Ahad, 27 Februari 2011

Genap Setahun Perlancaran PERKASA JB.

Perkasa Daerah Johor Bahru telah mengadakan majlis sambutan ulang tahun penubuhannya di Masjid Jamek Ulu Tiram, Johor Bahru pada 27 Februari, 2011. Majlis tersebut diisi dengan bacaan Yasin , tahlil, solat maghrib, ucapan Tuan Hj Mohd Ghaust Mohd Yusof, Pengerusi Perkasa Johor Bahru, Takzirah dan solat ‘Isyak. Bacaan Tahlil ditujukan khas kepada almarhum dan almarhumah pejuang-pejuang Melayu. Manakala Takzirah pula disampaikan oleh Ustaz Mohd Farid dari Majlis Keselamatan Negara.

Hj Mohd Ghaust di dalam ucapannya mengucap ribuah terima kasih kepada Pengerusi Perkasa Zon Tebrau Encik Hashim, Pengerusi dan Jawatankuasa Pentadbir Masjid, Pengerusi JKKK Kg Ulu Tiram dan masyarakat berhampiran kerana sudi bersama-sama menjayakan majlis ini. Majlis dihadiri seramai 150 orang.

Ustaz Mohd Farid pula mengajak orang Melayu bersatu dan berjihat untuk mempertahankan agama Islam dan menentukan bahawa negara ini terus dipimpin oleh orang Melayu. Bangsa lain amat cemburu dengan kepimpinan Melayu dan secara terancang mereka sedang melaksanakan gerakan mengurangkan kuasa Melayu setelah mereka menguasai bidang-bidang lain. hanya orang Melayu saja yang boleh memerintah secara adil di Malaysia ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib YDP1 Perkasa Johor Encik Samat Atan dan ahli-ahli Persatuan Seni Silat Sengkelat Pendekar Endol Johor Bahru.

Tiada ulasan: