Rabu, 24 Februari 2010

Brutal Ekonomi Jahanamkan Melayu!


Apabila Francis Yeoh meminta supaya dihapuskan subsidi dan perlindungan kepada bumiputera, pewaris YTL itu mahukan wujudmya satu suasana persaingan yang 'brutal' dalam dunia perniagaan Malaysia. Seolah-olah pertolongan kerajaan dan 'tongkat' yang diberikan bagi membantu orang Melayu itu dianggap sebagai menyekat kepada perkembangan ekonomi negara. Terang-terang dasar kapitalis ini menjadikan yang kaya akan terus menghisap darah orang miskin di mana yang kaya bertambah kaya sementara yang miskin bertambah ramai serta hidup melarat.

Dasar ekonomi cadangan Francis ini akan melebarkan jarak dan jurang antara Melayu dan bukan Melayu dalam bidang ekonomi. Tidak adil untuk Francis meminta agar subsidi ditarik balik dan membiarkan orang Melayu terkial-kial mencari punca rezeki. Francis mungkin terlupa dengan kedaifan dan kemunduran orang Melayu yang berterusan sejak kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Orang Melayu ditindas oleh 3 penjajah barat iaitu Portugis, Belanda dan Inggeris. Ini bermakna, Melayu telah ditindas selama lebih 400 tahun sedangkan kita baru merdeka selama 53 tahun. Hanya pada tahun 1970 apabila Dasar Ekonomi Baru itu disusun sedemikian rupa untuk membasmikan kemiskinan dikalangan orang Melayu disamping menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum. Itupun DEB hanya untuk tempoh 20 tahun dengan sasaran 30% kekayaan negara dikuasai oleh orang Melayu. DEB gagal mencapai matlamatnya.

Adilkah bagi Francis Yeoh, setelah gagalnya DEB mencapai target yang ditetapkan maka subsidi, pertolongan dan bantuan itu pula dihentikan.

Memang benarlah tuntutan Francis itu kejam, dahagakan darah, tak berhati perut, tak berperikemanusiaan, tak timbang rasa dan tak bertamadun.

Bagi orang Cina pula, walaupun mereka itu hanya pendatang tetapi layanan penjajah terutama Inggeris amat istimewa jika dibandingkan dengan orang Melayu dan pribumi. 100 tahun sebelum merdeka lagi, orang Cina sudah mendapat pelbagai keistimewaan daripada British khususnya dalam bidang pendidikan dan ekonomi. Walaupun Malayan Union berjaya dihalang namun dasar-dasar British di bawah Persekutuan tanah Melayu 1948 sebenarnya tidak membawa banyak perubahan kepada orang Melayu.

Pada tahun pertama Tunku Abdul Rahman menjadi Presiden UMNO, bilangan pelajar Melayu mendapat biasiswa kerajaan British untuk melanjutkan pelajaran hanyalah 16 orang sedangkan bilangan pelajar bukan Melayu yang mendapat biasiswa ialah 60 orang.

Pada tahun 1951 juga pendapatan digabungkan boleh cukai oleh 5,195 orang Cina ialah RM62 juta berbanding 773 orang Melayu yang mempunyai pendapatan terkumpul RM8.1 juta. Mengulas mengenai ini, ahli sejarah Victor Purcell menulis bahawa angka itu memperlihatkan perbandingan kekayaan antara kaum pada waktu itu.

Orang bukan Melayu yang majoritinya tinggal dibandar-bandar mendapat keistimewaan berbanding orang Melayu di kampung-kampung. Memang benar Perlembagaan 1948 memperakui kedudukan istimewa orang Melayu tetapi kerajaan penjajah British tidak memberi banyak ruang untuk orang Melayu membaiki nasib mereka.

Orang Melayu tidak digalakkan belajar bahasa Inggeris kerana British tidak mahu ”kehilangan kuli-kuli.” Bahasa Inggeris dan pendidikan Inggeris jika diberikan secara besar-besaran kepada orang Melayu akan membuka peluang kepada mereka untuk menjadi tuan dan menuntut kemerdekaan.

Malah pada tahun-tahun tersebut yang merupakan tahun-tahun darurat 1948-1960, orang Cina ternyata mendapat kelebihan yang tidak disangka-sangka berikutan suasana darurat.

Untuk mengelakkan orang Cina tinggal di pinggir-pinggir bandar dieksplotasi oleh komunis, kerajaan British menempatkan mereka di kampung-kampung baru yang kemudian mendapat peruntukan khas daripada kerajaan British untuk dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan penempatan moden seperti sekolah, pusat kesihatan dan jalan raya.

Pendek kata adalah tidak adil bagi orang Melayu untuk bersaing di padang yang sama rata. ianya boleh diumpamakan seperti perlumbaan lumba lari bagi pelari yang cukup sifat sedangkan seorang lagi kudung kakinya. Maka sistem ekonomi laissez-faire mengikut cadangan Francis ini tidak sesuai antara orang Cina dan Melayu.

Beruntung benarlah orang Cina ini yang mendapat kebebasan mengumpul kekayaan tanpa sekatan di bawah kerajaan Melayu. Mereka juga kaya kerana bantuan kerajaan juga. Selain kerajaan menyediakan suasana perniagaan yang kondusif, stabil dan selamat mereka juga mendapat bantuan perniagaan daripada kerajaan.

'Raja Gula' Robert Kuok jadi kaya raya kerana francais gula. Monopoli ni mula zaman bapa dia, Kouk Keng Kang, lagi. Pada zaman Inggeris, beras dan gandum pun mereka monopoli juga. Ananda Krishnan kaya kerana lesen judi dan lumba kuda, telekomunikasi, penswastaan padang lumba kuda Jalan Ampang yang jadi KLCC dan caruman modal kerajaan. Keluarga mendiang Tan Sri Lim Goh Tong kerana lesen kasino dan tanah di Genting Highlands. Tan Sri Tiong Hiew King, tauke surat khabar Sin Chew, kerana konsesi balak di Lembah Baram, Sarawak. Tan Sri Vincent Tan kerana penswastaan Sports Toto, tanah di Bukit Kiara dan Bukit Tinggi. Datuk Tan Chin Nam pemaju Mid Valley kerana kontrak rumah murah zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman dan pajakan tanah Bandaraya Kuala Lumpur.

Malah keluarga Yeoh sendiri jadi kaya raya kerana kontrak bina sekolah dan hospital, konsesi loji penjana elektrik, perkongsian dengan Syarikat Perumahan Negara dan tanah Keretapi Tanah Melayu di Sentul. Malangnya bagi seseorang yang bercakap dalam ekonomi yang kompetetif tetapi YTL sendiri pun mendapat tongkat daripada kerajaan.

Atas sebab itu juga Presiden PERKASA mencabar Francis Yeoh membatalkan semua perjanjian Independent Power Producer (IPP) dengan TNB atau menstruktur semula perjanjian yang dikatakan berat sebelah dan tidak masuk akal. Jangan jadi terlalu tamak dan perlahap sehingga sanggup menginjak-injak kepala orang lain. Inilah yang dikatakan sudah diberi peha hendak pula betis. Dasar pendatang tak sedar diri.

Amir Hamzah b Hj Mohamad,
Setiausaha,
PERKASA Johor

3 ulasan:

tebing tinggi berkata...

Selepas kejatohan Kerajaan Melayu Melaka 1511 olih portugis diikuti olih belanda dan akhirnya inggris sehinga 1957 MERDEKA.
Selepas perletakan jawatan Tun Mahatir ,Melayu merasakan saolah-olah terjajah semula dan merasa dipingirkan dan terpingir olih pemimpin melayu yang menerajui kepimpinan negara yang disokong dan didokong olih melayu sendiri.

Dimana silapnya, keperlun serta kehendak dan tuntutan kaum pendatang telah mendominasi fokus tumpuan kepimpinan Melayu yang menerajui kepimpinan negara sehinga nyata dilihat tuntutan dan kehendak Melayu terabai malah tidak keterlaluan kalau dikatakan diketepikan.
Kepimpinan melayu yang menerajui negara dilihat lemah dan bolih dikotak-katikan dan pada keselurohannya Melayu itu sendiri dilihat lemah ,kesempetan ini telah digunakan olih kaum pendatang untok mempersendakan dan mencabar kedudokan Raja-Raja Melayu dan hak-hak istemewa orang Melayu malah ugama Islam yaitu ugama anutan orang Melayu telah mula dicabar dan dipertikai akan kedudokannya.
Tiga penjajahan yang mengambil masa beratus tahun sebelum ini gagal malah tidak berani menyentoh ugama orang Melayu dan kedudokanya didalan sosioekonomi,politik orang Melayu ,tetapi malangnya ketika dikatakan melayu telah merdeka ugamanya dicabar olih kaum pendatang yang direlaka kehadirannya, dan lebih malang lagi kepimpinan yang didokong olih melayu itu sendiri dilihat saolah tidak berdaya mempertahankanya.

Kemana AKHIRNYA Melayu
sama-sama kita renongkan.

rimaJOHOR berkata...

Salam tebing tinggi,
Puncanya kerana Melayu berpecah 3 kerana perbezaan politik walaupun agama Islam itu boleh menyatukan. Akhirnya Melayu menjadi lemah.

Kerana kelemahan itu menjadikan Melayu tidak sensitif, tak peka dan tak prihatin dan tidak upaya untuk mempertahankan hak-hak bangsa dan agama mereka.

Di dalam orang Melayu itu ada pengkianat yang memecah belahkan bangsa kerana gilakan kuasa dan pangkat serta mengejar kekayaan. Melayu ini adalah jenis Melayu berkepentingan. Sejarah kejatuhan kerajaan Melayu Melaka dulu sedang berulang semula di depan mata kita.

Maka sebab itu, Melayu mencari platform baru untuk bersatu dengan mengenepikan perbezaan fahaman politik. PERKASA diharap dapat mengumpul kekuatan dikalangan Melayu Islam dan pribumi. Dengan keahlian yang ramai....Tok Yem mampu bercakap dengan lebih lantang

KUNTONG berkata...

ada sesetengah melayu yang asyik berpolitik demi untuk mengaut sama kekayaan negara, lantas mempengruhi orang bawahan supaya menyokong mereka ini.orang bawahan yang bodoh politik ni mengikut saja apa kata pemimpin mereka. setelah diserapkan dengan politik yang keterlaluan dan fanatik, mereka digunakan untuk mencapai matlamat. Yang menjadi persoalan ialah melayu sudah berpecah-pecah dan keadaan inilah merupakan satu situasi yang paling tepat untuk orang luar atau bangsa lain untuk merampas kuasa politik dari orang melayu yang asyik berbalah ni. dahlah kuasa ekonomi dirampas seperti yang dinyatakan oleh saudara amirhasmzah dalam N3 di atas, kini kuasa politik pula yang akan di ambil.akhirnya melayu bukan saja tidak dapat hidup dihutan sebaliknya akan dihalau dari tanah air ini.Semuanya salah melayu juga. kalau kita bersatu sudah tentu mereka akan takut untuk biadap bukan sahaja kepada kita tetapi akan lebih biadap terhadap agama seperti apa yang terjadi sekarang. dariitu bersatulah melayu jangan kira dari parti mana sekalipun . dan diharap kepada melayu jangan terlalu taksub kepada sesuatu parti baik umno, pas atau pkr. berjuanglah untuk Islam ,Melayu dan tanahair melalui PERKASA, Maaf, terima kasih.