Jumaat, 13 Mei 2011

PERKASA JOHOR BAHRU MENGANJURKAN MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT

JOHOR BAHRU, 13/05/2011

Perkasa Daerah Johor Bahru bersama-sama Jawatankuasa Pentadbir Masjid Kampung Pok, Gelang Patah menganjurkan majlis tahlil dan doa selamat di Masjid Jamek Kampung Pok. Majlis yang dihadiri lebih 150 orang penduduk kampung tersebut dimulakan dengan solat Magrib, diikuti bacaan surah Yaasin, tahlil, Tazkirah oleh Imam Masjid tersebut , doa selamat dan solat Isyak.

Imam Masjid yang mengetuai pengisian majlis tersebut menyedekahkan segala pahala kepada roh pejuang-pejuang Melayu dan mendoakan agar roh mereka sentiasa dirahmati Allah S.W.T. Doa dan pahala juga ditujukan kepada Allahyarham Zainal Bin Hj Mas’od, seorang pendokong Perkasa, seorang Jurutera, bekas Naib ketua UMNO Bahagian Gelang Patah yang berasal dari kampong tersebut.

Imam juga mengingatkan hadirin/hadirat agar sentiasa menyayangi dan mengingati perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta berpegang teguh kepada AlQuran dan Hadis.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ir Hj Mohd Nasir Hashim, Naib Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah yang juga majikan kepada Allahyarham Zainal, Hj Mohd Ghouth Mohd Yusof, Pengerusi Perkasa Daerah Johor Bahru dan AJK serta Ketua-ketua Perkasa Kawasan . Samat Atan, Naib Yang DiPertua 1 Perkasa negeri Johor turut hadir.

Samat Atan
NYDP 1,PERKASA Johor

Tiada ulasan: