Ahad, 29 Mei 2011

PERKASA LEDANG DAERAH PERTAMA MENGADAKAN MESYUARAT TAHUNAN KHAS 2011 DI JOHOR

Perkasa Ledang mengariskan 5 stratiji bagi memperkukuhkan perjuangan Perkasa mendaulatkan keagongan Islam dan mempertahankan hak dan mertabat Melayu. Stratiji-stratiji tersebut ialah berusaha menyatupudukan dan mengukuhkan permufakatan orang-orang Melayu, meramai dan melibatkan generasi muda Melayu, memberikan kefahaman mengenai perjuangan Perkasa, mengadakan forum yang berterusan dengan NGO-NGO bukan Melayu agar meraka faham perjuangan Perkasa sekaligus melenyapkan tuduhan-tuduhan dan persepsi negatif terhadap Perkasa seperti racis, ultra Malay, penyebok, pengacau, tukang provoke dan lain-lain.

Perkasa hendaklah dipandang sebagai pertubuhan yang konsisten mempertahankan kedaulatan Islam, mempertahankan hak dan ketuanan Melayu tanpa mengusik kepentingan dan hak agama dan kaum lain. Kaum lain tidak perlu mencurigai perjuangan Perkasa kerana perkara-perkara tersebut telah dipersetujui oleh semua kaum dalam kontrak sosial dan termaktub dalam undang-undang tertinggi Negara iaitu Perlembagaan Persekutuan.

Gesaan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Perkasa Daerah Ledang Dato’ Ahmad Mohd Yasin dalam ucapan alu-aluan beliau semasa majlis Mesyuarat Tahunan Khas 2011 Perkasa Daerah Ledang, Johor di Dewan Kolej Pengajian Tinggi MARA, Serom 4, Ledang, Johor. Ucapan Pengerusi disambut dengan penuh perhatian oleh para perwakilan.

Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Ketua Penerangan Perkasa Malaysia Haji Roslan Kasim yang dihadiri oleh seramai 300 orang ahli.

Haji Roslan dalam ucapannya telah menerangkan dengan jelas perjuangan Perkasa, kenapa Perkasa ditubuhkan, cabaran-cabaran yang sedang dan akan ditempuhi oleh Perkasa, peranan dan tanggungjawab ahli Perkasa, pendirian dan sejarah tanah air.

Haji Roslan juga telah menghuraikan bahawa diantara cabaran yang dihadapi datang dari orang-orang Melayu sendiri yang sanggup menjadi alat, gila kuasa, kacang lupakan kulit, lupa daratan, seperti ayam kokok berderai-derai ekor penuh tahi, tiada lagi harga diri dan boleh dibeli serta berfikiran liberal. Melayu berpecah, sebaliknya kaum lain semakin kukuh penyatuannya walaupun mereka mendokong ideologi berbeza.

Beliau juga mengajak orang Melayu bangkit memperjuangan nasib bangsa. Sejarah kejatuhan Melayu boleh berulang kerana watak-watak penyebab kejatuhan semakin berani dan berpengaruh dalam masyarakat.

Dalam sesi soal jawab, ahli-ahli Perkasa Daerah yang menyampaikan ucapan sepakat menyatakan keinsafan meraka untuk bangkit. Ahli-ahli juga dengan penuh semangat menyanjung tinggi segala pengorbanan seluruh ahli Perkasa termasuk Presiden Yang Berhormat Dato’ Ibrahim Ali khususnya kepada Pengerusi Perkasa Daerah Ledang sendiri Datuk Ahmad Mohd Yasin dan menggesa orang Melayu bersama-sama dalam perjuangan Perkasa.

Samat Atan
NYDP 1, PERKASA Johor

Tiada ulasan: