Sabtu, 8 Oktober 2011

Penghargaan Najib kepada perkhidmatan awam

Walaupun baru beberapa hari lalu mengkritik Najib kerana memuji Namewee yang dikatakan ada kelainan tersendiri disamping dikatakan sangat memahami konsep gagasan 1 Malaysia, tetapi petang 8hb Oktober 2011, ramai yang tersenyum lebar.

Bagi saya, kes Namewee satu cerita lain sementara pembentangan budget satu cerita lain. Sebagai kakitangan awam, sepatutnya mengucap syukur ke hadrat Allah atas nikmat yang diberikan dan berterima kasih kepada Najib dan kerajaan semasa yang sedang memerintah kerana prihatin dan peka dengan permasalahan rakyat khususnya penjawat-penjawat awam.

Walaupun budjet semalam adalah defisit di mana unjuran perbelanjaan lebih besar daripada unjuran pendapatan tetapi ramai pihak membuat komen seperti berikut, SEKALUNG TAHNIAH BUAT YAB PERDANA MENTERI DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK DENGAN PEMBENTANGAN BAJET 2012 "DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA" SALAH SATU BAJET TERBAIK YANG PERNAH DIBENTANGKAN NEGARA.

Agak janggal sedikit dengan budjet kali ini dimana cukai rokok dan arak tidak dinaikkan. Maka harga rokok dan arak kekal seperti harga sekarang.

Berita tentang budjet pada 7 Oktober 2011.

1. Membela rakyat, sejahtera negara
2. 1.2j penjawat awam naik gaji
3. Yuran sekolah tahun depan dimansuhkan
4. Pembentangan Budjet 2012 berjalan lancar.

Kalau ada yang nak berkata, ianya adalah budjet pilihanraya......dengan pantasnya aku menjawab...ye, sudah tentu. hehehe

Amir Hamzah Hj Mohamad
Batu Pahat.

2 ulasan:

rizzul berkata...

Cukai rokok & arak bila2 masa boleh dinaikkan, tak perlu tunggu budget. Perkhidmatan awam sepatutnya bersyukur dengan cara bekerja yg lebih efisien, berbaloi dgn gaji yg dibayar oleh rakyat.
Nasib pekerja swasta masih tidak menentu dengan dasar gaji minima belum diputuskan, ditambah dengan persaingan dari pekerja asing yg menawarkan gaji lebih rendah

rimaJOHOR berkata...

Perokok dan peminum arak juga pengundi.....jangan bagi depa marah. Najib kata don't create the problem.......Penjawat awam jangan sabotaj dasar kerajaan, tu baru bersyukur. Pekerja swasta harap bersabo.....kerajaan akan runding ngan majikan2......