Rabu, 14 April 2010

Ibrahim Ali Belasah Kit Siang Di Parlimen.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya,Yang Berhormat Pasir Mas.

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada Rang Undang-undang Perbekalan dan juga Usul Menteri Kewangan yang kita sudah tahu ada dua rang undang-undang bagi Perbekalan Tambahan 2009 dan 2010.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah mendengar ucapan daripada Yang Berhormat Ipoh Timur dengan teliti tetapi sepanjang saya dengar ucapan dia, separuh saya hendak muntah. [Ketawa] Malangnya bila disebut Perkasa, dia tidak beri laluan. Baru saya tahu bahawa Yang Berhormat Ipoh Timur ini penakut dan pengecut. [Disampuk] [Tepuk]

Tan Sri Yang di-Pertua, sebelum saya sampai kepada tahap perbahasan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]:
Belum Tan Sri, Yang Berhormat.

Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Insya-Allah akan dapat. [Ketawa] Tuan Yang di- Pertua, sebelum saya sampai kepada peringkat perbahasan soal rasis ataupun tidak rasis, saya ingin merujuk dahulu kepada perbahasan yang boleh memberi manfaat dan faedah kepada kita semua. Perkara yang utama di hadapan kita sekarang ialah mengenai dengan Model Ekonomi Baru. Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri telah pun mengumumkan pada 30 Mac lalu iaitu Model Ekonomi Baru yang sememangnya mengenai dengan policy statement sebagai fasa pertama dan fasa kedua pada bulan Oktober iaitu mengenai dengan instrumen ataupun hal-hal yang berkaitan dengan pelaksanaan.

Dari segi soal Model Ekonomi Baru, saya sebagai Ahli Parlimen mewakili kawasan Pasir Mas turut mengalu-alukan usaha dan kegigihan yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk menangani hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi negara kita dan sekali gus memperkenalkan Model Ekonomi Baru yang menjadi polemik yang begitu hangat sekarang ini. Pelbagai perspektif polemik telah dikemukakan oleh pelbagai pihak dan saya turut mengalu-alukan kesediaan pihak kerajaan yang telah membuat pengakuan bahawa semua pihak berhak memberi pandangan dan pihak kerajaan juga bersifat terbuka, bersikap accommodative untuk mendengar semua pandangan daripada mana-mana dewan perniagaan, daripada mana-mana NGO, baik NGO bumiputera ataupun Melayu, NGO bukan bumiputera, semua rakyat Malaysia, ia akan mengambil kira pandangan-pandangan yang patut dikemukakan bagi mendapat perhatian daripada pihak kerajaan.

Bacaan lanjut : Klik di sini

1 ulasan:

zedmagel berkata...

Salam Rima,

Tindakan Tok Yem, sangat di puji. MP lain tak sehebat dia. Nampaknya Tok Yem akan bertanding sebagai calon BN dalam PRU 13, tetapi keahlian UMNOnya dah terbatal. Jika kalah pun beliau akan dilantik senator dan menjawat jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Itu pun kalau BN memerintah la..