Sabtu, 31 Julai 2010

Program Penerangan PERKASA Pontian.






31 Julai 2010, 'Melayu mesti tahu sejarah dan perlembagaan bumi dipijak milik kita' tajuk ceramah yang disampaikan oleh Prof. Datuk. Dr.Ramlah Adam, AJK PERKASA Pusat. Kira-kira 150 orang hadir ke majlis anjuran Biro Penerangan PERKASA Pontian yang telah berlangsung di Sekolah Agama Teluk Kerang, Pontian bermula jam 9.00 pagi tadi.

Turut hadir ialah Pengerusi PERKASA Pontian Ybhg Dato' Ahmad Kosnan. Wakil-wakil PERKASA daerah-daerah lain pun turut hadir. Program kedua akan berlangsung jam 2.30 petang ini di Dewan Orang Ramai, Kg. Air Baloi, Pontian. Ceramah akan disampaikan oleh Prof. Datuk Dr Ramlah Adam sekali lagi. Terima kasih kepada En. Haron b Mohd.Amin selaku Ketua Penerangan serta Jawatankuasanya sebagai penganjur.

Amir Hamzah
Batu Pahat

Jumaat, 30 Julai 2010

Semua Melayu Berhak : Kaya Atau Miskin


Hak Keistimewaan Melayu yang termaktub di dalam perlembagaan tidak menyebut pun sama ada Melayu itu kaya atau miskin. Pemahaman saya, Orang Melayu semuanya berhak. Raja dan Sultan juga berhak mendapat hak keistimewaan Melayu itu kerana diri baginda juga berdarah Melayu. Ianya bukan untuk Melayu miskin semata-mata tetapi untuk Melayu yang bergelar jutawan, hartawan, ahli korperat atau apa saja asalkan dirinya orang Melayu.

Cadangan yang dikemukakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua supaya diskaun 5% kepada bumiputera terhadap hartanah kormesial dan rumah mewah di Selangor dimansuhkan menyerlahkan lagi sikap DAP yang berniat jahat dan dengki kepada orang Melayu. Ianya melibatkan nilai hartanah melebihi RM500,000 ke atas. Pembelian hartanah bernilai tinggi ini tentunya akan dibeli oleh orang-orang kaya Melayu. Orang-orang kaya Melayu ini juga berhak mendapat diskaun 5% atas status bumiputera walaupun mereka sudah kaya raya.

Nampaknya setiap minggu kerajaan kena melayan kerenah atau isu yang dibawa oleh Cina DAP dan Cina MCA. Tuntutan-tuntutan mereka banyak berkisar kepada hak sama rata. Kalau Wee Kah Siong (MCA) berani menyentuh biasiswa anak-anak Melayu kini Tony Pua pula meminta dimansuhkan diskaun terhadap hartanah dan rumah mewah di Selangor. Perkara ini akan berterusan secara bergilir-gilir oleh MCA dan DAP.

Jikalau mereka masih menuntut hak sama rata maka mereka sebenarnya tidak faham akan konsep 'keadilan' antara bumiputera dan golongan pendatang. Kontrak sosial telah memberi mereka hak kewarganegaraan tanpa tiada tanda-tanda mereka akan kehilangan hak itu sedangkan dalam senyap dan terancang mereka berusaha pula menghapuskan hak-hak istimewa Melayu yang menjadi ganti kepada kewarganegaraan yang telah datuk nenek mereka perolehi.

Perkara ini boleh menimbulkan keresahan rakyat dan perlu ditangani dengan bijak. Orang Melayu semakin rimas dengan situasi begini dan lebih merunsingkan apabila Cina DAP dan Cina MCA ini semakin bermaharaja lela dalam mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur perkauman. Kita pertahankan ISA supaya digunakan pada ketika yang betul dan adil. Kenyataan-kenyataan provokasi ini boleh membangkitkan kemarahan dan keselamatan negara semakin terancam. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.

Jawatan Yang di-Pertuan Agong, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan dipatut sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli.Hak-hak istimewa orang Melayu adalah di bawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Yang di-Pertuan Agung hendaklah mendengar nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, dan segala perubahan baharu berkenaan dengan hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu saya mencadangkan bagi menyekat provokasi berterusan kerajaan boleh menggunakan ISA untuk menahan mana-mana individu atau kumpulan yang sengaja mencabar perlembagaan negara. Undang-undang yang diguna pakai tetapi tidak dikuatkuasakan melambangkan kelemahan kerajaan yang memerintah. Cadangan Zulkifli Nordin agar DAP diharamkan mungkin agak keras tetapi jika tidak lagi terkawal ianya boleh dilakukan. Buat masa ini ISA adalah senjata berkesan bagi menjamin keselamatan rakyat.

Jikalau di zaman Allahyarham TS Ghazali Shafie, Wee Kah Siong dan Tony Pua sudah lama merengkok dalam tahanan ISA. Tapi di bawah Menteri seperti Hishamuddin, hanya amaran-amaran sahaja yang dikeluarkan sehingga beliau digelar 'menteri amaran'. Rakyat bosan dengan tingkah laku menteri yang lembab seperti Hishamuddin kerana beliau tidak mengamalkan 'rakyat didahulukan'dan menyepi jika ada isu-isu kritikal dimainkan.

Selembab-lembab zaman Pak Lah, ada juga tindakan dilakukan. Sebijak-bijak Najib rupanya rasa khuatir dan takut menguasai kerajaan. Apabila rakyat bersetuju Najib mengambil alih kerajaan, mereka mengharapkan perubahan drastik yang lebih baik tetapi dari segi keselamatan rakyat dan negara Najib dan sepupunya lebih suka bermain selamat sedangkan kenyataan-kenyataan itu sudah cukup mencabul perlembagaan dan undang-undang.

ISAkan mereka!

Amir Hamzah
Batu Pahat

Isnin, 26 Julai 2010

Bertemu Tun M di Perth, Australia.

22 Julai hingga 25 Julai 2010 tempohari kawan melancong ke Perth, Australia. Tak sangka pulak berjumpa Tun M semasa solat Jumaat di Masjid Al-Majid, Perth.




Selasa, 20 Julai 2010

Sekitar Majlis Penerangan PERKASA JB

Perkasa Daerah Johor Bahru telah berjaya mengadakan Majlis Penerangan Perkasa pada 17 Julai, 2010 (Hari Sabtu) lalu di dua lokasi iaitu di Zon Gelang Patah dan Zon Pasir Gudang. Bagi program di Pasir Gudang Ketua Wira PERKASA Malaysia, Sdr Arman dan Setiausaha Agung PERKASA Pusat turut hadir.
Program penerangan di Zon Gelang Patah turut dihadiri Setiausaha Agung PERKASA dan Penasihat Undang-Undang PERKASA JB, En Yacob Atan. Terima kasih kepada Pengerusi PERKASA JB Tn Hj.Ghaust dan AJK-AJK termasuklah Ketua Wira PERKASA JB dan Ketua Wira PERKASA Zon Pasir Gudang. Tidak ketinggalan tahniah kepada En. Samad b Atan selaku Naib Yang Dipertua PERKASA Johor yang turut hadir.


Majlis Dailog

Setiausaha Agung PERKASA Malaysia

Penasihat Undang-Undang PERKASA JB

Pengerusi PERKASA JB, Tn.Hj Ghaust Mohamad Yusof


Sajak 'Perjuangan' oleh En. Yusak Kamari (My k)









17 Julai 2010 Jam 3.00 petang
Majlis Penerangan Perkasa
Wira Perkasa Daerah Johor Bahru Zon Pasir Gudang
Di Dewan Raya Taman Plentong Baru

Isnin, 19 Julai 2010

Satu Bahagian 1 Regu?


Semua orang sedia maklum dalam 191 bahagian UMNO diseluruh negara dari jauh kelihatan tenang dipermukaan tetapi pada hakikat sebenar bergelora di dasarnya. Perkara ini bukan menjadi rahsia bagi ahli-ahli UMNO malah ianya sudah dianggap lumrah oleh sebahagian ahli. Boleh dikatakan hampir tiada bahagian yang benar-benar aman di mana ketua bahagian mempunyai satu regu dengan timbalannya, Naib Ketuanya, ketua wanitanya, ketua pemudanya hatta ketua puterinya. Kalau ada pun boleh dibilang dengan jari. Jika tidak melibatkan ketua bahagian, mungkin antara Timbalan dan Naib Ketua dan sebagainya.

Ianya bukan berlaku di dalam UMNO sahaja tetapi berlaku juga di dalam PAS dan PKR. Saya tidak mahu menyentuh tentang perpecahan di dalam PKR dan PAS kerana apabila tiba saatnya mereka akan bersatu dan mereka mempunyai satu matlamat yang jelas dalam pilihanraya umum ke 13 iaitu mengalahkan BN dan memerintah negara ini. Hasrat untuk memerintah negara ini seolah-olah akan tercapai dalam PRU ke 13 setelah mereka melakukan percubaan pertama dalam PRU ke 12 dan hasilnya diluar jangka.

Kesungguhan Pakatan pembangkang jelas terpancar apabila Chua Jui Meng telah diarahkan untuk mengetuai 'Gerakan Tawan Johor' bagi edisi PRU ke 13. Jikalau dahulu, Johor ibarat 'tiang seri' kepada UMNO dan 'Jantung Hati' kepada BN sukar digugat tetapi PRU ke 12, 4 DUN dan 1 Parlimen sudah berjaya dirobek. Ini makna Johor bukan lagi kawasan selamat kepada BN jika dilihat juga negeri itu mempunyai undi rosak tertinggi diseluruh negara. Pembangkang sedang memberi perhatian kepada Johor, Sabah dan Sarawak kerana peti-peti undi daripada negeri ini yang menyelamatkan BN. Apabila ketiga-tiga negeri ini berjaya ditembusi, BN bukan sahaja akan kehilangan majoriti 2/3 tetapi keberangkalian untuk kalah semakin cerah. Itu baru gerakan di Johor, bagaimana pula gerakan mereka di Perak, Terengganu, Melaka atau Negeri sembilan?

Walaupun negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan pembangkang seperti Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan juga mempunyai masalah-masalah yang lebih teruk tetapi rakyat memejamkan mata dan memekakkan telinga dengan isu-isu yang membabitkan kelemahan pemimpin-pemimpin mereka seperti mana isu pasir yang sedang hangat diperkatakan orang sekarang. Pendek kata, PR memang sudah ada 'pengundi tetap' dan mereka sama sekali tidak mempertikaian kesalahan-kesalahan pemimpin mereka sebaliknya mereka menyerang dan menuduh UMNO semula sebagai konspirasi, mempunyai tujuan dan berniat jahat, ada agenda tertentu dan lain-lain tuduhan.

Setelah hampir 2 tahun PRU ke 12, bagaimana pula persediaan UMNO untuk menghadapi gelombang ke 2 nanti. Seperti kata TPM, momentum perubahan atau transformasi dalam UMNO agak perlahan. Di rengangan, krisis, 'perang dingin' di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO peringkat Bahagian seolah-olah tidak boleh diselamatkan lagi. Kebanyakkan pemimpin UMNO di Bahagian yang berseteru akibat daripada perebutan jawatan akan lebih rela parti kalah dalam pilihanraya daripada mereka berbaik-baik dalam satu parti ataupun memberi laluan kepada pemimpin lain. Senario ini sudah lama berlaku di dalam UMNO tetapi ianya masih lagi terkawal dibeberapa negeri tetapi menjadi barah bagi UMNO Kelantan dan Kedah.

Keadaan yang sulit dan tersorok ini akhirnya terdedah juga apabila Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meluahkan rasa kecewa dengan tindakan empat wakil rakyat kawasan Setiu,Terengganu yang tidak hadir majlis perasmian persidangan perwakilan UMNO Bahagian Setiu baru-baru ini. "Mungkin ada masalah tertentu, mungkin ada hubungkait dengan jawatan dan pimpinan. Apa yang saya nak tekankan, apa saja isu dan permasalahan yang timbul antara kita, mesti kita selesaikan dengan bijaksana," katanya ketika berucap merasmikan persidangan itu.

Beliau mengingatkan anggota UMNO supaya menyelesaikan segera permasalahan atau pergeseran yang berlaku sesama mereka dalam usaha mengembalikan semula kekuatan dan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

Selain daripada kekalutan di peringkat bahagian berkenaan dengan jawatan dan kepimpinan ia juga disebabkan dengan pengaruh dengan kepimpinan tertinggi di pusat. Kalau pemudanya, penyokong Mukriz mungkin kurang mesra dengan penyokong KJ. Begitu juga dengan orang-orang Rafidah dan orang Shahrizat. Tidak keterlaluan juga adanya 'krisis' antara penyokong Ali Rustam dan penyokong Muhyiddin Yassin. Jadi ianya bukan berlaku di bahagian semata-mata tetapi ada juga kaitan dengan kepimpinan UMNO Pusat. Kemungkinan hanya Presiden sahaja yang terkecuali kerana Presiden menang tak bertanding dan kesemuanya menjadi 'orang presiden'.

Bagi saya untuk memperbaiki kekalutan yang berlaku di bahagian-bahagian agak sukar kerana 'orang-orang pandai' semakin ramai dan mereka berlumba-lumba menjadi pemimpin. Perebutan jawatan dalam UMNO adalah puncanya dan sudah sampai masanya agar UMNO mencari formula baru dalam memilih kepimpinannya jika tidak mahu 'pergolakan dalam cawan' ini akhirnya boleh membawa bencana kepada parti. Bercakap untuk berpadu dan bersatu memang senang tetapi realitinya di gelangang politik berlaku tikam menikam, cantas mencantas yang menyuburkan lagi dendam mendendam dan 'menutup periuk nasi' lawan masing-masing.

Justeru itu, tidak menjadi sesuatu yang menghairankan jika hasrat Mufti Perak, Harussani Zakaria mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini akan hanya tinggal hasrat. Kalau di dalam satu parti pun sukar untuk mendapat satu regu, bagaimana pula jika parti yang mempunyai tujuan, matlamat dan prinsip yang berbeza boleh bersatu. Parti mana yang mahu mengorbankan kepentingan parti dan pemimpin mana yang mahu mengenepikan kepentingan diri?

Soalnya sampai bila orang Melayu mahu berpecah?

Amir Hamzah
Batu Pahat.