Sabtu, 27 Mac 2010

Tahniah PERKASA, Terima Kasih Tun M

sebahagian daripada 10 000 ahli PERKASA dan orang Melayu memenuhi Dewan Tun Abdul Razak 1, PWTC

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertama 2010, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertempat di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur yang dihadiri 10 000 orang Melayu daripada seluruh negara. Sambutan di luar dugaan itu menandakan PERKASA sudah mendapat tempat di hati orang Melayu dan kehadiran seramai itu menandakan harapan yang tinggi orang Melayu kepada PERKASA. Tun M yang dalam rangka lawatan ke luar negara telah memendekkan lawatannya semata-mata untuk hadir dan memberi ucapan perasmian. Terima kasih Tun.

Negarawan Ulung yang juga mantan PM , Tun Dr Mahathir ketika memberi ucapan dan merasmikan Mesyuarat Agung PERKASA kali 1

Sesi mesyuarat agung bermula dengan ucapan Presiden, pembentangan laporan oleh Setiausaha Agung, pembentangan kewangan, pemilihan jawatankuasa sehingga pemeriksa kira-kira. Membenarkan sesi perbahasan, empat topik perbahasan pendidikan,ekonomi, agama dan keselamatan. dan diakhiri dengan ucapan pengangguhan . Mesyuarat selesai sekitar pukul 5 .30 petang.

PERKASA Johor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seketeriat Mesyuarat Agung walaupun ada kelemahan di sana-sini tetapi berjaya juga mengadakan mesyuarat kali pertama dengan jayanya.
Blog PERKASA Johor semakin dikunjungi

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Datuk Paduka Ibrahim Ali yang dipilih secara sebulat suara sebagai presiden PERKASA. Datuk Paduka Ibrahim sendiri mencadangkan Dato Abdul Rahman Bakar sebagai Timbalan Presiden yang juga diterima sebulat suara. Dato Abdul Rahman adalah YDP PERKASA Johor merangkap bendahari PERKASA Pusat. PERKASA Johor mengucapkan syabas dan tahniah sekali lagi kerana kedua-dua mereka ini merupakan nadi kepada PERKASA yang telah banyak menyumbangkan tenaga, masa, buah fikiran dan yang penting sekali pengorbanan wang ringgit yang membolehkan PERKASA terus perkasa seperti mana yang kita lihat pada hari ini.

Datuk Paduka Ibrahim Ali terus diberi mandat mengetuai PERKASA


Dato Abdul Rahman b A.Bakar dipilih sebulat suara sebagai Timbalan Presiden PERKASA. Beliau juga adalah YDP PERKASA Johor. Sebelum ini Dato Abdul Rahman adalah Bendahari PERKASA Pusat. (Bergambar bersama Setiausaha PERKASA Johor En.Amir Hamzah b Hj Mohmad)

Tahniah juga kepada 5 orang Naib Presiden, Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat dan barisan ahli jawatankuasa yang merupakan muka lama yang dilantik semula serta muka-muka baru yang dipilih daripada pelbagai bidang dan profesion.

Perkasa telah diberi kelulusan oleh KDN menerbit Suara Perkasa dua minggu sekali. Naskah pertama telah diterbitkan secara percuma. Pertengahan Mei nanti, dijual dengan harga RM1.50 senaskah, dijual di seluruh negara kerana Suara Perkasa akan menjadi suara hati orang Melayu, kaum bumiputera.

Baru-baru ini diadakan mesyuarat khas untuk meminda akta dan panduan yang mana mulai tahun depan, mesyuarat agung daerah pilih perwakilan ke peringkat negeri dan seterusnya mereka yang terpilih akan ke mesyuarat Agung Pusat.. Secara keseluruhannya, akan ada 1,400 orang perwakilan dijangka dari setiap negeri dan sekaligus, seluruh negara.


5 Usul diluluskan.

Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meluluskan lima usul yang antaranya mendesak parti politik Melayu khususnya UMNO dan Pas duduk semeja dan bersatu demi masa depan generasi Islam, Melayu dan bumiputera.

Usul yang dibentangkan Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Ab. Rahman Bakar itu turut menyarankan agar Pas dan UMNO mengadakan kerjasama strategik yang boleh menjaga hak-hak Melayu dan bumiputera berdasarkan perlembagaan negara.

Usul berkenaan bersama empat yang lain diluluskan sebulat suara pada akhir mesyuarat tersebut yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Sementara itu, usul agama Perkasa yang dibentangkan Naib Presiden, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendesak kerajaan memperkemaskan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja.

Usul berkenaan turut mendesak kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas mereka yang mempersendakan agama Islam termasuk mencemarkan kesucian kalimah Allah.

Sementara itu, Ketua Penerangan Perkasa, Roslan Kassim yang membentangkan usul berkaitan ISA berkata, akta itu perlu dikekalkan kerana ia diwujudkan bagi mencegah anasir subversif dan antinasional.

“Tanpa penguatkuasaan ISA, kemungkinan sesiapa sahaja boleh menggunakan kebebasan bagi tujuan menyalahi prinsip-prinsip kemanusiaan dan tuntutan kemasyarakatan,” katanya.

Dalam usul pendidikan, Perkasa mendesak nisbah 50:45 dan lima peratus kaum-kaum lain dalam pengagihan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dimansuhkan kerana nisbah itu bermakna 50 peratus untuk bumiputera dan 50 peratus bukan bumiputera.

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abdullah Mansor yang membentangkan usul itu mencadangkan pengagihan itu dikembalikan kepada nisbah asal 90:10 ataupun berdasar nisbah 67:33 dengan mengambil kira komposisi penduduk iaitu 67 peratus bumiputera dan 33 peratus bukan bumiputera.

Sementara itu, Perkasa dalam usul ekonominya menggesa supaya Model Ekonomi Baru (MEB) yang akan digubal dapat membentuk instrumen berkesan bagi memastikan orang Melayu dapat meningkatkan pemilikan bangunan dan premis.

Naib Presiden Perkasa, Dr. Zubir Harun yang membentangkan usul itu berkata, ia kerana data sehingga 2008 menunjukkan hak milik premis kaum Cina adalah sebanyak 76.1 peratus dan bermakna mereka kini menguasai kawasan strategik di bandar dan pinggir bandar.

Katanya, hak milik premis kaum bumiputera adalah jauh ketinggalan pada kadar 15 peratus diikuti kaum India sebanyak 3.8 peratus. - Utusan

PERKASA Johor mengucapkan terima kasih kepada semua akhbar khasnya Utusan Melayu yang membuat liputan besar-besaran dalam Majlis Perasmian dan Mesyuarat Agung Perkasa kali 1 ini.

Hidup Melayu, Hidup PERKASA dan Hidup Utusan Melayu!

Klik di sini untuk melihat gambar-gambar sekitar Majlis Perasmian dan Mesyuarat PERKASA Kali 1.

Amir Hamzah b Hj Mohamad
Setiausaha
PERKASA Johor.

2 ulasan:

zedmagel berkata...

Salam Bro,

Apasal SU Perkasa negeri ni tidak diberikan selempang. Usahanya sangat kuat terhadap PERKASA Johor...

rimaJOHOR berkata...

hehehe.....Selempang tu untuk AJK Perkasa Pusat jer bro.....jangan lebih2 lak...