Khamis, 15 April 2010

Bubarkan Jawatankuasa Perundingan Antara Agama


Jawatankuasa Perundingan Antara Agama yang ditubuhkan kabinet yang dianggotai oleh Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao, Malaysia dan perwakilan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim)adalah sekadar perbincangan hal-hal semasa dan permaslahan penganut masing-masing tanpa melibatkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Dalam Perkara Tiga (3), Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa Islam adalah agama persekutuan atau dimaksudkan juga sebagai agama rasmi negara. Bagaimanapun, agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Dalam usaha mengukuhkan Islam di negara ini Perlembagaan juga memperuntukkan dalam Perkara Sebelas (11) (4) bahawa diayah agama lain kepada umat Islam adalah dilarang.

Muhyiddin Yassin menjelaskan, panel itu dianggotai oleh mereka yang tidak akan mengancam kedudukan Islam kerana ia bukannya satu suruhanjaya.

"Jawatankuasa ini dibuat dalam bentuk pentadbiran di bawah Jabatan Perdana Menteri, mungkin ada hasil-hasil perbincangan yang boleh digunakan sebagai panduan untuk tambah baik perhubungan antara kaum yang boleh kita ambil.

"Tetapi soal-soal tentang kedudukan agama Islam itu tidak akan disentuh, kedudukan dan martabatnya tidak akan disentuh, kita kena hormat antara agama dan wujudkan semangat kerjasama," katanya lagi.

Kenyataan Muhyiddin ini menyebabkan mesyuarat JK antara agama dibatalkan. Sementara itu, Majlis Perundingan Agama Budha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (Mccbchst) membidas kenyataan TPM.

Adalah lebih baik Jawatankuasa ini dibubarkan kerana Mccbhst mahu lebih daripada itu. Apabila Muhyiddin menyatakan dengan jelas maksud JPAA dan peranannya maka mereka mula menarik diri. Apakah yang mereka mahukan. Mengikut pemahaman mereka, melalui konsep satu Malaysia semua agama adalah sama taraf. Mereka juga mahukan keistimewaan yang sama seperti mana agama Islam. Tidak cukupkah apa yang telah tercatat di dalam perlembagaan terhadap hak-hak mereka beragama?

Di Malaysia, mereka bukan sahaja bebas beragama tetapi mereka boleh mendirikan tempat-tempat ibadat mereka. Ada yang sah dan ada yang haram. Kadang kala tidak perlu begitu banyak berhala atau tokong dalam kawasan penganutnya yang sedikit. Mereka juga bebas menjalankan upacara-upacara agama, kepercayaan dan budaya mereka walaupun kadang kala menganggu ketenteraman orang lain.

Cuma mereka mahukan agar kerajaan juga memberi peruntukan kepada pembinaan rumah-rumah ibadat mereka. Mereka mahukan agar agama mereka boleh disebarkan kepada orang Islam atas alasan hak asasi manusia. Mereka juga berkehendakan agar isu-isu sensitif seperti penggunaan 'kalimah Allah' di dalam Injil versi Bahasa Melayu dapat diselesaikan melalui prinsip 1 Malaysia. Kelonggaran kepada pembinaan tokong-tokong dituntut kerana buat masa ini kelulusan membina tokong terutama di kawasan majoriti Melayu agak rumit walaupun di atas tapak kepunyaan sendiri. Mereka mahu supaya halangan-halangan dapat diruntuhkan supaya mereka dapat menambahkan bilangan tokong sedia ada.

Walau bagaimana ketat peraturan yang dilalui tetapi pembinaan tokong-tokong halal dan haram tumbuh bagai cendawan. kadang-kadang ianya lebih banyak daripada surau dan masjid.

Perkara-perkara ini jangan diberi peluang untuk diadakan perbincangan. Kedudukan agama Islam dan yang Dipertuan Agung sebagai ketua agama negara perlu dihormati. Maka atas dasar itu, Jawatankuasa Fatwa Perak, PERKASA dan ABIM membantah penubuhan jawatankuasa Perundingan Antara Agama ini.

Pengerusinya Jawatankuasa Fatwa Perak yang juga Mufti Perak, Harussani Zakaria, berkata perbincangan mengenai agama Islam tidak memerlukan campur tangan bukan Islam. Ia bukan medium yang sesuai kerana dibimbangi akan wujud tuntutan tidak munasabah di kalangan penganut agama lain.

Presiden PERKASA, Ibrahim Ali juga mempertikaikan kebijaksanaan meletakkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Koh Tsu Koon menyelia jawatankuasa itu selaras dengan tugasnya yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Pepaduan dan Integrasi Kaum.

Saya ingin juga bertanya berkenaan dengan tekanan yang diberikan oleh kerajaan terhadap penganut-penganut agama lain. Saya juga ingin bertanya, berapa ramai Hindu, Buddha dan Kristian yang sudah disembelih oleh Melayu Islam. Berapa banyak pula Tokong, Kuil dan Gereja yang dibakar oleh Melayu Islam. Tegasnya, mereka sebenarnya sangat beruntung berada di bawah kerajaan Melayu Islam yang adil dan bijaksana. Mereka mungkin tidak selamat dan aman jika mereka berada di bawah kepimpinan bangsa mereka sendiri.

Kita berharap, TPM bertegas dengan pendiriannya. Jangan layan kerenah mereka. Mereka telah banyak memperolehi kemudahan untuk hidup beragama dan mengamalkan agama masing-masing tanpa gangguan. Cuma mereka tamak dan mempunyai hati busuk dan jahat kepada pribumi dan Melayu. Persetan dengan mereka Muhyiddin!

Amir Hamzah b Hj Mohamad
Setiausaha,
PERKASA Johor.

Tiada ulasan: