Sabtu, 6 Ogos 2011

Perwakilan ke Mesyuarat Agung Perkasa Malaysia

Kepada semua pengerusi dan setiausaha daerah-daerah,
Pertubuhan Pribumi Perkasa negeri Johor.

1. Sila buat pengesahan ke atas 9 nama yang telah disenaraikan dalam penyata Mesyuarat Khas Tahunan Perkasa Negeri yang baru lalu. Kecuali 8 untuk Perkasa Kulaijaya.

2. Jika ada pindaan pengerusi daerah boleh lakukan pindaan tetapi tidak mengubah bilangan perwakilan.

3. Sila emailkan kepada saya senarai muktamad perwakilan beserta no.kad pengenalan dan alamat penuh untuk dihantar ke Ibu pejabat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia. Alamat email saya amirhamzahperkasa@yahoo.com.my.

Terima kasih

Amir Hamzah b Hj Mohamad
Setiausaha Kehormat
Pertubuhan Pribumi Perkasa Johor.

Tiada ulasan: