Jumaat, 31 Disember 2010

Perutusan Tahun Baru 2011 Tim.Presiden PERKASA merangkap YDP PERKASA Johor

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualiikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Kepada semua Ahli PERKASA dimana jua Saudara/i berada. Semoga senantiasa didalam perlindungan Allah S.W.T.

Pertamanya, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta izinNya, maka kita dapat bersama-sama menyambut kehadiran tahun baru 2011, semoga kehadiran tahun baru ini dapat memperbaharui iltizam, memperteguhkan tekad dan menyuntik semangat baru yang lebih kental bagi melaksanakan tanggungjawab mulia didalam mempertahankan hak kita sebagai Bangsa Melayu dan Pribumi .

Iringilah sambutan tahun baru dengan semangat baru, Sebagai Timbalan Presiden merangkap Pengerusi Pengurusan dan Keahlian PERKASA saya menyeru kepada semua orang Melayu dan Pribumi, marilah kita sama-sama menjadi ahli PERKASA agar Pertubuhan Pribumi PERKASA akan menjadi lebih kukuh, dinamik dan bermanafaat untuk semua. Kebersamaan ahli dan kekukuhan barisan saf kepimpinan akan menjadikan PERKASA lebih disegani didalam menyuarakan hak dan kepentingan bangsa Melayu dan Pribumi.

Dikesempatan perutusan tahun baru 2011 ini, saya menyeru kepada seluruh orang Melayu dan Pribumi agar menghayati nilai-nilai murni peninggalan nenek moyang kita,seperti jujur dan amanah, Jujurlah kita didalam mempertahankan hak kita serta amanah didalam menjalankan tanggungjawab menjaga hak hak kita orang Melayu dan Pribumi yang di tinggalkan oleh nenek moyang kita.

Akhir kata, saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua saf saf kepimpinan tertinggi PERKASA, termasuk semua ahli jawatankuasa Negeri dan Daerah yang berada di seluruh pelusuk negara yang telah berusaha dengan gigih untuk menjayakan pelbagai program pada tahun 2010. Bagi tahun baru 2011 ini, saya berharap agar usaha untuk melonjakkan kecemerlangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia akan dilipatgandakan lagi agar kita dapat menyediakan wadah dan ladasan perjuangan didalam menjaga hak kita sebagai orang Melayu dan Pribumi di negara Malaysia tercinta pada hari ini dan masa depan.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011. Semoga usaha kita akan diberkati Allah SWT dan segala perancangan kita dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Wabillahi taufiq wal hidayah wassalam’mu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Sekian Terima kasih.

Dato Abdul Rahman Bakar
Tim. Presiden / YDP Negeri Johor
Pengerusi Pengurusan dan Keahlian
PERKASA

Tiada ulasan: