Ahad, 10 Oktober 2010
Taklimat Dan Penerangan PERKASA Johor.
Satu taklimat dan penerangan Perkasa untuk Negeri Johor telah berlangsung pada jam 3.00 petang di VIP Hotel Segamat. Majlis yang dihadiri seramai 250 orang itu antara lain bertujuan untuk majlis penerangan isu-isu semasa dan taklimat pengurusan keahlian antara daerah-daerah.
YBhg. Dato' Abd Rahman Bakar selaku Tim.Presiden merangkap YDP Perkasa Negeri Johor sendiri memberi penerangan berkaitan isu-isu semasa di mana semakin banyak tercabarnya hak-hak istimewa orang Melayu disamping mengingatkan bahawa kekuatan sesuatu NGO itu bergantung kepada berapa ramai keahlian dan penyokong-penyokongnya. Sebagai menarik keahlian baru PERKASA khususnya di Negeri Johor, Dato'Abd.Rahman yang juga Pengerusi Keahlian Pusat telah menurunkan yuran keahlian bermula 9.10.2010 hingga 31.12.2010. Sebelum ini yuran keahlian ialah RM 10.00 telah diturunkan kepada RM 2.00 sahaja sepanjang tempoh promosi.
Sebelumnya para hadirin telah di hidangkan dengan beberapa ceramah motivasi yang membakar semangat oleh beberapa orang penceramah yang di datangkan khas dari Kuala Lumpur . Antaranya Dr.Zubir Harun Naib Presiden dan juga selaku Pengerusi Biro Ekonomi dan juga Merangkap YDP Perkasa Negeri Pahang Darul Makmur serta Sdr. Ismail Ahmad Ahli Dewan Tertinggi Perkasa.
Ceramah yang telah di sampaikan terutama berkaitan dengan ekonomi dan isu-isu politik di Selangor membuat semua hadirin yang terdiri daripada kepimpinan PERKASA peringkat Daerah dan Negeri berasa risau dan insaf dengan keadaan politik yang berlaku pada hari ini. Mereka kelihatan begitu bersemangat untuk terus berjuang sebagai ahli sebuah NGO yang semakin berpengaruh ini.
Dato Rahman Bakar juga di dalam ucapannya senantiasa mengingatkan kepada semua AJK dan Ahli Perkasa agar sentiasa bersama dan bersatu bagi memperkuatkan Pertubuhan Pribumi Perkasa bagi membantu kerajaan hari ini kekal berkuasa agar kuasa dan hak ketuanan melayu akan kekal selamanya, Beliau mengingatkan sekali orang melayu hilang kuasa adalah sukar untuk kita mendapatkannya semula.
Di dalam ucapannya juga Dato' Abd Rahman mengecam beberapa orang pemimpin kerajaan yang mengecam dan melihat PERKASA ini di seperti musuhi, sedangkan ada pemimpin kerajaan ini sudah dilihat tidak lagi mampu untuk menjaga orang Melayu. Walaupun Perdana Menteri sendiri telah menyatakan bahawa tiada masalah dengan NGO terutamanya PERKASA tetapi mereka ini terus menghasut agar PERKASA di benci oleh masyarakat. Tanpa mereka sedari PERKASA semakin kuat dan mendapat sokongan dari rakyat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan