Isnin, 9 Mei 2011

Pnstrukturan Semula PERKASA Johor Bahru.


JOHOR BAHRU, 09/05/2011
Perkasa Daerah Johor Bahru sedang giat memperkemas organisasi. Penyusunan semula organisasi ini berikutan tindakan Perkasa Pusat menyusun kembali pemegang-pemegang jawatan penting selaras dengan tuntutan dan harapan ahli-ahli dan orang Melayu yang semakin membara terhadap perjuangan Perkasa.

Sebagaimana di peringkat pusat, Perkasa Johor Bahru mahukan agar barisan jawatankuasa yang dilantik benar-benar komited kepada perjuangan, sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi agama Islam dan Bangsa Melayu.

Untuk tujuan itu, Pengerusi Perkasa Johor Bahru Haji Mohd Ghauth Mohd Yusof dengan kerjasama Ketua-Ketua Zon dan Ketua Wira Johor Bahru telah mengemaskinikan barisan kepimpinan Wiranita, Wira dan Wirawati daerah.

Pada 07/05/2011 Barisan Jawatankuasa Wiranita telah berjaya dikemaskinikan hasil dari satu perbincangan yang turut dihadiri oleh Ketua Wiranita Negeri Johor Puan Haslina Mohamad Dom. Puan Hajah Arbaiah Baharin dari Zon Pasir Gudang telah dilantik sebagai Ketua Wiranita Daerah Johor Bahru, Naib Ketua ialah Puan Faridah dari Zon Johor Bahru, Siti Hadijah dari Zon Gelang Patah sebagai Ketua Penerangan, Bendahari dari Zon Tebrau.

Pada 08/05/2011 pula, Wira Daerah berjaya dikemaskinikan dengan perlantikan Saudara Mohd Faisal Abd Rahim dari Zon Pasir Gudang sebagai Ketua menggantikan Saudara Shahrullizam Bin Abd Samad yang dilantik sebagai EXCO Wira Malaysia serta Ketua Wira Negeri Johor. Sdra Zambri Bin Abdullah dari Zon Pulai sebagai naib Ketua.

Kedua-dua sayap tersebut berikrar akan berdiri teguh bersama-sama kepimpinan Perkasa terutamanya Presiden Y.B. Dato’ Ibrahim Ali, Yang Di Pertua Perkasa Negeri Johor Datuk Abdul Rahman Bakar dan Pengerusi Perkasa Daerah Johor Bahru Haji Mohd Ghauth Mohd Yusof.

Samat Atan
NYDP 1, PERKASA Johor

1 ulasan:

tebing tinggi berkata...

Semoga penyusunan semula melahirkan sesuatu yang lebih baik dan teranchang mengikut matalamat penubohan dan perjuangan Perkasa itu sendiri bukan memperlandaskan Perkasa bagi perjuangan diri sendiri.