Khamis, 18 Mac 2010

Mesyuarat Agung Kali Pertama Jalan Terus.......

Sultan tak jadi berangkat hadir tidak mengapa, JANGAN MELAYU YANG TAK HADIR BERAMAI-RAMAI........

KUALA LUMPUR 18 Mac - Mesyuarat Agung Pertama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan tetap diadakan mengikut jadual pada 27 Mac ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, mesyuarat itu akan diteruskan walaupun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sepatutnya berangkat merasmikan mesyuarat itu tidak dapat berbuat demikian atas sebab tertentu.

''Kita menjangka lebih 10,000 orang akan menghadiri mesyuarat ini yang akan membincangkan pelbagai isu berkaitan kepentingan Melayu termasuk Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ibrahim berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar The Sun yang disifatkannya berniat jahat untuk memburuk-burukkan namanya.

Beliau berkata, laporan akhbar itu semalam bahawa Sultan Selangor telah menasihatinya agar mengurangkan sikap ultra-Melayu, adalah tidak benar.

''Sewaktu menghadap Sultan Selangor tidak pernah sekali pun baginda menyatakan saya ultra- Melayu, jauh sekali cauvinis. Sebaliknya baginda menghargai perjuangan Perkasa mempertahankan institusi raja di negara ini.

''Saya sudah melantik peguam untuk tujuan ini dan terpulanglah kepadanya untuk menentukan bentuk tindakan yang akan diambil termasuk meminta akhbar tabloid ini memohon maaf secara terbuka.

''Jika tidak, kita mungkin akan teruskan dengan tindakan untuk menyaman kerana berita sebegini bukan hanya menjejaskan kredibiliti saya malah ia juga merosakkan nama baik istana," katanya.

Menurut Ibrahim, beliau sebenarnya seorang nasionalis patriotik yang berpaksikan amalan sebagai seorang Islam yang baik.

''Jika saya bercakap tentang Melayu dan bumiputera ia adalah dalam ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi yang harus diperjuang oleh semua pihak tanpa mengira kaum," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ibrahim berkata, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby telah menjawab surat yang dihantarnya sebelum ini.

''Saya akan mendedahkan kandungan surat berkenaan pada Isnin ini," katanya.

Baru-baru ini, Danby yang mewakili 50 ahli Parlimen Australia menyerahkan surat protes kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Datuk Salman Ahmad meminta Malaysia tidak meneruskan dakwaan liwat ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2 ulasan:

PERKASA MELAKA berkata...

ILLAHI ANTA MAQSHUUDII WARIDHOOKA MATHLUUBII A'THINII MAHABBATAKA WA MA'RIFATAK"

ALLAH HU AKHBAR!!! ALLAH HU AKHBAR!!! ALLAH HU AKHBAR!!!

Salam Perjuangan dari seluruh barisan hadapan Perkasa Melaka.

Semoga direstui Allah s.w.t perjuangan bangsa yang murni ini dan diberi kesempatan agar bangsa ini akan terus wujud, berkuasa serta perkasa dan bersatu padu.

Justeru itu Perkasa Melaka menyeru orang-orang Melayu khususnya anak-anak muda ayuh bagun bersatu memilih langkah perjuangan yang bermaruah, berhemah dan berdisiplin.

"PRIBUMI PERKASA NEGARA"

Sekian, Salam Perjuangan

Mrcupin
Melaka

http://perkasamelaka.blogspot.com
http://sembangketapang.blogspot.com

rimaJOHOR berkata...

Salam Perkasa Melaka...
Mari kita seru seluruh umat Melayu tua atau muda, miskin atau kaya datang ke Kuala Lumpur pada 27hb Mac ini bagi membuktikan bahawa Melayu menyokong perjuangan Perkasa dalam mempertahankan hak-hak Melayu yang semakin terhakis.....