Jumaat, 24 Jun 2011

Perjumpaan tertutup MKN bersama NGO-NGO Melayu Johor

Johor Bahru, 24 Jun 2011

PERKASA Johor menghantar 100 orang ahli PERKASA seluruh negeri ke perjumpaan tertutup anjuran Majlis Keselamatan Negara di Tropikal Inn, Johor Bahru yang turut dihadiri 600 ahli NGO-NGO lain. Majlis taklimat ini dihadiri oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Cawangan Johor, pengerusi NGO-NGO Melayu Johor dan penasihat Agama kerajaan Johor YB Dato; Noh Gadut.

Taklimat oleh Setiausaha MKN Cawangan Johor mendedahkan tentang senario politik masa kini disamping menerangkan realiti sokongan rakyat kepada kerajaan dan pakatan pembangkang masa kini khususnya di Johor. MKN mengandaikan dengan perkembangan semasa, jika PRU 13 yang berlaku pada hari ini Johor akan dilanda tsunami politik baik di kerusi Parlimen mau pun DUN.

MKN menjangkakan dengan sokongan 80% sokongan pengundi Cina kepada Pakatan pembangkang dan perpecahan undi di kalangan orang Melayu 15 kerusi Parlimen berpotensi untuk jatuh ke tangan pembangkang sementara 11 kerusi Parlimen saja yang kekal di tangan BN termasuk parlimen Pagoh iaitu kerusi Parlimen Timbalan Perdana Menteri.

Walaupun Johor akan kekal ditangan BN tetapi perbezaan majoriti kerusi sangat tipis iaitu hanya 2 kerusi. Katanya lagi, ianya berdasarkan pertambahan pendaftaran pengundi baru yang galak dilakukan oleh Pakatan Rakyat khususnya DAP. Masih ada 78 000 orang Melayu yang sudah layak mengundi masih lagi belum mendaftar sebagai pengundi. Daripada jumlah itu, 73 000 ahli-ahli UMNO masih belum mendaftar.

Perkembangan ini boleh menggugat kuasa politik Melayu.

Kuasa politik Melayu semakin terancam apabila golongan muda yang masuk ke dalam 'pasaran' pengundi baru majoritinya condong kepada Pakatan pembangkang tanpa mengira kaum. Tuntutan yang melampau dikalangan bukan Melayu terhadap kepentingan Melayu yang sudah tertulis di dalam perlembagaan di pandang sepi oleh orang Melayu. Mereka tidak lagi sensitif lantaran kedudukan mereka yang telah dianggap selesa.

Kesempatan telah diambil oleh pihak-pihak tertentu untuk meliberalkan pemikiran orang Melayu bahawa Ketuanan Melayu dan hak Istimewa Melayu yang dinikmati oleh orang Melayu merupakan satu sekatan kepada kemajuan orang Melayu. Orang Melayu telah dimomok-momokkan oleh pemerintah dengan perkara ketuanan Melayu dan Hak -Hak Istimewa Melayu sedangkan ianya memberi kelebihan kepada segelintir Melayu bukannya Melayu terbanyak.

Majlis ini juga mendedahkan betapa licik strategi musuh-musuh orang Melayu untuk terus memecahbelahkan orang Melayu. Tragedi 13 Mei 1969 dijadikan pengajaran agar tidak lagi berlaku pergaduhan antara Melayu dan Cina. Mereka telah menukar strategi agar Melayu sendiri akan 'berperang' sesama sendiri. Meraka akan menonton melalui televisyen di rumah masing-masing menyaksikan sendiri bagaimana Melayu akan bunuh Melayu.

Perhimpunan BERSIH pada 9 Julai 2011 ini adalah satu daripada langkah-langkah awal perancangan mereka. Sama ada sedar atau tidak memang sudah ada pertembungan antara perhimpunan BERSIH di pihak pembangkang dan perhimpunan AMAN di pihak penyokong kerajaan. Majoriti yang terlibat adalah orang Melayu termasuk di pihak keselamatan seperti polis dan FRU.

Amir Hamzah Hj Mohamad
Setiausaha PERKASA Johor

2 ulasan:

Arbain berkata...

Melayu lawan Melayu. Itulah strategi licik pembangkang, terutama bukan Melayu. Mereka tidak akan mengulangi sejarah di mana mereka sendiri sanggup bertempur dengan Melayu, seperti tahun 1969. Mereka ini memang belajar dari sejarah. Terdapat pula sebilangan pemimpin Melayu, terutama dari PERKASA dan Pemuda UMNO,termasuk ahli parlimen bebas dari Kulim, yang sanggup mengerah penyokong2 mereka, orang Melayu, untuk turun bertempur menentang perhimpunan BERSIH 2.0, yang juga akan dihadiri majoritinya oleh orang Melayu. Apa motif pemimpin2 Melayu itu? Adakah mereka terlalu cetek, sehingga tidak sedar bahawa itulah keadaan yang diingini berlaku oleh pembangkang bukan Melayu? Atau mereka juga bersetrategi yang sama - pergi jahanam sama Melayu, asalkan mereka dapat popular dan mengekalkan kuasa politik mereka?

Sedarlah wahai orang2 Melayu bahawa kita sedang digunakan oleh pemimpin2 Melayu untuk meraih sokongan politik mereka. Sedarlah bahawa kuasa politik mereka berada ditangan kita semua orang Melayu. Janganlah kita memilih pemimpin yang secara tersurat / tersirat menjahanamkan Melayu. Janganlah kerana sedikit habuan ekonomi & kuasa, kita sanggup meninggalkan majoriti bangsa kita. Berfikiran jauhlah sehingga ke peringkat anak cucu dan generasi akan datang kita. Kuasa politik yang ada pada kitalah yang terutama - kerana kitalah yang memilih pemimpin2 kita. Jagalah amanah anak cucu kita ini, jangan sampai kubur kita dikencing oleh mereka nanti!

rimaJOHOR berkata...

Kita jangan bertempur dijalan raya. Satu pihak akan berhimpun di Jalanraya. Satu pihak lagi berhimpun di hadapan rumah Amigau dan rumah Mat Sabun. Kita sekat keduanya daripada keluar rumah biar mereka rasa terancam dan tak selamat. Kalau mereka boleh membuatkan rakyat tak selesa, apa kata kita nak dia pun rasa juga........hehehehe

Betul bro.....kadang-kadang terfikir, rakyat ni selalu dijadikan alat.....