Khamis, 28 April 2011

PERKASA ZON PASIR GUDANG MENERIMA RINTIHAN PENDUDUK SETINGGAN

JOHOR BAHRU. Orang-orang Melayu di peringkat akar umbi termasuk di Zon Pasir Gudang meluap-luap untuk bertemu dengan pemimpin-pemimpin Perkasa bagi menyampaikan rintihan dan keluhan berhubung dengan isu penempatan mereka. Mereka telah berjuang berpuluh-puluh tahun untuk mendapatkan hak pemilikan tanah tempat mereka tinggal. Sehingga sekarang pemimpin-pemimpin negeri terus tidak berhenti-henti menabur janji manis akan menyelesaikan permohonan mereka secepat mungkin.

Penduduk-penduduk dibeberapa buah perkampungan termasuk Kg. Melayu Pandan, Kg. Plentong Baru, Kg. Seri Makmur, Kg. Rumah 10 dan beberapa buah Kampung lain dengan di ketuai oleh Haji Sappee Barima telah menganjurkan Majlis Penerangan dan Dailog dengan Perkasa Daerah Johor Bahru bagi mencari jalan menyelesaikan hak pemilikan dan penempatan penduduk kampong-kampung tersebut.

Pengerusi Perkasa Daerah Johor Bahru Haji Mohd Ghauth Yusof dalam ucapanya mengajak penduduk-penduduk menguatkan Perkasa dengan beramai-ramai menjadi ahli agar suara penduduk lebih lantang dan padu membela nasib orang-orang Melayu. Beliau juga membayangkan bahawa beberapa buah kawasan perkampungan tersebut telah menjadi hakmilik KPRJ dan KPRJ akan membangunkan kawasan tersebut secara joint venture dengan taukeh-taukeh Cina. Akhirnya penduduk akan ditawarkan rumah-rumah pangsa kos rendah. Manakala sebahagian besar dari tanah tersebut akan dibangunkan dengan projek mewah sesuai dengan lokasi projek dalam kawasan Bandaraya Johor Bahru dan kawasan pembangunan Wilayah Iskandar amnya.

Majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna, Taman Johor Jaya pada hari Rabu, 27 hb. April, 2011 dihadiri seramai lebih 100 orang itu penduduk. Perkasa turut diwakili oleh Rosli Othman Naib Pengerusi Johor Bahru. Turut hadir En Samat Atan, Naib Yang DiPertua 1 Perkasa Johor dan Shahrullizam Abd Samad, Exco Wira Perkasa Malaysia yang juga Ketua Wira Perkasa Negeri Johor.

Majlis tersebut selain penubuhan Barisan Jawatankuasa Perkasa Zon Pasir Gudang turut menubuhkan Barisan Jawatankuasa Wiranita dan Wirawati. Wiranita diketua oleh Hjh Arbiah Baharin manakala Wirawati diketua oleh Norwati Abdul Manaf. Majlis tersebut juga menetapkan sasaran keahlian seramai 10,000 orang sebelum PRU 13.

Kiriman
Samat Atan
NYDP 1
PERKASA Johor

Tiada ulasan: