Rabu, 18 Ogos 2010

Siasat Soi Lek!


Satu laporan polis telah dibuat oleh PERKASA Pusat meminta pihak polis menyiasat Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung kenyataannya berhubung ekuiti bumiputera yang didakwanya “berbaur hasutan” dan “tidak mengambil kira sensitiviti bumiputera”.

Dalam laporan polis oleh Setiausahanya, Syed Hassan Syed Ali, NGO Melayu itu mendakwa kenyataan Dr Chua dalam Kongres Ekonomi Cina pada 14 Ogos lalu tidak bertanggungjawab dan bertujuan memecahbelahkan keharmonian kaum.

“Dr Chua seharusnya menyedari kenyataan beliau boleh mencetuskan kegelisahan dan ketidakpuasan hati kaum bumiputera khususnya orang Melayu kerana Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memberikan keistimewaan kaum bumiputera sebagaimana peruntukan Artikel 153,” laporan polisnya dipetik.

Tahniah PERKASA.

Baca juga di sini

4 ulasan:

melayumuda berkata...

tahniah untuk perkasa, akhirnya doa saya dimakbulkan Allah..kita sama2 agrsif dalam platform yang kita ada demi perjuangan

melayumuda berkata...

kita minta polis segerakan siasatan ke atas chua soi lek..jangan berhenti mendesak..kita pakat ramai2

melayumuda berkata...

saya mencadangkan agar laporan polis dibuat terhadap shamsul akin dari PKR kerana membuat kenyataan menghina sultan johor.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

Salam melayumuda,
Jangan tunggu PERKASA buat laporan polis, saudara sebagai individu Melayu juga boleh berbuat demikian kerana saudara faham isu tersebut. Shamsul Akin dari PKR mana? Kalau di Johor saya akan arahkan PERKASA Daerah berkenaan membuat report.