Jumaat, 31 Disember 2010

Perutusan Tahun Baru 2011 Tim.Presiden PERKASA merangkap YDP PERKASA Johor

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualiikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Kepada semua Ahli PERKASA dimana jua Saudara/i berada. Semoga senantiasa didalam perlindungan Allah S.W.T.

Pertamanya, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta izinNya, maka kita dapat bersama-sama menyambut kehadiran tahun baru 2011, semoga kehadiran tahun baru ini dapat memperbaharui iltizam, memperteguhkan tekad dan menyuntik semangat baru yang lebih kental bagi melaksanakan tanggungjawab mulia didalam mempertahankan hak kita sebagai Bangsa Melayu dan Pribumi .

Iringilah sambutan tahun baru dengan semangat baru, Sebagai Timbalan Presiden merangkap Pengerusi Pengurusan dan Keahlian PERKASA saya menyeru kepada semua orang Melayu dan Pribumi, marilah kita sama-sama menjadi ahli PERKASA agar Pertubuhan Pribumi PERKASA akan menjadi lebih kukuh, dinamik dan bermanafaat untuk semua. Kebersamaan ahli dan kekukuhan barisan saf kepimpinan akan menjadikan PERKASA lebih disegani didalam menyuarakan hak dan kepentingan bangsa Melayu dan Pribumi.

Dikesempatan perutusan tahun baru 2011 ini, saya menyeru kepada seluruh orang Melayu dan Pribumi agar menghayati nilai-nilai murni peninggalan nenek moyang kita,seperti jujur dan amanah, Jujurlah kita didalam mempertahankan hak kita serta amanah didalam menjalankan tanggungjawab menjaga hak hak kita orang Melayu dan Pribumi yang di tinggalkan oleh nenek moyang kita.

Akhir kata, saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua saf saf kepimpinan tertinggi PERKASA, termasuk semua ahli jawatankuasa Negeri dan Daerah yang berada di seluruh pelusuk negara yang telah berusaha dengan gigih untuk menjayakan pelbagai program pada tahun 2010. Bagi tahun baru 2011 ini, saya berharap agar usaha untuk melonjakkan kecemerlangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia akan dilipatgandakan lagi agar kita dapat menyediakan wadah dan ladasan perjuangan didalam menjaga hak kita sebagai orang Melayu dan Pribumi di negara Malaysia tercinta pada hari ini dan masa depan.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011. Semoga usaha kita akan diberkati Allah SWT dan segala perancangan kita dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Wabillahi taufiq wal hidayah wassalam’mu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Sekian Terima kasih.

Dato Abdul Rahman Bakar
Tim. Presiden / YDP Negeri Johor
Pengerusi Pengurusan dan Keahlian
PERKASA

Perutusan Tahun Baru 2011 Presiden PERKASA

Saya pertama tamanya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua warga Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) di mana sahaja tuantuan dan puanpuan berada. Semoga kita semua melangkah ke tahun yang baru ini dengan penuh azam dan semangat yang berkobarkobar serta bersedia untuk menunaikan segala amanah dan tanggungjawab yang telah diletakkan di atas bahu kita bersama.

Pada hari permulaan tahun baru ini juga, marilah kita bersama–sama mengucapkan dan memanjatkan rasa kesyukuran kita kerana dengan berkat limpah kurnia izin dan makbul Allah SWT, kita dapat menyambut kehadiran tahun baru dengan suasana yang aman, sejahtera, bebas dari sebarang malapetaka, bencanabencana besar dan kekacauan.

Terasa bahawa tahun 2010 berlalu dengan begitu pantas. Mungkin kerana di sepanjang tahun 2010 terlalu banyak tugas yang perlu dilaksanakan, terlalu banyak peristiwa atau terlalu banyak perkara baru yang berlaku,

Alhamdulillah, hanya selepas 2 tahun PERKASA dilancarkan ianya sudah menunjukkan perkembangan yang baik. Dari segi prestasi membela dan mampertahankan Hak Orang Melayu dan Pribumi, Tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat.

Bagi saya pencapaian kita setakat hari ini adalah cukup menakjub dan membanggakan. Bukan mudah untuk menterjemahkan satu pelan induk ke dalam bentuk pelaksanaan dalam masa yang singkat, iaitu kurang daripada dua tahun, lebih lebih lagi jika kita mengambil kira saiz pertubuhan kita ini. Kepada semua ahli jawatankuasa di peringkat Pusat, di peringkat negeri dan daerah, Tahniah saya ucapkan

Biarpun tahun 2010 begitu padat, begitu mencabar dan memenatkan, namun saya yakin bagi setiap warga PERKASA, segala pengalaman yang ditempuhi ini benarbenar
memberikan kepuasan, lebih lebih lagi apabila ia disulami dengan berita berita gembira dan pencapaian yang membanggakan.

Saya juga merasa amat gembira bila mana didalam kita bertindak sebagai pendesak kepada kerajaan dalam masa yang sama kita juga menjaga keamanan dan keharmonian negara, Kita buktikan bahawa PERKASA bukan terdiri dari golongan yang suka merusuh di tepi tepi jalan, membakar bendera, mempersendakan lagu Negaraku,membuat kekacauan serta meniupkan api perkauman dan permusuhan.

Kita mesti perkuat iltizam, semangat dan jati diri untuk terus memperkasakan Islam, Melayu dan Tanah Melayu Malaysia, Melayu Tak Hilang didunia saperti kata Laksamana Hang Tuah tetapi Melayu boleh hilang dunia ( Singapura @ Pulau Pinang).

Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata

Hidup Melayu!.. Hidup Melayu!.. Hidup Melayu!..

Sekian, terima kasih.

Dato Ibrahim Ali
PRESIDEN PERKASA.
MP Pasir Mas

Jumaat, 24 Disember 2010

PERKASA Kota Tinggi

Taklimat Khas penubuhan cawangan2 PERKASA dan Kempen Penambahan Ahli bagi kawasan DUN Penawar akan diadakan pada 25 Dis 2010, Sabtu jam 8.30 mlm btempat di Dewan JKKK Felda Air Tawar 4. J/K PERKASA Daerah Kota Tinggi & Kawasan Pengerang adalah Dijemput Hadir untuk memberikan sokongan. Salam Perjuangan. Terima kasih.

Khamis, 23 Disember 2010

Tun Ibrahim Ismail diberi pengormatan negara


Tun Ibrahim Ismail dianggap sebagai pahlawan Melayu . Jenazahnya dikebumikan dengan penghormatan negara di Makam Pahlawan Masjid Negara. Allahyarham adalah ahli PERKASA yang bernombor 0000001. Seluruh ahli PERKASA seluruh negara, khususnya PERKASA Johor mengucapkan takziah kepada kaum keluarganya dan mendoakan agar roh Allahyarham diletakkan bersama roh orang-orang yang soleh.

Tun Ibrahim pahlawan Melayu

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengucapkan takziah kepada keluarga Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail dan menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai hilangnya pahlawan Melayu terbilang.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pengorbanan Allahyarham kepada agama, bangsa dan negara sememangnya tidak ternilai dengan wang ringgit.

''Seluruh warga Perkasa berasa amat sedih dengan pemergian beliau yang juga ahli Perkasa bernombor 0000001.

''Pada tahun 2008, Allahyarham dengan berkerusi roda sanggup untuk hadir semasa melancarkan laman web Perkasa dan kelihatan begitu semangat ketika itu untuk memperjuangkan nasib orang Melayu,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ibrahim berkata, Allahyarham begitu bersemangat untuk menyertai Perkasa setelah merasakan hak-hak keistimewaan orang Melayu mula terancam.

''Marilah kita bersama-sama berdoa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham," ujarnya.

Tun Ibrahim meninggal dunia pada 4.40 pagi ini di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini.

Allahyarham yang berusia 88 tahun telah menerima rawatan di hospital tersebut sejak tiga bulan lalu kerana sakit tua.

Sementara itu, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, beliau masih ingat pesanan Allahyarham yang meminta Perkasa untuk terus mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera lain tanpa kompromi.

Selasa, 21 Disember 2010

Pengumuman


Makluman daripada Setiausaha Agung PERKASA ,

Mesyuarat PERKASA daerah-daerah akan diadakan pada bulan Februari. Setiausaha-setiausaha daerah akan diberikan penerangan bagaimana hendak menjalankan mesyuarat PERKASA daerah-daerah dengan lebih tersusun. Satu taklimat akan diadakan di Kuala Lumpur dengan menghimpunkan semua setiausaha-setiausaha daerah PERKASA di seluruh negara yang dijangka akan diadakan pada pertengahan bulan Januari nanti.

Sekian untuk makluman.

Amir Hamzah b Hj Mohamad
Setiausaha PERKASA Johor.

Isnin, 20 Disember 2010

PERKASA Berkecuali di DUN Tenang.


Perkasa pimpinan Ahli Parlimen Bebas Datuk Ibrahim Ali memutuskan untuk berkecuali dan tidak akan berkempen membantu Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor.

Wakil rakyat itu berkata, Perkasa tidak mahu terlibat dalam kempen membantu BN memandangkan kebanyakan ahlinya juga adalah ahli Umno. Perkasa juga tidak turun berkempen untuk membantu BN di Galas, yang menurunkan calon Umno bulan lalu. Ia aktif berkempen untuk calon BN di Hulu Selangor, Bagan Pinang dan Manek Urai.

“Perkasa mahu kekal sebagai pertubuhan yang berkecuali,” kata Ibrahim .

“Kita ada ramai ahli Umno. Jadi, adalah lebih baik Perkasa bertindak berkecuali (di DUN Tenang),” kata beliau lagi.

“Itu hak mereka untuk berkempen dalam kapasiti sebagai orang perseorangan, sebagai ahli Umno atau sebagai ahli pertubuhan lain.

“Tetapi ahli-ahli Perkasa tidak boleh mengatakan ‘saya ahli Perkasa dan saya menyokong calon ini,”

“Saya tidak pasti sama ada saya akan pergi ke sana atau tidak. Tetapi, jikapun saya berucap menyokong bagi mana-mana calon, saya akan bercakap sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas, bukan sebagai Presiden Perkasa,” kata Ibrahim lagi.

Ketika ditanya sama ada ahli-ahli Perkasa akan memberikan sokongan sekiranya Umno meletakkan semula calon di Tenang, Ibrahim berkata: “Saya fikir begitu kerana kira-kira 95 peratus ahli Perkasa dari Johor adalah ahli Umno.”

“Tetapi Perkasa sebagai sebuah pertubuhan tidak akan terlibat dalam pilihan raya ini. Perkasa mahu kekal sebagai satu pertubuhan berkecuali,” katanya lagi.

Menurut Setiausaha Agungnya Syed Hassan Syed Ali, terdapat 30,000 ahli Perkasa di Johor. “Di Johor, ada kira-kria 30,000 ahli. Di Segamat, ada sekitar 5,000 orang, kira-kira 1,000 ahli di Tenang,” .

Kerusi DUN Tenang kosong setelah penyandangnya Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia Jumaat lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Khamis, 16 Disember 2010

Takziah Dan Al-Fatihah


Al-Fatihah dan Takziah kepada keluarga Allahyarham Dato' Sulaiman Taha yang telah pulang ke rahmatullah malam tadi. Allahyarham adalah ADUN Tenang meeninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur. Jenazahnya akan dibawa pulang ke kampung halamannya malam ini juga ke Labis. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Khamis, 9 Disember 2010

CSL: Parasit Di Dalam BN


Jikalau Chua Soi Lek hendak menghentam UMNO di dalam Perhimpunan Agung MCA tidaklah menghairankan kerana semua orang tahu ,inilah masanya dia hendak menunjukkan taji ayam kampungnya. Berkokok direban sendiri juga dilakukan oleh kebanyakan pemimpin parti tetapi apabila menyalak di dalam Konvension BN baru-baru bukanlah masa atau tempat yang sesuai.

Najib sudahpun berkata di dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu bahawa jangan diungkit-ungkit lagi perkara-perkara yang menyentuh hak istimewa orang Melayu kerana ianya sudah terkunci kemas dan kuncinya ada ditangan raja-raja Melayu. Walaupun mana-mana parti politik yang mendapat majoriti dua pertiga sekalipun tidak berupaya untuk mengubah kecuali mendapat restu orang-orang Melayu dan Raja-Raja Melayu itu sendiri.

Chua Soi Lek (CSL)bukan sahaja tidak menghiraukan ungkapan dan nasihat itu malah sekali lagi menunjukkan keras kepalanya di dalam konvension yang sepatutnya menjadi medan memperkukuhkan ikatan dan persefahaman di dalam BN. Malah sepatutnya perkara hak Melayu ini tidak boleh dibicarakan lagi baik secara tertutup atau terbuka jika mahu persefahaman yang sekian lama dibina ini mahu berkekalan. Adakah ucapan CSL dalam konvension BN ini mendapat restu kepimpinan parti MCA atau tidak, Jika ya, MCA tentu tidak akan lama lagi berada di dalam BN.

Secara terbuka tanpa menghiraukan kehadiran ahli-ahli daripada parti komponen yang lain, CSL meminta secara terbuka supaya UMNO tidak bersikap seperti 'Big Brother'. Dalam BN katanya, tidak ada abang sulung atau adik bongsu. Dalam kata lain MCA tidak mahu ada sistem “abang besar, abang kecil” dalam BN. CSL tidak mahu keputusan penting kerajaan dibuat dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, sebaliknya keputusan itu perlu dibuat dalam Kabinet.

Apatah lagi keputusan-keputusan penting itu dibuat di dalam Perhimpunan Agung UMNO. Adakah CSL tidak gemar dengan pengisytiharan yang dibuat oleh Muhyiddin berkenaan dengan syarat wajib lulus matapelajaran Sejarah di peringkat SPM semasa perhimpunan Agung UMNO yang baru lalu misalnya? Apakah perlu, membuat keputusan subjek sejarah sebagai matapelajaran wajib lulus bagi mendapat sijil SPM itu dibincangkan bersama MCA. Sedangkan dalam masa yang sama MCA mahu isikandungan matapelajarn sejarah itu ditulis semula tanpa menjelaskan bahawa orang Cina itu sebagai 'pendatang'.Bagaimana fakta sejarah mahu diubah seperti mana Singapura yang berjaya mengubah fakta dengan menghilangkan sejarah kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud sebelum kedatangan British.

Keputusan-keputusan penting kerajaan berkaitan orang Melayu sepatutnya tidak perlu dibincangkan bersama MCA lebih-lebih lagi manusia yang bernama CSL ini. Mengapa mahu dibincangkan sedangkan CSL anti kepada 'Ketuanan Melayu' dan beberapa istilah lain yang begitu sensitif di telinga CSL spt “pendatang” (immigrants), “penumpang” (passengers), “terhutang budi” (indebted to)dan “kurang patriotic” (unpatriotic). CSL melarang pemimpin-pemimpin Melayu menggunakan istilah ini kerana kononnya dengan istilah ini menyebabkan sokongan kepada BN berkurangan. Mengapa soal-soal berkenaan usaha kerajaan untuk membantu orang Melayu yang berjumlah 60% itu perlu mendapat persetujuan 'adik bungsu' atau 'abang kecil' seperti MCA?

Perlukah perkara-perkara seperti 'affirmative action' terhadap orang Melayu dibincang bersama CSL sedangkan dia yang berkeras mahu koata 30% pembahagian dan pengagihan kek ekonomi kepada Melayu dan bumiputera itu dihapuskan?

CSL seperti juga Lim Kim Sai menuntut juga jawatan penting kerajaan diberikan kepada parti beliau seperti mana diberikan kepada Muhyiddin dan Hisahamuddin. Secara tersirat dan halusnya CSL mahu jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran dan Menteri Dalam Negeri diserahkan kepada MCA. CSL mungkin tidak akan dapat tuntutan ini jika MCA berada di dalam BN tetapi CSL boleh 'menaruh harapan' jika MCA berada di dalam Pakatan Pembangkang. Pertama CSL tentunya akan mendapat janji-janji manis dan enak terlebih dahulu, dapatnya pun belum pasti.

Sebagai orang lama, CSL tidak sepatutnya menyebut istilah 'big brother' di dalam BN kerana tidak berlaku aktiviti buli, kezaliman, penindasan di dalam BN. MCA juga mendapat hak yang sepatutnya dia dapat dan sepatutnya dia tak dapat. Contoh hak yang sepatutnya dia tak dapat ialah walaupun banyak kerusinya kalah dalam PRU ke 12, masih ada wakil MCA di dalam kabinet malah bertambah lagi bilangannya. Beberapa kerusi majoriti Melayu diberi pinjam oleh UMNO seperti Wangsa Maju, Bandar Tun Razak, Air Hitam, Labis, Simpang Renggam dan lain lain kepada MCA, Gerakan dan MIC. Jika UMNO itu parti 'pembuli' bagaimana parti itu boleh 'meminjamkan' 42 kerusi majoriti Melayu kepada parti-parti komponen yang disebutkan itu.

CSL juga perlu berhati-hati apabila membicarakan 'Ketuanan Melayu', menolak 'Ketuanan Melayu' sama juga menolak raja-raja Melayu. Ketuanan Melayu sama ertinya dengan Ketuanan Raja. Raja-raja Melayu adalah tuan kepada rakyat tanpa mengira kaum dalam konteks negara demokrasi dan Raja berparlimen seperti Malaysia. CSL harus sedar bahawa dia juga berasal daripada negeri yang mempunyai Sultan. Dia bukan orang Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur maupun Sabah atau Sarawak. CSL harus faham kerana kedudukannya sebagai seorang rakyat yang bukan janggal dengan institusi Raja-Raja Melayu atau sememangnya CSL menyokong kepada gerakan mahu menghapuskan sistem Raja-Raja berperlembagaan seperti mana yang dikehendaki oleh Wan Azizah? Jika begitu perkiraannya mengapa mahu bersekongkol lagi di dalam BN jika hanya mahu menjadi duri dalam daging kepada Barisan Nasional.

Bagi sesetengah penganalisis politik kedai kopi melihat provokasi yang dilakukan oleh CSL ini adalah semata-mata untuk menebus kesalahannya dan mengucapkan terima kasih kepada perwakilan-perwakilan MCA yang melantiknya sebagai Presiden MCA. Jikalau dilihat kepada perkiraan akal yang waras, bagaimana seorang yang 'tidak bermoral' boleh dilantik dan dipilih ke jawatan presiden parti. CSL tentu sekali berterima kasih. Bagi membalas budi, CSL akan membuat apa saja asalkan dia popular dan dipandang hebat dikalangan ahli-ahli partinya serta disanjung oleh Siqiu dan Dong Zhong. Pendek kata CSL sudah termakan budi.

Tidak sukar untuk menyamakan CSL dengan Zaid Ibrahim. CSL duri dalam daging kepada BN seperti mana Zaid Ibrahim sebagai parasit di dalam PKR.

Amir Hamzah
Batu Pahat.

Sabtu, 4 Disember 2010

PERKASA Kota Tinggi Mula Mengaum........


Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Daerah Kota Tinggi secara rasminya ditubuhkan pada Jumaat, 3hb. Disember 2010.

PERKASA Daerah Kota Tinggi terdiri dari 3 PERKASA Kawasan iaitu PERKASA Kawasan Pengerang, PERKASA Kawasan Tenggara dan PERKA...SA Kawasan Kota Tinggi.

Sehingga kini, selain PERKASA Daerah Kota Tinggi, dua kawasan telah berjaya membentuk ahli jawatankuasa peringkat kawasan iaitu PERKASA Kawasan Pengerang & PERKASA Kawasan Tenggara.

Majlis Pelancaran PERKASA Kawasan Pengerang akan diadakan pada 10hb Disember 2010 di pekan Sungai Rengit. Seluruh orang Melayu dalam Parlimen Pengerang di jemput hadir bagi memberikan sokongan terhadap PERKASA Kawasan Pengerang.

Sehingga kini PERKASA Daerah Kota Tinggi telah berjaya mendaftarkan ahli baru seramai lebih 700 orang. PERKASA Daerah Kota Tinggi menyasarkan untuk menarik seberapa ramai orang Melayu dalam daerah Kota Tinggi untuk bersama-sama menyertai Perjuangan PERKASA dalam mempertahankan hak dan keistimewaan Melayu seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan.

Sehingga hujung Disember 2010, dijangkakan lebih dari 5000 orang Melayu dalam daerah Kota Tinggi akan menyertai PERKASA yang akan dilancarkan secara rasminya pada hujung Januari 2011 oleh Presiden PERKASA Malaysia YB Datuk Paduka Ibrahim Ali.

Pada ketika ini, PERKASA Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama PERKASA Kawasan Pengerang, Tenggara dan Kota Tinggi sedang giat menjalankan aktiviti untuk menambahkan keahlian. Selain itu, PERKASA Kota Tinggi juga sedang bergerak untuk mencapai matlamat menubuhkan cawangan PERKASA di seluruh pelusuk kampung, rancangan FELDA dan taman-taman perumahan yang terdapat dalam daerah Kota Tinggi.

Kepada mana-mana pihak atau individu yang berminat untuk menyertai PERKASA, atau pun berminat untuk menubuhkan cawangan PERKASA di kejiranan mereka, bolehlah menghubungi Sdra. Azman Bin Abdul Rahman, Setiausaha PERKASA Daerah Kota Tinggi di talian 019-7925999

Sekian. Terima kasih.

Salam Perjuangan,

Hj. Shukri Bin Hj. Suratman
HP : 012 7777 697
Pengerusi
Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA)
Daerah Kota Tinggi.