Sabtu, 24 September 2011

MCA rasa dah kuat sangat kah?

Presiden MCA Chua Soi Lek hari ini memberi kata dua bahawa MCA akan keluar Barisan Nasional(BN) jika hukum hudud dilaksanakan oleh UMNO. Suara yang sama juga dicanang oleh Karpal Singh di dalam Pakatan Pembangkang yang menentang perlaksanaan hudud di Kelantan kerana bercanggah dengan perlembagaan negara.

Bezanya Karpal Singh bercakap di mana DAP mendominasi Pakatan Pembangkang yang menang besar dalam PRU 12 yang lalu. DAP adalah abang besar dalam Pakatan Pembangkang berbanding PAS yang tidak mempunyai suara yang kuat di dalam Pakatan Pembangkang kecuali diperalatkan semata-mata. PAS hanya bertanding 66 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen. Di Dewan Rakyat PAS hanya ada 23 kerusi berbanding DAP 28 dan PKR 31 dalam PRU ke 12. Setelah ramai wakil rakyat PKR keluar BEBAS, DAP mengetuai jumlah kerusi terbanyak di kalangan Pakatan Pembangkang walaupun terpaksa mengekalkan Anwar Ibrahim PKR sebagai ketua pembangkang. Pendek kata, Karpal Singh menganggap PAS hanya ranking ke 3 di dalam Pakatan Pembangkang.

Berbanding dengan keputusan pilihanraya Umum ke 12, MCA kalah teruk di tangan DAP. MCA hanya menang 15 kerusi daripada 40 kerusi yang dicalonkan dan kehilangan banyak kerusi DUN daripada 90 kerusi DUN yang dipertandingkan. MCA mengalami kekalahan kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan, P. Pinang dan N. Sembilan. Dengan 15 kerusi daripada 222 kerusi di Parlimen atas kedudukan apa MCA boleh memberi kata dua kepada parti UMNO iaitu perti teras di dalam BN. Ada kerusi calon MCA yang hanya kerusi subsidi yang diberikan walaupun kawasan itu majoritinya Melayu. Kalau tiada kekuatan , mengapa Chua Soi Lek berani mengeluarkan amaran dan memberi kata dua?

Bukan Chua Soi Lek tak faham seperti yang dinyatakan oleh TPM, Muhyiddin Yassin. Bagi saya Chua Soi Lek amat faham dan yakin benar bahawa BN tidak akan melaksanakan Hudud dalam masa terdekat. Namun MCA tidak ada pilihan lain untuk membuktikan kepada masyarakat Cina bahawa bukan DAP saja yang berani menentang hudud malah MCA di dalam komponen BN pun tak kurang beraninya. Lawan MCA adalah DAP di kebanyakan kerusi. Jikalau MCA tidak bersuara, maka benar lah MCA adalah 'adik kecil' di dalam BN. Daripada memberi undi kepada 'adik kecil' lebih baik pengundi Cina memberi undi kepada 'abang besar' (DAP) di dalam Pakatan pembangkang.

Di Dalam PRU ke 12 lalu, pengundi-pengundi Cina banyak membantu PAS dan PKR yketika bertanding melawan UMNO. Kekalahan pemimpin-pemimpin UMNO di kawasan undi bercampur adalah disebabkan pengundi Cina telah beralih arah mengundi PKR / PAS. Pengundi Cina juga berperanan memenangkan banyak kerusi PAS terutamanya di kawasan Pantai Barat.

Semasa PRU ke 12, PAS agak berlembut dengan berkorban menukarkan manifestonya yang menjadi tradisi setiap kali pilihanraya daripada penubuhan negara Islam dan Hudud kepada yang lebih enak dan cucuk dengan masyakarat bukan Melayu. Hasil pengorban menggugurkan tujuan asas dan dasar PAS itu maka pengundi tidak lagi menganggap PAS sebagai Parti Islam yang tertutup.

Apabila Nik Aziz bermain dengan retorik hudud semula, maka MCA terpaksa menuruti DAP yang terang-terang menolak hudud. Kenyataan Soi Lek itu menunjukkan MCA masih berusaha menarik semula pengundi Cina balik kepada MCA. Apabila Nik Aziz bermain dengan isu hudud semula, pengundi Cina akan beralih arah dan tidak akan menyokong parti PAS ketika bertanding dengan UMNO. Di kawasan majoriti Cina mereka juga akan berpecah semula sama ada MCA atau DAP. Maka tindakan Chua Soi Lek itu adalah betul.

Jerkahan Chua Soi Lek itu adalah tindakan politik MCA sebagai usaha terakhir menarik semula pengundi Cina. Ianya bukan kerana MCA itu lemah tetapi atas dasar menang pilihanraya kerana MCA tidak mahu lagi menanggung malu. Chua sendiri pernah memberitahu kerajaan jikalau calon-calon MCA ramai yang kecundang dalam PRU 13, kerajaan boleh tidak memilih wakil-wakil MCA sebagai menteri atau timbalan menteri.

Kesimpulannya, bukan kerana MCA kuat atau tidak tetapi ianya adalah strategi politik MCA menjelang pilihanraya.

Amir Hamzah Mohamad
Batu Pahat

2 ulasan:

rizzul berkata...

Mulut CSL tu memang lancang/celupar sikit. Walaupun strategi politik, cara penyampaian sepatutnya lebih lembut, bahasa yg lebih menghormati Umno & pemimpinnya. Jangan macam orang tak sedar diri atau tak mengenang jasa. Apa dia yakin ke pengundi Cina akan balik kepada MCA? Saya memang tidak yakin. Saya lebih mengharap pengundi2 Melayu yg mengundi PAS & PKR akan berbalik pada Umno. Dan saya lebih mengharap, kalau CSL bertanding PRU13 kelak, semua pengundi2 Melayu jangan mengundi dia...

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

Walaupun 'kepulangan' pengundi Cina kepada MCA agak tipis......ini lah usaha2 terakhir yang boleh dilakukan....Parti-parti Cina lain dah boleh ambil alih tempat MCA jika cara ini pun tak jalan......hehehe