Sabtu, 12 Februari 2011

Mesyuarat Penubuhan' Pribumi Perkasa' kali 1









Venue : Restoran Pha-Pha Gardens, Ulu Kelang
Tarikh: 29 Jun 2008 (Ahad)
Penaja : Dato' Ibrahim Ali.


Secara ringkas tujuan penubuhan Perkasa ialah untuk menyediakan landasan bagi kaum peribumi untuk menegakkan hak2 mereka tanpa mengira fahaman politik. Perkasa akan bertindak sebagai badan berkecuali untuk menangani isu2 semasa yang membabitkan pribumi dan orang Melayu seperti Perkara 153 dan lain-lain yang telah tertulis di dalam perlembagaan.

Cadangan nama asal "Pertubuhan Pribumi Perihatin (PERIHATIN)" telah diubah kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) setelah ada yang hadir mengatakan nama PERIHATIN telah pun digunakan oleh pertubuhan terdahulu.

Di akhir majlis, Dato' Ibrahim Ali telah dilantik sebagai Presiden dan Dato' Fuad Hassan sebagai Timbalan Presiden pro-tem committee sehingga lah mesyuarat agung pertama diadakan dalam masa sebulan.

Namun begitu tidak ramai yang mengetahui tentang sejarah dan idea penubuhan NGO PERKASA ini. Sebelum mesyuarat penubuhan ini saya dimaklumkan oleh sdr Kuda Hitam (Setiausaha Kelab Chedet dan Penolong Setiausaha PERKASA) idea ini datang daripada sessi TT (Teh tarik) Kelab CheDet yang diadakan setiap Malam Sabtu kerana masa itu Tun Mahathir sering dinafikan hak nya utk berucap.Maka dalam sessi itu ahli-ahli Kelab Chedet mencadangkan supaya satu NGO ditubuhkan untuk memudahkan Tun Mahathir berucap di atas platform NGO tersebut. Sdr Syed Hassan bin Syed Ali (Setiausaha Agung PERKASA) telah mencadangkan supaya Ibrahim Ali menjadi Presiden dan dipersetujui oleh semua. Maka Sdr Syed Hassan telah diamanahkan untuk membuat cadangan itu kepada Dato'Ibrahim Ali dan alhamdullilah Tok Yim setuju. Cuma nama NGO tersebut tidak digalakkan utk dikaitkan dengan nama Tun Mahathir.

Sdr Kuda Hitam (nick name) adalah pencatat minit mesyuarat penubuhan Pribumi Perkasa pertama kerana Setiausaha ada urusan di Sepang.

Amir Hamzah
Batu Pahat

Tiada ulasan: