Isnin, 27 Jun 2011

Apa tunggu lagi .........gunakan ISA!



Perkasa Kota Tinggi yang diketuai oleh Pengerusinya Hj Shukri bin Hj Suratman bersama beberapa orang AJK Perkasa Daerah Kota Tinggi telah membuat laporan polis di Balai Polis Batu Ampat, Kota Tinggi sejurus tamatnya Mesyuarat Khas Perkasa Daerah pada 18/6/2011 yang lalu berhubung bantahan perhimpunan bersih yang akan diadakan pada 9hb Julai 2011 yang akan datang.

Hj Shukri berkata, Lebih 1000 bantahan telah dibuat yang mewakili rakyat yang menyokong tindakan pencegahan pihak berkuasa bagi menyekat perhimpunan ini. Maka Kementerian Dalam Negeri perlu mengambil kira dengan jumlah laporan polis yang dibuat oleh pelbagai pihak. Laporan polis yang tidak henti-henti ini menandakan kegusaran dan kebimbangan rakyat tentang keselamatan rakyat keseluruhannya.

Tambah beliau lagi, Perjuangan PAS telah berjaya diperkosa oleh oleh parti DAP dan Anwar Ibrahim. Kini PAS semakin dipandang sinis apabila bersedia menjadi barua kepada Ambiga yang memusuhi Islam.

'Sudah dibutakan kah hati ahli-ahli PAS oleh Allah swt untuk menyedari siapakah Ambiga musuh Islam itu. Insaflah saudara2 ku Ahli PAS. Menyokong Ambiga bermakna menyokong IFC' katanya lagi.

menurutnya lagi, Penganjur Perhimpunan BERSIH berkata mahu meniru demontrasi di Mesir. Rupa-rupanya Mesir menjemput Tun Mahathir untuk berkongsi pengalaman dan ingin belajar dari kejayaan Malaysia membangunkan negara. Mesir Vision 2030.

Amir Hamzah Hj Mohamad
Setiausaha PERKASA Johor

2 ulasan:

Arbain berkata...

Perhimpunan itu, dengan anasir2 yang terkandung di dalamnya, memang akan menggugat ketenteraman masyarakat berbilang kaum dan sedikit gangguan pada ekonomi. Saya setuju ISA digunakan awal sebagai langkah pencegahan. Jadi, tunggu apa lagi....!

rimaJOHOR berkata...

Rakyat semakin resah dan gelisah....takut ada rakyat yang membelakangi undang-undang......