Isnin, 22 Mac 2010

PERKASA, Ibrahim dan kedudukan Melayu


Majlis perasmian mesyuarat agung pertama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dijadualkan pada 27 Mac ini, tiba-tiba menjadi isu.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Shah yang pada mulanya bersetuju untuk merasmikan mesyuarat tersebut, telah membatalkan hasrat baginda. Menurut kenyataan Istana Selangor, pembatalan tersebut bagi mengelak kontroversi dan manipulasi pihak tertentu.

Perkembangan tersebut membuatkan Perkasa terutama Presidennya, Ibrahim Ali tersentak. Lebih menimbulkan rasa tidak senang Perkasa ialah laporan akhbar The Sun yang mendakwa Sultan Selangor telah menasihati Perkasa agar mengurangkan sikap ultra-Melayu.

Dalam reaksinya, Ibrahim menafikan Sultan Selangor ada menyebut hal itu dalam pertemuan dengan baginda.

Awang bersimpati dengan apa yang menimpa Perkasa. Kelantangannya memperjuangkan kepentingan Islam dan Melayu di bawah kerangka perlembagaan negara, mendapat tentangan daripada banyak pihak khususnya bukan Melayu.

Pihak-pihak berkenaan dengan disokong secara halus oleh gerakan pembangkang memainkan sentimen kononnya Perkasa ultra-Melayu, rasis, cauvinis dan pelbagai label lagi. Malah dalam blog pemimpin DAP dan portal berita Malaysiakini, ada tulisan yang menyifatkan Perkasa sebagai kelahiran semula syaitan. Strategi mereka adalah untuk melemahkan Perkasa, yang kini mendapat sokongan meluas masyarakat Melayu. Sememangnya ada golongan yang tidak mahu NGO Melayu yang menjadi sekuat Perkasa. Pada mereka, tidak mengapa jika NGO bukan Melayu hebat tetapi NGO Melayu mesti lemah. Jika NGO bukan Melayu menjadi begitu berpengaruh dan rasis, itu adalah hal biasa yang menjadi tuntutan. Anehnya Perkasa yang baru setahun jagung usianya sudah dilihat sebagai ancaman.

Awang ingin bertanya kepada semua, siapakah paling lantang dan ke hadapan mempertahankan kedaulatan institusi raja Melayu ketika dihina, jika bukan Perkasa. Di mana suara NGO bukan Melayu dan tauke-tauke kaya raya ketika Raja-Raja Melayu dicabar?

Ketika ramai tunduk tidak yakin, siapakah yang tanpa gentar dan secara konsisten mempertahankan kepentingan Melayu sewaktu diasak pelbagai pihak selepas Pilihan Raya Umum ke-12, jika bukan Perkasa.

Siapakah yang menjunjung martabat Islam daripada penghinaan banyak penjuru jika bukan Perkasa, beberapa NGO Islam serta Melayu yang lain.

Siapakah yang menjadi perisai mempertahankan perlembagaan daripada dicabar dan ditulis semula, kalau bukan NGO seperti Perkasa. Ternyata Perkasa di bawah kepimpinan Ibrahim mencetuskan keyakinan baru di kalangan orang Melayu.

Janganlah lupa jasa Perkasa. Usahlah terjebak dengan muslihat pihak yang mahu menggugat pertubuhan itu atas motif yang sebenarnya mudah difahami.

Sesungguhnya Awang amat bersyukur dan berterima kasih kerana Perkasa dan beberapa NGO Melayu lain telah membantu menyelamatkan tunjang politik Melayu di negara ini daripada runtuh hasil satu konspirasi besar kesan pilihan raya umum lalu, yang hampir mencapai kemuncaknya.

Itu yang menjadikan Perkasa amat istimewa. Maka majlis pada 27 Mac ini akan tetap bermakna buat orang Melayu. Lebih-lebih lagi kehadiran negarawan, Dr. Mahathir Mohamad yang akan merasmikannya menggantikan Sultan Selangor. Lebih 10,000 dijangka menghadiri majlis tersebut yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra dalam acara yang penuh istiadat Melayu.

Sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan Perkasa, Awang yang sekadar insan kerdil, membatalkan acara lain yang telah Awang beri komitmen lebih awal, semata-mata untuk hadir pada majlis Perkasa nanti biar sekalipun berdiri di luar dewan. Kalau Mahathir sanggup pulang awal dari misi lawatan ke luar negara hanya untuk bersama-sama Perkasa, mengapa tidak kita.

Usahlah menjadi Melayu di tanah air ini, jika kita terlalu takut dan mengikut telunjuk pihak yang sedangpun menghakis kedudukan Melayu.

Awang bukan jenis itu.

Awang Selamat - Utusan Melayu

2 ulasan:

tebing tinggi berkata...

Ketika hak Melayu dikikis sedikit ada siapa peduli, perasaan jumlah besar umat Melayu
Ketika umat Melayu dihina dibuminya sendiri olih kaum penumpang ,ada siapa ambil kesah ?, tidak juga olih puak politik Melayu.
Ketika kedudokan raja-raja Melayu dan tahtanya disangah olih Melayu haramjadah dan kaum penumpang yang tidak kenal padah siapa yang merasa gundah.

Tidah dinafi ada melayu tidak senang hati dengan kewujudan PERKASA persetan dengan mereka.
Suara-uara kaum penumpang apalah sangat untok dipandang dan diambil timbang, secara semulajadinya mereka akan cuba mengekang

yang penting PERKASA akan terus matang dan berjuang.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

Sokong 100% pendapat saudara ini.