Sabtu, 31 Julai 2010

Program Penerangan PERKASA Pontian.






31 Julai 2010, 'Melayu mesti tahu sejarah dan perlembagaan bumi dipijak milik kita' tajuk ceramah yang disampaikan oleh Prof. Datuk. Dr.Ramlah Adam, AJK PERKASA Pusat. Kira-kira 150 orang hadir ke majlis anjuran Biro Penerangan PERKASA Pontian yang telah berlangsung di Sekolah Agama Teluk Kerang, Pontian bermula jam 9.00 pagi tadi.

Turut hadir ialah Pengerusi PERKASA Pontian Ybhg Dato' Ahmad Kosnan. Wakil-wakil PERKASA daerah-daerah lain pun turut hadir. Program kedua akan berlangsung jam 2.30 petang ini di Dewan Orang Ramai, Kg. Air Baloi, Pontian. Ceramah akan disampaikan oleh Prof. Datuk Dr Ramlah Adam sekali lagi. Terima kasih kepada En. Haron b Mohd.Amin selaku Ketua Penerangan serta Jawatankuasanya sebagai penganjur.

Amir Hamzah
Batu Pahat

Tiada ulasan: