Rabu, 17 Mac 2010

Apa Yang Cina Takut Dengan Melayu.


Semalam saya ke Kuala Lumpur menghantar cek dan borang keahlian PERKASA Johor ke Pejabat PERKASA Pusat di Tingkat 8, Hotel Grand Season Kuala Lumpur. Kelihatan Pejabat PERKASA Pusat begitu sibuk dengan persiapan menjelang Mesyuarat Agung PERKASA kali 1, di Dewan Tun Razak 1, PWTC pada 27.03.2010 akan datang.

Setiap kali ke Kuala Lumpur saya pastinya akan bermalam kerana bukan mudah hendak memandu dalam cuaca panas terik. Seperti biasa Hotel KL International, Kg.Baru akan menjadi pilihan kerana di situ ramai berhimpun sahabat-sahabat lama baik sahabat semasa belajar di maktab atau di universiti dahulu. Ada juga berjumpa dengan kawan-kawan sekampung yang sekarang sudah bermastautin di Kuala Lumpur.

Apabila bertemu, selalunya isu politik lah yang akan menjadi topik utama. Topik inilah yang akan membuatkan kami lupa tilam dan bantal empuk di bilik hotel malah perbualan boleh mencecah jam 3-4 pagi.

Tidak banyak yang boleh ditulis mengenai perbualan kami yang diselang seli antara serius, omong kosong, gelak ketawa dan usik mengusik tetapi ada sesuatu yang menarik untuk saya tulis apabila kami tak semena-mena terpancul ayat 'apa yang orang Cina takut dengan orang Melayu'. Nampak macam racist tetapi jika difikirkan ada logiknya juga.

Apa yang Cina takut dengan Melayu? Tanya seorang sahabat kepada 6 orang sahabat lain disekelilingnya. Semuanya memberi jawapan tetapi satu pun tidak memuaskan hatinya. Setelah hampir 15 minit, sahabat saya memberi jawapan yang membuatkan semuanya tersenyum sumbing apabila sahabat saya itu mengatakan bahawa Cina akan takut kepada Melayu apabila Melayu mula menolak 'duit' dan 'burit'.


Jika pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan yang rata-rata orang Melayu terutama di bahagian penguatkuasaan seperti Polis, Kastam dan Imigrisyen sudah tidak mahu lagi 'duit' dan menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah.

Jika kakitangan kerajaan di Pejabat Tanah atau di Majlis-Majlis Perbandaran sudah tidak mahu menerima 'duit' dan 'burit' sebagai ganjaran tetapi mereka ini akan menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah demi agama, bangsa dan negara.

Jika pemimpin-pemimpin Melayu tidak lagi boleh disogok dengan 'duit' dan 'burit' hingga menggadaikan maruah bangsa dan agama. Tindakan sebahagian daripada mereka yang menyebabkan orang Melayu tidak banyak berubah dari segi pencapaian ekonominya. Dalam masa yang sama Melayu lebih rela projek-projek besar diberikan kepada taukeh-taukeh cina ini untuk mendapat 'duit' segera.

Mereka juga tidak boleh lagi 'membeli' pemimpin-pemimpin Melayu yang berkuasa dan tidak boleh juga 'membeli' pengarah-pengarah yang berkuasa kerana mereka ini sudah mula 'berubah dan insaf'.

Itu sahaja yang dapat saya catatkan untuk kita fikir-fikirkan tentang kebenaran kata-kata sahabat saya ini.

Amir Hamzah
Hotel KL Internasional,KL

2 ulasan:

tebing tinggi berkata...

Cina tidak pernah takut dengan Melayu ,malah Cina begitu selesa hidup dikalangan Melayu kerana sifat-sifat semula jadi Melayu itu sendiri.
Melayu tidak punya jatidiri.
Melayu tidak mempunyi semangat kebangsaan yang jitu.
Melayu tidak pernah seia-sekata,jauh lagi bersatu hati.
Melayu lemah keperibadianya.mudah terpengaroh dengan wang dan kesenangan mudah.
Melayu lebih memandang tinggi bangsa lain dari bangsanya sendiri.

Banyak lagi kelemahan-kelemahan yang melayu sendiri tahu yang tidak perlulah dinyatakan disini.

Cina dan India malah bangsa-bangsa lain memang memahami akan kelemahan Melayu dan adalah sangat mudah bagi mereka mengambil kesempatan akan kelemahan-kelemahan ini bagi kepentingan mereka hidup kaya-raya dibumi Malaysia ini.
Cina hanya takut kapada Melayu yang bersatu dan bermaufakat sahaja selagi kemaufakatan itu tidak dikotori olih individu-individu bangsat diantaranya, sabagai contoh permaufakatan Melayu didalam UMNO dan juga PAS yang kini bolih ditongang olih Cina dan lain-lain bagi memakmorkan kehidupan mereka disini.
Adakah salah mereka sekiranya kepentingan Melayu semakin lama semakin terhakis dibumi Melayu ini kerana setiap bangsa didunia ini akan memperjuangkan bangsanya dan haknya, tetapi Melayu !,mungkin tidak kot !.

rimaJOHOR berkata...

MELAYU


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.


Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.


Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)


Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan


Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara


Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual


Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi


Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.


Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan


Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"


Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.


Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "



NUKILAN
Usman Awang