Sabtu, 4 Disember 2010

PERKASA Kota Tinggi Mula Mengaum........


Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Daerah Kota Tinggi secara rasminya ditubuhkan pada Jumaat, 3hb. Disember 2010.

PERKASA Daerah Kota Tinggi terdiri dari 3 PERKASA Kawasan iaitu PERKASA Kawasan Pengerang, PERKASA Kawasan Tenggara dan PERKA...SA Kawasan Kota Tinggi.

Sehingga kini, selain PERKASA Daerah Kota Tinggi, dua kawasan telah berjaya membentuk ahli jawatankuasa peringkat kawasan iaitu PERKASA Kawasan Pengerang & PERKASA Kawasan Tenggara.

Majlis Pelancaran PERKASA Kawasan Pengerang akan diadakan pada 10hb Disember 2010 di pekan Sungai Rengit. Seluruh orang Melayu dalam Parlimen Pengerang di jemput hadir bagi memberikan sokongan terhadap PERKASA Kawasan Pengerang.

Sehingga kini PERKASA Daerah Kota Tinggi telah berjaya mendaftarkan ahli baru seramai lebih 700 orang. PERKASA Daerah Kota Tinggi menyasarkan untuk menarik seberapa ramai orang Melayu dalam daerah Kota Tinggi untuk bersama-sama menyertai Perjuangan PERKASA dalam mempertahankan hak dan keistimewaan Melayu seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan.

Sehingga hujung Disember 2010, dijangkakan lebih dari 5000 orang Melayu dalam daerah Kota Tinggi akan menyertai PERKASA yang akan dilancarkan secara rasminya pada hujung Januari 2011 oleh Presiden PERKASA Malaysia YB Datuk Paduka Ibrahim Ali.

Pada ketika ini, PERKASA Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama PERKASA Kawasan Pengerang, Tenggara dan Kota Tinggi sedang giat menjalankan aktiviti untuk menambahkan keahlian. Selain itu, PERKASA Kota Tinggi juga sedang bergerak untuk mencapai matlamat menubuhkan cawangan PERKASA di seluruh pelusuk kampung, rancangan FELDA dan taman-taman perumahan yang terdapat dalam daerah Kota Tinggi.

Kepada mana-mana pihak atau individu yang berminat untuk menyertai PERKASA, atau pun berminat untuk menubuhkan cawangan PERKASA di kejiranan mereka, bolehlah menghubungi Sdra. Azman Bin Abdul Rahman, Setiausaha PERKASA Daerah Kota Tinggi di talian 019-7925999

Sekian. Terima kasih.

Salam Perjuangan,

Hj. Shukri Bin Hj. Suratman
HP : 012 7777 697
Pengerusi
Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA)
Daerah Kota Tinggi.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum tuan. Dalam perlembagaan dah tercatat segala-galanya. Mengapa hendak dibangkitkan lagi. Sepatutnya kita perjuangkan islam melebihi segala-galanya. Lihat berapa ramai anak melayu terjerumus dalam najis dadah, isu buang anak, isu murtad, gejala sosial yg lain. Megapa tak hendak perjuangkan yg itu.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

Salam, Walaupun sudah tercatat di dalam perlembagaan tetapi masih ada yang mengusik dan mencabar. Maka PERKASA akan mempertahankan perkara-perkara tersebut jika tidak kerajaan yang sedia ada akan menuruti kehendak-kehendak mereka itu. Jika Siqui dan Zhong Dong untuk orang Cina, Hindraf untuk orang India maka PERKASA adalah NGO orang Melayu. Selagi NGO-NGO perkauman ini ada maka kewujudan PERKASA adalah relevan.
Memperjuangkan Melayu dan Islam memang tertulis di dalam perlembagaan PERKASA. Isu-isu masyarakat itu bukan tanggung jawab PERKASA semata-mata tetapi tanggung jawab semua termasuk saudara.