Selasa, 18 Oktober 2011

Mesyuarat Agung Tahunan PERKASA Kali ke 2

Semua perwakilan negeri Johor seramai 100 orang seperti mana yang telah diputuskan di dalam Mesyuarat Khas Perkasa Johor di Kluang dijemput hadir ke MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 2.

Tarikh : 26 Oktober 2011 (Rabu) Bersamaan 28 Zulkaedah 1432H
Tempat : Dewan Centrum, Tingkat 5, Kompleks Centrum, No.1, Jalan 8, Taman Setiawangsa, 54200, Kuala Lumpur.
Perasmi : Mantan Ketua Polis Negara, Ybhg Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor.
Pendaftaran : 8.30 pagi.- 9.30 pagi.
Majlis Perasmian : 9.30 pagi -12.30 tengahari
Mesyuarat Agung : 2.30 ptg - 6.00 petang

Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan Presiden
2. Meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Yang Pertama
3. Pembentangan laporan Tahunan oleh Setiausaha Agung daripada 1hb januari 2010 hingga 31hb Dis 2010 untuk diterima dan diluluskan.
4. pembentangan laporan kewangan oleh Bendahari Agung daripada 1hb januari 2010 hingga 31hb Dis 2010 untuk diterima dan diluluskan.
5. Pembentangan dan perbahasan usul-usul.
6. Pengulungan dan Ucapan penangguhan
7. Ucapan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan ke 2 oleh Pengerusi Tetap.

Semua perwakilan dikehendaki menaiki kenderaan secara berkongsi daripada daerah masing-masing. Semua daerah telah ditetapkan menghantar 9 perwakilan kecuali Kulaijaya 8 perwakilan. AJK Perkasa Negeri seramai 20 orang. Pakaian Baju Melayu bagi perwakilan lelaki dan Baju Kurung bagi Wiranita dan Wirawati


Selamat bersidang.

Amir Hamzah b Hj Mohamad
Setiausaha kehormat,
Pertubuhan Pribumi Perkasa Negeri Johor

2 ulasan:

rizzul berkata...

Baju Melayu je...baju lain tak boleh ke?...baju jawa ke, bugis atau banjar, baju arab ke mamak ke..? atau baju Perkasa? Wajib berbaju Melayu ke bro? Klu sunat je tak pe la...tak berdosa!

rimaJOHOR berkata...

Suka hati la bro......huhuhu