Jumaat, 24 Jun 2011

KESATUAN PEKERJA-PEKERJA PTP MAHU BERSAMA-SAMA PERKASA

NUSAJAYA, 15 Jun, 2011

Perkasa Johor Bahru telah menghadiri satu perbincangan dengan Presiden dan beberapa orang Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Kesatuan Pekerja-Pekerja Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Johor di sebuah restoran di Taman Nusantara, Nusajaya, Johor 15 Jun, 2011. Perjumpaan tersebut adalah diatas jemputan Kesatuan.

Dalam perjumpaan tersebut, Kesatuan telah diberi penerangan mengenai matlamat dan halatuju perjuangan serta stratiji dan kaedah Perkasa kearah memertabatkan agama Islam sebagai agama Persekutuan, mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu, Mempertahan kedaulatan Negara, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan Hak orang-orang Melayu dan Pribumi.

Semua perkara-perkara ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak ada mana-mana pihak boleh membangkitnya lebih-lebih lagi mahu menuntut sesuatu yang bertentengan dengan ketetapan tersebut.

Perkasa tidak mempertikai dan menyentuh hak beragama dan lain-lain hak kaum lain. Semua rakyat Malaysia perlu mematuhi dan melaksanakan sifat dan semangat Perlembagaan Persekutuan serta menghormati hak dan keistemewaan masing demi keharmonian hidup semua kaum di Malaysia.

Bagi mengisi perjuangan ini, Perkasa Johor Bahru bersedia berkerjasama dan berjuang untuk menuntut dan mempertahan hak orang-orang Melayu dan Pribumi di negeri ini.

Selain membela nasib pekerja-pekerja , Kesatuan Pekerja-Pekerja PTP juga mempunyai peranan dan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan Negara dengan menjadi mata dan telinga kerajaan terhadap aktiviti-aktiviti perkapalan dan pengangkutan yang berurusan di Pelabuhan Tanjung Pelepas termasuk melaporkan kemasukan kapal-kapal dagang dari Negara-negara yang tiada perhubungan diplomatic dengan Malaysia, kemasukan/transit bahan-bahan merbahaya dan yang dilarang oleh undang-undang malaysia.

Wakil Perkasa yang menghadiri perjumpaan tersebut ialah Naib Yang DiPertua 1 Perkasa Johor Samat Atan, Ketua Wira Perkasa Johor Sdra Shahrullizam Abd Samad dan beberapa orang AJK Negeri dan Daerah Johor Bahru

Samat Atan
NYDP 1, PERKASA Johor

Tiada ulasan: