Jumaat, 4 Mac 2011

PERKASA DAN PEKIDA BERSATU DI JOHOR BAHRU

Kewujudan Perkasa di daerah Johor Bahru mendapat sokongan kuat dari ahli-ahli Pekida dengan jawatan-jawatan penting Perkasa Johor Bahru dipegang oleh ahli-ahli Pekida.

Pengerusi Perkasa Johor Bahru Hj Mohd Ghaus Yusof, Ketua Zon Johor Bahru Hj Ali Senawi, Ketua Zon Pulai Azali Ahmad, Ketua Zon Tebrau Hashim Gani, AJK daerah Johor Bahru Hamdan Ahmad adalah aktivis-aktivis Pekida, malahan setiap aktiviti Perkasa dihadiri oleh ahli-ahli Pekida. Penjawat-penjawat jawatan di atas juga sentiasa memberi penerangan mengenai tujuan dan halatuju Perkasa dan sehingga kini mereka telah membawa masuk lebih 1,000 orang ahli Pekida menjadi ahli Perkasa.

Pekida dianggap memegang peranan 'benteng Melayu' dan Perkasa melaksanakan peranan mempertahan keagongan dan kesucian Islam, mempertahan kedaulatan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu, hak-hak Melayu dan Bumiputra.

Perkasa Johor Bahru menyokong dan berdiri teguh bersama-sama Perkasa Melaka yang membuat laporan Polis terhadap provokasi kain rentang di Merlimau baru-baru ini.

Perkasa Johor Bahru juga mengharapkan agar Pemimpin-pemimpin parti-pati politik termasuk UMNO memahami perjuangan Perkasa agar tidak timbul rasa curiga sebaliknya menerima hakikat bahawa perjuangan NGO Melayu dan parti politik Melayu menuju kearah matlamat yang sama.

Samat Atan
NYDP 1, PERKASA Johor

4 ulasan:

papa lie berkata...

ini bermakna semua anggota kuat perkasa d anggotai oleh ahli pekida???
johor mmg terkenal dgn puak2....sbb 2 bola sepak johor xmaju2 d sbb kn puak2 mereka shj yg bermain.
pekida biar pekida....
perkasa biar perkasa...
nampak sgt org pekida johor gler kuasa...mmg gler kuasa!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

itu bola, bola punye hal la.. biar la.. nak bising biar psl ambiga tu.. kerana die, malayaia huru hara.. klu ahli pekida nak sertai perkasa, biar la. dh org lain sibuk ngan hal dunia.. spe lg yg nk pertahankan kekuatan agama islam n bangsa melayu?

Tanpa Nama berkata...

Papa lie...assalamualaikum...
Kalau anda x faham...jgn cakap ikut sedap mulut..buruk padah yek nanti.

andyabdrahaman berkata...

salam 1 malaysia kepada anda smua,
sy berasal dari johor ,baru berpindah ke melaka, just nak tanye kpd anda sekiranya sy berpindah ke melaka adakah sy dikira perkasa melaka atau perkasa johor,2thn dulu sy ade berdaftar sebagai ahli perkasa tetapi tidak aktif,adakah sy perlu mendaftar semula?