Khamis, 30 Jun 2011

NGO Melayu Johor Bergabung


NUSAJAYA, 29 JUN, 2011

Sebuah Jawatankuasa Sementara Gabungan NGO-NGO Melayu Johor Berjaya ditubuhkan dalam satu majlis perjumpaan yang dihadiri oleh wakil-wakil NGO seluruh negeri Johor Rabu 29 Jun, 2011.

Majlis tersebut dihadiri oleh wakil-wakil NGO Melayu termasuk Perkasa, Pekida, Persatuan Bugis Johor, Persatuan Penyatuan dan Pembelaan Melayu Malaysia Johor, Belia 4B Johor, Majlis Belia Johor, Persatuan Pemandu Teksi Johor, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Johor, Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Johor, Persatuan Bekas Prajurit Johor, Prowaris, Papin, Persatuan Malabar Muslim Johor, KIMMA, Persatuan Bauyan Johor, Persatuan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Johor dan lain-lain.

Lebih 700 NGO Melayu berdaftar dan aktif seluruh negeri Johor.

Majlis yang diilhamkan oleh Azali Ahmad dari Perkasa dan Mohd Isa Baba Ali Khan dari Persatuan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri Johor bertujuan untuk mengabungkan kekuatan ahli-ahli NGO-NGO Melayu seluruh negeri Johor diatas permintaan NGO-NGO Melayu.

NGO-NGO Melayu Johor sepakat membuat pendirian tidak menyokong perhimpunan Bersih pada 9 Julai, 2011 serta meminta penganjur membatalkan niat tersebut demi keamanan Negara, menentukan ahli-ahli keluarga kepada ahli-ahli NGO Melayu tidak turut serta dalam perhimpunan tersebut (sekiranya perhimpunan diadakan) dan mengesa NGO-NGO Melayu Johor samada diperingkat negeri, daerah mahupun diperingkat kampong membuat laporan Polis.

Majlis perbincangan sebulat suara melantik Tuan Hj Zaini Atan, Pengerusi Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Johor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sementara Gabungan dengan dibantu oleh Azali Ahmad dan Mohd Isa Baba Ali Khan.

Jawatankuasa Sementara Gabungan NG-NGO Melayu Johor juga memutuskan untuk mengadakan Mesyuarat Penubuhan pada 6 Julai, 2011 , jam 10.00 pagi di Johor Bahru. NGO-NGO Melayu seluruh negeri Johor dijemput hadir dengan menghantar seramai 2 orang wakil yang terdiri dari Pengerusi / Yang Di Pertua dan Timbalan / Setiausaha.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Hj Zaini Atan 012-7708 606, Azali Ahmad 012-7726 769, Mohd Isa baba Ali Khan 019-777 2203

Samat Atan
NYDP 1, PERKASA Johor

Tiada ulasan: