Jumaat, 2 April 2010

Suara Selangor : HULU SELANGOR BUKAN MILIK MIC


Berlawanan dengan kehendak Presiden MIC, dan Timbalannya Datuk G. Palanivel, semakin ramai pengundi di P.64 Hulu Selangor mahukan orang baru (bukan dari MIC) untuk mewakili mereka di kawasan tersebut. Kebanyakan pengundi mahu calon UMNO kerana mereka lebih yakin parti tersebut akan mendapat sokongan majoriti bagi memenangi PRK yang akan diadakan tidak lama lagi berikutan kematian wakil rakyat PKR, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad baru-baru ini.

Ramai pihak menganggap UMNO wajar meletakkan calon bertanding di Hulu Selangor kerana 53.9% pengundi adalah orang Melayu berbanding kaum Cina 26.67% dan India cuma 18.98% serta lain-lain kaum 0.41%. Peruntukan kerusi secara tradiri tidak semestinya kekal buat MIC walau pun di masa yang lepas ia diberikan kepada G. Palanivel. Kekalahan tipis G. Palanivel dengan 198 undi kepada calon PKR telah membuktikan pengaruh beliau telah merosot di kawasan tersebut dan sukar untuk dikitar semula.

Isu calon PRK Hulu Selangor timbul apabila Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu terburu-buru mencadangkan Timbalanya Datuk G. Palanivel sebagai calon di kawasan yang pernah diwakili oleh MIC selama tiga penggal berturut-turut sebelum ini. Keadaan telah banyak berubah terutama sekali corak dan mindset pengundi Hulu Selangor selepas PRU12, mereka mahukan calon dari BN dan calon tersebut mestilah mewakili golongan majoriti dan dapat kepentingan mereka, juga mestilah terdiri daripada anak tempatan.

Dalam masa yang sama bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Mohd Taib yang juga mantan Ketua Penerangan UMNO dan Dato' Haji Zein Isma Ismail, seorang ahli aktuari dan tokoh korporat anak tempatan juga mantan Exco Pergerakan Pemuda UMNO dan Timbalan Ketua Bahagian Subang turut disebut-sebut sebagai calon pilihan. Zein Isma, 50 tahun merupakan calon paling dekat di hati penduduk bagi menggalas cabaran BN di Hulu Selangor berdasarkan komitmen, kelayakan dan kebolehan beliau untuk menjadi wakil rakyat dan pemimpin yang berkesan.

Menurut satu kajian, BN perlu meletakkan calon dari UMNO yang bukan sahaja popular di kalangan pengundi tetapi berupaya meyakinkankan penduduk pelbagai kaum - Melayu, Cina dan India di sana bahawa mereka akan mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada calon yang telah dipilih. Orang Melayu tentunya akan lebih condong mengundi calon Melayu kerana masalah ketara wakil rakyat bukan Melayu di kawasan majoriti Melayu ialah mereka sering mengabai dan membiarkan hanya UMNO ke hadapan dalam menangani masalah di kawasan pengundi melayu.

Ini menyebabkan pengundi Melayu rasa kecil hati dan berpendapat wakil rakyat bukan Melayu tidak berapa memperdulikan nasib mereka dan disinilah timbulnya suara-suara mahukan wakil rakyat Melayu di kawasan majoriti Melayu terutama di Hulu Selangor. Jika PKR meletakkan Datuk Zaid Ibrahim atau Ustaz Badrul Amin, BN akan menghadapi jalan sukar untuk menang kerana pengundi Melayu khususnya ahli UMNO akan menjadi serba salah untuk menyokong G. Palanivel sekali lagi.

Tiada siapa pun mahukan kekalahan, tetapi apakah erti kemenangan jika prinsip perwakilan dan bilangan majoriti tidak diambil kira dalam menentukan pemilihan calon?

Lagi Desak Hulu Selangor diserahkan Kepada UMNO

NASERON ISMAIL

Setiausaha, Persatuan Anak-Anak Hulu Yam,

Selangor Darul Ehsan.

5 ulasan:

rimaJOHOR berkata...

Kalau boleh janganlah pilih Mat Taib. Walaupun banyak jasa tapi dah 'usang' dan tak larat nak mempertahankannya. kali ni biarlah calon yang boleh menyerang bukannya bertahan.

tebing tinggi berkata...

Malaysian Insider
BN candidate most probably from MIC say Mahyudin.

sesekali mengalah mungkin nampak mulia,kalau asik mengalah menunjokan lemah dan hina.
UMNO pekak kapada asprasi pengundi majoriti dan bangsa.
Yang pastinya BN akan menerima kekalahan diHulu Selangor.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

Muhyiddin kata ada formula dalam pembahagian kerusi setiap kali pilihanraya. Ini sudah diamalkan sejak dahulu....Dalam keadaan sekarang adakah tradisi, formula atau pungutan suara rakyat yang perlu diambil kira.....

Tanpa Nama berkata...

SETUJU...jangan ikutkan sangat tradisi kalau ORANG MELAYU dah mintak, nak REBAH try letak lagi MIC kat situ..apa PARTI KOMPONEN lain buat untuk mempertahankan kerajaan?? UMNO yang tagak sorang-sorang!!! keADILan dok peluk Kit SiaL PAS dok carik kutu KEPALA KARPAL..SEDIH tengok PEMIMPIN MELAYU yang HIPO, MAK BAPAK KITA DULU SUSAH, KITA PLAK KESUSAHAN...ANAK-ANAK KITA???

zedmagel berkata...

Salam Rima,

Saya setuju dengan pandangan Tebing Tinggi dan Licketysplit, padangan mereka dilihat ikhlas. Bukannya kita menolak tradisi bererti kita tidak adil. Tetapi keadilan mestilah diterjemahkan dengan kemenangan calon UMNO dari BN dalam PRK Hulu Selangor kali ini.