Ahad, 24 Julai 2011

Gambar-gambar sekitar Mesyuarat Khas Tahunan Perkasa Johor











23.7.2011 :Mesyuarat Khas Tahunan Perkasa Johor telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Datuk Ibrahim Ali, Presiden Pribumi Perkasa Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pasir Mas di Dewan Orang Ramai Kg.Melayu, Kluang. Mesyuarat yang julung-julung kali diadakan itu dihadiri lebih kurang 250 perwakilan dan pemerhati yang datang daripada seluruh Johor.

Turut hadir adalah YDP Perkasa Johor, Datuk Abd.Rahman b Abu Bakar dan keseluruhan ahli-ahli jaatankuasanya. Setiausaha Agung Perkasa Malaysia Syed Hassan b Syed Ali bersama Ahli Dewan Tertinggi Perkasa Malaysia En.Zainuddin b Salleh juga turut hadir.

Di dalam ucapan perasmiannya, Tok Yem telah menyentuh isu-isu semasa yang berlaku terutama sekali menyedarkan orang Melayu supaya bersatu mempertahankan hak-hak mereka yang semakin tergugat bukan saja dalam bidang ekonomi bahkan politik. Perkasa tiada pilihan lain untuk terus menjadi NGO yang aktif menyuarakan bantahan jika ada mana-mana hak Melayu dan Islam diganggu gugat.

Tok Yem turut mengingatkan orang Melayu tentang usaha-usaha pihak tertentu untuk memporak perandakan negara dengan agenda-agenda mereka. Pihak pembangkang turut mempergunakan NGO-NGO yang pro kepada mereka untuk merampas kuasa dengan tidak melalui proses pilihanraya. Orang Melayu harus menolak Ambiga, salah seorang individu yang diperalatkan untuk mencapai cita-cita mereka. Ambiga adalah manusia yang sangat bahaya kepada Melayu dan Islam berdasarkan tindak tanduknya yang sangat anti kepada Islam khususnya.

Orang Melayu diseru jangan ragu-ragu dan takut menyokong Perkasa kerana Perkasa dengan jelas mempertahan hak dan kepentingan Melayu seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan. Justeru itu semua pengerusi-pengerusi daerah diminta untuk terus menambah keahlian sebagai satu cara memperkuatkan suara-suara bantahan daripada pihak Perkasa.

Beliau turut mensasarkan setiap daerah diminta mempunyai 5000 orang ahli. Mereka boleh mencontohi bagaimana gerak kerja yang dilakukan oleh Perkasa Kelang yang telah pun mencapai keahlian melebih 8000 orang ahli.

Selepas majlis perasmian, Mesyuarat Khas Tahunan Perkasa Johor dilangsungkan. Antara usul yang diterima sebulat suara adalah mengutuk dan mendesak Ambiga dilucutkan kerakyatan kerana menderhaka kepada DYMM YDP Agong. Kerajaan juga didesak untuk bertindak tegas kepada mana-mana pihak yang melanggar perintah mahkamah khususnya pada perhimpunan BERSIH pada 9 Julai 2011 yang lalu.

Mesyuarat turut menerima usul mengucapkan ucapan tahniah, terima kasih dan syabas kepada warga Polis (PDRM)yang berjaya mengawal dan bertindak tegas tetapi berhemah kepada perusuh-perusuh dalam perhimpunan 9 Julai 2011 yang lalu. Atas kejayaan besar itu Perkasa Johor mencadangkan agar diberikan imbuhan kepada pihak keselamatan.

Amir Hamzah b Hj Mohamad
Setiausaha Kehormat Perkasa Johor

Tiada ulasan: