Ahad, 28 November 2010

Taklimat Perlaksanaan Mesyuarat Tahunan Khas PERKASA Daerah 2011









27 hb November Jam 2.30 petang di D'Mawar Old Town Segamat telah berlangsung Majlis Taklimat Perlaksanaan Mesyuarat Tahunan Khas PERKASA Daerah 2011 kepada AJK Negeri, Pengerusi, Setiausaha dan Ketua Penerangan Daerah-Daerah bagi melicinkan Mesyuarat Tahunan Khas PERKASA Daerah-Daerah dan Negeri pada tahun hadapan. Semua daerah menghantar wakil kecuali Kulaijaya dan Mersing. Turut hadir adalah PERKASA Daerah Muar dan Kota Tinggi yang belum dilancarkan lagi. Perbelanjaan Taklimat kali ini ditaja oleh Yg Bhg Datuk Ahmad b Md.Yassin, Pengerusi PERKASA Ledang.

Dato' Abd.Rahman b Abu Bakar di dalam ucapannya meminta kerjasama Daerah-Daerah supaya dapat meningkatkan jumlah keahlian bagi negeri Johor. Bagi memudahkan pendaftaran keahlian maka pendaftaran online boleh dilakukan oleh PERKASA Daerah melalui website perkasa pusat. Selain itu bagi penyimpanan data keahlian, satu program penyimpanan data keahlian akan digunakan oleh PERKASA Johor bagi tujuan memudahkan penyimpanan maklumat keahlian tanpa fail.

Datu' Timbalan Presiden juga meminta kerjasama PERKASA Daerah supaya dapat membantu Suara PERKASA dijual kepada ahli-ahli terutama di kawasan luar bandar. Kebanyakan pengedar Suara PERKASA terletak di bandar-bandar dan menyukarkan ahli-ahli untuk mendapatkannya. Tugas pengedaran Suara PERKASA ini selayaknya diambil peranan oleh Ketua Penerangan Daerah dengan kerjasama Ketua Penerangan Negeri.

Mengikut perlembagaan ,Mesyuarat Agung tahunan PERKASA akan diadakan setahun sekali dengan dimulakan di peringkat Daerah yang dijadualkan pada bulan Januari setiap tahun. Setakat ini hanya PERKASA Johor Bahru yang telah mengumumkan Mesyuarat Agung Tahunan PERKASA daerah tersebut pada 2.1.2011.

Setiausaha PERKASA Daerah hendaklah menghantar NOTIS MESYUARAT kepada semua ahli di bawah penyelarasan Daerah tidak kurang 14 hari sebelum mesyuarat diadakan.

Mesyuarat di peringkat Daerah ini dipanggil Mesyuarat Tahunan Khas PERKASA Daerah bagi memilih seramai 50 (Lima Puluh) orang mewakili Daerah ke Mesyuarat Tahunan Khas PERKASA Negeri.

Semua AJK di Peringkat Daerah layak secara terus dan mereka termasuk dalam senarai 50 perwakilan daripada Daerah ( 50-18 = 32orang dipilih daripada kalangan ahli biasa dalam mesyuarat)

Mesyuarat ini bertujuan untuk membentangkan laporan bagi semua kegiatan yang telah dijalankan sepanjang tahun serta meluluskan laporan kewangan.

Mesyuarat juga bertujuan untuk membentangkan usul-usul bagi dibawa ke Mesyuarat Tahunan Khas PERKASA Negeri.

Tiada pertandingan jawatan di peringkat daerah

Setiausaha Daerah hendaklah menghantar Minit Mesyuarat, laporan kewangan dan senarai nama perwakilan ke Mesyuarat Tahunan negeri kepada Setiausaha Kehormat PERKASA Negeri tidak lebih daripada 14 hari selepas mesyuarat selesai.

Amir Hamzah b Hj Mohamad
Setiausaha PERKASA Johor.

Tiada ulasan: