Kita kehilangan sebutir permata dalam bidang bahasa dan kesusasteraan pada tanggal kita menyambut Hari kemerdekaan di dalam bulan Syawal yang mulia ini.
Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka Dato' Dr Hassan Ahmad menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 2 Syawal 1432H di Petaling Jaya. Anak kelahiran Muar, Johor ini juga adalah pengerusi Yayasan Karyawan.
PERKASA Johor mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham dan Al-Fatihah.
Klik di sini.
Rabu, 31 Ogos 2011
Kementerian Hal Ehwal Islam
Jumlah penduduk Malaysia dianggarkan mencecah 28.9 juta orang pada 2010 iaitu meningkat 1.54% berbanding jumlah penduduk pada 2009 berjumlah 28.2 juta orang.
Daripada jumlah itu, Melayu Islam kekal sebagai penduduk majoriti iaitu 66.7% diikuti dengan Cina 24% dan India 7.4%. Bumiputera Sabah dan Sarawak sebanyak 1.3%
Berdasarkan statistik terkini itu maka wajarlah cadangan Pertubuhan Pribumi Perkasa iaitu meminta pihak kerajaan mempertimbangkan satu kementerian khas bagi mengendalikan pelbagai isu dan kepentingan yang melibatkan umat Islam. Pada masa ini ianya dikendalikan oleh seorang menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Hari ini PERKASA melalui Presidennya, Datuk Ibrahim Ali mencadangkan supaya ditubuhkan Kementerian Hal Ehwal Islam. Malaysia adalah negara Islam yang pesat membangun, Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan majoriti penduduknya adalah Islam maka wajarlah cadangan ini diambil perhatian.
Isu-isu semasa yang berlaku amat membimbangkan. Isu murtad, isu akidah, keruntuhan moral, ajaran sesat dan sebagainya semakin menjalar ke dalam masyarakat Islam. Pembangunan ekonomi Islam, Indang-undang Islam dan segalah permasaalahan berkaitan agama Islam boleh dikendalikan oleh kementerian ini.
Oleh itu cadangan PERKASA amat relevan kewujudannya pada masa ini dan ianya perlu disokong oleh semua rakyat Malaysia.
Amir Hamzah Hj Mohamad
Setiausaha Kehormat PERKASA Johor

Isnin, 29 Ogos 2011
Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih
Aidil Fitri adalah hari kemenangan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Kehadiran Syawal ini menandakan kita berjaya melawan nafsu dan berjaya menjalankan ibadah puasa dengan sempurna.
Kemenangan ini bukan terletak kepada soal ibadah semata-mata tetapi perlu dilihat secara lebih luas bahawa kita sentiasa diberi motivasi untuk menang dan berusaha meletakkan Islam itu mengatasi kepercayaan-kepercayaan yang lain.
Kemenangan ini juga dikaitkan dengan perpaduan umat Islam dalam semua perkara dengan meletakkan Allah dan Muhammad itu sebagai sumber inspirasi ke arah perpaduan. Apa makna kita menyambut Hari Kemenangan tetapi dalam masa yang sama kita bercerai-cerai dan tidak terikat dengan tali-tali Allah. Ini lah dilema yang umat Islam hadapi mutakhir ini.....
Jangan terlalu mengikut kerenah pemimpin-pemimpin kita yang mempunyai kepentingan tertentu dalam politik mereka. Sebagai rakyat dan umat Islam marhaen ini kita rapatkan barisan kita dengan membuang segala kecelaruan dan kekeliruan berasaskan politik kepartian.
Pemimpin-pemimpin kita taunya memecah-mecahkan kita dengan fahaman politik mereka, mereka tidak duduk bersama kita. Mereka duduk jauh daripada kita. Malangnya kita yang duduk dalam satu masyarakat baik di kampung atau di bandar tidak bertegur sapa dan tidak ambil peduli lantaran pegangan politik kita yang dihasut oleh pemimpin-pemimpin kita.
Sebagai masyarakat Melayu yang masih berpegang teguh dengan nilai-nilai Islam dan adat-adat tradisional Melayu, sewajarnya kita berbaik sangka dengan orang-orang yang hampir dengan kita. Jikalau ada kenduri kendara, pemimpin kita yang duduk di KL, Johor Bahru, Kota Bahru atau lain-lain tempat tak akan datang......kalau ada kematian, mereka yang jauh tak menyembahyangkan jenazah kita....Itu lah orang-orang di kampung kita yang akan menguruskan semuanya.......
Mari lah kita buang yang keruh, ambil yang jernih....
Selamat Hari Raya, Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada pembaca-pembaca blog Perkasa Johor Darul Takzim.
Amir Hamzah b Mohamad
Setiausaha Kehormat Perkasa Johor

Khamis, 25 Ogos 2011
Hanya Sekadar Alasan.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin memberi amaran beliau akan meninggalkan parti itu jika majoriti ahlinya menyokong pertubuhan bukan kerajaan Melayu, Perkasa yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008.
Khairi bukan tak tahu sebahagian besar ahli PERKASA adalah ahli UMNO. Ini lah alasan kukuh untuk Khairi meninggalkan UMNO. Ianya dilihat sebagai satu sebab yang munasabah.
Sejarah ahli yang kecewa di dalam UMNO yang kemudiannya keluar UMNO sentiasa berulang. Sama ada mereka akan keluar dan menyertai parti lain atau menubuhkan parti baru. Dalam hal ini Khairi mungkin akan memilih Parti Keadilan Rakyat yang sangat cucuk dengannya.
Khairi mungkin kecewa kerana beliau adalah ketua pemuda yang tidak memegang jawatan dalam kerajaan berbanding Razali Ibrahim dan Mukriz Tun Mahathir.
Bagi kawan berdasarkan kenyataannya itu, sila kan........Ada tak menambah, Tak ada , tidak pula akan mengurang.
Klik di sini

Isnin, 22 Ogos 2011
Melayu Bodoh!
KELUARGA bahagia... Azmil Mustapha bersama anak-anaknya (dari kiri) Nor Amalia Batrisya, Nur Alia Iman, Nurazalea Arifah memangku anaknya, Alexandria Carina dan Arif Budi Abu Bakar.
Azmil Mustafa (Ali Setan) berkata Melayu bodoh......mungkin ada betulnya. BERSIH pertubuhan tak berdaftar di sokong, Ambiga yang terang-terang hina dan memusuhi Islam, disanjung.
KENAPA UMNO MEMUSUHI PERKASA?
Saya ingin memberikan respon kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Aida Mazura Mohd Noor dalam Geng2 PERKASA seM'sia (Facebook) yang berbunyi :
"Masih menjadi tanda tanya, kenapa UMNO tidak boleh terima PERKASA?"
Persoalan yang diutarakan oleh Aida Mazura ini sebenarnya seringkali dibangkitkan oleh ahli-ahli PERKASA dalam forum-forum perbincangan PERKASA. Selaku pimpinan PERKASA Negeri Johor, saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan pandangan saya terhadap perkara ini.
Jawapan awal saya terhadap persoalan ini adalah; Bagaimana mungkin UMNO boleh 'mesra' dengan PERKASA jika PERKASA terus menerus menghentam UMNO, mencerca, mengaibkan dan menghina pemimpin-pemimpin UMNO. Walaupun kebanyakan ahli PERKASA adalah juga ahli UMNO, mereka ini menghentam UMNO sama seperti mereka memerangi musuh-musuh Melayu sedangkan UMNO adalah parti politik Melayu yang terbesar yang merupakan teras kepada Pemerintah.
Malahan terdapat sesetengah ahli dan pemimpin PERKASA menjadikan PERKASA sebagai alat untuk melaksanakan tujuan dan cita-cita politik peribadi. PERKASA seolah-olah ditubuhkan untuk menghimpunkan mereka yang kecewa dalam UMNO termasuk yang telah kalah dalam pertandingan merebut jawatan-jawatan tertentu dalam UMNO. Berdasarkan fakta ini, Maka sudah tentulah kecurigaan UMNO dan para pemimpinnya terhadap PERKASA mempunyai asasnya yang tersendiri.
Bagi saya, PERKASA adalah wadah dan peluang terakhir untuk menyatukan perjuangan orang-orang Melayu yang telah terpisah-pisah kerana fahaman politik yang berbeza-beza sejak akhir-akhir ini.
PERKASA tidak harus menjadi 'alat' kepada sesiapa mahupun mana-mana parti politik Melayu samada UMNO mahupun PAS. PERKASA harus menjadi PERKASA dengan perjuangan yang berlandaskan 6 matlamat utamanya.
Sebaliknya, memandangkan PERKASA hanyalah NGO yang lebih berperanan sebagai kumpulan pendesak, dan bukan merupakan sebuah parti politik, maka untuk mencapai tujuan dan matlamat PERKASA, PERKASA pula yang seharusnya menjadikan parti-parti Melayu sebagai 'alat' untuk mencapai 6 matlamat perjuangan PERKASA.
Justeru, sebenarnya tidak timbul isu UMNO memperalatkan PERKASA @ PERKASA adalah NGO ciptaan UMNO. Memang benar PERKASA lebih mesra kepada UMNO. Ini adalah disebabkan pendirian PERKASA yang mengambil sikap berbaik-baik dengan pihak Pemerintah.
Dan pendekatan yang diambil oleh kepimpinan PERKASA ini sesungguhnya adalah amat bertepatan dan selari pula dengan tuntutan ajaran agama Islam yang diperjuangkan oleh PERKASA. Namun pendekatan ini tidak pula popular di kalangan sebahagian ahli-ahli PERKASA yang menjadikan kad ahli PERKASA sebagai 'lesen' untuk menghentam, memaki hamun, mencerca, menghina, memperlekeh, mengaibkan malah mengugut & mengecam pemimpin-pemimpin Melayu khususnya pemimpin-pemimpin Melayu dari kalangan parti pemerintah.
Saya bersetuju dengan pendapat bahawa bersikap keras dan menentang golongan pemerintah secara berdepan dan terbuka boleh dimasukkan ke dalam kategori khuruj (keluar menentang pemerintah) yang mana ianya dilarang oleh Rasulullah s.a.w. dalam banyak hadith-hadith shahih.
Salah satunya sepertimana disebut didalam riwayat bahawa Said bin Jahman r.a. berkata:
“Aku datang kepada Abdullah bin Abu Aufa, matanya buta, aku mengucapkan salam." Beliau bertanya kepadaku: "Siapa engkau?" "Said bin Jahman, jawabku." Beliau bertanya: "Kenapa dengan ayahmu?" Aku katakan: "Al-Azariqah telah membunuhnya." Beliau berkata: "Semoga Allah melaknat Al-Azriqah, semoga Allah melaknat Al-Azriqah. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mengatakan bahawa mereka anjing-anjing neraka."
Aku bertanya: "(Yang dilaknat sebagai anjing-anjing neraka) Al-Azriqah sahaja atau Khawarij semuanya?" "Beliau menjawab: Ya! Khawarij semuanya." Aku katakan: "Tetapi sesungguhnya pemerintah telah berbuat kezaliman kepada rakyatnya?"
Maka beliau mengambil tanganku dan memegang dengan sangat kuat, kemudian berkata: "Celaka engkau wahai Ibnu Jahman! Wajib atasmu berpegang dengan sawadul a'zham, wajib atasmu untuk berpegang dengan sawadul a'zham.
"Jika kau ingin pemerintah mahu mendengar nasihatmu, maka datangilah dan khabarkan apa yang engkau ketahui. Itu kalau dia menerima, kalau tidak, tinggalkan! Sesungguhnya engkau tidak lebih tahu darinya." [Hadith Riwayat Ahmad, shahih]
Bersikap keras dan penentangan secara terbuka terhadap Pemerintah juga tidak akan mendapat sebarang pahala kebaikan sepertimana yang telah dinyatakan Abu Ishaq al-Sabi’i r.h. daripada pembesar ulama Tabiin berkata:
“Tidak ada suatu kaum yang mencerca pemimpin mereka melainkan (mereka) akan terhalang daripada mendapat kebaikannya”. [al-Tamhid, Ibn Abdil Barr, al-Fitan, Abu Amru al-Dani]
Walaupun Islam memang mewajibkan rakyat menegur pemerintah yang zalim walaupun kepada firaun sekalipun, nasihat kepada pemerintah itu hendaklah dilakukan dengan bahasa yang paling baik dan paling lunak serta dalam keadaan yang terhormat serta haram mencela dan mengaibkan pemimpin di hadapan khalayak ramai berdasarkan firman Allah s.w.t: Surah Taha: 43-44:
“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”.
Bukan sahaja bersikap keras dan menentang pemerintah itu bertentangan dengan firman ALLAH, tetapi ia juga menentang apa yang telah diseru oleh Nabi kita Muhammad s.a.w.
Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang hendak menasihati pemimpin akan sesuatu urusan maka janganlah dia melakukannya terang-terangan tetapi peganglah tangannya dan bersendirianlah dengannya (lalu nasihatlah), jika dia (pemimpin) menerimanya maka demikianlah yang dikehendaki, jika tidak maka dia telah melaksanakan tanggungjawabnya”. [Hadith Riwayat Ahmad, shahih]
Berbalik kepada persoalan kenapa UMNO bersikap dingin dan seperti memusuhi PERKASA, maka kita sebagai ahli dan pemimpin PERKASA haruslah bermuhasabah diri kita sendiri; adakah selama ini pendekatan perjuangan kita itu selari dengan firman Allah SWT dan seruan Rasulullah SAW seperti yg dikemukakan seperti di atas ?
UMNO adalah teras kepada Kerajaan atau pun Pemerintah yang perlu kita dekati secara lemah-lembut dan berhemah sepertimana firman Allah SWT dan seruan Rasulullah SAW. Maka, jika kita sendiri mahupun PERKASA sendiri, yang mendakwa berjuang untuk memperkasakan Islam, tetapi terus menggunakan pendekatan perjuangan yang sesungguhnya tidak Islamik; menghentam, membentak, mencerca, menghina, mengaib dan memperlekehkan UMNO dan para pemimpinnya iaitu Parti Pemerintah yang juga sama bangsa dan agama dengan kita, maka jangan disalahkan pula UMNO sekiranya UMNO mengambil sikap dingin malah memusuhi pertubuhan kita PERKASA.
Sebagai salah seorang pemimpin PERKASA di peringkat Negeri dan Daerah, saya ingin menyeru kepada semua ahli dan kepimpinan PERKASA di semua peringkat agar bermuhasabah diri, memperbetulkan semula niat, keikhlasan dan pendekatan perjuangan kita melalui pertubuhan PERKASA.
PERKASA bukan ditubuhkan untuk memusuhi sesiapa mahupun mana-mana NGO dan parti politik. PERKASA juga bukan ditubuhkan untuk menjadi alat untuk mempopularkan mana-mana individu mahu pun mana-mana pemimpin.
Sebaliknya, PERKASA ditubuhkan adalah atas kesedaran untuk menyatukan perjuangan seluruh ummat Melayu bagi menjaga dan mempertahankan kepentingan orang Melayu seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perjuangan PERKASA ini tidak akan berjaya sekiranya PERKASA mengambil pendekatan bermusuh dengan mana-mana individu, pertubuhan mahupun parti politik yang sama-sama memperjuangkan kepentingan orang Melayu.
Ahli dan kepimpinan PERKASA harus jelas dan faham akan siapa musuh sebenar kepada orang Melayu. Musuh orang Melayu adalah juga musuh PERKASA. Kepada musuh sebenar inilah seharusnya PERKASA bertegas dan berkeras dalam menegakkan perjuangannya.
Perjuangan PERKASA hanya akan berjaya apabila mendapat sokongan dari semua pihak. Sokongan dari semua pihak akan hanya diperolehi sekiranya PERKASA mengambil pendekatan berbaik-baik terutamanya dengan golongan Pemerintah iaitu UMNO. Umpama aur dengan tebing, PERKASA mahu tidak mahu harus berganding bahu dengan semua NGO Melayu Islam dalam menjayakan 6 matlamat penubuhannya. Jika sikap menyalahkan pihak lain terus menjadi amalan PERKASA, maka PERKASA tidak ubah sama seperti pertubuhan-pertubuhan yang pernah wujud dalam sejarah perjuangan bangsa Melayu.
Sikap berbaik-baik bukan bermakna PERKASA perlu tunduk kepada kehendak-kehendak yang bertentangan dengan kepentingan ummat Melayu. Sikap berbaik-baik bererti PERKASA menggunakan kaedah yang berlemah-lembut, santun dan berhemah dalam menyatakan pendiriannya samada menyokong atau menolak akan sesuatu tindakan dan dasar-dasar yang diambil oleh Pemerintah yang menyentuh kepentingan ummat Melayu.
Jika pendekatan yang berhemah ini berjaya kita budayakan disemua peringkat dalam pertubuhan kita, insyaAllah, tiada lagi sebab kenapa UMNO perlu bersikap dingin apalagi memusuhi PERKASA.
Hj Shukri Bin Hj Suratman
Naib Yang Dipertua 2,
Pertubuhan Pribumi Perkasa
Negeri Johor.

Ahad, 14 Ogos 2011
PERKASA Ganti PAS?
14.8.2011, Menghadiri Majlis Berbuka Puasa Perkasa Malaysia di Kelab Sultan Sulaiman Kg.Baru. Ibrahim Ali isytiharkan Perkasa ganti PAS untuk mempertahankan Islam......hehehe....teringat PAS kata nak ganti UMNO, akhirnya dia yang kena ganti........hahaha
Penjelasa Ibrahim Ali klik di siniSelasa, 9 Ogos 2011
Zakat Fitrah
Jemputan Berbuka Puasa!
Kepada Semua Ahli PERKASA Johor,
YB Datuk Ibrahim Ali, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia menjemput dan mempersilakan tuan/puan ke Majlis Berbuka Puasa Perkasa seperti ketentuan berikut:
Tarikh : 14hb Ogos 2011 (Ahad)
Masa : 6.30 petang
Tempat : Kelab Sultan Sulaiman, Kg.Baru, Kuala Lumpur.
Sekian, terima kasih.

Isnin, 8 Ogos 2011
Terima Kasih Daun Keladi......
Terima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana umumkan bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam sempena Aidilfitri ini.
10,000 pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam negeri Johor juga menerima bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 seorang. Ia melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM5.3 juta.
Jangan habiskan wang semata-mata di gedung-gedung membeli belah....ingat-ingatkan juga kepada golongan yang kurang bernasib baik........
Selamat meneruskan ibadah puasa, hanya mereka yang menang saja yng boleh sambut Hari Raya Aidil Fitri.....hehehe
Ahad, 7 Ogos 2011
Sabtu, 6 Ogos 2011
Isu Murtad
Artikel Ustaz Ridhuan Tee yang turut menyatakan kebimbangan beliau tentang isu murtad Dan gereja di Damanasara Utama
Berita terbaru mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini langsung tidak mengejutkan saya. Saya amat yakin perancangan jahat ini memang telah lama berlaku.
Jika tidak percaya tanya exco Kristian dalam kerajaan negeri Selangor. Cuma dia pura-pura tidak tahu apabila ditanya. Begitu juga paderi-paderi yang terlibat. Ibarat lontar batu sembunyi tangan. Mereka akan cari seribu satu alasan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah.
Malangnya kita terlalu berlembut kerana takut undi lari dan kalah dalam pilihan raya. Sedangkan mereka begitu bersatu tanpa berbelah bahagi mempertahankan tindakan mereka.
Kita selalu bertindak menjaga kepentingan jangka pendek, melupakan kepentingan jangka panjang. Jika beginilah cara kita berpolitik, saya amat bimbang semakin ramai orang Melayu akan menjadi Kristian suatu masa nanti. Jangan perjudikan masa depan Islam, buruk padahnya. Gunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Lindungilah Islam sebelum terlambat.
Saya amat mengharapkan kita tidak akan tunduk kepada penafian mereka, seolah-olah mereka tidak bersalah. Mereka mesti disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan.
Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ikut saya, peruntukan ini terlalu ringan, undang-undang ini perlu dihalusi lagi untuk diberatkan lagi hukumannya.
Walaupun pihak Kristian menafikan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa majlis makan malam diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti (NGO Kristian), bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. Semua itu adalah alasan sahaja. Mereka mahu berselindung di sebalik kerja-kerja amal.
Dua puluh tujuh tahun dahulu, ketika saya menganut agama Kristian, helah ini juga digunakan untuk mengKristian pelajar-pelajar di asrama. Saya tahu perancangan licik mereka.
Saya memohon kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya campurtangan dan menjaga kesucian agama Islam daripada perancangan licik segelintir paderi-paderi Kristian ultra kiasu ini sebelum nasi menjadi bubur.
Jika kita mahu pastikan negara-negara Melayu Islam tidak tercemar lagi, seperti pencemaran yang telah mereka lakukan di Singapura dan Indonesia, tidak ada cara lain, selain bertindak tegas menggunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Jangan berlengah lagi. Tindakan perlu diambil terhadap golongan lempar batu sembunyi tangan.

Hanya RM1000,
Islam terancam!
Perwakilan ke Mesyuarat Agung Perkasa Malaysia
Kepada semua pengerusi dan setiausaha daerah-daerah,
Pertubuhan Pribumi Perkasa negeri Johor.
1. Sila buat pengesahan ke atas 9 nama yang telah disenaraikan dalam penyata Mesyuarat Khas Tahunan Perkasa Negeri yang baru lalu. Kecuali 8 untuk Perkasa Kulaijaya.
2. Jika ada pindaan pengerusi daerah boleh lakukan pindaan tetapi tidak mengubah bilangan perwakilan.
3. Sila emailkan kepada saya senarai muktamad perwakilan beserta no.kad pengenalan dan alamat penuh untuk dihantar ke Ibu pejabat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia. Alamat email saya amirhamzahperkasa@yahoo.com.my.
Terima kasih
Amir Hamzah b Hj Mohamad
Setiausaha Kehormat
Pertubuhan Pribumi Perkasa Johor.

Langgan:
Catatan (Atom)