Ahad, 31 Oktober 2010
13 Mei 1969 : Tarikh Yang Aku Suka.
BAJET 2011 PERINGKAT DASAR DI DEWAN RAKYAT OLEH Y.B. KULIM BANDAR BAHARU Petikan Hansard Dewan Rakyat
28 Oktober 2010, 3.53 ptg.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk turut sama dalam perbahasan Belanjawan atau Bajet Negara 2011 ini yang telah diberi dengan pelbagai label oleh beberapa orang yang sudah berucap. Ada yang memanggilnya ‘bajet seluar dalam’, ada yang panggil ‘bajet kelambu’. Jadi saya berharap, kegiatan, perbuatan suka melabel dengan menghina ini dapat dihentikan. Kerana tidak membawa manfaat kepada sesiapa pun. Saya teringat beberapa tahun dahulu mereka ini suka melabel orang. Saya pernah ingat seorang pemimpin UMNO dilabel dengan gelaran ‘al–Juburi’. Hari ini sudah jadi kawan. Jadi kita perlu ingat hendak mengkritik jangan terlampau melampau, berpada-pada. Hendak memuji pun jangan melampau-lampau biar berpadapada. Itu yang Islam ajar kita. Senang sangat hendak melabel orang dengan pelbagai label yang menghina. Kita harap perkara ini dapat dihentikan untuk kebaikan Negara dan umat sendiri insya-Allah.
Dalam bajet kali ini Tuan Yang di-Pertua, Gagasan 1Malaysia disebut beberapa kali. Saya khuatir Tuan Yang di-Pertua gagasan ini telah disalah tafsir apabila melihat iklan sinar lebaran Aidilfitri lepas terbitan TV3 dengan lebai pak santa bawa basikal macam Santa Claus menyalakan pelita di atas bunga lotus. Ini memberi gambaran bahawa Gagasan 1Malaysia ini memang disalahtafsirkan dan salah mengertikan. Ada cubaan untuk membawa konsep 1Malaysia ini ke satu konsep Malaysian Malaysia. Semua orang sama, semua agama sama macam iklan TV3. Sampai dia cacamerba habis semua agama. Hak sama, kedudukan sama.
Saya ingin menegaskan soal persamaan tidak timbul kerana tunggak negara iaitu Perlembagaan Malaysia sendiri yang menjadi undang-undang utama negara, Perlembagaan itu sendiri discriminatory. Ianya sendiri discriminatory tetapi discriminatory positive. Di mana Perlembagaan sendiri discriminate antara rakyat iaitu agama Islam dan bangsa Melayu dilebihkan, itu kedudukan dalam Perlembagaan. Itu kita tidak boleh nafikan. Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, Artikel 11(4) Artikel 12(4) Artikel 76, Jadual Kesembilan, Senarai 2, Artikel 211A, Artikel 150, Artikel 160. Ini peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang jelas meletakkan yang discriminate agama dan kaum lain dengan agama Islam dan bangsa Melayu. Ini hakikat dalam negara ini.
Contohnya bahasa Melayu, bahasa Melayu bahasa kebangsaan, dia discriminate dari bahasa lain. Kita tidak boleh kata sama. Tidak boleh samakan bahasa Melayu dengan bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Inggeris sebab bahasa Melayu bahasa Perlembagaan yang didaulatkan oleh Perlembagaan.
Akan tetapi malang setelah 50 tahun lebih, ada yang tidak faham lagi bahasa Melayu. Tengok Yang Berhormat Ipoh Timur tadi. Merujuk kepada kata-kata Perdana Menteri dia putarkannya ayat itu, tengok ini bahasa racist, bahasa yang hendak bawa kepada peperangan. Ini jenis yang tidak faham bahasa Melayu. Duduk Malaysia lama, peribahasa pun tidak faham. Ia hanya gambaran bahawa orang Melayu atau sesiapa yang sebut akan mempertahankan ke titisan darah terakhir, akan pertahankan sehingga bercerai badan, tangan dan kaki. Ini peribahasa, menunjukkan kita akan berjuang habis-habisan.
Saya hendak ingatkan Yang Berhormat Ipoh Timur, apa parti dia sebut pada tahun 1969. Peristiwa berdarah 1969. Ini parti dia sebut sendiri dalam rekod negara.“Hold high the Red Flag of Martyrs and carry out revolution to the end, to die for the people is as heavy as the mountain of Tai”. Ini kenyataan yang dibuat.Ini kenyataan yang dibuat oleh parti Yang Berhormat Ipoh Timur tahun 1969, rekod dalam Arkib Negara, pergi baca. Mana lebih bahaya ayat seperti itu dengan peribahasa yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?
Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan kenyataan bahawa Perlembagaan telah jelas memahat hak dan kedudukan istimewa agama Islam dan bangsa Melayu. Sudah jelas sudah. Tidak boleh dipersoalkan malahan benar tidak boleh dipinda pun kecuali dengan persetujuan kesembilan Raja-raja Melayu tapi yang penting
Tuan Yang di-Pertua, bukan soal pemahatan hak dan kedudukan istimewa itu tetapi adalah soal penterjemahan dan pelaksanaan hak dan kedudukan istimewa itu. Hari ini kita tengok bagaimana serangan dibuat terhadap institusi Raja-raja Melayu secara terbuka. Institusi Mahkamah Syariah, institusi berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, SPRM, kehakiman diserang.
Kita lihat bagaimana kelihatan sekarang ini seperti satu amalan double standard apabila seorang belia Cina – Namewee, Wee Meng Chee, buat blog yang saya telah dedahkan dalam soalan tambahan saya baru-baru ini. Satu penghinaan kepada Islam, kepada bangsa Melayu, kepada pihak berkuasa tetapi Peguam Negara membuat keputusan, mengikut dalam jawapan Parlimen, tidak akan mengambil tindakan pendakwaan. Tak akan dakwa langsung, dilepaskan begitu sahaja tetapi seorang blogger Melayu – Irwan Abdul Rahman, baru sindir TNB, kena caj di mahkamah.
Apabila wartawan majalah – Al-Islam menyamar pergi ke sebuah gereja hendak tengok kegiatan murtad di kalangan orang Melayu, mereka dimaki hamun, dihina. Tindakan keras dituntut diambil terhadap mereka tetapi bila wartawan wanita Cina – Malaysian Insider menyamar masuk menyusup ke perhimpunan agung orang Melayu pakai tudung macam perempuan Islam, dia katakan itu cara yang beretika kewartawanan.
Apabila kes anak Melayu bakar gereja penjara bertahun. Anak Cina baling surau dengan arak, cat dengan warna merah, denda. Pegawai BTN bercakap tentang hak Melayu, kedudukan Islam dalam perhimpunan tertutup orang Melayu Islam dimaki hamun, disuruh ambil tindakan tegas tapi bila Presiden MCA mempertikaikan kedudukan orang Melayu, tidak ada apa tindakan.
Jadi bagaimana kita hendak menyatakan bahawa hak dan kedudukan istimewa orang Melayu, betul terpahat di dalam Perlembagaan tetapi bagaimana dengan pelaksanaan? Bagaimana dengan penterjemahannya dalam dasar dan perancangan negara?
Hari ini, dalam negara ini seolah-olah umat Islam bangsa Melayu seperti warga kelas kedua, diketepikan. Hari ini, seolah-olah menjadi satu dosa besar kalau kita bercakap tentang isu orang Melayu, isu agama Islam, jadi dosa besar dalam negara ini. Sampai orang kata Pak Janggut pun ketar telur hendak bercakap pasal Islam. Takut.
Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa cadangan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk mewajibkan mata pelajaran Sejarah penting supaya rakyat diperingatkan semula apa yang berlaku pada sejarah yang lampau supaya menjadi sempadan kepada kita, menjadi pengajaran, iktibar dan saya cadangkan antara sejarah penting negara yang perlu didedahkan ialah Peristiwa 13 Mei. Bila cakap tentang 13 Mei mereka akan mengamuk. “Sudah jadi historical, tak boleh, mana boleh cakap ini cerita, sudah lama”. Pasal apa yang mereka takut sangat? Pasal apa?
Tuan Yang di-Pertua, saya cuba hendak buat research tentang peristiwa 13 Mei. Saya terkejut ada tiga buku sahaja. Pasal 13 Mei ada tiga buku sahaja. Laporan MAGERAN – Laporan Rasmi, buku tulisan Almarhum Tunku Abdul Rahman – Before and After May 13 dan terbaru tulisan Kua Kia Soong – 13 May. Ini tiga sahaja peristiwa besar macam itu.
Saya baca tentang 13 Mei yang ditulis oleh Kua Kia Soong. Saya tidak berapa setuju dengan tulisan beliau kerana tulisan beliau adalah analisa bukan melaporkan fakta. Dia analisa berdasarkan kepada analisa wartawan barat masa itu. Memanglah, macam sekarang. Dia analisa yang dibuat oleh reporter barat pada peristiwa itu dahulu. Memanglah akan prejudis tapi Laporan MAGERAN oleh pemerintah, bertarikh Oktober 1969, buku Almarhum Tunku Abdul Rahman – 13 May Before and After, buku ini fakta, siap dengan gambar. Kenapa ada golongan tertentu dalam negara ini takut peristiwa 13 Mei diajar sebagai mata pelajaran Sejarah?
Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ambil peluang pada hari ini untuk menceritakan tentang peristiwa 13 Mei ini daripada laporan fakta yang ada supaya rakyat tahu kenapa peristiwa itu berlaku. Ia bukan satu peristiwa spontan yang berlaku pada 13 Mei. Hari itu sahaja, orang Melayu berkumpul dekat Kampung Baru, parang bakar – ada dengar cerita parang terbang dan tahu-tahu beberapa orang Cina mati tergolek. Bukan itu, peristiwa ini bermula jauh pada tahun 1957.
Ia bermula pada tahun 1957 lagi. Pada 2 Januari 1957 di Pulau Pinang, apabila perarakan mengisytiharkan Pulau Pinang sebagai bandar raya yang tidak disertai orang Melayu yang membantah, orang Melayu dikepung dan cuba dikapak oleh sekumpulan Cina. Seorang pegawai polis Cina mempertahankan Melayu yang dikepung itu dan menembak perusuh Cina, maka tension sudah start. Itu tahun 1957.
Pada 1 Mei 1959 di Sungai Pinang, berlaku pergaduhan antara orang Melayu dengan orang Cina. Ia kemudian merebak dan samseng Cina mula merusuh. Imam masjid Sungai Pinang panggil mesyuarat orang kampung untuk membuat kawalan. Kumpulan Cina bersenjata kepung masjid dan berlaku pergaduhan rumah dan kedai terbakar, pembunuhan berlaku di kedua belah pihak iaitu sepuluh tahun sebelum peristiwa itu.
Pada 11 Julai 1964 di pasar Bukit Mertajam, seorang pekerja Melayu diketuk dengan cangkul oleh seorang anak tauke Cina sayur berumur 15 tahun. Dia buat report, polis lambat ambil tindakan. Dia tidak puas hati, dia pergi lapor kepada Majlis Daerah, maka beberapa tindakan diambil. Berlaku pergaduhan dan seorang Melayu dibunuh. Gambar dia ada lagi dalam ini – gambar dia dibunuh. Encik Kasim bin Omar terlentang atas lantai pasar dibunuh oleh sekumpulan Cina – berlaku tension pada masa itu.
Kemudian, saya ingat lagi pada masa itu sudah mula perasaan tidak puas hati ini timbul. Baru-baru ini saya ada ceramah di kawasan Kampung Baru. Orang-orang tua di situ cerita bagaimana terhinanya orang Melayu pada masa itu pergi ke Chow Kit hendak beli barang daripada Cina. Minta cili, minta bawang, dia tunjuk dengan kaki sahaja – lu angkat ini. Ini perasaan orang Melayu pada masa itu.
Maka episod ketidakpercayaan sudah mula wujud, tension ketegangan sudah mula wujud sejak itu lagi.
Pada tahun 1969, pilihan raya berlaku. DAP dan GERAKAN main isu perkauman. Saya hendak sebut pada Tuan Yang di-Pertua, isu yang dimainkan itu supaya kita tengok balik. Dalam laporan yang dibuat, apa dia kempen atau isu perkauman yang dimainkan pada masa itu? Di muka surat 21 sehingga 24 Laporan MAGERAN – sebab saya hendak baca ini Tuan Yang di-Pertua, kerana patennya sama sahaja dengan hari ini, sebiji sama.
Apa yang berlaku pada tahun 1969? Laporan itu menyebut DAP dan GERAKAN mempertikai Artikel 153 (Hak dan kedudukan istimewa orang Melayu), mempertikai status bangsa Melayu sebagai peribumi. Saya tidak lupa kenyataan Ketua Wanita Parti GERAKAN yang menyatakan orang Melayu pun pendatang, tohmahan orang Melayu mendapat keistimewaan dan Cina diketepikan terutama di sektor awam. Padahal, itu tidak betul. Kalau kita baca dalam Laporan MAGERAN, ia menyebut bagaimana sebenarnya fakta itu tidak betul.
Saya hendak baca fakta yang dikemukakan secara ringkas Tuan Yang di-Pertua, yang hendak menyatakan bahawa orang Melayu dapat kedudukan istimewa dalam perkhidmatan awam. Dalam laporan ini di muka surat 22 dan 23 disebut, “Figures relating to division one government officers by racial group as of 1st November 1968:
Maknanya, pada masa itu fakta yang kata orang yang bukan Melayu diketepikan dan Melayu dapat keistimewaan tidak betul pada masa itu. Kalau Tuan Yang di-Pertua tengok sekarang isu yang dikatakan Cina tidak dapat itu, tidak dapat ini, saya hendak baca kenyataan dalam Malaysian Business isu bulan September 2010. Kenyataan oleh seorang tokoh korporat Cina sendiri, Tan Sri Liew Kee Sin daripada syarikat SP Setia Berhad menyatakan bahawa sebenarnya masyarakat Cina di Malaysia mendapat kedudukan yang baik di bawah polisi pro bumiputera.
Dia beri contoh dalam majalah Forbes disebutkan bahawa di bawah dasar pro bumiputera ini, syarikat yang dikuasai oleh kaum Cina account for 37% of market capitalization among the top 300 listed companies compared to bumiputera equity of 7% dengan izin. “Chinese individuals also control 73% of the wealth owned by the top 40 richest Malaysians and make up eight of the top ten richest Malaysian” dengan izin. “He pointed out that Chinese small-to-medium enterprises (SMEs) had done very well too, and that their owners could even afford to buy the multi-million ringgit bungalows built by his company. “One Chinaman want to build a bungalow of RM40 million!” he said.”
Kenyataan Tan Sri Liew Kee Sin dari SP Setia.
Jadi di mana yang kata tidak dapat keistimewaan dan diketepikan?
Kemudian kalau Tuan Yang di-Pertua tengok kenyataan sekarang, ia sama. Pertikai Artikel 153, tohmah kata orang Melayu dapat keistimewaan lebih, selepas itu kata dia diketepikan. Sama, same patent by the same people. Oleh orang yang sama yang masih ada lagi di sini. Malahan Tuan Yang di-Pertua, pada 15 April 1969, Yang Mulia Almarhum Tunku Abdul Rahman yang mereka dewa-dewakan sekarang – dia kata apa? Dia bagi amaran dah masa itu. Tunku memberi amaran – ini dalam Laporan MAGERAN Oktober 1969. Tunku sebut apa? Tunku memberi amaran kepada DAP supaya tidak mempersoalkan Artikel 153 jika DAP – di Kuala Pilah Tunku membuat kenyataan ini.
Dalam muka surat 24 Laporan MAGERAN, Tunku kata jika DAP berterusan mempertikai Artikel 153, kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan hancur
Exactly, sebiji apa yang berlaku sekarang – sama paten.
Tuan Yang di-Pertua…
Saya hendak sebut sahaja apa yang berlaku pada 13 Mei itu untuk menutup. Tuan Yang di-Pertua, cuba Tuan Yang di-Pertua bayang ini kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka pada masa itu.
Pada 4 Mei 1969 di Kepong, sekumpulan pemuda Cina menconteng grafiti anti pilihan raya. Polis suruh berhenti dan diserang dengan besi dan lastik besi. Polis pertahan diri dan tembak mati seorang. Mayat di preserved untuk perarakan pada hari undi 10 Mei.
Pada 9 Mei 1969 di Kuala Lumpur, perarakan membawa mayat melalui Kuala Lumpur dan menyebabkan jam, melaungkan slogan ‘Malai Si’ (Melayu Mati) dan slogan ‘Mao Zedong’ termasuk hutang darah dibayar darah.
Pada 10 Mei 1969, Pulau Pinang tumbang, nyaris kalah di Selangor dan Perak. Beberapa kerusi Parlimen tumbang kepada DAP dan GERAKAN.
Perarakan kemenangan dibuat pada 11 Mei 1969 di jalan BrickfieldS pada pukul lima petang. Dia kata apa? “Apa polis boleh buat? Kita Raja,buang semua polis Melayu”.
Pada 11 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang, perarakan DAP – “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.
Pada 11 Mei 1969 pukul 10.00 malam di Jalan Changkat Dollah – “KL sekarang Cina punya”. Pada 12 Mei 1969, satu perarakan di Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Hill masuk ke Kampung Baru dengan 500 skuter. Apa mereka kata? “Melayu balik kampung, Melayu sudah tiada kuasa. Sekarang kita Cina control.” Bila lalu depan Kampung Baru mereka kata “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam sama lu, sekarang kita ada kuasa”.
Pada 12 Mei 1969 pukul 7.30 petang di pondok polis Jalan Pudu – “Maki polis! Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”
Pada 12 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang – “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau.”
Pada 12 Mei 1969 pukul 7.00 petang di Jalan Canvel – “Butoh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.”
Pada malam 12 Mei 1969 di Jalan Bukit Bintang – “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”
Pada awal tengah malam 13 Mei 1969 di Kampung Baru – “Maki orang Melayu, Melayu balik hutan.”
Pada 12 Mei 1999, 9.30 malam, PJ. – “Sekarang kita perintah apa boleh buat? Melayu balik kampung. Melayu sudah jatuh, MARA boleh keluar. Melayu balik kampung, MARA hendak beri habis.” Tuan Yang di-Pertua, ini yang berlaku pada masa itu.
Cadangan saya supaya diperbanyakkan bahan terbitan dan bacaan tentang peristiwa13 Mei ini. Kemudian selalu ulangkan di televisyen. Ketiga, kempen kesedaran di sekolah-sekolah berkenaan sejarah khususnya peristiwa 13 Mei ini. Adakan video klip, gambar-gambar yang disimpan di dalam Arkib Negara semua itu bawa keluar bagi orang tengok.
Kemudian saya cadangkan supaya ditubuhkan satu suruhanjaya siasat dalang-dalang 13 Mei ini. Buat satu kertas putih siasat kepimpinan DAP pada masa itu yang masih ada lagi pada hari ini. Ini kerana mereka ini orang kata parti chauvinist infested party. Dia tidak boleh sudah, orang lain semua berubah, dia sahaja tidak berubah.
Saya paling takut Tuan Yang di-Pertua yang saya hendak dedahkan pada hari ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua kalau Tuan Yang di-Pertua tengok rapatnya kepimpinan DAP dengan kepimpinan PKR ini…sebenarnya yang buat mereka rapat saya rasa kawan-kawan saya di PAS pun tidak tahu ada perjanjian sulit di antara mereka sekiranya Pakatan Rakyat menang Kerajaan Persekutuan kuasa autonomi akan diberi kepada Pulau Pinang. Calon-calon Melayu akan diletakkan di Perak dan di Negeri Sembilan, kalau mereka menang Menteri Besarnya daripada DAP.
Jumaat, 29 Oktober 2010
Takziah Dan Al-Fatihah
Al-Fatihah dan Takziah kepada keluarga Hj Daud b Hasbullah yang meninggal dunia pada 4.00 pagi Jumaat di Hospital Besar Muar disebabkan penyakit gout yang berpanjangan. Jenazahnya telah selamat dikebumikan di Kg.Raja Pagoh pada jam 9.00 pagi tadi. Beliau adalah pengerusi PERKASA Daerah Muar. Seluruh Ahli PERKASA Johor merasakan satu kehilangan besar kepada PERKASA Negeri yang kehilangan seorang pemimpin yang sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit atas perjuangan.
Ikhlas daripada:
S/U PERKASA Johor.
Zul Nordin : PKR dan DAP Nak Kencing PAS
Seronok juga baca pendedahan Zulkifli Nordin ini. Dakwaan ini bukan dilakukan di kedai kopi tetapi ketika beliau membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) di Dewan Rakyat. Baca laporan ucapan beliau ini.
ZUL NORDIN DAKWA ADA PERJANJIAN SULIT PKR -DAP DI BELAKANG PAS JIKA TAWAN PUTRAJAYA
Bunyinya memang berat.Kalau ikut cakap Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu Zulkifli Nordin nampak gaya PAS kena ‘main belakang’ oleh PKR dan DAP dicelah hubungan mereka dalam Pakatan Rakyat.
Beliau mendakwa DAP dan PKR ada membuat perjanjian sulit di luar pengetahuan PAS untuk memberi kuasa kepada DAP memerintah di tiga negeri sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.
Ia juga melibatkan pemberian kuasa autonomi kepada Pulau Pinang.
Zulkifli yang membuat dakwaan itu ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) di Dewan Rakyat berkata hubungan rapat antara DAP dan PKR adalah didorong oleh perjanjian kuasa tersebut.
"Saya rasa perkara ini kawan-kawan saya dalam PAS juga tak tahu. Sebenarnya ada perjanjian sulit antara mereka iaitu jika PKR menang di peringkat Persekutuan, kuasa autonomi akan diberikan kepada Pulau Pinang.
"Calon Melayu akan diletakkan di Perak dan Negeri Sembilan, kalau menang, Menteri Besar akan dilantik dari kalangan DAP... saya mohon perkara ini dipandang berat," katanya.
Dalam perbahasannya Zulkifli juga mempersoalkan tindak tanduk yang cuba menonjolkan apa sahaja yang dibuat oleh orang Melayu semuanya salah tetapi tidak apabila dibuat oleh bukan Melayu.
Ini termasuk apabila orang Melayu menyuarakan hal melibatkan hak dan kepentingan mereka.
Sebaliknya tidak demikian apabila bukan Melayu bersuara.
Beliau membangkitkan bagaimana insiden beberapa pemuda Melayu yang membakar gereja di Melawati dikenakan hukuman oleh mahkamah tetapi beberapa remaja bukan Melayu yang simbah cat pada surau di Seremban hanya dikenakan denda.
Zulkifli juga menilai perbuatan Namawee yang cemar lagu Negaraku yang belum dikenakan apa-apa tindakan sangat keterlaluan.
Menurut Ahli Parlimen itu DAP cuba memutarbelitkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai usaha mempertahankan Putrajaya dalam ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO.
Katanya DAP perlu menyingkap balik kenyataan pemimpin parti itu sebelum peristiwa 13 Mei 1969 dahulu sebelum menuding jari kepada orang lain.
Beliau yang merupakan anggota ke-100 mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang tersebut juga menyarankan lebih banyak bahan bacaan berhubung peristiwa 13 Mei diterbitkan untuk membolehkan rakyat mengetahui fakta sebenar di sebalik peristiwa hitam berkenaan.
"Saya cadangkan salah satu sejarah penting negara yang perlu didedahkan ialah peristiwa 13 Mei 1969," katanya merujuk kepada cadangan kerajaan mewajibkan mata pelajaran sejarah dalam sistem pendidikan negara.
Beliau juga menyarankan supaya kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi membuat siasatan rapi dan mendalam ke atas peristiwa hitam itu dan menerbitkan satu kertas putih agar rakyat dapat mengambil pengajaran daripada tragedi itu.
Menyentuh tentang Gagasan 1Malaysia, Zulkifli mahu kerajaan terus memberi penerangan lanjut mengenai konsep tersebut supaya ia tidak disalah tafsir oleh mana-mana pihak.
Beliau berkata konsep tersebut juga harus meliputi prinsip mendahulukan negara agar tiada pihak yang sanggup mencemuh negara semasa berada di seberang laut.
Beliau juga membidas anggota-anggota Parlimen pembangkang kerana gemar melabel Bajet 2011 dengan nama-nama yang menghina.
"Kita perlu ingat, hendak kritik jangan terlalu melampau, biar berpada-pada, hendak puji juga jangan melampau. Itu yang Islam ajar pada kita," kata beliau.
Baca yang original di sini.
Isnin, 25 Oktober 2010
Buat 'Homework' Sebelum Ke Galas
Bagi tukang-tukang kempen UMNO yang hendak pergi ke Galas jangan lah pergi jalan makan angin saja tetapi bantu lah antara satu sama lain. Kalau bantu membantu, kerja berat pun jadi ringan. Ada baik juga, buat lah homework sedikit supaya kita ada sedikit maklumat dan jawab soalan-soalan luar jangka. Bahan-bahan kempen boleh kita ambil daripada hujah-hujah serangan pihak pembangkang. Jadikan hujah itu sebagai soalan dan kita cari jawapan. Cari yang boleh jawab.....yang tak boleh bagi kat orang lain yang boleh supaya jawapan kita tak merapu-rapu.
Contoh serangan pihak pembangkang boleh diberikan contoh begini......
1. UMNO patut malu kerana Sabah dan Terengganu yang kaya dengan minyak adalah negeri termiskin di Malaysia, berbanding Kelantan yang ditadbir PAS menduduki tempat ke 6........Sedangkan UMNO adalah pemerintah di Sabah dan Terengganu......macam mana nak jawab kalau ada soalan begini daripada pengundi?.....kihkihkih.
2. Janji-janji UMNO di PRK di Manek Urai masih belum dipenuhi.....Galas dan Manek Urai hanya bersebelahan.....yer ker?
3. PAS berjaya membangunkan Kelantan selama 20 tahun memerintah Kelantan di bawah PAS....kena cari bukti pembangunan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat di Kelantan
4. Orang Galas lebih selesa dengan PAS. Benarkah begitu?
5. Kelantan di pulau oleh kerajaan pusat. ish..ish...kesiannya.....macamana nak jawab.
6. Kerajaan Pusat kejam kerana 118 projek kerajaan pusat di Kelantan tidak dilaksanakan sejak Rancangan Malaysia Keenam pada 1991 yang lalu. hehehe...yer ker? dahsyat ni.......
Ini adalah contoh-contoh perkara yang disuarakan oleh PAS dan penyokong kerajaan jangan lari pulak.hehehe
Selamat berkempen.
Amir Hamzah
Batu Pahat
Berbaik-baik lah dengan pengundi Melayu
Saya sependapat dengan Awang Selamat dalam ruangan 'Bisik-Bisik Mingguan' terhadap reaksi kurang wajar oleh Presiden MCA, . Chua Soi Lek dan Presiden MIC , Samy Vellu berhubung Perlembagaan Negara. Semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Presiden UMNO, Najib Tun Razak berulang kali menyebut bahawa isu Perlembagaan tidak perlu lagi disebut-sebut kerana ianya sudah terkunci kemas. Malah Najib menegaskan bahawa jika mana-mana pakatan politik yang berupaya memenangi 2/3 majoriti di Parlimen masih belum mampu meminda perkara-perkara yang berkaitan orang-orang Melayu kecuali dengan persetujuan 9 orang Raja-raja Melayu dan dengan kehendak Allah jua.
Najib dan Muhyiddin telah menyentuh secara jujur dan terang tanpa berselindung sekaligus menunjukkan pendirian UMNO. Ucapan kedua-duanya bukan sahaja diucapkan ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dan perasmian Perhimpunan Agung sayap-sayap UMNO oleh Muhyiddin tetapi diulangi lagi sewaktu ucapan penggulungan.
Apa komen kedua-dua pemimpin parti komponan BN ni. Dalam komennya yang disiarkan oleh sebuah stesen TV tempatan, Soi Lek dipetik sebagai berkata: Ada orang nak jadi hero.
Nada serupa juga disuarakan oleh Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu tentang kontrak sosial: Kalau kita nak bincang juga, kita bincang dalam bilik...
Jelas kelihatan kedua-duanya tidak ikhlas ,bebal dan dungu berhubung kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kaum bumiputera, di samping menjamin hak- hak kaum lain seperti tercatat dan dipersetujui dalam Perlembagaan Negara.
Selepas mendengar ucapan Muhyiddin dan Najib dalam Perhimpunan Agung ini, saya sudah berkira-kira bahawa PERKASA boleh lah menarik nafas lega dan berehat seketika kerana apa yang diperjuangkan oleh PERKASA selama ini telah disambut oleh Presiden dan Timbalannya di dalam Perhimpunan Agung ini. Masa dan tempat dianggap paling sesuai untuk menunjukkan pendirian parti dan kerajaan berkaitan dengan isu perlembagaan yang diperkotak-katikan sejak Mac 2008 yang lalu. Rata-rata ahli PERKASA yang majoritinya ahli UMNO juga berasa teruja dengan pendirian parti dan kerajaan itu.
Namun berdasarkan komen Presiden MCA dan MIC ini, PERKASA nampaknya tidak jadi hendak 'melabuhkan punggungnya 'sebaliknya wajar sentiasa bersiap siaga untuk terus melancarkan 'peluru berpandu' nya sekiranya masih ada pihak-pihak yang benar-benar mahu menunjukkan heronya dengan terus mempertikaikan perkara-perkara yang telah dijelaskan oleh Najib. Kali ini, mungkin PERKASA tidak keseorangan kerana sayap-sayap UMNO, beserta dengan pemimpin-pemimpin yang anti PERKASA sebelum ini seperti KJ, Nazri dan Ku Nan akan turut serta.
Jika KJ, Nazri dan Ku Nan tidak turut serta maka bolehlah dianggap mereka ini telah 'derhaka' dengan amanat Presiden dan Timbalan Presiden. Malah sepatutnya ahli-ahli UMNO khususnya yang hadir di dalam Perhimpunan tersebut akan turut sama bangkit, jika tidak ,apa maknanya mereka memberi tepukan gemuruh dan bangun berdiri sebaik sahaja Najib selesai memberi ucapan penggulungannya.
Soi Lek sepatutnya tidak menjadi barua DAP dan Siqiu. Dia mesti berusaha memperkuatkan MCA dengan menggalakkan orang Cina mengundi BN, bukan dengan memilih cara mudah mempertikaikan hak bumiputera. Ia juga dilihat bertentangan dengan semangat 1Malaysia yang dipromosi oleh Perdana Menteri. Orang Cina patutnya menolak Soi Lek kerana tindakannya boleh mengancam keselamatan dan kestabilan negara. Orang Cina tidak suka kepada suasana yang menyebabkan perniagaan mereka terganggu dan jika negara ini huru hara kemungkinan ekonomi negara bakal lumpuh. Keadaan ini tidak disukai oleh masyarakat Cina.
Samy Vellu yang akan bersara Januari depan sepatutnya menyediakan tempat yang kondusif bagi pengantinya. Sepatutnya jangan sibuk-sibuk lagi dengan politik Malaysia. Samy hanya tunggu waktu nak pencen sahaja.
Kedua-dua parti ni kalah teruk dalam pilihanraya Umum yang lalu. Kemenangan kerusi-kerusi yang dimenanginya rata-rata atas sokongan orang Melayu. Jangan lah seperti melepas anjing tersepit atau tidak tahu mengenang budi. Perlu diingat ada 42 kerusi majoriti pengundi Melayu telah diberi ehsan oleh UMNO kepada kedua-dua parti ini . Bagaimana jika sokongan Melayu akan beralih kepada salah satu calon baik daripada Melayu PAS , Melayu PKR atau calon Melayu bebas yang bertanding di situ?. Apatah lagi MIC yang tidak ada satu pun kawasan majoriti orang India. Tentulah MIC sangat bergantung kepada undi orang-orang Melayu.
Jadi berbaik-baik lah kepada pengundi Melayu.
Amir Hamzah
Batu Pahat
Jumaat, 22 Oktober 2010
Ucapan Najib Lebih Keras Daripada Ibrahim Ali
Sebelum Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Dewan Merdeka, PWTC sebahagian orang Melayu beranggapan bahawa perhimpunan kali ini tidak ada sesuatu yang baru yang boleh diperbincangkan. Ini adalah kerana sejak keputusan PRU ke 13, pemimpin-pemimpin UMNO tidak banyak memperkatakan secara berterus terang terhadap kepentingan orang Melayu, malah sepanjang beberapa tahun ini UMNO dilanyak kiri dan kanan bukan sahaja oleh parti pembangkang malah oleh rakan-rakan komponen sendiri. UMNO sudah tidak kelihatan seperti parti yang memperjuangkan nasib orang-orang Melayu walaupun UMNO adalah parti siasah terbesar yang dianggotai oleh orang Melayu.
Sejak tsunami politik bermula Mac 2008, UMNO kelihatan terperanjat dan lesu serta mengalami kekalahan demi kekalahan dalam beberapa pilihanraya kecil selepas itu. Ketika UMNO sudah tidak berupaya bersuara dan hanya melihat pihak-pihak yang berkepentingan, pihak yang suka mengambil kesempatan dan peluang merobek-robek dengan tuntutan-tuntutan yang tidak munasabah terhadap kepentingan dan hak istimewa orang Melayu, maka pada ketika itu PERKASA muncul mempertahankan sehingga PERKASA dicap sebagai NGO racist dan pelampau.
UMNO pula ketika itu dilihat sebagai parti yang dicucuk hidung oleh rakan-rakan komponan lain. MCA, Gerakan dan MIC cepat mengambil peluang dengan mengugut UMNO bahawa sokongan kaum mereka sudah beralih arah kerana ketidakadilan UMNO terhadap kaum-kaum bukan Melayu. Bukan Melayu sudah teruja dengan persepsi dan harapan baru Anwar Ibrahim. Maka UMNO perlu mengikut telunjuk kehendak dan tuntutan bukan Melayu bagi menarik balik sokongan bukan Melayu kepada BN.
Setelah mendengar ucapan Muhyiddin ketika merasmikan mesyuarat serentak perwakilan wanita, pemuda dan puteri yang meminta UMNO tidak perlu bersikap apologetik dalam perjuang hak Melayu dan Bumiputera seolah-olah membuka suis bahawa selepas ini tidak akan ada kata-kata berselindung semata-mata demi menjaga hati orang lain dan menagih undi mereka yang belum pasti.
Ternyata benar, Muhyiddin sudah membuka laluan pemanas badan kepada Najib untuk memberi ucapan 1 Malaysia yang sebenarnya. Mempertahankan hak Melayu dan melindungi hak-hak kaum-kaum lain seperti mana yang telah termaktub di dalam perlembagaan. Maka tidak hairanlah mengapa Presiden UMNO dan Utusan Malaysia tidak membantah PERKASA malah Utusan Malaysia memberi liputan yang sewajarnya kepada PERKASA sejak PERKASA ditubuhkan.
Perjuangan PERKASA telah diterangkan dengan jelas oleh Najib dalam ucapan dasar Najib pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO apabila mengingatkan tentang sejarah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak istimewa orang Melayu dan hal berkaitan dengannya yang kebelakangan ini cuba dipersoalkan oleh pembangkang dan kumpulan tertentu.
Secara berterus terang dan jujur serta berani Presiden UMNO itu meminta mereka sedar polemik yang hangat mengenai isu berkenaan kebelakangan ini hanyalah perdebatan akademik sahaja kerana dari segi perundangan perkara berkenaan tidak boleh dipinda sekalipun mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen TANPA PERSETUJUAN Majlis Raja- Raja yang dianggotai oleh 9 orang raja-raja Melayu.
Katanya, “Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis yang dianggotai sembilan orang Raja-Raja Melayu.
Dalam ucapan bertajuk : Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran – di Dewan Merdeka PWTC ,Najib menegaskan dengan kata lain, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung.
Menurut beliau ini sebenarnya asas teras kepada kontrak yang telah dimuafakat bapa-bapa pengasas mewakili kaum masing-masing di ambang kemerdekaan.“Ia kemudiannya telah dimaktubkan sebagai kontrak sosial nasional, tertinta dalam perkara dan fasal Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tertinggi negara.
“Mahu tidak mahu, kita sewajibnya menghormati persepakatan mulia yang telah dilakukan kerana itulah kunci kepada kelangsungan dan survival kebangsaan,” katanya.
Ucapan Najib ini rasanya lebih keras dan lebih pedas daripada ucapan-ucapan Ibrahim Ali. Jika Ibrahim Ali diselar sebagai pelampau, adakah Najib dengan ucapan berapinya ini tidak boleh dianggap sebagai pelampau?. Apa komen, Nazri Aziz sebagai penyokong tegar 1 Malaysia, di mana Khairi Jamaluddin dan Tengku Adnan yang sering melemparkan tuduhan terhadap PERKASA dan Ibrahim Ali sebagai perkauman? Jelas di sini, ucapan Najib, Muhyiddin dan Ibrahim bukan bersifat perkauman tetapi berdasarkan fakta sejarah dan tuntutan perlembagaan.
Ucapan Najib ini tidak mendapat respon negatif daripada pemimpin-pemimpin kompenan BN seperti MCA, MIC dan Gerakan. Bukankah jelas bahawa mereka inilah yang bermuka-muka dan gunting di dalam lipatan. Mereka lah paling anti kepada PERKASA tetapi apa bezanya ucapan Najib, Muhyiddin dan Ibrahim dalam memperkatakan Perkara 153 di dalam perlembagaan? Mengapa mereka tidak mengkritik Najib dan Muhyiddin?
Pendek kata, teka teki bagaimana PERKASA begitu berani memperjuangkan perkara-perkara yang sudah ditetapkan sebagai hak-hak istimewa Melayu itu sudah dijawab dan terkunci kemas di dalam ucapan Muhyiddin dan Najib. Kekuatan ini yang kita mahu kerana orang Melayu memang berani , adil kepada semua, berterus terang, jujur dan dinamik.
Amir Hamzah
Batu Pahat
Ahad, 17 Oktober 2010
Anak Emas
Apa yang dimaksud dengan anak emas? Jika anda telah bekerja, maka anda akan mengenal istilah tersebut. Anak emas adalah istilah yang digunakan untuk menyebut seseorang yang dekat dengan atasan, melebihi kedekatan teman-teman yang lain.
Di bawah ni mungkin contoh yang baik untuk menerangkan maksud 'anak emas' hehehe
Najib Hulubalang PERKASA, Tun M Raja PERKASA
Setiausaha publisiti DAP Tony Pua merujuk kepada ucapan PM ketika melancarkan Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan di kediaman rasminya di Seri Perdana di Putrajaya semalam.
Antara kata-kata yang dipetik ialah apabila PM didakwa membangkitkan prejudis kaum:
"Saya nak tanya siapakah yang mempersoalkan 153 Peruntukan dalam Perlembagaan? Hak keistimewaan orang Melayu, siapa yang persoalkan?
"Siapa yang wujudkan peristiwa tidak mendoakan Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah? Siapa yang mahu buka UiTM (kepada bukan Melayu)? Bukan UMNO tapi orang sebelah sana," Najib dipetik sebagai berkata.
Tony Pua yang juga anggota parlimen Petaling Jaya Utara menyifatkan kenyataan Najib itu bukan sahaja menyokong PERKASA malah menggambarkannya "sebagai hulubalang PERKASA sebenar".
Kalau Najib hulubalang PERKASA, Tun Mahathir tentunya Raja PERKASA.
Nampaknya 1 Malaysia Najib sudah mula diserang. Kita tunggu apa komen MCA dan MIC.
Amir Hamzah
Batu Pahat.
Sabtu, 16 Oktober 2010
Semoga Ibrahim Selamat!
Doakan keselamatan dan kesejateraan kepada Ibrahim Ali, Presiden PERKASA Malaysia yang telah dimasukkan ke wad Ampang Puteri malam tadi 15.10.2010 kerana serangan sakit jantung.Tiada pelawat dibenarkan bagi memberikan masa yang cukup untuk beliau berehat sebelum procedure pembedahan dijalankan pada Isnin ini.
Rabu, 13 Oktober 2010
Hak Sultan untuk memberi dan menarik Semula.
Hak Sultan Untuk Memberi atau Menarik Semula.
“Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku,”. Itulah komen Berahim Ali selepas Istana Kelantan melucutkan gelaran DMSK yang membawa gelaran 'Datuk kepadanya.
Ahli PERKASA jangan melatah. Jangan tanya sebab musabab. Anugerah Datuk itu adalah hak Sultan.
http://www.malaysiakini.com/news/145172
Kentut Brahim Pun Boleh Jadi Isu........
Apabila dah popular lambat bangun bertafakur pun jadi masalah. Kalau Brahim kentut kuat dalam Parlimen pun boleh jadi isu...Orang kata Brahim kurang sopan. hehehe....Tapi Brahim kata, "Jika awak nak serang saya pun, cari isu yang betul. Jika Ibrahim Ali amalkan rasuah, salah guna kuasa atau pun meliwat, maka seranglah saya". Sinis sindiran Brahim...
Suatu yang menarik juga untuk dibicarakan apabila Brahim meramalkan pilihan raya ke-13 yang akan datang adalah yang terakhir PKR akan bertanding.
"Berdasarkan firasat saya yang telah lama berkecimpung dalam politik, pilihan raya ke-13 adalah yang terakhir untuk PKR. Saya tidak jangka ia dapat terus selepas itu,” katanya di lobi parlimen hari ini.
Brahim juga memperli PKR bukan sebagai parti yang kredibel dan berkata ia hanya alat yang digunakan oleh ketua umum PKR, i Anwar Ibrahim yang bercita-cita menjadi perdana menteri.
"Mereka capai kemuncak pada pilihan raya ke-12, tetapi orang ramai mula menyedari tembelang mereka dan orang Melayu kini mula bersatu. Saya percaya rakyat tidak akan bakar kelambu kerana nyamuk,” katanya
Adakah anda setuju dengan kenyataan Brahim bahawa PRU ke 13 adalah PRU terakhir kepada PKR?
Amir Hamzah
Batu Pahat
Isnin, 11 Oktober 2010
Semakin Terdesakkah Najib?
Najib Tun Razak berkata rakyat Malaysia keturunan Cina bukan pendatang sebaliknya merupakan warga setia negara ini. Kata-kata hinaan dan sentimen negatif seperti itu perlu dikikis, kata Perdana Menteri ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan MCA ke-57 di Wisma MCA di Kuala Lumpur."Saya setuju dengan anda bahawa kaum Cina Malaysia tidak boleh digambarkan sebagai kaum pendatang."Itu mungkin bagi beberapa generasi sebelum ini tetapi hari ini, anda adalah warga Malaysia yang setia," katanya yang mendapat tepukan gemuruh daripada perwakilan.
Yer...mungkin benar apa yang dihujahkan oleh Najib daripada satu sudut. Dari sudut yang lain, MCA semakin berjaya memainkan peranan sebagai mewakili suara masyarakat Cina, ternanti-nanti tuntutan MCA untuk jawatan TPM 2 pula. Tak mengapalah asalkan BN menang dan memang itu pun harapan Najib. Ada orang bertanya, adakah Najib begitu terdesak sekarang?
Walau apa pun ada baiknya kita membaca sedikit kupasan berkenaan isu ini yang ditulis oleh saudara Nordin daripada Kelab Chedet.com:
"Ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan MCA ke-57 baru-baru ini, Perdana Menteri Dato Sri Najib dengan begitu bersemangat sekali berkata bahawa rakyat Malaysia keturunan Cina bukan lagi pendatang sebaliknya merupakan warga setia negara ini. Kata-kata hinaan dan sentimen negatif seperti itu perlu dikikis. Kata Najib lagi, "saya setuju dengan anda bahawa kaum Cina Malaysia tidak boleh digambarkan sebagai kaum pendatang. Itu mungkin bagi beberapa generasi sebelum ini tetapi hari ini, anda adalah warga Malaysia yang setia."
Mungkin ramai juga agak hairan bagaimana Najib boleh bersetuju dengan mereka bahawa kaum Cina ini bukan lagi “kaum pendatang” semata-mata kerana “kesetiaan” mereka terhadap negara ini?? Bagaimana Najib dapat menilai “kesetiaan” mereka jika mereka sendiri tidak pernah menzahirkan tanda “kesetiaan” mereka melalui sikap yang mereka tunjukkan terhadap negara ini sekarang?
Jika benar mereka mengaku “setia” terhadap negara ini, sudah tentu mereka tidak mempunyai masaalah untuk menerima sekolah satu aliran yang menggunakan bahasa kebangsaan negara ini untuk semua rakyat. Sudah tentu mereka tidak minta kerajaan menghukum siapa saja dibawah Akta Hasutan hanya kerana mencadangkan hak mereka untuk mengadakan sekolah vernikular itu dimansuhkan.
Seharusnya MCA patut merasa malu kerana masih lagi mempertahankan bahasa dari negara asal usul kaum mereka itu untuk diajar di negara ini secara rasmi walau pun mereka sudah berada disini sejak beberapa generasi yang lalu. Tindakan mereka mempertahankan hak mereka itu hanya membuktikan sikap racist mereka sendiri daripada mendahulukan kepentingan negara, dan jika benar MCA mahu mengutamakan kepentingan negara, sudah tentu MCA juga faham maksud cadangan Prof Khoo Kay Kim yang melihat punca masaalah hubungan kaum di negara ini bermula sejak rakyat di bangku sekolah lagi.
Jika benar MCA mempunyai semangat kebangsaan dan cintakan negara, sudah tentu MCA tidak menganggap sekolah kebangsaan itu tidak sesuai untuk kaum mereka semata-mata kerana sekolah kebangsaan ini menggunakan bahasa kebangsaan dan bahasa kebangsaan itu pula adalah bahasa Melayu. MCA tentu sedia maklum bahawa bahasa Melayu sekarang bukan lagi hak eklusif untuk orang Melayu saja tetapi sudah dijadikan sebagai hak milik semua rakyat yang mengaku mereka itu warganegara Malaysia.
Sebab itu nama bahasa Melayu itu sendiri sudah ditukar kepada bahasa Malaysia sebagai menandakan yang ia kini sudah dimiliki oleh semua rakyat Malaysia. Namun kenapa masih ada rakyat Malaysia yang mengaku kononnya mereka “setia” kepada negara ini tetapi masih tidak dapat menerima bahasa kebangsaan negara sendiri untuk digunakan sebagai bahasa pengantar disekolah-sekolah mereka?
Jika MCA benar-benar mencintai negara ini, lebih-lebih lagi sebagai parti yang menyokong dasar-dasar kerajaan terutama tentang gagasan 1Malaysia ini, sudah tentu MCA sepatutnya tidak menunjukkan sikap ektimist mereka dengan menentang cadangan “satu aliran sekolah untuk semua rakyat” ini kerana gagasan 1Malaysia juga bertujuan untuk dihayati oleh semua kaum bukan hanya untuk kaum Melayu saja.
Namun jika MCA mahu UMNO mengorbankan hak (ekuiti) kaum Melayu seperti mana yang disarankan oleh Presiden MCA itu, MCA juga perlulah bersedia untuk mengorbankan hak kaum (sekolah) mereka demi mengutamakan kepentingan negara dan perpaduan rakyat di negara ini. Sanggupkah MCA berbuat demikian?? Setakat ini ia tidak pernah berlaku kerana hingga kini MCA masih tetap gemar memainkan isu-isu perkauman menyebelahi kaum mereka hanya untuk menarik perhatian dan sokongan kaum Cina kepada parti mereka saja. Ini dapat dilihat bagaimana presiden MCA Chua Soi Lek tetap bertegas tidak mahu mendengar nasihat UMNO/Najib secara mem:)-buta sebaliknya akan terus mempersoalkan peruntukan 30% ekuiti kepada orang Melayu sekarang.
Pemuda MCA sepatutnya menyarankan supaya Presiden mereka ini turut dikenakan hukuman dibawah Akta yang sama jika mereka benar-benar mahu berlaku adil tampa mengira kaum dan darjat kerana Presiden mereka itu juga turut mempersoalkan peruntukan Perlembagaan yang memberi hak istimewa kepada kaum Melayu. Presiden MCA sendiri nampaknya bukan saja membelakangi nasihat Najib kepada MCA tetapi tidak mengindahkan titah raja-raja Melayu yang melarang semua pemimpin-pemimpin politik daripada mempersoalkan hak-hak keistimewaan Melayu seperti mana yang dilakukan oleh Chua Soi Lek sekarang.
Kita tentu ingat bagaimana Ketua Wanita parti Gerakan Tan Lian Hoe juga pernah menyamakan asal usul kedatangan bangsa Melayu, Cina dan India ke negara ini. Mungkin Lian Hoe ketika itu merujuk kepada lawatan Najib ke Gowa Sulawesi tidak lama dulu yang disifatkan oleh Najib sendiri sebagai “lawatan balik ke kampong”. Jadi sebab itu agaknya Najib sendiri takut menganggap kaum Cina ini sebagai “kaum pendatang” sebab beliau mungkin juga termasuk dalam kategori “bangsa pendatang” yang mempunyai nostalgia “balik ke kampong” sama seperti kaum Cina yang datang dari China dan kaum Tamil yang datang dari India itu.
Sepatutnya Najib perlu menerangkan kepada semua rakyat bahawa tidak ada istilah "bangsa pendatang" atau "bangsa tuan rumah" yang perlu dirujukkan kepada mana-mana kaum kerana dalam kontek Perlembangaan negara, kita hanya ada dua istilah saja yang merujuk kepada kumpulan kaum iaitu "kaum bumiputra" (Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak) dan "kaum bukan bumiputra" (Cina, India dan lain-lain).
Kedua-dua kumpulan kaum ini sememangnya adalah warganegara Malaysia yang menpunyai hak yang sama rata sebagai warganegara. Disamping itu kedua-dua kumpulan kaum ini juga mempunyai hak-hak keistimewaan tersendiri seperti mana yang dipersetujui oleh orang-orang yang terdahulu daripada mereka.
Sebagai "kaum bumiputra" yang berasal daripada rantau nusantara ini, sudah tentu "kaum bumiputra" diberikan hak keistimewaan untuk berpeluang mengukuhkan ekonomi mereka dalam negara asal usul mereka sendiri, jika hak ini tidak diberikan oleh mana-mana kerajaan yang ada sudah tentu kerajaan itu akan dianggap sebagai mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap kaum pribumi negara mereka sendiri. Jika ini berlaku, sudah tentu ia akan mengundang penentangan "kaum bumiputra" terhadap kerajaan yang ada ketika itu.
Begitu juga dengan kumpulan "kaum bukan bumiputra" yang juga diberikan hak keistimewaan untuk mendapat pendidikan dalam bahasa asing kerana mengakui hakikat bahawa bahasa asing itu adalah bahasa negara asal mereka. Kerajaan hanya menunaikan tuntutan kaum mereka untuk belajar dalam bahasa asing ini kerana kerajaan tidak mahu dituduh sebagai cuba mengassimilasikan kaum mereka ini secara paksaan seperti mana yang berlaku di negara-negara jiran kita. Sebab itu “kaum bukan bumiputra” ini diberi hak keistimewaan untuk mendapatkan pendidikan dalam bahasa negara asal mereka sebagai tndakan timbal balas diatas hak keistimewaan yang diberikan kepada “kaum bumiputra” itu.
Kedua-dua hak keistimewaan kumpulan “kaum bumiputra” dan “kaum bukan bumiputra” ini dianggap sebagai satu “kontrak so:)” yang hari ini telah diterjemahkan dalam bentuk Perlembangaan sekarang. Oleh itu semua kaum haruslah menghormati hak-hak yang diberikan ini supaya tidak ada mana-mana kaum cuba mengungkit apa yang kaum lain dapat kerana apa yang kaum lain dapat itu juga saimbang dengan apa yang kaum mereka dapat walau pun tidak serupa dengan kaum yang lain itu.
Jadi MCA perlu faham apa yang dimaksudkan oleh Najib bila beliau berkata, “Anda mengambil kira tentang saya, saya mengambil kira tentang anda”. Kenyataan Najib ini bermaksud MCA perlu menjaga untung-nasib UMNO supaya UMNO tidak ditolak oleh orang Melayu jika UMNO dilihat mengabaikan kepentingan kaum Melayu sebagaimana UMNO perlu juga mengambil kira untung-nasib MCA supaya MCA juga tidak ditolak oleh kaum Cina jika MCA tidak dilihat sebagai membela nasib kaum mereka.
Ternyata ini bukan masaalah salah faham tentang istilah "bangsa pendatang" tetapi lebih kepada masaalah MCA yang tidak berpuas hati diatas peruntukan ekuiti sebanyak 30% kepada kaum Melayu itu selagi ekuiti Melayu yang kini dianggap sebagai “hak Melayu” itu tidak dimansuhkan sepenuhnya hanya untuk menarik sokongan kaum Cina kepada parti mereka saja.
Ahad, 10 Oktober 2010
PERKASA Johor Mempertahankan Sultan!
PERKASA Johor yang diketuai oleh YDPnya Datuk Abd.Rahman b Abu Bakar telah mengadakan demonstrasi aman bersama kira-kira 200 orang bagi membantah kenyataan pengerusi Hindraf P Waythamoorthy yang mempertikaikan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berhubung kedudukan Melayu dan raja-raja Melayu di hadapan VIP Hotel Segamat pada 9hb Oktober yang lalu.
Demontrasi aman itu dibuat selepas Majlis Penerangan PERKASA Johor diadakan di tempat yang sama.Datuk Abdul Rahman di dalam kenyataannya menyatakan kenyataan Waytha itu melalui laman web Free Malaysia Today adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan kerana ia jelas mempersoalkan kuasa yang ada pada raja-raja Melayu. Kenyataannya begitu biadap dan dayus kerana kini beliau telah melarikan diri di luar negara. Kenyataan beliau itu juga merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara,” katanya.
Hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu tidak boleh dipertikai dan dipersoal sesuka hati. Sebarang kenyataan biadap akan menguris hati dan sensitiviti rakyat terutama yang cintakan keamanan. Hak istimewa serta kuasa raja adalah sesuatu yang telah termaktub dalam perlembagaan dan PERKASA Johor tidak mahu ada mana-mana pihak mengganggu institusi ini .PERKASA Johor sentiasa teguh mempertahankan Kesultanan Johor
Taklimat Dan Penerangan PERKASA Johor.
Satu taklimat dan penerangan Perkasa untuk Negeri Johor telah berlangsung pada jam 3.00 petang di VIP Hotel Segamat. Majlis yang dihadiri seramai 250 orang itu antara lain bertujuan untuk majlis penerangan isu-isu semasa dan taklimat pengurusan keahlian antara daerah-daerah.
YBhg. Dato' Abd Rahman Bakar selaku Tim.Presiden merangkap YDP Perkasa Negeri Johor sendiri memberi penerangan berkaitan isu-isu semasa di mana semakin banyak tercabarnya hak-hak istimewa orang Melayu disamping mengingatkan bahawa kekuatan sesuatu NGO itu bergantung kepada berapa ramai keahlian dan penyokong-penyokongnya. Sebagai menarik keahlian baru PERKASA khususnya di Negeri Johor, Dato'Abd.Rahman yang juga Pengerusi Keahlian Pusat telah menurunkan yuran keahlian bermula 9.10.2010 hingga 31.12.2010. Sebelum ini yuran keahlian ialah RM 10.00 telah diturunkan kepada RM 2.00 sahaja sepanjang tempoh promosi.
Sebelumnya para hadirin telah di hidangkan dengan beberapa ceramah motivasi yang membakar semangat oleh beberapa orang penceramah yang di datangkan khas dari Kuala Lumpur . Antaranya Dr.Zubir Harun Naib Presiden dan juga selaku Pengerusi Biro Ekonomi dan juga Merangkap YDP Perkasa Negeri Pahang Darul Makmur serta Sdr. Ismail Ahmad Ahli Dewan Tertinggi Perkasa.
Ceramah yang telah di sampaikan terutama berkaitan dengan ekonomi dan isu-isu politik di Selangor membuat semua hadirin yang terdiri daripada kepimpinan PERKASA peringkat Daerah dan Negeri berasa risau dan insaf dengan keadaan politik yang berlaku pada hari ini. Mereka kelihatan begitu bersemangat untuk terus berjuang sebagai ahli sebuah NGO yang semakin berpengaruh ini.
Dato Rahman Bakar juga di dalam ucapannya senantiasa mengingatkan kepada semua AJK dan Ahli Perkasa agar sentiasa bersama dan bersatu bagi memperkuatkan Pertubuhan Pribumi Perkasa bagi membantu kerajaan hari ini kekal berkuasa agar kuasa dan hak ketuanan melayu akan kekal selamanya, Beliau mengingatkan sekali orang melayu hilang kuasa adalah sukar untuk kita mendapatkannya semula.
Di dalam ucapannya juga Dato' Abd Rahman mengecam beberapa orang pemimpin kerajaan yang mengecam dan melihat PERKASA ini di seperti musuhi, sedangkan ada pemimpin kerajaan ini sudah dilihat tidak lagi mampu untuk menjaga orang Melayu. Walaupun Perdana Menteri sendiri telah menyatakan bahawa tiada masalah dengan NGO terutamanya PERKASA tetapi mereka ini terus menghasut agar PERKASA di benci oleh masyarakat. Tanpa mereka sedari PERKASA semakin kuat dan mendapat sokongan dari rakyat.
Rabu, 6 Oktober 2010
Isi kandungan laporan Polis oleh Muhamad Rahimi bin Osman
Saya telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada bulan Jun 2008 mengenai DSAI dan Saiful. Akuan bersumpah yang telah saya tandatangan itu adalah tidak benar dan tidak dikarang oleh saya sendiri. Saya terpaksa menurunkan tandatangan kepada akuan tersebut kerana risaukan keselamatan diri saya, memandangkan pada ketika itu terdapat ratusan penyokong dan orang kana Dato Seri Anwar berada dikeliling Quality Hotel, tempat saya diminta untuk menurunkan tandatangan. Setelah Saiful Bukhari membuat repot Polis mengenai dia diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim, orang orang Dato Seri Anwar Ibrahim dan juga peguamnya bernama Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli telah memaksa saya untuk tinggal di Quality Hotel Shah Alam untuk beberapa hari. Saya ditahan disitu bersama seorang lagi rakan. Mereka kemudiannya telah meminta saya menurunkan tandatangan kepada akuan bersumpah, yang saya tidak langsung bersetuju dengan kandunhannya.
Akuan bersumpah pertama ditandatangani pada malam 28 Jun 2008, dan akuan bersumpah kedua yang telah dipinda kandungannya untuk memalit nama dan menfitnah Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor bahawa mereka terlibat merancang konspirasi terhadap DS Anwar Ibrahim dalam kes liwat ini. Akuan bersumpah kedua ini ditandatangani selepas bebrapa hari saya ditahan di Quality Hotel Shah Alam dihadapan satu pesuruhjaya sumpah yan say tidak kenali di Old Town, Petaling Jaya.
Kandungan kedua dua akuan bersumpah itu adalah tidak benar sama sekali. Dan saya dipaksa untuk menandatanganinya. Saya juga tidak diberi sebarang salinan kepada kedua-dua akuan bersumpah tersebut. Disebabkan akuan bersumpah itu tidak benar, saya sekarang ingin menceritakan perkara yang sebenarnya, maka saya telah membuat satu lagi akuan bersumpah yang baru hari ini yang mengandungi cerita benar. Saya kemukakan akaun bersumpah tersebut dengan laporan saya.
Beberapa bulan yang lalu saya telah ditelefon oleh Latheefa Koya untuk menandatangani satu lagi akuan bersumpah yang baru kerana dia mengatakan bahawa akuan bersumpah yang telah saya tandatangani sebelum ini telah hilang. Namun saya tidak melayan mereka dan cuba sedaya upaya menjauhkan diri dari mereka.
Dan saya juga meinta untuk perlindungan saksi kerana saya ada kemungkinan besar saya akan menjadi saksi dalam kes liwat Dato Seri Anwar. Saya juga perlu perlindungan daripada pihak Polis kerana saya fikir selepas laporan ini dibuat, kemungkinan besar saya akan diganggu dan diancam keselamatan saya dan keluarga.
sumber: Forum kelabchedet.com
Selasa, 5 Oktober 2010
PERKASA Johor: Sokong Mustaffa Tolak Azmin
Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Arman Azha Abu Hanifah menjelaskan sokongan yang diberikan mereka kepada Mustaffa Kamil Ayub - calon timbalan presiden PKR - bukanlah untuk memecahkan perpaduan dalam parti itu.
"Sokongan Wira PERKASA bukan kerana mahukan perpecahan sesama mereka (pemimpin PKR) tetapi setelah diambil kira antara semua calon, Mustafa Kamil Ayub dilihat calon yang ada jati diri Islam dan bangsa Melayu," kata Arman Azha
PERKASA tidak berhajat untuk masuk campur dalam urusan parti politik khususnya PKR tetapi PERKASA sekadar mencadang dan membuka minda ahli-ahli PKR yang berada di dalam PERKASA. Mustaffa sendiri tidak perlu risau kerana sokongan PERKASA bukan bermakna Mustaffa menyokong PERKASA. Kita pun faham bahawa Mustaffa takut kehilangan undi daripada kalangan ahli PKR daripada bukan Melayu dalam pemilihan PKR bagi jawatan Timbalan Presiden.
Ketika Mustaffa takut kehilangan undi bukan Melayu, beliau juga perlu ambil peduli dengan pengundi-pengundi Melayu. Peranan, tujuan dan matlamat PERKASA mungkin lebih difahami oleh akar umbi dan orang kebanyakan berbanding pemimpin-pemimpin Melayu yang lain. Mustaffa perlu bertanya mengapa masih ada orang PAS, PKR dan mereka yang tidak berparti menyertai PERKASA? Pertama mereka merasakan perjuangan PERKASA adalah betul dan keduanya berkemungkinan mereka kurang selesa dengan kedudukan parti masing-masing dalam memperkatakan isu-isu kepentingan Melayu dan Islam.
Jikalau semua parti politik sudah tidak berupaya mempertahankan beberapa perkara di dalam perlembagaan negara, kepada siapakah lagi yang boleh diharapkan untuk menjerit dan membidas jikalau bukan PERKASA.
Apabila PERKASA mencadangkan agar ahli-ahli PKR di dalam PERKASA menyokong Mustaffa bukanlah bermakna ada satu pakatan politik yang akan terjalin antara PERKASA dan PKR pada masa hadapan, tetapi daripada 4 calon popular yang bakal bertanding Timbalan Presiden iaitu Azmin, Zaid, Mustaffa dan Khalid, nampaknya Mustaffa saja kelihatan paling kurang kontroversi.Sebagai Naib Presiden PKR, Mustaffa agak kurang mengeluarkan ulasan dan kenyataan-kenyataan yang kontroversi atau berbentuk provokasi.
Selain kekurangan kontroversi, Mustaffa juga mempunyai latar belakang pendidikan Islam dan mempunyai jati diri Islam dan bangsa Melayu. Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah menyifatkan, Mustaffa adalah calon paling layak bagi jawatan timbalan presiden kerana latar belakangnya dari Abim.
“Mustaffa dari ABIM, beliau mempunyai agenda Islam dan berjuang untuk kebaikan orang Melayu... Azmin di sebelah lain tidak berminat untuk memperjuangkan kepentingan komuniti orang Melayu, Azmin hanya sesuai untuk jadi budak kopi Anwar,” kata Arman.
Pendekata Mustaffa boleh diibaratkan sebagai lelaki kacak bergaya serta berakhlak yang dikelilingi lelaki-lelaki hodoh di dalam PKR.
Sokongan terhadap Mustaffar oleh PERKASA Johor tidak mempunyai kaitan dengan kecaman Azmin terhadap PERKASA dan Tun Mahathir. Jika dilihat daripada sudut itu, Mustaffa turut mengambil pendirian menyokong Azmin dengan berikrar akan melawan PERKASA habis-habisan termasuk juga individu yang sedang ‘tersungkur’ di Australia bagi merujuk Tun Mahathir yang dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne bagi menerima rawatan akibat jangkitan kuman pada saluran pernafasan. Mustaffa turut berkata, "Apakah tidak boleh mana-mana pemimpin PKR mengkritik Tun? Kalau Tun seorang negarawan, beliau tidak akan aniaya rakyat dan fitnah bekas timbalan perdana menteri. Mengapa perlu bengis apabila Tun dikritik pada penghujung usianya?" soalnya kembali.Kenyataan Azmin itu mendapat tindak balas dan kecaman daripada pelbagai pihak termasuk PERKASA.
Bagi PERKASA Johor, cercaan, penghinaan dan fitnah kepada Tun Mahathir bukanlah perkara baru malah sudah berlaku ketika beliau masih menjadi Perdana Menteri lagi. Azmin hanya mengulang-ulang cercaan itu untuk kesian kalinya akibat dendam kesumat yang tidak padam-padam kepada Tun Mahathir. Azmin seperti Anwar juga boleh diibaratkan sebagai spesis 'Melayu Mudah Lupa'.
Sebelum ini, Anwar Ibrahim menghentam mantan Perdana Menteri ekoran kes liwatnya yang menyebabkan Anwar hilang jawatan timbalan perdana menteri. Padahal Mahathirlah yang membawa Anwar menyertai UMNO sehingga beroleh kedudukan dan kekayaan.
Namun, semua itu dilupakan oleh Anwar apabila beliau berterusan menyerang Tun Mahathir dan cuba menjatuhkan negara melalui gerakan Reformasi.Kini, ibarat pepatah ‘Guru kencing berdiri, murid kencing berlari’, sikap mudah lupa diwarisi anak emas Ketua Pembangkang itu, Azmin Ali apabila menyifatkan Dr Mahathir sebagai pemimpin yang sedang tersungkur. Klik di sini.
PERKASA Johor juga berpendapat bahawa Mustaffa juga disenangi oleh pemimpin-pemimpin dan ulamak-ulamak di dalam PAS. Bagi menjaga hal ehwal agama dan kepentingan orang-orang Melayu kehadiran Mustaffa sebagai orang penting di dalam PKR akan menyeimbangkan tuntutan-tuntutan melampau daripada bukan Melayu dalam Pakatan Rakyat khasnya daripada DAP.
PERKASA Johor sekali lagi memberi cadangan kepada ahli-ahli PKR yang juga ahli-ahli PERKASA diseluruh negara supaya dapat membuat pilihan dengan menyingkirkan orang yang bermasalah dengan presiden parti. Ketepikan juga Zaid Ibrahim dan Khalid Ibrahim kerana mereka sudah ada PELAN B
Amir Hamzah
Batu Pahat