Ahad, 22 Mei 2011

Strategi Licik DAP


Benar kata orang, kayu juga yang menumbangkan batang kayu. Tanpa hulu kapak, mata kapak tak mungkin boleh menumbangkan sebatang pokok. Begitulah ibaratnya jika orang Melayu sendiri menjadi alat dan perkakas kepada orang lain kerana mendapat sedikit kemewahan dan kuasa.

DAP walaupun keahliannya adalah 'multi racial' tetapi hakikatnya ia didominasikan oleh kaum Cina. Ianya sama seperti parti Gerakan. Namun hari ini, DAP merasakan sudah sampai masanya parti itu menarik orang Melayu menyertai 'perjuangannya' walaupun di dalam Pakatan Pembangkang orang Melayu sudah sedia ada di dalam PKR dan PAS. Mengapa pula DAP beriya-iya mahu manarik orang Melayu menyertainya sedangkan tugas hakikinya adalah 'menyedut' semua undi Cina di kawasan-kawasan majoriti pengundi Cina?

DAP tetap dikenali sebagai parti cauvinis Cina. Bagaimana parti yang menyerang H
hak-hak istimewa orang Melayu, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan mempersendakan Islam sebagai agama Persekutuan ini mahu maraih sokongan orang Melayu pula. Tidak cukupkah sokongan orang Melayu di dalam PAS dan PKR melalui semangat 'Pakatan Rakyat'?

Naib pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dan setiausaha politik kepada setiausaha agung DAP Zairil Khir Johari beriya-iya mahu menarik sokongan orang Melayu kepada DAP.

Kedua-duanya mengakui bahawa parti itu telah gagal menarik sokongan orang Melayu yang disasarkan, Dengan sebab itu DAP akan melancarkan laman web dalam Bahasa Malaysia, Roketkini.com dengan harapan dapat mendampingi orang Melayu dengan maklumat terkini. Kononnya ianya satu medium bagi orang Melayu mengenali DAP lebih dekat dengan manangkis dakwaan UMNO sebagai mengamal politik perkauman.

Dalam masa yang sama mempertahan serangan daripada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang secara konsisten menyerang DAP kononnya mahu merampas kuasa politik orang Melayu.

Selain itu Roketkini yang berbahasa pengantarnya Bahasa Melayu menumpukan perhatian kepada masyarakat Melayu di luar bandar bagi memberi mereka kesempatan berforum, berbincang dalam beberapa isu dalam Bahasa Malaysia. Benar-benar DAP sudah mengambil pendekatan licik dan cerdik dalam menghambat hati pengundi-pengundi Melayu yang lazimnya selama ini menolak DAP.

Perkembangan keputusan PRU ke 13, menunjukkan hati orang Melayu tidak sekeras dulu lagi. Kerjasama pakatan pembangkang telah berjaya menumbangkan parti pemerintah di lima negeri. Ianya adalah hasil bantu membantu dan tolong menolong persis kerjasama BN antara UMNO, MCA dan MIC. Orang Melayu sudah boleh 'tergamak' memangkah DAP begitu juga penyokong DAP sudah 'rela' memangkah PAS ,yang dikira mustahil satu ketika dulu.

Lebih menarik, apabila DAP berjaya menjadi parti terbanyak di dalam Pakatan Pembangkang iaitu memperolehi undi popular dengan 18 kerusi berbanding 7 dan 6 kerusi yang diperolehi oleh PKR dan PAS di dalam Dewan Undangan Negeri Perak dalam PRU ke 12 lalu. Wajarkah parti yang paling sedikit seperti PAS dipilih menjawat jawatan Menteri Besar di Perak. Dari segi perkiraan politik ianya tidak adil apabila majoriti terpaksa mengalah kepada minoriti hanya kerana Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang mewajibkan MB mestinya seorang Melayu dan beragama Islam dan mendapat perkenan Tunku Sultan.

Wajar bagi DAP memboikot upacara angkat sumpah MB Perak kerana 'ketidak adilan' itu. Mereka rupanya terlepas pandang tentang beberapa perkara penting di dalam politik ,perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh beberapa negeri di Malaysia. Kali ini mereka sudah faham. Mana lebih mudah mempunyai MB daripada parti komponen atau daripada parti sendiri?

DAP sudah tentu berangan-angan akan menguasai Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor dalam pilihanraya yang akan datang. Perlukah DAP masih mahu 'berketuakan' Melayu daripada parti lain atau pun Melayu daripada partinya sendiri.

Roketkini bukan sekadar mahu memberi maklumat kepada pengundi Melayu tetapi satu proses menapis pemimpin-pemimpin Melayu yang boleh 'dipatungkan' mengetuai negeri-negeri yang mempunyai sekatan khususnya negeri-negeri beraja.

Bagi saya langkah ini adalah langkah persediaan DAP yang bijak dan licik. Mereka bersungguh-sungguh seperti mana mereka bersungguh-sungguh mendaftar pengundi-pengundi baru. Bagi mereka peluang bukan datang selalu. Ketika perpecahan Melayu yang kritikal inilah masa terbaik ,bukan sahaja meraih sokongan Melayu tetapi dalam masa yang sama meracik-racik orang Melayu kepada 4 buah parti sekarang. Yang terbaru adalah DAP.

Baca di sini

Amir Hamzah
Batu Pahat

Tiada ulasan: