Rabu, 24 Mac 2010

Inilah Perangai PKR...


1. Minggu lepas Zahrain dedahkan perancangan Anwar dalam pelan 16 September yang gagal membawa Anwar ke Putrajaya. Zahrain juga dedahkan nama-nama mereka samada secara langsung atau tidak langsung mendapat jemputan untuk menjayakan kerajaan 16 September.Kesemua nama yang didedahkan oleh Zahrain mengakui kecuali Ghafur Salleh.

2. Hari ini 24 Mac 2010, tiba giliran Zulkifli Nordin membuat pengakuan terbuka bagaimana kotor dan hinanya pembangkang yang mahukan dirinya membuat akuan bersumpah kaitkan PM dan isterinya dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya. Setelah Najib hampir lunyai dimamah fitnah barulah datang kebenaran yang bukan dibuat oleh pihak kerajaan tetapi daripada kalangan pemimpin PKR yang telah belot di dalam parlimen.

3. Selepas ini siapa pula pemimpin PKR yang akan membuat pendedahan sensasi lagi?

4. Saya lebih suka membuat andaian mudah, andaikata Pakatan Pembangkang memenangi Pilihanraya ke 12 lalu sudah tentu Zahrain dan Zulkifli hari ini menjadi menteri atau pun seandainya kerajaan 16 September menjadi kenyataan dimanakah kedudukan Zahrain dan Zulkifli?

5. Pendek kata Zahrain dan Zulkifli hari ini menjadi menteri di dalam kabinet Anwar. Agak-agaknya timbul atau tidak pendedahan dan serangan ke atas Anwar? Tentu sekali tidak kerana masing-masing sudah berada di bilik nyaman dan berkerusi empuk. Kekayaan pemimpin-pemimpin BN sudah beralih ke tangan mereka.

6. Di manakah letaknya taraf pemikiran Zahrain dan Zulkifli jika dibandingkan dengan pakcik dan makcik di kampung yang menjadi petani, nelayan dan penternak tetapi setia pada kerajaan walaupun diasak dengan fitnah dan mehnah Anwar Ibrahim. Mereka tetap tidak percaya kepada Anwar kerana bagi mereka mengubah kerajaan bukan boleh dibuat sesuka hati. Rata-rata pakcik dan makcik di kampung walaupun tidak pandai melayari internet dan media baru tetapi mereka masih menggunakan otak dan boleh berfikir secara waras.

7. Zahrain dan Zulkifli cukup lama ditipu dan dipedaya Anwar dan dalam masa yang sama, pakcik dan makcik di kampung langsung tidak yakin dengan kepimpinan Anwar.Nyata pakcik dan makcik di kampung berjaya membuat tafsiran dan keputusan yang betul berbanding Zahrain dan Zulkifli yang tersilap langkah. Hairan juga orang sebijak Zahrain dan Zulkifli yang sengaja membuta kan mata dan memekakkan telinga puluhan tahun lamanya.

8. Inilah perangai orang PKR yang tidak setia kepada pemimpin malah sanggup dan tergamak menghina dan menelanjangi pemimpin yang mereka puja dan sanjung selama ini. Apakah masih ada jaminan kesetiaan ini kepada pemimpin-pemimpin PKR yang lain. Hari ini mungkin tidak, esok lusa siapa tahu Saifuddin Nasution Ismail Ahli Parlimen Machang pulak yang keluar PKR?

Amir Hamzah B Mohamad
Setiausaha,
PERKASA Johor

Tiada ulasan: