walaupun tidak pandai melayari internet dan media baru tetapi mereka masih menggunakan otak dan boleh berfikir secara waras.

7. Zahrain dan Zulkifli cukup lama ditipu dan dipedaya Anwar dan dalam masa yang sama, pakcik dan makcik di kampung langsung tidak yakin dengan kepimpinan Anwar.Nyata pakcik dan makcik di kampung berjaya membuat tafsiran dan keputusan yang betul berbanding Zahrain dan Zulkifli yang tersilap langkah. Hairan juga orang sebijak Zahrain dan Zulkifli yang sengaja membuta kan mata dan memekakkan telinga puluhan tahun lamanya.

8. Inilah perangai orang PKR yang tidak setia kepada pemimpin malah sanggup dan tergamak menghina dan menelanjangi pemimpin yang mereka puja dan sanjung selama ini. Apakah masih ada jaminan kesetiaan ini kepada pemimpin-pemimpin PKR yang lain. Hari ini mungkin tidak, esok lusa siapa tahu Saifuddin Nasution Ismail Ahli Parlimen Machang pulak yang keluar PKR?

Amir Hamzah B Mohamad
Setiausaha,
PERKASA Johor

Selasa, 23 Mac 2010

Bank Islam Oh Bank Islam........


Assalamualaikum Datuk/Dato',

My sincere apology to disturb you on a matter that I believe you would like to know.

Thank you in advance for your time and patient. May Allah repay you many many times for your kindness.
Hope that you could take a bit of your time to read below e-mail with the attachment.

I am concealing my identity due to avoid retribution and vendetta. (Which has happen may time over)

If you do not feel that you don't like to read such e-mail, please delete it.

What is said below are true and there are much more. specially on the manipulation on monetary resource such as rigging of projects (yes, it is plural), ridiculous salary scale between muslim and non muslim
(a non-muslim Mgrs gets RM12k & RM10k while muslim Mgrs gets RM7k & RM6k doing same amount of work in some cases more, a non-muslim Deputy Mgrs get RM8k and RM7.5k while muslim Deputy Mgrs get RM5k & RM4k with same responsibility and in some cases even more)
request for incentives from contractors if the project given to them, unqualified senior staff example an IT senior staffs that do not know what is IT, bad and sadistic comments about malay ethnicity, funny remarks about islam (the faith and practices) and muslim which is offensive (this has been always (plural) and the mockery of family principles and responsibilities and is it done where it is difficult and hard to prove it because lack of evidence and witnesses. most don't dare to tell because afraid of payback ) etc.

in other development, since these people joining the Bank, there was an attempt to withdrall about RM50 millions via swift.

Also there was a ATM fraud done by them which was kept quite. The moving of office was over budgetted and use to pleasure selected people.
For your info, many lower ranking staff has been 'blacksheep'ed or 'taking the bullet' for all the dirty deeds of those names which need not be mention. Pity these staff that have families to feed and has been working so long honestly.

Most local muslim & malay vendors and providers company has been taken out from their service to the bank eventhough their services and prices are far more better then the non-muslims company (cronics and got interest) just because they want to change to a different company (which usually those company is advice by them on how to bid and what price to put).

This is for your reference/info, what you want to do with this information is all up to your wise judgment as you have been known among the people to be a just, fair, good to the staff and a pious person.
Hopefully a good change will happen not because of the saving on majority malays staff or because the majority muslim staff nor because of the majority muslim customers it has or even because the entrance of non muslim non-credible manipulating the company but just simply because of the word 'ISLAM' it use which need to be up-hold and protected.

Hopefully it won't be another STMB and put back Bank Islam on it's right path.

Below e-mail was a 'luahan hati' one of the staff before leaving Bank Islam not because he want to to find a better place but just simply feed-up with all the one-sided racism toward the malay muslim.

Peace be upon you.

Quote:

Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar walillahilhamd.

Salam ukhuwah, salam sejahtera dan salam perjuangan buat kengkawan serta saudara saudari sekalian.

Pertama sekali ucapan syukur Alhamdulillah buat Allah SWT kerana masih memberi kesempatan buat kita untuk meneruskan hidup didunia yang fana ini.

Alhamdulillah juga kerana dengan izinNya telah menemukan kita lantas bersama berganding bahu berjihad untuk mengembangkan serta memajukan perbankan islam. Malah perasaan itu jugalah yang saya percaya membuatkan ramai rakan taulan masih setia di BankCislam.

Sebagaimana yg anda sedia maklum, hari ini merupakan hari terakhir saya berkhidmat untuk BankCislam, maka dengan kesempatan yg hadir ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala tunjuk ajar dan pengalaman yg begitu indah yg semestinya akan saya rindui. Ucapan ampun maaf juga saya lampirkan andai disepanjang pergaulan seharian kita ada yg menyinggung perasaan.

Memang berat untuk saya ‘berhijrah’ apatah lagi setelah X (Banyak Tahun ) tahun menuai benih menyimpul kasih bersama berjihad dengan BankCislam yg merupakan pelopor untuk perbankan Islam. Akan tetapi perasaan itu makin pudar, makin hilang serinya, makin hilang ‘cahaya’ yg selama ini saya dambakan.

Yelaa mungkin ini hanya perasaan saya seorang sahaja atau mungkin kalian juga merasai seperti apa yg saya rasa. Adakah ini gelombang tsunami disebabkan visi kita untuk menjadi ‘Global Leader in Islamic Banking’? Sepatutnya dengan visi ini ia akan melonjakkan lagi prestasi BankCislam, melonjakkan lagi ukhuwah antara golongan atasan dan bawahan serta melonjakkan lagi kebajikan yg sepatutnya diterima oleh golongan marhean….bukan ditarik balik.

Kita sepatutnya lebih berhati-hati dan lebih berkebajikan dalam soal golongan bawahan, percayalah semakin banyak kita melabur (memberi) semakin banyak pulangan yg akan kita terima. Malah dalam islam amat menggalakkkan kita menderma. Biarlah kita berlebih dalam soal kebajikan staff supaya ianya menjadi satu fenomena dan ‘role model’ cantiknya serta indahnya Islam seandainya diterapkan sepenuhnya. Suatu waktu dahulu, seringkali diperdengarkan akan kehebatan ‘benefits’ yg ditawarkan diBankCislam, tetapi sekarang sedikit demi sedikit ditarik atas alasan tidak praktikal.

Dengan nama pelopor dalam perbankan Islam jugalah sepatutnya kita lebih sensitif dlm pengambilan pekerja yg Non-Muslim. Percayalah saya tidak pernah sekali-kali mempertikaikan kredebaliti dan intelektual golongan ini, Malah saya kagum dan terkasima dengan kehadiran mereka, cuma apa yg ingin saya luahkan hanyalah sekadar supaya kita lebih sensitif iaitu kita perlu tahu dimana kedudukan mereka. Sebagai contoh terdekat bahagian IT (Teknologi Maklumat) berapa ramai goloangan ini dan apakah jawatan yg mereka sandang? Tidak adakah golongan Muslim yg setaraf mereka ddunia ini? Jawatan CTO & AGMs siapakah yg memimpinnya sekarang? Tidak kira la mereka ini terbaik di Asia atau tidak, tetapi sebagai BankCislam yg memegang nama Islam malah pelopor perbankan Islam tidak adakah orang Muslim yg setaraf dengan mereka. Jika darurat sekalipun sehingga ‘mewajibkan’ mengambil mereka bekerja tidak bolehkah kita ambil mereka sebagai konsultan atau letakkan mereka rendah sedikit dari jawatan yg memberikan mereka kuasa untuk membuat keputusan…..nah serahkan, tapi sepastinya jawatan yg berisiko, ‘high priority’ dan ‘decision maker’ sepatutnya diurus tadbir oleh golongan Muslim.

Mungkin luahan ini tidak memberikan sebarang kesan tetapi pernahkah kita terfikir mereka yg diluar sana? Sekiranya mereka tahu ini yg berlaku…..suasana ini la yg sedang melanda BankCislam? Bank yg merupakan pelopor perbankan Islam? Bank yg satu-satunya didunia mendapat kelayakan menggunapakai perkataaan keramat ‘Islam’? Apakah perasaan mereka? Disebabkan mereka yg ekstream dengan Islam ini lah mereka yg paling banyak menabung di BankCislam.

Diakhir kalam, kepada yg bertanggungjawab serta mempunyai kuasa fikir-fikir kita bersama. Tiada salah tegur-menegur antara kita dan tiada cacat celanya andai teguran itu untuk kebaikan bersama. Turun-turun dan berkunjung laa ke golongan bawahan…selami, dalami serta rasailah bersama rutin harian mereka. Saya merayu kepada pihak yg bertanggungjawab datanglah, kajilah serta selidik kenapa dan mengapa semakin ramai staff terutama staff IT berhijrah ke luar atau ke unit lain mutakhir ini. Diharap nukilan ini mampu menyapa mereka yg sedang lena untuk bangkit dari mimpi dan berjuang untuk Islam.

Sekali lagi saya pohon seribu keampunan andai salam perpisahan dan nukilan terakhir saya ini membuat sesetengah orang terasa.

Sambutlah salam sayang, salam ukhuwah dan salam perjuangan untuk terus tekad dan nekad berjihad dalam perbankan Islam daripada saya dan xxxxxxxx.

Akhukum al-mukhlis;

xxxxxxxxxxxx

Diharap selepas ini sebarang maklumbalas serta bertanya khabar boleh dihantar di xxxxxxxxxx

Petikan daripada forum www.kelabchedet.com

Isnin, 22 Mac 2010

Undang-Undang Lompat Parti Tidak Perlu.


Sebagai rakyat, saya melihat isu lompat parti bukan isu besar pada negara. Di Malaysia melompat dari satu parti ke satu parti tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang. Mungkin dari segi moral ianya tidak begitu manis kerana mungkin ada yang beranggapan ianya adalah satu tindakan menipu pengundi di kawasan yang diwakili.

Melompat parti adalah berbeza dengan keluar parti. Apa yang berlaku di kalangan pemimpin-pemimpin PKR adalah tindakan keluar parti kecuali Fairus yang keluar parti PKR masuk parti UMNO. Namun Fairus bukan wakil rakyat baik wakil rakyat DUN atau Parlimen. Kemasukan Fairus ke dalam UMNO tidak memberi kesan langsung kepada Pakatan Pembangkang maupun UMNO.

Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim, Ahli Parlimen Bebas Nibong Tebal Tan Tee Beng, Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Bharu) dan Mohsin Fazli Samsuri (Bagan Serai) bukannya melompat parti tetapi keluar parti dan kemudiannya menjadi ahli parlimen bebas.Tindakan mereka ini tidak memberi impak besar kepada BN tetapi mengurangkan jumlah kerusi Pakatan Pembangkang di Parlimen.

Contoh impak besar akibat keluar parti ini pernah dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelapang, Hee Yit Fong yang keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas serta sokong BN hingga menyebabkan BN kembali berkuasa di Perak.

Kita jangan lupa, mahaguru 'lompat parti' ialah ketua pembangkang sendiri. Anwar Ibrahim seperti yang diketahui umum pernah merancang untuk mempengaruhi ahli-ahli parlimen BN keluar parti dan menyokong Pakatan Pembangkang dalam satu undi tidak percaya yang kononnya akan dilakukan di Parlimen pada 16 September 2008. Seperti yang didedahkan oleh Zahrain di parlimen baru-baru ini, Anwar dikatakan sanggup 'menjual' nama DYMM Yang Di Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia dalam Pelan 16 September untuk menawan Putrajaya menerusi pintu belakang. Akhirnya Zahrain dan kawan-kawannya tertipu. Apa lagi yang hendak ditunggu jika semua pelan hanya palsu sedangkan BN semakin hari semakin dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan.

Mungkin ramai yang terasa di tipu kerana perancangan Anwar terutama yang membabitkan penglibatan Yang Di Pertuan Agong serta Panglima Angkatan Tentera hanya dibincangkan di kalangan mereka yang rapat dengan Anwar termasuk kumpulan Erdogan dalam PAS. Bagaimana dengan Ahli Parlimen DAP, AP biasa PKR dan PAS tentunya berasa malu kerana begitu mudah diperkotak-katikkan dan diperbodohkan oleh raksaksa yang mempunyai pelbagai wajah. Nak mengaku malu tentulah bertambah malu dan cara terbaik ialah 'buat-buat bodoh' aje lah.

Apabila DAP tiba-tiba buat kenyataan sedia bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi menggubal undang-undang anti-lompat parti, kita merasa pelik bercampur hairan. Mengapa DAP yang tiap-tiap hari balun BN mahu pula bekerjasama dalam menggubal undang-undang lompat parti.Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, DAP bersedia menyokong BN jika mereka mahu membentangkan undang-undang itu dan memberi jaminan bahawa 28 Anggota Parlimen parti itu akan memberi sokongan.

Saya berpendapat, buat masa ini, BN boleh pekakkan telinga dan buat tidak reti berkenaan dengan gesaan itu. BN tidak perlu jadi bodoh untuk mengikut telunjuk mereka yang semakin tersepit. Banyak lagi undang-undang yang perlu digubal. Mungkin undang-undang lompat parti yang cuba diketengahkan oleh DAP ini adalah bertujuan untuk mengawal AP mereka yang sukar dikawal berbanding AP PAS yang sudah melakukan Baiah atau akujanji agar tidak mengkhianati parti.

Kerisauan DAP ini bukannya melibatkan AP mereka di parlimen tetapi kemungkinan ada DUN DAP dan PKR yang akan keluar parti di Selangor. Inilah yang merisaukan DAP kerana Selangor adalah lubok emas dan sumber kewangan pakatan pembangkang. Kejatuhan Selangor ke tangan BN berkemungkinan akan mentalkinkan terus pakatan rapuh PKR-PAS dan DAP.

Kesimpulannya penggubalan 'Undang-Undang Lompat Parti' tidak perlu buat masa ini dan saya sangat seronok melihat aktiviti keluar masuk parti ini di kalangan ahli-ahli politik yang rasa tertipu, marah,dan pelbagai alasan lain dan sesuai sangatlah Anwar Ibrahim diberi gelaran 'Mahaguru Pintu Belakang'.

Amir Hamzah Hj Mohamad,
Setiausaha PERKASA Johor

PERKASA, Ibrahim dan kedudukan Melayu


Majlis perasmian mesyuarat agung pertama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dijadualkan pada 27 Mac ini, tiba-tiba menjadi isu.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Shah yang pada mulanya bersetuju untuk merasmikan mesyuarat tersebut, telah membatalkan hasrat baginda. Menurut kenyataan Istana Selangor, pembatalan tersebut bagi mengelak kontroversi dan manipulasi pihak tertentu.

Perkembangan tersebut membuatkan Perkasa terutama Presidennya, Ibrahim Ali tersentak. Lebih menimbulkan rasa tidak senang Perkasa ialah laporan akhbar The Sun yang mendakwa Sultan Selangor telah menasihati Perkasa agar mengurangkan sikap ultra-Melayu.

Dalam reaksinya, Ibrahim menafikan Sultan Selangor ada menyebut hal itu dalam pertemuan dengan baginda.

Awang bersimpati dengan apa yang menimpa Perkasa. Kelantangannya memperjuangkan kepentingan Islam dan Melayu di bawah kerangka perlembagaan negara, mendapat tentangan daripada banyak pihak khususnya bukan Melayu.

Pihak-pihak berkenaan dengan disokong secara halus oleh gerakan pembangkang memainkan sentimen kononnya Perkasa ultra-Melayu, rasis, cauvinis dan pelbagai label lagi. Malah dalam blog pemimpin DAP dan portal berita Malaysiakini, ada tulisan yang menyifatkan Perkasa sebagai kelahiran semula syaitan. Strategi mereka adalah untuk melemahkan Perkasa, yang kini mendapat sokongan meluas masyarakat Melayu. Sememangnya ada golongan yang tidak mahu NGO Melayu yang menjadi sekuat Perkasa. Pada mereka, tidak mengapa jika NGO bukan Melayu hebat tetapi NGO Melayu mesti lemah. Jika NGO bukan Melayu menjadi begitu berpengaruh dan rasis, itu adalah hal biasa yang menjadi tuntutan. Anehnya Perkasa yang baru setahun jagung usianya sudah dilihat sebagai ancaman.

Awang ingin bertanya kepada semua, siapakah paling lantang dan ke hadapan mempertahankan kedaulatan institusi raja Melayu ketika dihina, jika bukan Perkasa. Di mana suara NGO bukan Melayu dan tauke-tauke kaya raya ketika Raja-Raja Melayu dicabar?

Ketika ramai tunduk tidak yakin, siapakah yang tanpa gentar dan secara konsisten mempertahankan kepentingan Melayu sewaktu diasak pelbagai pihak selepas Pilihan Raya Umum ke-12, jika bukan Perkasa.

Siapakah yang menjunjung martabat Islam daripada penghinaan banyak penjuru jika bukan Perkasa, beberapa NGO Islam serta Melayu yang lain.

Siapakah yang menjadi perisai mempertahankan perlembagaan daripada dicabar dan ditulis semula, kalau bukan NGO seperti Perkasa. Ternyata Perkasa di bawah kepimpinan Ibrahim mencetuskan keyakinan baru di kalangan orang Melayu.

Janganlah lupa jasa Perkasa. Usahlah terjebak dengan muslihat pihak yang mahu menggugat pertubuhan itu atas motif yang sebenarnya mudah difahami.

Sesungguhnya Awang amat bersyukur dan berterima kasih kerana Perkasa dan beberapa NGO Melayu lain telah membantu menyelamatkan tunjang politik Melayu di negara ini daripada runtuh hasil satu konspirasi besar kesan pilihan raya umum lalu, yang hampir mencapai kemuncaknya.

Itu yang menjadikan Perkasa amat istimewa. Maka majlis pada 27 Mac ini akan tetap bermakna buat orang Melayu. Lebih-lebih lagi kehadiran negarawan, Dr. Mahathir Mohamad yang akan merasmikannya menggantikan Sultan Selangor. Lebih 10,000 dijangka menghadiri majlis tersebut yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra dalam acara yang penuh istiadat Melayu.

Sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan Perkasa, Awang yang sekadar insan kerdil, membatalkan acara lain yang telah Awang beri komitmen lebih awal, semata-mata untuk hadir pada majlis Perkasa nanti biar sekalipun berdiri di luar dewan. Kalau Mahathir sanggup pulang awal dari misi lawatan ke luar negara hanya untuk bersama-sama Perkasa, mengapa tidak kita.

Usahlah menjadi Melayu di tanah air ini, jika kita terlalu takut dan mengikut telunjuk pihak yang sedangpun menghakis kedudukan Melayu.

Awang bukan jenis itu.

Awang Selamat - Utusan Melayu

Ahad, 21 Mac 2010

Tun M pendekkan lawatan keluar negara untuk PERKASA


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan merasmikan mesyuarat agung pertama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 27 Mac ini.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Dr. Mahathir akan diberikan sambutan meriah mengikut istiadat dan kepahlawanan Melayu.

''Setakat ini sudah hampir lapan 8,000 ahli dan 2,000 orang tetamu telah mengesahkan kehadiran mereka pada mesyuarat itu.

''Sehubungan itu saya meminta kerjasama semua pihak agar datang awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mesyuarat agung Perkasa sebelum ini dijadualkan akan dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Bagaimanapun semalam, Istana Selangor mengesahkan baginda tidak dapat menghadiri majlis perasmian tersebut.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, sebanyak empat usul akan dibentangkan pada mesyuarat itu iaitu agama, ekonomi, pelajaran dan keselamatan.

Khamis, 18 Mac 2010

Mesyuarat Agung Kali Pertama Jalan Terus.......

Sultan tak jadi berangkat hadir tidak mengapa, JANGAN MELAYU YANG TAK HADIR BERAMAI-RAMAI........

KUALA LUMPUR 18 Mac - Mesyuarat Agung Pertama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan tetap diadakan mengikut jadual pada 27 Mac ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, mesyuarat itu akan diteruskan walaupun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sepatutnya berangkat merasmikan mesyuarat itu tidak dapat berbuat demikian atas sebab tertentu.

''Kita menjangka lebih 10,000 orang akan menghadiri mesyuarat ini yang akan membincangkan pelbagai isu berkaitan kepentingan Melayu termasuk Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ibrahim berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar The Sun yang disifatkannya berniat jahat untuk memburuk-burukkan namanya.

Beliau berkata, laporan akhbar itu semalam bahawa Sultan Selangor telah menasihatinya agar mengurangkan sikap ultra-Melayu, adalah tidak benar.

''Sewaktu menghadap Sultan Selangor tidak pernah sekali pun baginda menyatakan saya ultra- Melayu, jauh sekali cauvinis. Sebaliknya baginda menghargai perjuangan Perkasa mempertahankan institusi raja di negara ini.

''Saya sudah melantik peguam untuk tujuan ini dan terpulanglah kepadanya untuk menentukan bentuk tindakan yang akan diambil termasuk meminta akhbar tabloid ini memohon maaf secara terbuka.

''Jika tidak, kita mungkin akan teruskan dengan tindakan untuk menyaman kerana berita sebegini bukan hanya menjejaskan kredibiliti saya malah ia juga merosakkan nama baik istana," katanya.

Menurut Ibrahim, beliau sebenarnya seorang nasionalis patriotik yang berpaksikan amalan sebagai seorang Islam yang baik.

''Jika saya bercakap tentang Melayu dan bumiputera ia adalah dalam ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi yang harus diperjuang oleh semua pihak tanpa mengira kaum," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ibrahim berkata, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby telah menjawab surat yang dihantarnya sebelum ini.

''Saya akan mendedahkan kandungan surat berkenaan pada Isnin ini," katanya.

Baru-baru ini, Danby yang mewakili 50 ahli Parlimen Australia menyerahkan surat protes kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Datuk Salman Ahmad meminta Malaysia tidak meneruskan dakwaan liwat ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SERUAN PRESIDEN PERKASA

Salam kepada semua Umat Melayu Islam:
Bersatu kita pastikan melayu tak akan hilang di dunia dan bumi kita tidak akan di pijak orang.

Lim Kit Siang Berkata PERKASA adalah Syaitan di dalam Blognya dan kita akan hadapi Iblis ini yang tidak mengenang budi atas pengorbanan umat Melayu selama ini.

Kebangkitan Melayu bermula pada tanggal 27 Mac 2010.

Pada Akhbar The Sun yang melaga PERKASA dengan DYMM Sultan Selangor, Membujur lalu Melingtang Patah, Gengam Bara Api biar sampai jadi Arang.

Datuk Paduka Ibrahim Ali
Presiden PERKASA.

Rabu, 17 Mac 2010

Apa Yang Cina Takut Dengan Melayu.


Semalam saya ke Kuala Lumpur menghantar cek dan borang keahlian PERKASA Johor ke Pejabat PERKASA Pusat di Tingkat 8, Hotel Grand Season Kuala Lumpur. Kelihatan Pejabat PERKASA Pusat begitu sibuk dengan persiapan menjelang Mesyuarat Agung PERKASA kali 1, di Dewan Tun Razak 1, PWTC pada 27.03.2010 akan datang.

Setiap kali ke Kuala Lumpur saya pastinya akan bermalam kerana bukan mudah hendak memandu dalam cuaca panas terik. Seperti biasa Hotel KL International, Kg.Baru akan menjadi pilihan kerana di situ ramai berhimpun sahabat-sahabat lama baik sahabat semasa belajar di maktab atau di universiti dahulu. Ada juga berjumpa dengan kawan-kawan sekampung yang sekarang sudah bermastautin di Kuala Lumpur.

Apabila bertemu, selalunya isu politik lah yang akan menjadi topik utama. Topik inilah yang akan membuatkan kami lupa tilam dan bantal empuk di bilik hotel malah perbualan boleh mencecah jam 3-4 pagi.

Tidak banyak yang boleh ditulis mengenai perbualan kami yang diselang seli antara serius, omong kosong, gelak ketawa dan usik mengusik tetapi ada sesuatu yang menarik untuk saya tulis apabila kami tak semena-mena terpancul ayat 'apa yang orang Cina takut dengan orang Melayu'. Nampak macam racist tetapi jika difikirkan ada logiknya juga.

Apa yang Cina takut dengan Melayu? Tanya seorang sahabat kepada 6 orang sahabat lain disekelilingnya. Semuanya memberi jawapan tetapi satu pun tidak memuaskan hatinya. Setelah hampir 15 minit, sahabat saya memberi jawapan yang membuatkan semuanya tersenyum sumbing apabila sahabat saya itu mengatakan bahawa Cina akan takut kepada Melayu apabila Melayu mula menolak 'duit' dan 'burit'.


Jika pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan yang rata-rata orang Melayu terutama di bahagian penguatkuasaan seperti Polis, Kastam dan Imigrisyen sudah tidak mahu lagi 'duit' dan menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah.

Jika kakitangan kerajaan di Pejabat Tanah atau di Majlis-Majlis Perbandaran sudah tidak mahu menerima 'duit' dan 'burit' sebagai ganjaran tetapi mereka ini akan menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah demi agama, bangsa dan negara.

Jika pemimpin-pemimpin Melayu tidak lagi boleh disogok dengan 'duit' dan 'burit' hingga menggadaikan maruah bangsa dan agama. Tindakan sebahagian daripada mereka yang menyebabkan orang Melayu tidak banyak berubah dari segi pencapaian ekonominya. Dalam masa yang sama Melayu lebih rela projek-projek besar diberikan kepada taukeh-taukeh cina ini untuk mendapat 'duit' segera.

Mereka juga tidak boleh lagi 'membeli' pemimpin-pemimpin Melayu yang berkuasa dan tidak boleh juga 'membeli' pengarah-pengarah yang berkuasa kerana mereka ini sudah mula 'berubah dan insaf'.

Itu sahaja yang dapat saya catatkan untuk kita fikir-fikirkan tentang kebenaran kata-kata sahabat saya ini.

Amir Hamzah
Hotel KL Internasional,KL

Selasa, 16 Mac 2010

Tahniah Segamat, Kluang dan Ledang!

Kopi Stesen Keretapi Kluang tumpuan peminat kopi

Gunung Ledang yang menyimpan seribu misteri

Durian Segamat yang mengancam

Tahniah kepada ketiga-tiga daerah ini yang berjaya mengumpulkan keahlian yang ramai selepas Majlis Perlancaran PERKASA Negeri Johor pada 17.01.2010 yang lalu. Daerah Segamat telah pun mencecah lebih daripada 500 orang ahli diikuti oleh Ledang yang akan mendaftarkan ahlinya seramai 500 orang sebelum mesyuarat Agung PERKASA Malaysia pada 27hb Mac 2010 akan datang. Daerah ketiga teramai setakat ini ialah Daerah Kluang iaitu seramai 400 orang telah didaftarkan. Ianya sesuatu yang membanggakan kerana PERKASA Kluang baru sahaja dilancarkan pada 28 Februari yang lalu. Daerah Batu Pahat berjaya mengumpulkan 250 orang ahli. Daerah Johor Bahru seramai 150 orang ahli.

Daerah-Daerah yang belum melancarkan PERKASA Daerah masing-masing adalah Daerah Muar, Kulaijaya, Mersing, Kota Tinggi dan Pontian. Setiap daerah yang ingin melancarkan PERKASA daerah masing-masing selepas ini telah ditetapkan perlu mengumpul keahlian seramai 500 orang terlebih dahulu. Setiap daerah perlu menyenaraikan barisan AJK Daerah untuk disemak oleh YDP Negeri. Setiap aktiviti dan perlancaran PERKASA Daerah hendaklah dirujuk kepada Setiausaha Negeri terlebih dahulu.

Pembahagian peruntukan daripada yuran keahlian telah ditetapkan seperti berikut : PERKASA Pusat = RM5.00, PERKASA Negeri =RM1.00 dan PERKASA Daerah RM4.00. Pembahagian ini adalah membuktikan bahawa PERKASA Daerah mempunyai peranan yang sangat luas untuk bergerak sehingga ke peringkat rakyat bawahan. Walau bagaimana pun pembayaran ke PERKASA Pusat tetap RM10.00 dan PERKASA Pusat akan mengagihkan ke PERKASA Negeri dan seterusnya ke PERKASA Daerah secepat mungkin.

Amir Hamzah b Hj Mohamad
Setiausaha
PERKASA Johor

Ahad, 14 Mac 2010

Jemputan

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Yang Pertama 2010
Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia

Sabtu
27 hb Mac 2010
Bersamaan 11 Rabiul Akhir 1431H
9.00 pagi
Dewan Tun Abdul Razak 1, PWTC

Oleh
Kebawah DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.
Sultan dan Yang DiPertuan Negeri Selangor Darul Ehsan Serta Segala Daerah Takluknya

Aturcara Majlis

8.30 pagi : Ketibaan para perwakilan dan pemerhati

9.00 pagi : Ketibaan Dif-Dif Jemputan

9.15 pagi : Ketibaan Tetamu-Tetamu Kenamaan.

9.45 pagi : Keberangkatan Tiba DYMM Sultan Selangor

10.00 pagi : Nyanyian Lagu Kebangsaan
Nyanyian Lagu PERKASA
Persembahan
Bacaan Doa

10.30 pagi : Ucapan Presiden PERKASA Malaysia YB Datuk Paduka Ibrahim Ali

11.00 pagi : Titah Perasmian oleh Kebawah DYMM Sultan Selangor
Upacara Khas Perasmian

12.00 tgh : Santapan DiRaja

12.45 tgh : Keberangkatan pulang DYMM Sultan Selangor

1.00 ptg : Rehat Dan Solat Zohor

2.30 ptg : Mesyuarat Agung Tahunan Yang Pertama 2010 PERKASA bermula

6.30 ptg : Majlis Bersurai

PERKASA Negeri telah bermurah hati menyediakan bas percuma daripada daerah masing-masing ke Kuala Lumpur. Ahli-ahli PERKASA boleh berhubung dengan Setiausaha Daerah masing-masing untuk keterangan lanjut.

Segamat = 3 bas ( En. Zaid- 013 7820444)
Kluang = 2 bas ( En Osman -0177070443)
Batu Pahat = 3 bas (En. En.Abol -0127959860 / Johar - 0127191805 )
Johor Bahru =1 bas ( En.Razak -0197112345)
Ledang =1 bas ( En Hamdi -0176828031)

Sesiapa yang hendak pergi dengan kenderaan sendiri juga amat dialu-alukan......

Amir Hamzah b Hj Mohamad
Setiausaha PERKASA Johor

*Pakaian Lelaki :Baju Kebangsaan atau batik
Perempuan : Baju Kurung dan Kebaya

Isnin, 8 Mac 2010

15 Kerusi Pun Tuntut Macam-Macam




Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Kalau dilihat ciri-ciri yang disebutkan di atas layakkah MCA, Gerakan dan MIC itu kita jadikan sahabat? Walau pun sudah hampir 53 tahun UMNO, MCA dan MIC itu bersahabat dan berkongsi kuasa namun pada hemat saya, mereka bukan sahabat yang boleh diharap untuk bersama kita ketika susah. Mereka hanya mahu mendampingi kita ketika kita senang seperti kata perumpamaan Melayu, kawan ketawa senang dicari, kawan menangis mana nak jumpa.

Apabila MCA meluluskan 5 resolusi, meminta tambahan bukan bumiputra dalam Perhimpunan Agung Tahunan MCA (AGM) Ke-56 semalam merangkumi 16 perkara di bawah usul politik, hal ehwal kerajaan, pendidikan, sosial dan ekonomi, serta budaya kita melihat MCA bukan hendak meringankan beban Perdana Menteri tetapi mengambil kesempatan di atas kelemahan kerajaan. Sepatutnya mereka menyelesaikan masalah dalaman parti mereka supaya BN menjadi kukuh semula sebaliknya menuntut sesuatu yang tidak mungkin dapat kerajaan lunaskan.

Adakah ini satu tuntutan atau satu ugutan?

Ketika kerajaan sedang menyusun semula kekuatan setelah tsunami pilihanraya ke 12 yang lalu, MCA bukannya membantu tetapi seolah-olah mahu pengundi Cina mengundi Pakatan Pembangkang dalam pilihanraya ke 13 nanti. MCA tahu kerajaan tidak akan melayan tuntutan mereka itu dan ini akan dijadikan alasan mengapa pengundi Cina akan beralih arah seperti mana sebahagian besar pengundi Cina telah lakukan pada pilihanraya yang lepas. Kali ini akan melarat ke negeri-negeri Selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Nampaknya setakat ini hanya UMNO sahaja yang bersungguh-sungguh menawan hati rakyat semula. Apakah yang MCA dan MIC lakukan untuk membantu UMNO? Bukan hendak menjuarai hati rakyat bersama-sama tetapi membuat tuntutan yang sukar kerajaan tunaikan. Kerajaan juga mahu menjaga hati orang Melayu yang selama ini menjadi tulang belakang kepada kerajaan dan juga 60% daripada jumlah penduduk di negara ini.

Kalau setakat menang 15 kerusi daripada 40 kerusi yang dipertandingkan dalam PRU ke 12, jangan lah nak berkokok berderai-derai. Apa lagi yang orang Cina mahu? Tidak cukupkah yang telah dinikmati sekarang? Jangan menjadi tamak dan rakus sehingga boleh menimbulkan rasa benci dan marah kaum lain sehingga boleh menyebabkan golongan majoriti yang miskin bangun memberontak. Rata-rata orang Melayu merasakan apa yang mereka nikmati hari ini sangat tidak adil kepada mereka. Sudahlah mereka dijajah dan ditindas ratusan tahun oleh 4 bangsa penjajah sehingga mereka melarat di tanah air sendiri, tiba-tiba datang bangsa pendatang menjadi lebih kaya dan ingin merampas bukan sahaja ekonomi tetapi sudah mencuba menguasai politik di negara ini.

Kerajaan jangan tunduk kepada tuntutan dan ugutan MCA ini. Kalau MCA mahu keluar daripada BN pun lebih baik kerana mereka bukan sahabat yang baik. MCA seperti Singapura. Singapura bukan jiran yang baik untuk Malaysia. Jikalau MCA merasakan mahu bersama Anwar Ibrahim, silakan berbahagi-bahagilah kerusi parlimen dengan DAP. Orang Melayu harus berdiri sendiri dan tidak lagi bergantung kepada undi Cina.

Mulai esok, sesudah subuh semua Melayu yang belum mendaftar pergi mendaftar sebagai pengundi dan semuanya nanti keluar mengundi pada hari pilihanraya. Kalau MCA keluar daripada BN,saya lah orang yang paling gembira. Kalah atau menang cerita lain tetapi kita tidak menyimpan duri dalam daging, tidak risau musuh dalam selimut dan kita tahu musuh yang nyata.

Amir Hamzah b Hj.Mohamad
Setiausaha
PERKASA Johor

Sabtu, 6 Mac 2010

Masing-Masing Ada 'Sampah'



Apabila bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin yang keluar dari PKR dan masuk UMNO, maka berbunyi lah orang mengatakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang itu sebagai 'sampah' tetapi 'mutiara' bagi UMNO. Secara kasarnya memang benarlah kenyataan itu, sebab sesuatu yang sudah tidak berguna lagi atau pun sudah mahu dibuang dianggap sebagai sampah.

Mana-mana parti politik pun tidak akan menolak mana-mana individu yang ingin menyertai parti selagi ianya mengikut syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh parti. Seingat saya, UMNO bukanlah sebuah parti 'pendendam' dan tertutup, malah di dalam sejarahnya UMNO akan menerima semula ahli-ahlinya sama ada ahli yang pernah dipecat, ahli yang keluar dengan sendiri atau ahli-ahli yang pernah dihukum.

Tun Mahathir pernah dipecat di zaman Tunku Abdul Rahman kerana mengkritik pentadbiran Tunku tetapi diambil semula di zaman Tun Abdul Razak. Tun Mahathir sendiri pernah berkata yang penting bukannya individu atau pemimpin tetapi parti yang lebih utama kerana pemimpin boleh datang dan boleh pergi. Tun Mahathir sekali lagi keluar daripada UMNO kerana tidak puashati dengan pentadbiran dan rasuah politik di zaman Tun Abdullah tetapi masuk semula UMNO setelah Najib menjadi PM.

Tengku Razaleigh dan kawan-kawannya pernah bersama parti Semangat 46 tetapi akhirnya rujuk semula kepada UMNO dan Semangat 46 pun telah lama berkubur. Namun jasa Parti Semangat 46 kekal hingga ke hari ini kerana PAS masih kekal memerintah Kelantan sejak pilihanraya 1990 apabila PAS bersama Semangat 46 dalam Angkatan Perpaduan Ummah berjaya mengalahkan BN dalam pilihanraya tahun tersebut.

Ezam Mohd Noor, 'Singa' Parti Keadilan rakyat yang mengutuk UMNO siang dan malam juga diterima menjadi ahli UMNO semula setelah hilang kepercayaan dengan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat. Sejak 1998 hingga 2010 menyaksikan berpuluh-puluh pemimpin utama PKR yang telah berhijrah parti atau pun menjadi Bebas. Pendek kata kebanyakan pemimpin-pemimpin PKR silih berganti dan rata-rata pemimpin PKR sekarang adalah muka baru kecuali Azmin Ali dan Wan Azizah.

Kemasukan Mohamad Fairus yang pernah menjadi 'penjilat' Anwar ke dalam UMNO bukan sesuatu yang pelik dan anih. Memang begitulah kehidupan ahli-ahli politik bagi meneruskan survival politik mereka supaya terus berada dalam arus perdana politik tanah air. Apabila kemasukan seseorang itu ke dalam sesuatu parti atau keluar daripada parti sudah barang tentu banyak 'cerita-cerita' yang dulunya rahsia, kini terbongkar satu demi satu.

Jikalau beliau masuk ke dalam UMNO ada sebabnya dan keluar daripada PKR juga ada sebabnya. Paling seronok ialah sebab-sebab yang diberikan oleh bekas kawan-kawannya dalam parti PKR. Antara dakwaan terhadap Fairus ialah beliau ada membuat tuntutan melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar RM15,000 sebulan buat selama-lamanya. Pada pandangan mata umum, UMNO lah yang menyelesaikan masalah Fairus sehingga beliau sanggup menjilat kahaknya semula kerana kesempitan dan tersepit dan sudah tentu Fairus akan melakukan sesuatu untuk UMNO sebagai membalas jasa UMNO itu. Itulah andaian yang berlegar-legar di kalangan masyarakat awam.

Kemarahan penyokong PKR terserlah apabila mengatakan bahawa projek melompat parti ini adalah hasil kerja pimpinan Umno yang didalangi oleh bekas pemimpin PKR sendiri, yang sentiasa berhubung dengan pemimpin Umno. Penulis ini yakin bahawa sekarang ini adalah masanya bagi pemimpin Umno atau bekas pemimpin PKR menuai hasil ternakan mereka.
Maksudnya, bekas-bekas MP PKR (yang melompat keluar parti) ini telah diternak lama oleh tauke mereka dan selama ini diberi makan percuma sehingga sampai ke tahap 'matang'.
Adalah menjadi satu syarat wajib 'contract farming' bahawa hasil ternakan yang dibiayai sepenuhnya oleh tauke apabila sudah matang, akan 'dibeli balik' atau hasil ternakan itu 'mesti dijual' kepada pembiaya! Oleh itu, tidak hairanlah apabila diberitakan yang mereka kembali kepada Umno atau melompat parti sebagai MP bebas! Adalah diharapkan agar MP Pakatan Rakyat supaya elakkan diri daripada diternak, dibiayai dan dibeli balik (dijual) dengan harga yang murah! Harga diri MP Pakatan Rakyat bukanlah sebegitu rendah bagaikan harga binatang ternakan. (http://www.malaysiakini.com/letters/125631)

Saya boleh terima bahawa Mohamad Fairus itu dianggap sebagai 'sampah' dan beliau memang 'sampah politik' pun. Nasib baik ada UMNO yang 'kutip', kalau tidak jadilah 'pengemis politik'. Namun apa kurangnya dengan pihak sebelah sana yang menerima 'sampah-sampah' daripada UMNO dan MCA misalnya. Apa kurangnya dengan Zaid Ibrahim dan Chua Jui Meng, bukankah mereka ini juga sampah bagi parti masing-masing dan mutiara bagi Pakatan Pembangkang?

'Sampah' yang paling kotor sudah tentu daripada ketua pembangkang mereka sendiri. Bukankah Anwar 'bapak segala sampah' jika hendak diikut istilah yang diguna pakai sebagai ahli politik yang tersisih. Anwar dipecat atas salah laku dan telah pun dihukum atas kesalahan tahun 1998. Kesalahan terbaru masih dalam perbicaraan. Bagi berlaku adil, maka kita boleh simpulkan bahawa 'sampah politik' ini memang ada di mana-mana. Tidak adil lah jika dipihak kerajaan diperlekeh kerana mengutip ahli politik yang melompat sedangkan di pihak mereka apa kurangnya.

Amir Hamzah b Hj Mohamad
Setiausaha,
PERKASA Johor

Jumaat, 5 Mac 2010

PERSIDANGAN MEJA BULAT: MODEL EKONOMI BARU


Date:
Sunday, March 7, 2010
Time:
8:30am - 6:00pm
Location:
Tingkat 3, Dewan Matrade, MATRADE, Jln Duta, KL

PERSIDANGAN MEJA BULAT: MODEL EKONOMI BARU

ANJURAN MAJLIS PERUNDINGAN MELAYU (MPM)

8.30 – 9.00 : Pendafaran

9.00 – 10.00 : Taklimat Ekonomi Semasa daripada
UPE, JPM

10.00 – 11.00 : Taklimat Khas wakil MITI –
Industrial Master Plan 3 (IMP3)

11.00 – 11.15 : Jamuan ringan pagi

11.15 – 12.30 : Pembentangan Kertas Kerja
Utama
- Quo Vadis NEP, oleh Dr. Rais
Saniman

12.30 – 1.15 : Ucapan YB. Dato’ Mukhriz
Mahathir, Timbalan Menteri MITI

1.15 – 2.15 : Jamuan makan tengahari &
Solat Zuhur

2.15 - 4.15 : Sesi Bengkel Serentak

i) Bengkel Sektor Kewangan & GLC
ii) Bengkel Institusi Islam
(Wakaf/Baitulmal/Zakat dll)
iii) Bengkel Modal Insan & Latihan
iv) Bengkel Nilai Tinggi
(ICT/Biotek/Supply Chain dll)

4.15 – 4.30 : Jamuan ringan petang

4.30 – 5.30 : Sidang Pleno – Pembentangan
wakil setiap bengkel

5.30 – 6.00 : Upacara Penutup

# Nota: Tentatif di atas adalah tertakluk kepada sebarang pindaan

TIADA BAYARAN AKAN DIKENAKAN.

Khamis, 4 Mac 2010

Siapakah Yang 'Bajingan' dan 'Balaci' ?



Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu yang kontroversi, Zulkifli Noordin menyifatkan pemimpin Islam yang bersetuju dengan cubaan pihak tertentu membatalkan sambutan Maulidur Rasul sebagai "bajingan" serta "balaci" yang rela dicucuk hidung seperti lembu.

Kepada siapakah gelaran 'banjingan' serta 'balaci' yang hendak ditujukan oleh Zulkifli Nordin ini? Sudah tentunya ia ditujukan kepada orang yang menyokong percubaan Lim Guan Eng untuk membatalkan perarakan maulidur Rasul di Pulau Pinang baru-baru ini. Soal boleh atau tidak boleh atau patut atau tidak patut bukan isunya. Isunya ialah menyokong percubaan LGE itu bersifat politik kerana sudah ada 'perjanjian syaitan' dalam pakatan pembangkang bahawa perlu saling sokong menyokong walaupun ianya melibatkan soal agama.

Saya teringat, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan Negeri tidak akan mengadakan sebarang sambutan bagi menyambut Maulidur Rasul memandangkan bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding bulan Ramadan.

“Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadilat tidak sebagaimana bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ada fadilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa. Di rumah saya sendiri, saya tak pernah buat Maulud. Sebenar-benar Maulud bagi saya, bagi orang seperti kami (gerakan Islam) ialah mewujudkan suasana Islam dalam sebuah negara. Ini sebenar-benar Maulud” Kata Tuan Guru.

Tentu orang boleh berfikir bahawa Nik Aziz tidak upaya mengumpul orang bagi sambutan maulud tetapi boleh pula untuk menghimpun orang sembahyang hajat untuk memohon pertolongan Allah melepaskan seorang manusia daripada tuduhan liwat yang sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah.

Tidak menjadi kesalahan kepada Nik Aziz untuk meminta orang mengaminkan doanya supaya pemimpin Islam yang menjadi musuhnya pecah perut. Semua ini boleh dan tidak berdosa bagi Nik Aziz. Perkara-perkara ini mungkin lebih baik dan lebih penting daripada sambutan mengingati kelahiran nabi Muhamad s.a.w.

Suasana Islam yang bagaimana mahu diwujudkan oleh Nik Aziz jikalau sambutan maulud nabi pun dianggap tidak baik. Nik Aziz menyokong pembatalan perarakan maulud nabi itu adalah kerana sokongan politik kepada rakan baiknya di Pulau Pinang. Apa salahnya perarakan itu kerana ianya bukan berlaku di Kelantan tetapi di Pulau Pinang dalam suasana aman.

Nik Aziz pura-pura tidak sedar bahawa cadangan pembatalan perarakan itu adalah percubaan LGE untuk melihat tindak balas orang Islam di atas tindakannya itu. Jika tidak ada bantahan, langkah LGE seterusnya ialah memastikan supaya azan di Pulau Pinang tidak perlu menggunakan pembesar suara dengan alasan menganggu suasana kedamaian penduduk-penduduk sekitarnya. LGE mahu menjadikan Pulau Pinang seperti Singapura dengan tidak membenarkan azan menggunakan pembesar suara.

Seorang lagi pemimpin PAS, Mahfuz Omar pula berkata,"Bagi saya berarak maulud tak salah tak berarak tidak lah berdosa. Untuk apa kalau berarak membawa pada dosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh. Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi. Ini lah dia Umno berarak berselawat kemudian rasuah. selawat lagi sapu duit rakyat.berarak berselawat kemudian salah guna kuasa".

Mengapa mahu kaitkan perarakan dengan rasuah? Apakah semua yang berarak itu makan duit rasuah? Kenapa pula sebelum ini Mahfuz tidak berbunyi apa pun tentang sambutan dan perarakan maulidur rasul kecuali selepas LGE ingin membatalkan perarakan di Pulau Pinang?
kalau begitu, ramai juga orang yang berserban dan berjanggut buat kerja maksiat seperti membeli nombor ekor, berjudi, merogol dan sebagainya. Kalau begitu semua orang berserban dan berjanggut itu tidak boleh dipercayai.

Bersihkah PAS daripada rasuah? Bersihkan pemimpin-pemimpin PAS daripada penyalahgunaan kuasa?

Yang makan rasuah tu pegawai-pegawai kerajaan pangkat tinggi yang ada kuasa. Apa kena mengena dengan orang yang hendak sambut maulud nabi?

Selagi tidak bertentangan dengan aqidah tidak menjadi suatu kesalahan untuk menyambutnya.

Tetapi pandangan Nik Aziz dan Mahfuz dibidas oleh seorang ulama dari Kelantan juga yang menyifatkan beliau sudah "menyimpang ". Menurut Pengasas Pondok Genting , Tok Guru Hj Lah , maulud merupakan perhimpunan untuk memuji dan memperingati hari kelahiran nabi dan membaca kisah-kisah mengenai nabi .

Selain itu ,beliau juga berkata memperingati Nabi Muhammad merupakan sunat muakad yang tertinggi dalam menghayati sejarah serta perjuangan baginda yang dapat menginsafkan diri setiap umat Islam.

Sehubungan itu, beliau menganggap sebarang pandangan yang menganggap hari keputeraan baginda itu tidak perlu disambut sebagai bertentangan dengan akidah.

"Dia termasuk dalam orang yang mengharamkan ijtihad kerana hukum ini ialah dalam empat perkara iaitu al-Quran, hadis, sunnah dan kias (ijtimak ulamak).
"Siapa yang menolak ini tak bolehlah kerana boleh diibaratkan macam sesat jadi bila sesat wajib kita tentang,"

Mungkin kerana menyokong LGE berkenaan isu perarakan itu, maka agaknya Zulkifli Nordin menghamburkan gelaran 'Bajingan dan balaci' kepada orang-orang yang mengeluarkan kenyataan politik sebelum ini. Agaknya memang kata-kata itu ditujukan kepada Nik Aziz dan Mahfuz yang beriya-iya menyokong LGE. Bukan saya yang kata, tetapi sahabat Nik Aziz dan Mahfuz dalam Pakatan Pembangkang.

Amir Hamzah b Hj. Mohamad
Setiausaha,
PERKASA Johor