Jumaat, 31 Disember 2010

Perutusan Tahun Baru 2011 Presiden PERKASA

Saya pertama tamanya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua warga Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) di mana sahaja tuantuan dan puanpuan berada. Semoga kita semua melangkah ke tahun yang baru ini dengan penuh azam dan semangat yang berkobarkobar serta bersedia untuk menunaikan segala amanah dan tanggungjawab yang telah diletakkan di atas bahu kita bersama.

Pada hari permulaan tahun baru ini juga, marilah kita bersama–sama mengucapkan dan memanjatkan rasa kesyukuran kita kerana dengan berkat limpah kurnia izin dan makbul Allah SWT, kita dapat menyambut kehadiran tahun baru dengan suasana yang aman, sejahtera, bebas dari sebarang malapetaka, bencanabencana besar dan kekacauan.

Terasa bahawa tahun 2010 berlalu dengan begitu pantas. Mungkin kerana di sepanjang tahun 2010 terlalu banyak tugas yang perlu dilaksanakan, terlalu banyak peristiwa atau terlalu banyak perkara baru yang berlaku,

Alhamdulillah, hanya selepas 2 tahun PERKASA dilancarkan ianya sudah menunjukkan perkembangan yang baik. Dari segi prestasi membela dan mampertahankan Hak Orang Melayu dan Pribumi, Tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat.

Bagi saya pencapaian kita setakat hari ini adalah cukup menakjub dan membanggakan. Bukan mudah untuk menterjemahkan satu pelan induk ke dalam bentuk pelaksanaan dalam masa yang singkat, iaitu kurang daripada dua tahun, lebih lebih lagi jika kita mengambil kira saiz pertubuhan kita ini. Kepada semua ahli jawatankuasa di peringkat Pusat, di peringkat negeri dan daerah, Tahniah saya ucapkan

Biarpun tahun 2010 begitu padat, begitu mencabar dan memenatkan, namun saya yakin bagi setiap warga PERKASA, segala pengalaman yang ditempuhi ini benarbenar
memberikan kepuasan, lebih lebih lagi apabila ia disulami dengan berita berita gembira dan pencapaian yang membanggakan.

Saya juga merasa amat gembira bila mana didalam kita bertindak sebagai pendesak kepada kerajaan dalam masa yang sama kita juga menjaga keamanan dan keharmonian negara, Kita buktikan bahawa PERKASA bukan terdiri dari golongan yang suka merusuh di tepi tepi jalan, membakar bendera, mempersendakan lagu Negaraku,membuat kekacauan serta meniupkan api perkauman dan permusuhan.

Kita mesti perkuat iltizam, semangat dan jati diri untuk terus memperkasakan Islam, Melayu dan Tanah Melayu Malaysia, Melayu Tak Hilang didunia saperti kata Laksamana Hang Tuah tetapi Melayu boleh hilang dunia ( Singapura @ Pulau Pinang).

Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata

Hidup Melayu!.. Hidup Melayu!.. Hidup Melayu!..

Sekian, terima kasih.

Dato Ibrahim Ali
PRESIDEN PERKASA.
MP Pasir Mas

Tiada ulasan: