Ahad, 28 Februari 2010

PERKASA Semakin Perkasa Di Kluang

Perlancaran PERKASA Daerah Kluang telah berjaya disempurnakan pada 28 Feb 2010 yang lalu dalam suasana meriah dan mendapat sokongan daripada lebih 500 orang tetamu daripada Simpang Renggam, Paloh, Kahang serta di sekitar bandar Kluang khususnya masyarakat di Kampung Melayu.

Perarakan bermula daripada Rumah Rehat Kluang oleh 20 buah teksi daripada Persatuan Pemandu-pemandu Teksi Kluang dan 50 biji motorsikal oleh Pemuda PERKASA daerah Kluang. Dengan memakai lilit kepala berwarna merah bertulis PERKASA Kluang sudah memberi gambaran awal bahawa majlis ini akan berlangsung dengan meriah.

Sebelum berangkat ke Kluang pada sebelah pagi, rombongan Presiden PERKASA bersama dengan YDP PERKASA Johor dan rombongan telah mengadakan pertemuan dengan YAB Menteri Besar Johor di Saujana, kediaman rasmi Menteri Besar.

Ketibaan rombongan disambut dengan paluan kompang dan diarak sejauh 50m sebelum disambut oleh ratusan tetamu yang sudah memenuhi dewan orang ramai Kampung Melayu,Kluang. Ini menunjukkan sokongan yang jitu kepada PERKASA oleh masyarakat Kluang disamping mahu mendengar ucapan daripada Presiden sendiri.

Pengerusi PERKASA Kluang, Tn.Hj.Ghazalli b Hj.Alwi dalam ucapannya mengingatkan bahawa sudah sampai waktunya umat Melayu bersatu kerana apabila berpecah bangsa kita mudah dihina dan diperkotak-katikkan. Dalam ucapannya yang penuh bersemangat, beliau mengingatkan bahawa menyertai PERKASA tidak memperolehi sebarang keistimewaan malah terpaksa mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit. Apa yang lebih penting ialah kesepaduan kita membolehkan kita mempertahankan hak-hak kita sebagai bumiputera dan pribumi.

Turut memberi ucapan ialah YDP Perlis, Th.Hj.Amir Hassan yang turut menyentuh tentang perlunya perpaduan Melayu. YDP Johor Dato Abd.Rahman Bakar mengucapkan tahniah kepada PERKASA Daerah Kluang atas majlis perlancaran dan sambutan yang diberikan menunjukkan penerimaan positif daripada masyarakat Melayu Kluang. Beliau juga telah menawarkan 2 bas percuma kepada ahli-ahli PERKASA Kluang untuk hadir ke Mesyuarat Kali 1 PERKASA di Dewan Tun Razak 1, PWTC.

Presiden PERKASA dalam ucapannya telah menyentuh tentang beberapa isu yang hangat diperkatakan khususnya beberapa tuntutan daripada orang-orang bukan Melayu yang mahukan hak sama rata dengan meminta kerajaan menghapuskan hak-hak keistimewaan orang Melayu. Beliau menempelak YTL dan pengarahnya Francis Yeoh yang mahukan supaya hak keistimewaan Melayu itu dihapus supaya dapat bersaing secara terbuka di padang yang sama rata bagi tujuan menarik lebih ramai para pelabur. Dalam masa yang sama YTL sendiri mendapat projek-projek besar hasil anugerah kerajaan. Ibrahim turut meminta kerajaan memberi projek-projek ini kepada orang Melayu supaya kelihatan lebih adil bukannya dimonopoli oleh sesuatu syarikat besar seperti YTL. Sila klik di sini MCA Kecam Ibrahim Ali.

Pada keseluruhannya, tahniah diucapkan kepada seluruh Jawatankuasa PERKASA Daerah Kluang yang telah bertungkus lumus khususnya kepada Tn.Hj.Ghazalli b Hj.Alwi, Brig.Jen.(B) Dato' Hj. Jamel b Hj Ahmad, En. Mohd.Osman b Hanipa, Hj. Jantan b Hj.Abdullah dan seluruh Ahli Jawatankuasa yang lain. Difahamkan semasa majlis perlancaran ini seramai 400 orang lebih telah mendaftar sebagai ahli PERKASA.

Sebahagian daripada ahli Persatuan-Persatuan pemandu Teksi Kluang yang mengiringi rombongan Presiden PERKASA daripada Rumah Rehat Kluang ke Dewan Kampung Melayu.


Perarakan pemuda bermotor sepanjang 3km yang terdiri daripada Pemuda PERKASA Kluang


Suasana meriah ketika ketibaan rombongan Presiden PERKASA Kesesakan di dalam Dewan Kg.Melayu, Kluang
Pengerusi PERKASA Kluang, Presiden PERKASA dan YDP PERKASA Johor

Sebahagian lagi tetamu yang hadir
Ucapan Pengerusi PERKASA Kluang, Tn.Hj.Ghazalli b Hj Alwi

Presiden menyampaikan ucapan walaupun dalam keadaan sakit kerongkong
Gimik perlancaran PERKASA Daerah Kluang

Laporan oleh:
Amir Hamzah b Hj.Mohamad
Setiausaha,
PERKASA Johor.
gambar-gambor oleh :
Wak Kuntong






















Kehangatan Perlancaran PERKASA Johor Bahru

Perlancaran PERKASA Johor Bahru telah selamat dilancarkan pada 27hb Februari yang lalu di Dewan MPJBT, Skudai. Johor Bahru adalah daerah keempat yang dilancarkan selepas Segamat, Batu Pahat dan Ledang. YB Datuk Ibrahim Ali tiba lebih kurang pukul 4.00 petang setelah bergegas daripada Kuala Lumpur kerana menghadiri perjumpaan dan menandatangani memorandum persefahaman bersama 76 NGO Melayu di Kelab Sultan Sulaiman di sebelah pagi.

Kekosongan majlis diisi dengan program wacana oleh YDP PERKASA Perlis Tn.Hj Ameir b Hj Hassan, yang diundang khas ke Johor Bahru. Majlis perlancaran dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi PERKASA Daerah Johor Bahru, Tn.Hj.Ghaust b Mohd.Yusuf yang penuh bersemangat. Antara perkara yang dibangkitkan oleh beliau adalah berkenaan perpaduan dan jatidiri Melayu dan cabaran Melayu Johor Bahru yang semakin terhimpit oleh pembangunan. Beliau juga menyatakan kehadiran PERKASA ke Johor Bahru telah memberi nafas dan harapan baru kepada masyarakat di Johor Bahru untuk mendapat pembelaan.

YDP PERKASA Johor Dato' Abd.Rahman b A.Bakar tidak dapat berucap panjang kerana kesuntukan masa bagi memberi laluan kepada YB Presiden PERKASA untuk memberi amanat. Antara yang disebut oleh Presiden adalah berkenaan dengan halatuju PERKASA, Sejarah penubuhan PERKASA, Kebiadapan sesetengah rakyat Malaysia yang sudah berani menyentuh hak-hak istimewa orang Melayu, serta perlunya Melayu bersatu semula bersama PERKASA bagi mempertahankan hak-hak orang Melayu yang sudah termaktub di dalam perlembagaan.

Istimewanya perlancaran di Johor Bahru ini ialah pihak penganjur telah mengadakan majlis dialog antara para hadirin dengan presiden sendiri bagi menjelaskan beberapa isu berkenaan PERKASA dan kedudukan politik orang Melayu yang semakin terancam. Majlis dailog ini mendapat sambutan sehingga pengerusi dailog Tn.Hj Zainal terpaksa menghadkan soalan-soalan dan pandangan kerana masa tidak mengizinkan.

Pada keseluruhannya majlis di Johor Bahru yang dihadiri lebih 400 orang berjaya mencapai objektifnya atas komitmen dan kesungguhan Ahli Jawatankuasanya yang di ketuai oleh Tn.Hj.Ghaust , Tn Hj Zainal , Cikgu Abd.Razak dan barisan Jawatankuasa Penaja yang lain disamping mendapat sokongan penuh daripada En.Samad b Atan yang juga Naib YDP 1 PERKASA Johor.

Tahniah PERKASA Daerah Johor Bahru......

Ucapan ringkas daripada YDP Johor, Dato Abd.Rahman b A.Bakar

Ucapan berapi-api daripada Presiden PERKASA

Salah seorang hadirin yang mencadangkan supaya mebandarkan kawasan luar bandar Salah seorang peserta yang mengatakan bahawa Presiden PERKASA lebih baik menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Sebahagian tetamu yang setia menanti majlis dailog diantaranya kelihatan golongan muda

Majlis penyampaian cenderahati daripada pengerusi PERKASA Daerah JB, Tn.Hj.Ghaust b Mohd.Yusof kepada Datuk Paduka Ibrahim Ali.

Laporan oleh :
Amir Hamzah b Hj Mohamad
Gambar-gambar oleh:
Wak Kuntong.






Jumaat, 26 Februari 2010

Maulidurasul Dan Perlantikan Tunku Temenggung

Tengku Mahkota bersama Tunku Temenggung


Tunku Temenggung (berbaju biru) bersama kekanda dan almarhum nenda Sultan Iskandar.

Tunku Idris dimasyhurkan Tunku Temenggong Johor

Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini mengisytiharkan pelantikan anakanda ketiga baginda, Tunku Idris, sebagai Tunku Temenggong Johor.

Pengisytiharan itu dilakukan Sultan Ibrahim semasa bertitah pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Sultan Abu Bakar, di Johor Bahru.

"Sempena sambutan hari yang mulia ini, pada fikiran saya, adalah molek untuk saya melantik dan menjadikan anakanda Tunku Idris sebagai Tunku Temenggong Johor," titah baginda di hadapan kerabat diraja, pentadbir negeri dan seluruh rakyat yang hadir.

Berangkat pada sambutan itu, isteri baginda, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, Tunku Idris dan kerabat diraja yang lain.

Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri Datin Prof Jamilah Ariffin, Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Abdul Latiff Yusof, barisan Exco kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kerajaan, turut hadir.

Tunku Idris, 22, yang berkhidmat dengan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) pernah menempa nama dengan mengetuai lintas hormat enam pesawat udara sempena perarakan sambutan kemerdekaan peringkat negeri Perak pada 2007.

Lintas hormat itu menggunakan helikopter EC120 yang diiringi dua helikopter EC120 lain, sebuah pesawat jenis Socata TB10 dan dua buah pesawat Eagle 150B buatan Malaysia.

- Bernama

PERKASA Johor merafak sembah menjunjung kasih atas perlantikan Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail sebagai Tunku Temenggung Johor yang disytiharkan oleh Sultan Ibrahim di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

Amir Hamzah b Hj Mohamad
Setiausaha
PERKASA Johor.

Rabu, 24 Februari 2010

Brutal Ekonomi Jahanamkan Melayu!


Apabila Francis Yeoh meminta supaya dihapuskan subsidi dan perlindungan kepada bumiputera, pewaris YTL itu mahukan wujudmya satu suasana persaingan yang 'brutal' dalam dunia perniagaan Malaysia. Seolah-olah pertolongan kerajaan dan 'tongkat' yang diberikan bagi membantu orang Melayu itu dianggap sebagai menyekat kepada perkembangan ekonomi negara. Terang-terang dasar kapitalis ini menjadikan yang kaya akan terus menghisap darah orang miskin di mana yang kaya bertambah kaya sementara yang miskin bertambah ramai serta hidup melarat.

Dasar ekonomi cadangan Francis ini akan melebarkan jarak dan jurang antara Melayu dan bukan Melayu dalam bidang ekonomi. Tidak adil untuk Francis meminta agar subsidi ditarik balik dan membiarkan orang Melayu terkial-kial mencari punca rezeki. Francis mungkin terlupa dengan kedaifan dan kemunduran orang Melayu yang berterusan sejak kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Orang Melayu ditindas oleh 3 penjajah barat iaitu Portugis, Belanda dan Inggeris. Ini bermakna, Melayu telah ditindas selama lebih 400 tahun sedangkan kita baru merdeka selama 53 tahun. Hanya pada tahun 1970 apabila Dasar Ekonomi Baru itu disusun sedemikian rupa untuk membasmikan kemiskinan dikalangan orang Melayu disamping menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum. Itupun DEB hanya untuk tempoh 20 tahun dengan sasaran 30% kekayaan negara dikuasai oleh orang Melayu. DEB gagal mencapai matlamatnya.

Adilkah bagi Francis Yeoh, setelah gagalnya DEB mencapai target yang ditetapkan maka subsidi, pertolongan dan bantuan itu pula dihentikan.

Memang benarlah tuntutan Francis itu kejam, dahagakan darah, tak berhati perut, tak berperikemanusiaan, tak timbang rasa dan tak bertamadun.

Bagi orang Cina pula, walaupun mereka itu hanya pendatang tetapi layanan penjajah terutama Inggeris amat istimewa jika dibandingkan dengan orang Melayu dan pribumi. 100 tahun sebelum merdeka lagi, orang Cina sudah mendapat pelbagai keistimewaan daripada British khususnya dalam bidang pendidikan dan ekonomi. Walaupun Malayan Union berjaya dihalang namun dasar-dasar British di bawah Persekutuan tanah Melayu 1948 sebenarnya tidak membawa banyak perubahan kepada orang Melayu.

Pada tahun pertama Tunku Abdul Rahman menjadi Presiden UMNO, bilangan pelajar Melayu mendapat biasiswa kerajaan British untuk melanjutkan pelajaran hanyalah 16 orang sedangkan bilangan pelajar bukan Melayu yang mendapat biasiswa ialah 60 orang.

Pada tahun 1951 juga pendapatan digabungkan boleh cukai oleh 5,195 orang Cina ialah RM62 juta berbanding 773 orang Melayu yang mempunyai pendapatan terkumpul RM8.1 juta. Mengulas mengenai ini, ahli sejarah Victor Purcell menulis bahawa angka itu memperlihatkan perbandingan kekayaan antara kaum pada waktu itu.

Orang bukan Melayu yang majoritinya tinggal dibandar-bandar mendapat keistimewaan berbanding orang Melayu di kampung-kampung. Memang benar Perlembagaan 1948 memperakui kedudukan istimewa orang Melayu tetapi kerajaan penjajah British tidak memberi banyak ruang untuk orang Melayu membaiki nasib mereka.

Orang Melayu tidak digalakkan belajar bahasa Inggeris kerana British tidak mahu ”kehilangan kuli-kuli.” Bahasa Inggeris dan pendidikan Inggeris jika diberikan secara besar-besaran kepada orang Melayu akan membuka peluang kepada mereka untuk menjadi tuan dan menuntut kemerdekaan.

Malah pada tahun-tahun tersebut yang merupakan tahun-tahun darurat 1948-1960, orang Cina ternyata mendapat kelebihan yang tidak disangka-sangka berikutan suasana darurat.

Untuk mengelakkan orang Cina tinggal di pinggir-pinggir bandar dieksplotasi oleh komunis, kerajaan British menempatkan mereka di kampung-kampung baru yang kemudian mendapat peruntukan khas daripada kerajaan British untuk dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan penempatan moden seperti sekolah, pusat kesihatan dan jalan raya.

Pendek kata adalah tidak adil bagi orang Melayu untuk bersaing di padang yang sama rata. ianya boleh diumpamakan seperti perlumbaan lumba lari bagi pelari yang cukup sifat sedangkan seorang lagi kudung kakinya. Maka sistem ekonomi laissez-faire mengikut cadangan Francis ini tidak sesuai antara orang Cina dan Melayu.

Beruntung benarlah orang Cina ini yang mendapat kebebasan mengumpul kekayaan tanpa sekatan di bawah kerajaan Melayu. Mereka juga kaya kerana bantuan kerajaan juga. Selain kerajaan menyediakan suasana perniagaan yang kondusif, stabil dan selamat mereka juga mendapat bantuan perniagaan daripada kerajaan.

'Raja Gula' Robert Kuok jadi kaya raya kerana francais gula. Monopoli ni mula zaman bapa dia, Kouk Keng Kang, lagi. Pada zaman Inggeris, beras dan gandum pun mereka monopoli juga. Ananda Krishnan kaya kerana lesen judi dan lumba kuda, telekomunikasi, penswastaan padang lumba kuda Jalan Ampang yang jadi KLCC dan caruman modal kerajaan. Keluarga mendiang Tan Sri Lim Goh Tong kerana lesen kasino dan tanah di Genting Highlands. Tan Sri Tiong Hiew King, tauke surat khabar Sin Chew, kerana konsesi balak di Lembah Baram, Sarawak. Tan Sri Vincent Tan kerana penswastaan Sports Toto, tanah di Bukit Kiara dan Bukit Tinggi. Datuk Tan Chin Nam pemaju Mid Valley kerana kontrak rumah murah zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman dan pajakan tanah Bandaraya Kuala Lumpur.

Malah keluarga Yeoh sendiri jadi kaya raya kerana kontrak bina sekolah dan hospital, konsesi loji penjana elektrik, perkongsian dengan Syarikat Perumahan Negara dan tanah Keretapi Tanah Melayu di Sentul. Malangnya bagi seseorang yang bercakap dalam ekonomi yang kompetetif tetapi YTL sendiri pun mendapat tongkat daripada kerajaan.

Atas sebab itu juga Presiden PERKASA mencabar Francis Yeoh membatalkan semua perjanjian Independent Power Producer (IPP) dengan TNB atau menstruktur semula perjanjian yang dikatakan berat sebelah dan tidak masuk akal. Jangan jadi terlalu tamak dan perlahap sehingga sanggup menginjak-injak kepala orang lain. Inilah yang dikatakan sudah diberi peha hendak pula betis. Dasar pendatang tak sedar diri.

Amir Hamzah b Hj Mohamad,
Setiausaha,
PERKASA Johor

Isnin, 22 Februari 2010

Semuanya Nak Di Punggah Ke Singapura!

Dahulu orang melihat BPR (Badan Pencegah Rasuah)sebelah mata sahaja dan beranggapan BPR hanya berani menangkap ikan bilis sahaja sedangkan jerung-jerung besar terlepas dan bermaharaja lela. Daripada BPR bertukar nama SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan sekarang ini dapat pulak boss baru yang semua rakyat tahu dimana beliau mempunyai komitmen tinggi untuk membenteras rasuah.

Masalah penyeludupan pasir ke Singapura tidak selesai-selesai sehingga mendapat rungutan daripada Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini. Tun merungut tentang mengapa pasir masih lagi dijual kepada Singapura baik pasir darat atau pasir sungai maupun pasir silika.Presiden PERKASA juga berpendirian yang sama agar dihentikan penjualan semua jenis pasir ke Singapura. Sebenarnya masalah ekspot pasir ke Singapura adalah isu poltik yang sensitif kerana melibatkan hubungan dua hala antara kedua negara yang pernah bertelagah di masa lalu kerana sengketa penjualan pasir dan air.

Penyeludupan pasir ke Singapura ,puncanya adalah RASUAH.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 34 orang di lima negeri, termasuk dua ahli politik dan dan penjawat awam, kerana dipercayai menerima rasuah wang tunai dan nikmat seksual, melalui satu tindakan besar-besaran keatas kegiatan haram perlombongan pasir.Dengan penangkapan itu, SPRM yakin telah berjaya membongkar satu sindiket yang terlibat dalam penyeludupan pasir ke Singapura.

Belum reda cerita pasir timbul lagi cerita baru berkenaan penyeludupan tanah dan batu kuari dari Minyak Beku di Batu Pahat ke Singapura. Kisah penyeludupan terbaru ini dibongkar oleh Tv3 yang disiarkan melalui Buletin Utama stesyen tv terkemuka itu. Bagaimana kuari yang telah diarah tutup sebelum ini oleh Jabatan Auditor Negara tetapi lesen perniagaan kuari tersebut dilanjutkan sehingga Julai 2010. Sekali lagi puncanya adalah RASUAH. Ada sesuatu yang tidak kena antara Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor serta Kastam Negeri Johor. Apa nak jadi ni? Tak habis-habis nak jual negara. Pentingkan perut dan tembolok sendiri tanpa memikirkan langsung soal-soal keselamatan, politik dan ekonomi negara di masa hadapan.

Rasuah pasti berlaku di kalangan pegawai-pegawai kedua-dua jabatan ini berdasarkan kes penyeludupan pasir yang terdahulu di mana SPRM membuat tangkapan dan dakwaan ke atas seoarang pegawai Tanah dan Galian Johor serta 2 orang berpangkat Pembantu Superitendent Kastam Johor. Apa lagi yang hendak rakyat taruhkan kepercayaan kepada kedua-dua jabatan ini. Masih adakah lagi integriti di dalam dua jabatan ini setelah berlakunya kes penyeludupan pasir, tanah dan batu kuari secara berleluasa.

Masalahnya yang busuk adalah kerajaan negeri tetapi yang membuat onar dan memalit taik ialah pegawai-pegawai perkhidmatan awam. Apakah mereka ini cuba sabotaj kerajaan yang ada supaya kebobrokan perangai mereka akan dipertanggungjawabkan kepada kerajaan. Kami rakyat marhaen menaruh harapan tinggi kepada SPRM agar terus membersihkan pertualang negara bukan sahaja di Pejabat Tanah dan Galian serta Kastam tetapi juga dijabatan-jabatan lain seperti Pejabat Daerah, Jabatan Polis, Imigresen dan lain-lain. Kita juga amat yakin kepada ketua Pengarah SPRM yang baru .Perlantikan beliau sebagai KP adalah sesuatu yang tepat.


Terima kasih dan syabas SPRM!

Amir Hamzah b Hj Mohamad
Setiausaha
PERKASA Johor

Ahad, 21 Februari 2010

Bersaing Memberi Khidmat Kepada Rakyat



Saya amat tertarik dengan idea Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor meminta kerajaan negeri memberi perhatian kepada pemilikan rumah mampu milik untuk generasi muda. Idea ini sebenarnya sangat baik, praktikal dan dirasai terus oleh rakyat. Tanpa mengira parti politik mana pun jika ianya memberi kebaikan kepada rakyat harus disokong dan pihak kerajaan pusat atau negeri-negeri yang dipimpin oleh UMNO harus bersaing memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Kerajaan sedia ada harus peka bahawa dalam tempoh pendaftaran pemilih bagi suku tahun keempat tahun 2009, menyaksikan 82,668 pengundi baru yang mendaftarkan diri dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Semua sedia maklum bahawa kebanyakan pengundi baru ini adalah dari kalangan generasi muda. Dalam keadaan persepsi generasi muda hari ini lebih memihak kepada pembangkang maka berita baik daripada Kerajaan Selangor ini perlu diambil berat oleh kerajaan bagaimana untuk memberi persaingan sihat bagi memberi sesuatu yang berfaedah kepada generasi muda ini.

Kerajaan perlu mengambil perhatian bahawa 75% daripada jumlah penduduk Malaysia adalah berumur kurang daripada 40 tahun dan kebanyakkan mereka adalah dalam kategori belia dan kerajaan juga perlu memberi komitmen untuk menambahbaik persekitaran kepada pemuda-pemudi serta keluarga yang muda dari segi pekerjaan, peluang pendidikan dan perumahan untuk membolehkan mereka menonjolkan potensi mereka dan seterusnya membolehkan negara berkembang dengan lebih maju lagi.

Generasi baru hari ini tidak lagi boleh disogok dengan pembinaan gelanggang futsal, jersey bolasepak, kompang, T shirt, bola dan sebagainya kerana itu hanya sekadar hiburan dan sukan semata-mata tetapi bagaimana kita boleh membantu kelangsungan hidup mereka yang lebih berkualiti. Seperti kebiasaannya golongan belia/ muda di kampung-kampung mudah dibeli dengan peruntukan-peruntukan yang disebutkan tetapi akhirnya masalah kehidupan seharian mereka terabai. Kita gagal mencari punca permasalahan dan golongan ini kemudiannya akan menambahkan semula bilangan rakyat yang miskin dan melarat. Kita selalu memberi ikan kepada mereka tetapi kita tidak memberi mereka pancing supaya mereka boleh memancing setiap hari.

Kerajaan juga harus sedar dan sila ambil perhatian bahawa ekonomi Malaysia pada masa kini terperangkap dalam kombinasi kemahiran rendah, produktiviti rendah dan gaji rendah di mana 60% keluarga di Malaysia hidup dengan gaji seisi rumah bulanan yang kurang daripada RM3,000. Dengan taraf hidup yang semakin tinggi ianya sesuatu yang membebankan kepada rakyat khususnya kepada orang Melayu. Bagaimana tindakan kerajaan untuk membantu golongan ini kerana pihak pembangkang akan mengwar-warkan bahawa kepincangan dan rasuah di kalangan pemimpin dan kakitangan kerajaan menyebabkan segelintir daripada rakyat yang mengaut keuntungan peribadi dan sebahagian besar rakyat hidup dalam kemelaratan.

Rakyat juga sedang melihat bagaimana kerajaan Selangor berjaya menyiapkan projek perumahan yang terbengkalai sejak tahun 2003 di pangsapuri Taman Ukay Bistari di Hulu Kelang di mana pemilik-pemiliknya sudah tujuh tahun menunggu kerana pembinaannya tergendala. Dalam masa yang sama ada beratus-ratus projek rumah terbengkalai yang tidak dapat disiapkan kerana kerenah birokrasi. Pemaju punya hal rakyat yang teraniaya. Kerajaan perlu segera memulihkan rumah-rumah yang terbengkalai diseluruh negara supaya pemilik-pemilik rumah yang tertipu dapat mendiami rumah mereka sebelum pilihanraya ke 13 nanti. Kalau kerajaan Negeri Selangor boleh lakukan mengapa kerajaan pusat dan kerajaan negeri-negeri lain yang sedang memegang tampuk kuasa masih gagal membantu dan memulihkan rumah-rumah terbengkalai ini.

Hari ini politik persepsi sedang bermaharaja lela. Jika pihak kerajaan gagal tentunya akan dikaitkan dengan kelemahan pengurusan, birokrasi, salah gunakuasa dan rasuah. Suka atau tidak Pemuda UMNO perlu bersaing dengan Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk bersaing memberi perkhidmatan kepada rakyat terutama golongan muda / belia jika mahu mendapat sokongan daripada pengundi baru dalam pilihanraya akan datang.

Sukanya Dalam Hati

Amir Hamzah b Hj Mohamad
Setiausaha
PERKASA Johor

Sabtu, 20 Februari 2010

Kali Ini Hadi Faham!


Kedaulatan selalu dikaitkan dengan institusi yang bernama “negara”. Kedaulatan sesebuah negara wujud sebagai hak kemerdekaan dan berkuasa untuk mengatur urusan dalaman sesebuah negara. Kerajaan sebuah negara samada demokrasi maupun komunis atau sosialis mempunyai kuasa untuk menentukan keputusan tertinggi dalam mengendali negara, termasuk dalam mengendalikan sumber alam, guna tenaga ,undang-undang maupun manusianya.

Namun kedaulatan sesebuah negara semakin menghadapi cabaran terutama daripada golongan liberal yang mengatakan abad ini konsep kedaulatan akan berakhir. Dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah menerobos masuk ke dalam sesebuah negara dengan kekuatan pasaran ekonomi. Malah dengan kecanggihan teknologi ketenteraan kedaulatan sesebuah negara juga mudah ditembusi. Nilai-nilai norma universal seperti hak asasi manusia telah menenggelamkan kedaulatan sesebuah negara. Ini bermakna dalam hal-hal tertentu agak sukar untuk kita mengawal kedaulatan negara daripada dicampuri oleh kuasa-kuasa asing atau negara luar.

Di dalam kes Anwar Ibrahim, campur tangan 50 Ahli Parlimen Australia yang mendesak kerajaan menggugurkan tuduhan liwat ke atas bekas timbalan perdana menteri itu berkemungkin atas dasar nilai-nilai universal yang kononnya sudah diterima oleh banyak negara. Hubungan homoseksual sudah dianggap sebagai nilai dan perlakuan universal iaitu banyak negara sudah menghalalkan hubungan sejenis ini bahkan ianya sudah dijadikan undang-undang.

Bagi 50 MP negara kanggaroo itu, tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang pelik dan ganjil kerana sebahagian besar masyarakat dunia sudah menerima homoseksual dan lesbian . Malangnya di Malaysia kegiatan yang melanggar fitrah manusia ini belum lagi diterima malah dipandang jijik bukan sahaja budaya Melayu lebih-lebih lagi dari sudut undang-undang Islam. Maka liwat atau hubungan homoseksual adalah salah dari segi undang-undang negara. Adalah tidak wajar, kuasa asing atas dasar liberal dan universal boleh sesuka hati mencampuri urusan undang-undang negara ini. Biarlah Anwar dibicarakan di mahkamah secara adil dan saksama tanpa banyak kerenah.

Dalam hal ini satu pujian harus diberikan kepada Hadi Awang tetapi tidak untuk Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang cuba untuk memanipulasikan kes liwat ini untuk kepentingan politik sempit dengan membelakangkan kepentingan kedaulatan negara.

Hadi berkata,"Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara barat, negara bukan Islam," Kenyataan Hadi ini disokong oleh PM yang mengatakan "negara lain perlu mematuhi proses perundangan dan juga peruntukan perlembagaan di mana keluhuran perlembagaan dan keadilan untuk semua serta pengasingan kuasa adalah merupakan tonggak dalam sistem perlembagaan negara dan semua negara mesti menghormatinya tanpa memperlekehkan kita dengan membuat sendaan yang tidak berasas sama sekali".

Sama ada kenyataan Hadi mendapat sokongan daripada Mursyidur Am mereka tidak penting kerana Hadi berkata sesuatu yang benar. Ini adalah kenyataan daripada Presiden parti, dan ianya tidak memerlukan ulasan daripada penasihat yang sudah diketahui umum sangat berkepentingan dan tidak konsisten.

Pakatan pembangkang kelihatan sudah tidak sederap dan tidak seirama lagi. Apabila Hadi mengecam campur tangan asing, LKS pula meminta satu sidang khas Dewan Rakyat bagi membincangkan usul untuk menggugurkan dakwaan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa kena mengena kes Anwar Ibrahim nak dibawa ke dalam Dewan Rakyat? Kalau kepala otak sudah dipenuhi dengan udang maka kes liwat ini cuba dikaitkan dengan politik. Kes ini adalah antara Saiful dan Anwar. Berilah keadilan untuk Anwar dan Saiful dalam perbicaraan di mahkamah.

Kali ini, kenyataan Hadi tepat pada masanya. Harapan kita agar semua pemimpin PAS akur dengan pandangan dan kenyataan Presiden parti. Jika hal kedaulatan negara pun mau dipolitikkan, berkemungkinan ramai pengundi atas pagar dan tidak berparti akan menjauhi PAS kerana mereka ini lah yang banyak memberi undi kepada PAS dalam PRU ke 12 yang lalu.

'Selar' MP Australia: Hadi beri penjelasan

Amir Hamzah b Hj. Mohamad
Setiausaha
PERKASA Johor

Jumaat, 19 Februari 2010

PERKASA Sedang Diperhati........


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) semakin hari semakin mendapat perhatian daripada seluruh umat Melayu dan Pribumi di seluruh pelusuk tanah air. Sama ada ianya daripada kalangan ahli parti politik, orang perseorangan, orang yang tidak berparti, golongan belia ,pelajar universiti dan pendek kata daripada pelbagai lapisan masyarakat. Kehadiran orang ramai ke setiap majlis Perlancaran PERKASA Negeri-Negeri tidak mengecewakan. Ini membuktikan bahawa PERKASA adalah NGO baru yang semakin diminati dan semakin didekati oleh rakyat walaupun ianya sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Kehadiran yang sangat menggalakkan pada setiap program PERKASA sama ada di Pusat atau di Negeri-negeri digunakan sepenuhnya oleh rakyat untuk mengetahui lebih dekat tentang perjuangan PERKASA. Apakah misi dan visi serta hala tuju PERKASA. Apakah tindakan PERKASA itu memberi kesan kepada tindakan kerajaan akibat tuntutan, kritikan membina, cadangan proaktif untuk kepentingan Melayu, Islam dan Pribumi? Apakah PERKASA mengambil tindakan secara provokatif atau secara berhemah dan musyawarah , semuanya sedang diperhati.

Apabila PERKASA meletakkan kepentingan Melayu dan Agama Islam serta mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu dalam perjuangannya sudah tentu ianya menarik minat untuk rakyat mendengarnya. Apabila PERKASA melebarkan sayapnya ke negeri paling selatan tanah air satu cabaran getir sedang menanti. Pastinya cerita dan isu yang bakal dibawa oleh rakyat negeri ini adalah berkenaan dengan kedudukan orang Melayu dalam pembangunan di Wilayah Iskandar dan juga pembangunan Danga Bay. Tidak ketinggalan pembangunan yang tidak seimbang dan sukar disertai oleh rakyat Melayu terbanyak.

Perlancaran PERKASA Daerah Johor Bahru sekali lagi menarik tumpuan apabila ramai umat Melayu begitu berminat untuk menyertainya tetapi dalam masa yang sama mereka ingin melihat sejauh mana PERKASA memainkan peranan dalam membela nasib orang Melayu Johor selepas ini. Negeri ini bukan diterajui oleh pembangkang tetapi diketuai oleh Melayu beragama Islam.

Sebelum ini memang sudah ada pertemuan antara YAB Menteri Besar Johor dan Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris) mengenai Akta IRDA 664 dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang bercirikan demokrasi berpelembagaan kerana Akta IRDA 664 dan Pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) mengenepikan hak Bangsa Melayu, menggugat kesucian Agama Islam dan mencabar kedaulatan Raja dan Negara. Keadaan ini diakui sendiri oleh MB Johor itu yang mengatakan bahawa terdapat kemungkinan bahawa Akta IRDA 664 tidak digubal dengan tatacara sepatutnya.

Antara isu-isu yang dibawa oleh pihak ProWaris ialah :
1. Isu kekebalan menteri dan pihak berkuasa WPI daripada mana-mana tindakan undang-undang yang diambil oleh rakyat.
2. Isu keputusan dan ketetapan boleh dicapai tanpa mesyuarat.
3. Isu Ketua Eksekutif IRDA dilantik mengikut sebarang syarat yang difikirkan wajar dan tidak semestinya berbangsa Melayu dan
4. Isu perubahan Akta IRDA boleh dibuat tanpa melalui proses Parlimen Malaysia.
5. Kedudukan Pengerusi Bersama di antara Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Besar Johor itu adalah sama sekali tidak benar menurut Akta IRDA 664. Tindakan untuk mengelirukan Rakyat Malaysia khususnya Rakyat Johor perlu dihentikan segera kerana Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Johor akan dianggap menipu Rakyat secara terang-terangan.
6. Akta WPI 664 tersebut tidak sepatutnya menjadi isu lagi kerana ia telahpun diperkenan Raja dan mendapat kelulusan Parlimen tetapi pihak ProWaris mendapat maklumat daripada “beberapa ahli parlimen menyatakan bahawa Akta IRDA 664 itu dibincangkan dan diluluskan dalam tempoh dua jam dengan keadaan yang tergesa-gesa pada 13 Februari 2007”. Menurut ProWaris lagi setakat ini Cadangan Pembangunan WPI dan Akta IRDA 664 juga belum dititahkan lagi kepada Majlis Raja-Raja.

Sehingga kini kita tidak tahu apakah follow up yang dibuat selepas pertemuan tersebut. Kehadiran PERKASA sudah sewajarnya memberi kekuatan tambahan kepada NGO seperti ProWaris untuk bergerak bersama. Pendekata kehadiran PERKASA ke negeri Gapura Selatan ini membawa cabaran yang lebih besar kerana bukan sahaja menanti dengan pelbagai isu tetapi pendekatan PERKASA juga sudah tentu berbeza dengan gerakerja PERKASA di Pulau Pinang.

Baca juga di sini:UMNO Johor Pertahan Agenda Melayu Dlm Iskandar Malaysia

Amir Hamzah b Hj. Mohamad
Setiausaha,
PERKASA Johor.

Khamis, 18 Februari 2010

Ke manakan ku bawa diri- Zulkifli


Ramai orang tidak menyedari bahawa Ahli Parlimen Kulim - Bandar Bharu Zulkifli Noordin adalah bekas ahli PAS. Zulkifli pernah menjadi ahli PAS dan bertanding atas tiket parti itu di Parlimen Kuala Langat dalam pilihan raya umum 2004 tetapi tewas di tangan calon BN, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh. Dalam Pilihanraya ke 13, 2008 Zulkiffli menang di Parlimen Kulim=Bandar Bahru atas tiket PKR.

Zulkifli yang terkenal dengan kelantangannya dalam isu-isu Melayu-Islam kini dihadapkan ke lembaga disiplin PKR kerana membuat laporan polis terhadap wakil rakyat PAS Khalid Samad berhubung isu penggunaan kalimah Allah. Dalam rancangan soaljawab Tv.3 baru-baru ini Zulkifli dengan keras mengecam tindak tanduk DAP dan menganggap DAP sebagai 'duri dalam daging' kepada pakatan pembangkang.

Keceluparan dan kelantangan Zulkifli bukan sahaja tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin daripada rakan pakatan pembangkang malah turut menggusarkan pemimpin-pemimpin PKR sendiri. Zulkifli pernah ditegur oleh pemimpin-pemimpin kanan PKR termasuk Anwar Ibrahim, timbalan presiden Syed Husin Ali dan naib presiden Azmin Ali. Namun Zulkifli yang sentiasa mencanangkan bahawa pendirian beliau adalah berdasarkan prinsip dirinya walaupun menongkah arus kehendak parti. Akibatnya semua orang tahu dan Zulkifli sendiri pun sudah boleh mengagak dan mendakwa parti itu memang sudah set untuk tendang beliau keluar dari parti. klik di sini.

Jikalau Zulkifli kemungkinan ditendang keluar daripada PKR, parti lamanya, PAS siang-siang sudah menolaknya.Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali membayangkan gelapnya masa depan wakil rakyat kontroversi itu, termasuk tidak berpeluang bertanding lagi dalam pilihan raya umum akan datang atas tiket parti Islam itu. klik di sini

Setelah PKR dan PAS menolak Zulkifli ke manakah hala tuju politik Zulkifli selepas ini khususnya dalam pilihanraya ke 13 akan datang. Jalan mudah tentunya beliau akan bertanding sebagai calon bebas di kawasan Parlimennya sekarang. Berkemungkinan besar pilihanraya ke 13 akan menyaksikan lebih ramai calon-calon bebas bertanding terutama mereka yang telah keluar dan diperlekehkan dalam PKR.

Kemungkinan untuk Zulkifli bersama UMNO boleh dikatakan 'jauh panggang daripada api' kerana prinsip perjuangan Zulkifli kelihatan tidak sekufu dengan UMNO. UMNO juga dijangka tidak berhasrat untuk menjemput ahli parlimen kontroversi ini bersama UMNO kerana di mana-mana beliau berada pasti akan menimbulkan suasana kelam kabut di dalam parti. Tindakan mengkritik, memberi pandangan dan membuat kenyataan yang biasa menjadi amalan Zulkifli sebenarnya tidak sesuai bagi mereka yang menyertai parti politik. Seperti kata Mustafa Ali, 'imej pemimpin seperti Zulkifli mungkin tidak terjejas jika mereka mengambil jalan menyuarakan perbezaan pandangannya mengunakan saluran dalaman parti'.

Kalau mengikut trend Zulkifli dalam mengkritik dan membidas serta mempertahankan Melayu-Islam mungkin PERKASA adalah flatform terbaik untuknya. Namun PERKASA bukan parti politik tetapi hanya sekadar NGO. Walaupun bakal menjadi ahli parlimen bebas, sehaluan kah Zulkifli dengan Ibrahim Ali dan pemimpin-pemimpin PERKASA yang lain?. Jikalau perjuangan atas nama Melayu dan Islam rasanya bukan menjadi sesuatu yang pelik untuk Zulkifli bersama PERKASA memperjuangkan sesuatu perkara yang ada kaitan dengan kepentingan Melayu dan Islam.

Di manakah Zulkifli akan membawa diri selepas ini, hanya dirinya yang lebih mengetahui. Namun orang seperti Zulkifli ini bukannya tidak berguna lagi setelah PKR dan PAS menolaknya tetapi siapakah yang boleh mengambil peluang ke atas kelebihan yang ada pada Zulkifli. Yang capek menghalau ayam, yang buta meniup tepung, yang kurap menyiang buluh dan yang pekak membakar meriam.

Mungkin Zulkifli sesuai untuk membakar meriam kerana dia jenis pemimpin spesis 'pekak badak'

Peluang kedua untuk Zulkifli

Amir Hamzah b Hj. Mohamad
Setiausaha,
PERKASA Johor

Rabu, 17 Februari 2010

Memorandum Bantahan Kepada Kanggaroo!



Hanya pengamal 'homoseksual' saja yang mempertahankan peliwat. Sebagai sebuah negara yang berdaulat, kita merasakan kedaulatan negara tercabar jika ada campurtangan kuasa luar dalam urusan dalaman negara. Apabila 50 Ahli Parlimen Australia mendesak kerajaan Malaysia supaya menggugurkan dakwaan ke atas kes liwat Anwar Ibrahim sedangkan proses perbicaraan sedang berjalan memperlihatkan seolah-olah kerajaan Australia tidak menghormati dan sengaja tidak memahami kedaulatan undang-undang negara dan mahkamah Di Malaysia. Ramai yang tidak menyedari bahawa 'Homoseks' adalah halal di Australia. Klik di sini. Di Malaysia, homoseksual, lesbian dan yang sewaktu dengannya masih lagi tidak diterima oleh semua bangsa dan semua agama. Sebab itu, apabila sekumpulan Ahli Parlimen sebuah negara yang menghalalkan homoseks mahu mencampuri urusan undang-undang negara ini, sebahagian rakyat merasakan ianya satu penghinaan kepada kedaulatan undang-undang negara.

Begitu juga dengan kenyataan John Kerry, Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat menggesa kerajaan Malaysia memastikan agar perbicaraan yang adil dan saksama terhadap Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya. Bacaan lanjut di sini.

Campur tangan Australia dan Amerika ini menunjukkan Anwar betul-betul terdesak dengan memanggil negara luar untuk membantu menyelamatkan dirinya. Dalam kes yang sedang dibicarakan sekarang ianya hanya bergantung kepada batang tubuh Anwar sendiri. Tidak perlu mendapat bantuan kuasa asing. Kalau Anwar tidak bersalah datanglah perbicaraan di mahkamah bukan untuk melarikan diri daripada Mahkamah. Rayuannya untuk menggugurkan kes liwat di mahkamah rayuan juga telah ditolak. Apa lagi yang boleh Anwar lakukan selain daripada berhadapan dengan Saiful di muka keadilan.



Maka apabila campur tangan daripada sekumpulan Kanggaroo ini yang menyalak supaya kes ini digugurkan sudah tentulah membangkitkan kemarahan rakyat yang mahukan kes ini diadili dengan adil di mahkamah. Apatah lagi tertuduh adalah 'bakal Perdana Menteri'. Rakyat mahukan seorang Perdana Menteri yang sihat, waras dan tidak berpenyakit. Jika Anwar bersedia meneruskan perbicaraan di mahkamah dan berjaya pula membuktikan kes liwat kali ke dua ini sebagai satu fitnah dan konspirasi politik menjatuhkannya sudah tentu jawatan Perdana Menteri akan menjadi miliknya selepas PRU ke 13.

Pada hari ini, kira-kira 250 penyokong Pemuda Barisan Nasional (BN) dan PERKASA serta Blogger-blogger telah berhimpun dan menghantar memorandum membantah tindakan 50 Ahli Parlimen negara kanggaroo itu. Jumlah kehadiran 250 orang itu sudah mencukupi bagi mewakili jutaan rakyat Malaysia kerana majlis penyerahan memorandum ini tidak memerlukan bilangan yang ramai.

Tahniah PERKASA, Blogger-blogger dan Parti Politik khususnya UMNO dan MIC dan tidak ketinggalan Kelab Penyokong Kerajaan BN (BBCBN) yang turut menyerahkan memorandum kira-kira 11.15 pagi diketuai Pengantin baru Datuk Bung Mokhtar Radin.

JANGAN SIBUK NEGARA ORANG, NEGERI SENDIRI LAGI HAPRAK!

Amir Hamzah Hj Mohamad
Setiausaha,
PERKASA Johor

Isnin, 15 Februari 2010

Terima Kasih Tok Yem!


Tahniah dan terima kasih kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kerana tetap akan memperjuangkan hak orang Melayu walaupun digelar pemimpin bersifat ultra perkauman. Satu ketika dulu, Tun Mahathir pun pernah digelar sebagai 'Ultra Melayu' dan menjadi satu kebimbingan kepada sesetengah pihak apabila beliau kemudiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Tun Hussein. Namun selepas memerintah 22 tahun ternyata tidak ada apa pun hak-hak bukan Melayu yang dirampas tetapi Tun telah berusaha meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan, membasmi kemiskinan, memberi peluang lebih luas kepada bumiputera dan sebagainya tanpa merampas kepunyaan orang-orang bukan Melayu.

Perjuangan mempertahankan hak-hak orang Melayu ini yang menjadi landasan perjuangan PERKASA apabila selepas PRU ke 12, hak-hak keistimewaan orang Melayu, Bahasa Melayu, Agama Islam dan kedudukan Raja-raja Melayu semakin terhakis malah diperkotak katikkan oleh sesetengah pihak. Falsafah ketuanan Melayu digantikan dengan ketuanan rakyat, hak istimewa Melayu mahu digantikan dengan hak sama rata, kedudukan raja-raja Melayu tidak dihormati, kedudukan agama Islam ingin diliberalisasikan sedangkan semua itu sudah termaktub di dalam perlembagaan. Keinginan untuk mengubahsuai kedudukan yang ada bukan sahaja melanggar perlembagaan tetapi mencabar undang-undang kerana perlembagaan itu sendiri adalah undang-undang tertinggi negara.

Kesedian Tok Yem untuk terus memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan Pribumi adalah satu jihad yang patut disokong oleh seluruh umat Melayu Islam dan Pribumi. Orang Melayu sebenarnya 'rindu' kepada kehadiran pemimpin-pemimpin Melayu yang berani, lantang, tegas dan keras dalam mempertahankan hak-hak mereka. Kelantangan dan keberanian ini dahulunya dimiliki oleh Pemuda UMNO yang berperanan sebagai pendesak dan pengimbang. Allahyarham TS Syed Jaafar Albar, Allahyarham Dato'Harun Idris, Datuk Suhaimi Kamaruddin, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menjadi Ketua Pemuda Umno amat petah menangkis, tegas dan keras, berani dan sentiasa ke depan jika diasak oleh DAP maupun dari Gerakan dan MCA. Tetapi keberanian dan ketegasan pemuda UMNO di zaman Zahid Hamidi, Hishamuddin Tun Hussein dan Khairy Jamaluddin telah hilang kerana diganti dengan sifat kepondanan dan penuh kelayuan.

Sekurang-kurang PERKASA telah membantu orang Melayu mengembalikan 'kehilangan' keberanian dan ketegasan itu dan seluruh kekuatan itu sedang dikumpulkan di dalam PERKASA. Kalau ada sesetengah pemimpin Melayu yang tidak senang dengan PERKASA adalah kerana takut kepada bayang-bayang sendiri. Mereka yang menentang itu tidak ada apa yang dibuat tetapi selalu bersangka buruk dan memberi persepsi yang salah kepada perjuangan PERKASA. Seperti yang dikatakan oleh Tok Yem, “Ingin saya tegaskan di sini, PERKASA tetap berdiri sebagai sebuah badan bebas dan bukannya badan politik,” Sekiranya ditakdirkan menyertai mana-mana parti politik, katanya, beliau tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Perkasa terutama apabila Perkasa cukup kuat untuk memperjuangkan nasib dan hak orang Melayu. Jaminan ini sepatutnya tidak menimbulkan satu kegusaran kepada pemimpin-pemimpin Melayu yang sedang memegang jawatan di dalam politik. Sepatutnya mereka berterima kasih kepada PERKASA dan bukan menganggap PERKASA sebagai ancaman.

Bagi orang Melayu yang sedang berjuang untuk meliberalisasikan agama, memperjuangkan hak samarata, membuang institusi Raja-raja dan menafikan konsep ketuanan Melayu maka PERKASA sudah tentu menjadi penghalang kepada perubahan yang ingin dibawa oleh mereka. Jika PERKASA mendapat sambutan di mana-mana sudah tentulah majoriti orang Melayu masih mahukan sistem dan amalan yang ada dikekalkan. Keadaan orang Melayu hari ini masih belum bersedia untuk menerima perubahan itu seperti mana mereka menentang Allahyarham Dato' Onn yang ingin membuka keahlian UMNO kepada orang-orang bukan Melayu.

Selepas PRU ke 12, lanskap politik negara telah berubah. Kebanjiran pembangkang di parlimen sentiasa memberi ancaman kepada kerajaan yang memerintah. Setiap masa kerajaan yang ada bila-bila masa boleh bertukar ganti sama ada secara undi tidak percaya atau melalui pintu belakang atau lompat parti. Kerajaan yang diketuai oleh orang Melayu Islam ini tidak lagi selamat dan stabil seperti kebiasaannya. Disebabkan DAP mendapat sokongan daripada Melayu PKR dan Melayu PAS maka mereka mula 'naik lemak' dan bertindak sesuka hati terhadap kerajaan Melayu Islam ini. PKR dan PAS memang memerlukan undi Cina pada pilihanraya ke 13 jika mahu hasrat mereka menjadi kenyataan. Dalam tempoh menjelang pilihanraya ke 13, PKR dan PAS sanggup menjadi 'pelacur politik' dengan mengiyakan apa saja tingkah laku dan percakapan DAP asalkan undi Cina tidak beralih arah daripada mereka.

Keadaan ini tidak boleh dibiarkan.'Pelacur politik' seperti Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Nik Aziz perlu diberi tekanan supaya jangan terlalu mengikut telunjuk DAP yang sentiasa mengambil peluang daripada kelemahan dan perpecahan orang Melayu. Orang-orang Melayu yang telah terpesong dan menyokong secara membuta tuli tanpa melihat kejadian dan isu semasa disekeliling mereka terutama yang berlaku di Pulau Pinang, Perak dan Selangor perlu bersatu semula di bawah satu payung bagi menyelamatkan Malaysia daripada jatuh ke tangan Pakatan yang tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.

PERKASA adalah flatform terbaik untuk memulakan perpaduan Melayu. Perjuangan PERKASA adalah selari dengan kehendak dan keinginan majoriti umat Melayu. Perjuangan PERKASA memenuhi selera dan nafsu umat Melayu yang mahu Melayu itu bangkit menangkis kebiadapan pemimpin-pemimpin Melayu yang menyundal dan DAP yang kemaruk mengejar kuasa. Perjuangan PERKASA memberi nafas baru kepada Melayu yang ketika ini sudah tinggal nyawa-nyawa ikan dan dinjak-injak oleh bangsa-bangsa yang asalnya adalah pendatang.

Sekali lagi terima kasih kepada Tok Yem yang telah berjaya merapatkan kembali Melayu, menyuntik semangat baru dan menjadi dahan yang kukuh untuk Melayu berpaut di bawah satu pertubuhan NGO. Saya akan tetap perjuang hak Melayu - Ibrahim Ali

PENYERAHAN MEMO BANTAHAN

Memo Bantahan Terhadap Kerajaan Australia
Satu Penyerahan Memorandum Bantahan oleh PERKASA melalui Ketua WIRA PERKASA, WIRA NITA dan WIRA WATI akan dilakukan pada Hari RABU bersamaan 17Hb. Feb. 2010 pada Jam 10.00 Pagi.Bertempat di Kedutaan Australia, Jalan Yap Kuan Seng, Kuala Lumpur.Semua warga Melayu Islam yang cintakan kedaulatan negara adalah dijemput.Presiden PERKASA YB Datuk Paduka Ibrahim Ali akan turut serta.

Amir Hamzah Hj Mohamad
Setiausaha,
PERKASA Johor.

Ahad, 14 Februari 2010

Debat DPMMPP Dengan Lim Guan Eng. Bila?



Pemimpin Pakatan Pembangkang Pulau Pinang dalam satu forum 'antifitnah' di Tapak Expo Seberang Jaya telah mencabar UMNO berdebat berhubung tuduhan bahawa kerajaan negeri meminggirkan masyarakat Melayu. Forum tersebut dibuat ekoran dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) yang menuduh kerajaan Pakatan pimpinan DAP cenderung menghukum peniaga kecil Melayu berbanding orang Cina. Tuduhan dibuat oleh DPMMPP maka sewajarnya DPMMPP lah yang sepatutnya diajak berdebat dan membuktikan tuduhan tersebut.

Cabaran terhadap UMNO itu sebaliknya disahut oleh DPMMPP apabila Yang Dipertuanya, Rizal Faris Mohideen mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng berdebat secara terbuka mengenai sistem pentadbiran kerajaan negeri yang dilihat menindas orang Melayu dalam pelbagai aspek. Rizal juga mahukan debat ini disiarkan secara langsung menerusi televisyen supaya dapat ditonton di seluruh negara.

Cabaran ini bukan kosong kerana beliau sanggup meletakkan jawatan jika beliau gagal membuktikan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Guan Eng yang tidak prihatin terhadap nasib orang Melayu yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.Antaranya tindakan merobohkan gerai peniaga Melayu dan terbaru pembatalan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul. Sebaliknya jika Guan Eng gagal membuktikan tuduhan itu satu fitnah, LGE juga harus berani melepaskan jawatan Ketua Menteri.

Satu cabaran yang sangat menarik dan sudah pasti agendadaily yang menjadi hosnya. Bagi saya Yang Dipertua DPMMPP harus mengetengahkan bukan sahaja pemimpin-pemimpin DAP yang meminggirkan orang Melayu tetapi juga pemimpin-pemimpin Gerakan juga gagal memberi perkhidmatan terbaik kepada orang-orang Melayu. Walaupun Gerakan diberi peluang memerintah Pulau Pinang sekian lama tetapi masalah orang Melayu di Pulau Pinang tidak pernah selesai walaupun Pulau Pinang pernah melahirkan seorang Perdana Menteri dan seorang Timbalan Perdana Menteri.

Apa bezanya Cina DAP dan Cina Gerakan dalam membela nasib orang Melayu Pulau Pinang. Berapa banyak harta dan hak milik orang Melayu Pulau Pinang yang tergadai sepanjang berpuluh tahun Gerakan mentadbir Pulau Pinang dan setahun DAP memerintah. Adakah nasib orang Melayu lebih baik di bawah Gerakan atau berada di bawah DAP? Tunjukkan juga KPI Gerakan dalam membantu orang Melayu sejak zaman Lim Chong Eu hinggalah kepada zaman Koh Soo Koon.

Pendekata, bolehkah disimpulkan bahawa orang Melayu Pulau Pinang sebenarnya keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya? Boleh kah pemimpin-pemimpin Cina berlaku adil kepada orang Melayu walaupun mereka adalah majoriti? Bandingkan keadilan pemimpin-pemimpin Melayu terhadap orang Cina di negeri-negeri majoriti Melayu di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Adakah orang-orang Cina di tindas dan dinafikan hak mereka di negeri-negeri Melayu tersebut. Tentunya tidak kerana bukan sahaja mereka selamat tetapi boleh mengumpul kekayaan dan harta seperti mana Cina-cina di tempat lain.

Jadi apa silapnya Melayu di Pulau Pinang? Kesilapan yang nyata adalah kerana Cina DAP dan Cina Gerakan tidak mahu membantu Melayu malah sukar bagi mereka untuk bersikap adil kerana mereka terlalu kuat dengan 'kecinaan' masing-masing.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya ternanti-nanti cabaran daripada DPMMPP akan disahut segera oleh LGE kerana pastinya LGE juga akan membandingkan apa yang telah Gerakan buat terhadap orang Melayu sekian lama mereka memerintah. Adakah debat ini akan membantu menyelesaikan masalah orang Melayu di Pulau Pinang? Atau debat ini hanya sekadar hendak menunjukkan siapa juara di kalangan juara.

Lim Guan Eng Kelentong
Atau
Utusan Malaysia Penipu?

Amir Hamzah Hj Mohamad
Setiausaha PERKASA Johor

BERSATULAH MELAYU!



MAJLIS PELANCARAN / PENERANGAN
PERKASA DAERAH KLUANG
(PRIBUMI PERKASA NEGARA)

DI DEWAN ORANG RAMAI,
KG. MELAYU, KLUANG
AHAD, 28HB FEBRUARI, 2010
JAM 2.30 PETANG

OLEH
YB DATO' PADUKA IBRAHIM ALI
PRESIDEN PERKASA
MERANGKAP
AHLI PARLIMEN PASIR MAS, KELANTAN

SEMUA DIPERSILAKAN HADIR
TERIMA KASIH

URUSETIA - MOHD.OSMAN (017-7070443)

Sabtu, 13 Februari 2010

UMNO Bahagian Pt.Sulong sokong PERKASA






UMNO Bahagian Parit Sulong melalui Biro Penerangannya mengalu-alukan sokongan dan peranan PERKASA Negeri Johor dalam memberi penerangan kepada orang-orang Melayu tentang perlunya orang-orang Melayu bersatu khususnya dalam mempertahankan hak-hak mereka seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan.

Pengerusi Biro Penerangan UMNO Bahagian YB Datuk Ariss b Samsuddin yang juga DUN Semerah menganggap PERKASA sebagai NGO yang boleh memainkan peranan dalam menerangkan berkenaan hak-hak orang Melayu yang perlu dipertahankan disamping memberitahu kesan-kesan yang dihadapi oleh orang Melayu jika hak-hak istimewa serta kuasa Raja-Raja Melayu itu hilang. Memandangkan ramai orang Melayu yang telah terpenggaruh dengan dakyah Anwar Ibrahim melalui konsep sama rata termasuklah liberalisasi beragama, kedudukan orang Melayu sendiri semakin terancam berikutan terdapat beberapa kerat pemimpin Melayu yang mementingkan kuasa.

Perlantikan Setiausaha PERKASA Johor di dalam biro ini menandakan UMNO tidak memandangkan serong terhadap kehadiran PERKASA malah UMNO dan PERKASA boleh bekerjasama demi kepentingan agama, bangsa dan negara. PERKASA Johor mungkin akan membawa Datuk Ibrahim Ali, Ezam Mohd Nor dan Nasir Safar memberi penerangan di kawasan Semerah, Pt.Sulong dan Sri Medan. Insyaallah dengan kehadiran mereka ini akan menepis beberapa persepsi yang salah atau yang mengelirukan berkenaan isu-isu berkaitan kepentingan Melayu dan Agama Islam.

Sementara itu, PERKASA Johor turut menghantar wakil ke Majlis Pelancaran Penubuhan WIRA,WIRANITA dan WIRAWATI PERKASA MALAYSIA akan diadakan pada 14hb Feb 2010, Jam 1.00 petang bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur. Antara yang dijangkakan hadir ialah Sdr Azlan Ahman, Sdr Sazali Sai'on, Sdr Misnan dan Pn.Ruzaimah.

Khamis, 11 Februari 2010

Jawatankuasa Penaja Perkasa Daerah Kluang


PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA DAERAH KLUANG
D/A 13A, JALAN KEMBOJA,
KG. MELAYU,86000,
KLUANG, JOHOR

Pengerusi : Tn.Hj.Ghazalli b Hj.Alwi
Tim.Pengerusi : Brig.Jen.(B) Dato' Hj. Jamel b Hj Ahmad
Setiausaha : Mohd.Osman b Hanipa
Bendahari : Hj. Jantan b Hj.Abdullah
Ketua penerangan : En.Razaz b Deraman
Ketua Wira : En. Khairul Anwar b Hj Rahmat
Ketua Wiranita : Pn. Haslina bt Mohammad Dom
Ketua Wirawati : Pn. Zyainaf bt Amir
Ahli Jawatankuasa :
Hj.Nasir b Said
En.Mohd.Akib b Ibrahim
En.Rosli b Abdullah
En.Mohd.Hanif b Ghazali
En.Razaly b Saim
En.Zainal b Samsudin
Hj.Aripin @ Ariffin b Sharif
Hj.Abd.Latip b Hj.Saaid
Pn.Rosshita bt Md.Salleh

Perlancaran dan Taklimat PERKASA Daerah-Daerah di Johor

PERKASA PUSING SATU JOHOR

PERKASA Daerah Segamat
Majlis taklimat PERKASA Daerah Segamat telah diadakan pada 14 Januari 2010 di Hotel VIP Segamat jam 2.30 petang. Sebelah tengahari AJK PERKASA Negeri Johor, beberapa Pemimpin PERKASA Pusat dan sebahagian YDP PERKASA Negeri-Negeri telah diberi taklimat ringkas oleh Presiden PERKASA YB Datuk Ibrahim Ali di kediaman YDP PERKASA Johor Datuk Abdul Rahman b Abu Bakar di Jalan Temenggung, Segamat.

Selepas ucapan ringkas Presiden PERKASA, tetamu telah dijamu dengan masakan ikan Baung Segamat dan durian Segamat yang 'melekat'. Terima kasih di atas layanan istimewa YDP PERKASA Johor, Datuk Rahman.

Majlis taklimat PERKASA Segamat adalah 'warm up' sebelum Perlancaran PERKASA Johor pada 17 Januari 2010. Sambutan lebih kurang 500 orang rakyat Segamat membuktikan sokongan Melayu Segamat ke atas PERKASA lebih-lebih lagi YDP PERKASA Johor adalah anak Segamat sendiri. Majlis taklimat yang disempurnakan oleh Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali sendiri itu sekali gus melancarkan penubuhan PERKASA Daerah Segamat.

Pejabat PERKASA Negeri Johor juga terletak di Segamat di alamat Ibu Pejabat Perkasa Negeri Johor, No.9, Tingkat 1, Jalan Laksamana, Off Jalan Muar, Taman Laksamana, 85000, Segamat, Johor. Tel: 07-932 6408

PERKASA Daerah Batu Pahat
PERKASA Daerah Batu Pahat dilancarkan serentak dengan perlancaran PERKASA Negeri Johor yang telah diadakan pada 17 Januari 2010 di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat yang lalu.

PERKASA Daerah Muar / Ledang
PERKASA Daerah Muar / Ledang telah pun dilancarkan pada 6 Februari 2010 (Sabtu) di Dewan Kenangan Taman Tun Syed Nasir, Tanjung Agas Ledang. Majlis Perlancaran telah berlangsung dengan sederhana tetapi meriah yang dihadiri oleh lebih kurang 200 orang. Perlancarannya telah disempurnakan oleh YDP PERKASA Johor .Majlis turut dihadiri oleh Timbalan YDP PERKASA Johor, Setiausaha PERKASA Pusat dan Negeri, Naib Presiden PERKASA Negeri, Pengerusi PERKASA Batu Pahat dan AJK PERKASA Negeri.

PERKASA Daerah Johor Bahru.
Majlis Taklimat dan Perlancaran PERKASA Daerah Johor Bahru dan PERKASA Daerah KulaiJaya akan diadakan serentak di Bandar Baru Uda pada 27 Feb. 2010 (Sabtu) akan datang ini oleh Presiden PERKASA Datuk Paduka Ibrahim Ali. Semua umat Melayu Islam dijemput hadir.

PERKASA Daerah Kluang.
Majlis Taklimat dan Perlancaran PERKASA Daerah Kluang akan diadakan pada 28 Feb.2010 (Ahad) di Dewan Orang Ramai, Kg. Melayu ,Kluang jam 2.30 petang. Taklimat dan perlancaran akan disempurnakan oleh YB Datuk Paduka Ibrahim Ali, Presiden PERKASA Malaysia. Semua umat Melayu Islam dijemput hadir

Amir Hamzah b Hj Mohamad
Setiausaha,
PERKASA Johor

Dari Rakyat Kepada Tuanku


Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Ampun Tuanku...Sembah patik khas dari rakyat untuk Tuanku Sultan. Pertama-tamanya patik merafak sembah menjunjung kasih dan tahniah di atas pemashuran Tuanku sebagai sultan Johor yang ke 5 dalam Kesultanan Johor Moden. Sebagai rakyat yang menjunjung perlembagaan negara dan mendokong sistem demokrasi raja berperlembagaan, patik mengambil kesempatan di waktu yang bertuah ini untuk menyatakan rasa kasih dan taat setia ke bawah Duli Tuanku berdua.

Atas rasa hormat dan kasih rakyat rasanya tidak menjadi sesuatu yang menjolok mata bagi patik-patik pacal rakyat jelata untuk menyatakan rasa kasih dan taat itu dengan memberi kata-kata harapan kepada tuanku berdua sesuai dengan tanggungjawab Tuanku sebagai ketua Agama Islam dan menjaga hal-ehwal serta adat istiadat Melayu. Bagi patik-patik, masih bermurung dan bersedih di atas kemangkatan Almarhum ayahanda Tuanku yang sangat patik-patik kasihi dan hormati kerana ketegasan, keberanian, keikhlasan serta dekat di hati rakyat. Patik-patik akan kerinduan dan terasa kehilangan dengan suara garau dan tingkahlaku spontan almarhum ayahanda Tuanku.

Namun, yang telah pergi tidak akan kembali. Besar harapan Tuanku, begitu juga harapan patik-patik rakyat jelata sekelian. Sebagai rakyat jelata patik-patik memohon perkenan Tuanku berdua untuk meneruskan legasi almarhum ayahanda Tuanku dan harapan rakyat iaitu:

1. Menyokong pembinaan Jambatan Bengkok dan menolak cadangan pembinaan jambatan ke tiga bagi menggantikan Tambak Johor.

2. Meneruskan hasrat almarhum ayahanda Tuanku bagi mendapatkan semula hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih yang kini dimiliki Singapura.

3. Memastikan agama Islam terus utuh di negeri Johor dengan menafikan sebarang bentuk gangguan, desakan melampau dan provokasi yang boleh menggugat kesucian agama Islam dan pegangan agama penganut-penganutnya.

4. Memastikan hak-hak istimewa, adat istiadat, budaya dan bahasa orang Melayu hidup subur seperti mana yang telah tercatat di dalam perlembagaan.

5. Memastikan perpaduan antara rakyat semakin intim dengan jaminan keselamatan dan keselesaan hidup di kalangan rakyat jelata.

6. Saling nasihat menasihati antara Istana dan Kerajaan Negeri agar peluang dan ruang diberikan kepada individu dan syarikat Melayu dan bumiputera supaya tidak ketinggalan dalam pembangunan negeri khususnya di dalam Wilayah Pembangunan Iskandar.

7. Saling nasihat menasihati antara Istana dan Kerajaan Negeri / Pusat agar memberhentikan terus penjualan pasir dan memerangi penyeludupan pasir ke akar umbi kerana penjualan pasir ke Singapura walau dengan apa tujuan pun kerana ianya mengancam keselamatan dan ekonomi Johor.

8. Saling nasihat menasihati antara Istana dan Kerajaan Negeri /Pusat agar dikaji semula perjanjian penjualan air mentah ke Singapura mengikut saluran undang-undang kerana amalan sekarang sangat merugikan negeri dan negara.

9. Meneruskan amalan mendekati rakyat dengan meneruskan program 'Kembara Sultan' ke daerah-daerah di negeri Johor seperti mana yang lazim dilakukan saban tahun oleh Tuanku supaya tembok batu Istana Bukit Serene tidak menjadi penghalang menautkan jalinan kasih antara Tuanku dan rakyat.

10. Sebagai ketua Agama Islam, besar juga harapan patik-patik dengan kuasa dan daulat ke bawah Duli Tuanku supaya terus meningkatkan syiar Islam di Johor, meningkatkan kualiti akhlak rakyat, meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sekolah agama kerajaan negeri dan menjadikan Johor sebagai pusat Ilmu dan Tamaddun Islam.

Ampun Tuanku, sembah patik harap di ampun kiranya ada sembah derhaka yang menguris hati Tuanku berdua. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah serta inayahnya ke atas Tuanku berdua dan kerabat-kerabat yang lain, pegawai-pegawai kerajaan dan rakyat sekeliannya.

Amin.

Menjunjung Kasih Tuanku.


Amir Hamzah Bin Hj Mohamad
Setiausaha,
Pertubuhan Pribumi Perkasa Negeri Johor.

PERKASA Johor membuat laporan polis

logo_kecil2PERKASA Batu Pahat telah pun membuat laporan polis sekitar jam 3.00 ptg tadi 25 Januari 2010 di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat berkenaan dgn komen/artikel yang telah menghina Almarhum Sultan Johor. Laporan di buat merujuk kpd:

1. Komen yang dibuat oleh Patrice Lim di laman FB beliau.http://mediawangsamaju.blogspot.com/2010/01/biadap-lagi-rakyat-yang-biadap-terhadap.html

2. Artikel “Sultan of Johor is Dead ! Bravo!” dari blog Gutter Malaysia
http://guttermalaysia.blogspot.com/2010/01/sultan-of-johor-is-dead-bravo.html

3. Artikel Sultan of Johor and The Death Sentence dari goldenhub dlm
hubpages.com.
[url]http://hubpages.com/hub/Sultan_of_Johor_Death_Sentence [/url]

Berita Harian dan Utusan Malaysia antara media yang telah hadir membuat liputan. PERKASA diwakili oleh Pengerusi PERKASA Batu Pahat, Timbalan YDP PERKASA Negeri Johor dan Setiausaha PERKASA Negeri Johor.

Sebelum itu pada 23 Januari 2010 jam 5.00 petang , Setiausaha PERKASA Negeri Johor telah membuat satu laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah Batu Pahat berkenaan tulisan seorang blogger yang dikenali sebagai Aduka Taruna melalui tulisannya dihttp://adukataruna.blogspot.com/2010/01/dah-mampos-buat-cara-mampos-la.html

Amir Hamzah Hj Mohamad
Setiausaha,
PERKASA Johor