Selasa, 5 April 2011

PERKASA JB terus mengorak langkah!

Perkasa Daerah Johor Bahru melancarkan penubuhan Perkasa Taman Ungku Tun Aminah, Skudai. Majlis yang diadakan di Balai Serbaguna Haji Buang pada 2/4/2011 itu turut menyampaikan watikah perlantikan kepada Ketua-Ketua Perkasa di 11 kawasan lain dalam Zon Gelang Patah, Johor Bahru.

Ketua-Ketua Kawasan yang menerima watikah Perlantikan pada majlis tersebut ialah Haji Melan Lamin (Kg Pendas Laut) Haji Mohd Ali Sarno (Kg. Melayu Dapur Arang), En Mohd Yunos Abd Rahman (Kg Melayu Gelang Patah), En Md Zailani Abd Rahman (Lima Kedai), Haji Ahmad Latif (Taman Universiti), En Abu Bakar Kassim (Taman Nusa Perintis 1), En Ahmad Latif (Kg Tanjung Pelepas), Hj Abd Razak Abd Aziz (Taman Ungku Tun Aminah), En Mokhtar Osman (Taman Skudai Baru), En Wan Azahar Wan Isa (Jalan Hang Jebat Taman Skudai Baru) dan En Kamaruzaman Mohd Shah (Kg Melayu Batu 10 Skudai).

Watikah perlantikan disampaikan oleh Haji Ghauth Mohd Yusof, Pengerusi Perkasa Daerah Johor Bahru. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En Nordin Abd Rahman Ketua UMNO Cawangan Perwira, En Sutahar Mori Pengerusi KRT Kawasan Perwira, Timbalan YDP Perkasa Negeri Johor Hj Bajuri Bernawi dan Naib YDP 1 Perkasa Negeri Johor En Samat Atan.

Haji Ghauth dalam ucapannya telah menerangakan bahawa tujuan penubuhan Perkasa Kawasan adalah untuk memudahkan urusan Perkasa termasuk penyampaian maklumat terus kepada setiap ahli dan mendapat maklumbalas dari ahli berkaitan dengan masalah dan isu dari kampong-kampung dan taman-taman perumahan.

Majlis dirasmikan oleh Hj Shukri Suratman, Naib YDP 2 Perkasa Negeri Johor. Dalam ucapan beliau, beliau mengajak lebih ramai orang Melayu menyertai dan mendokong perjuangan Perkasa kerana Perkasa ditubuhkan semata-mata untuk mempertahankan kedaulatan dan kesucian Islam, Mermpertahankan Kedaulatan Raja-Raja, Mempertahankan hak dan ketuanan Melayu, Mempertahankan Bahasa Melayu sebagaiman termaktub dalam Perlembagaan Negara. Beliau juga mengajak orang Melayu bangkit sebelum keadaan menjadi parah akibat dari tindakan dan tekanan dari kumpulan lain yang sentiasa mempertikaikan hak orang-orang Melayu. Pada akhir ucapan, beliau menyeru kepada orang-orang Melayu terutama generasi muda agar menunaikan tanggungjawab dan memberikan sumbangan kepada perjuangan bangsa walau sekecil mana pun.


Samad Atan
NYDP 1, PERKASA Johor

1 ulasan:

tebing tinggi berkata...

Cara perkasa bergerak ni macam syok sendiri, ramai ahli perkasa didaerah JB tak tahu apa-apa yang belaku.
Mungkin setiap ahli kena datang berator melihat program atau aktiviti dipapan kenyataan kot !.