Jumaat, 11 Februari 2011

Siap Siaga.....tunggu arahan pusat!

PERKASA Johor menunggu lampu hijau daripada PERKASA Pusat untuk buat laporan polis. 10 PERKASA daerah akan buat perkara yang sama......

Ketua Wira PERKASA Armand Azha Abu Hanifah membuat laporan polis bagi mendesak Pejabat Peguam Negara menarik kembali pasport antarabangsa milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Armand, beliau mendapat maklumat Anwar sedang mengatur perancangan tersusun untuk mendapat suaka politik di luar negara.

"Beliau akan meniru cara bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Sinawarta yang melarikan diri ke luar negara dan mengatur rusuhan (civil disobedience) seperti rusuhan Baju Merah di Bangkok," kata Armand kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi petang Jumaat.

Jelas Armand lagi, beliau mendapat maklumat satu cubaan membangkitkan kemarahan rakyat melalui satu kemalangan jalan raya akan dilakukan melibatkan Anwar.

"Paling serius perancangan membangkitkan kemarahan penyokong dengan mendakwa kerajaan akan membunuhnya (Anwar) melalui insiden kemalangan jalan raya.”katanya.

Beliau mendakwa rancangan itu dibincangkan semasa satu perjumpaan pemimpin PKR di ibu pejabat PKR pada 2 Febuari lalu.

Ketika ditanya sumber maklumat beliau, Armand berkata beliau telah mendedahkan kepada pihak berkuasa dan dinasihatkan supaya tidak memberitahu media atas alasan bimbang menganggu siasatan.

Kata Armand, beliau membuat laporan polis untuk mendesak Peguam Negara memohon kepada mahkamah supaya menahan pasport antarabangsa Anwar supaya beliau tidak melarikan diri dan menjadi pemimpin buangan.

"Laporan ini juga dibuat bagi menangkis persepsi negatif yang cuba diwujudkan oleh Anwar kepada rakyat jika sesuatu perkara buruk terjadi ke atasnya," kata beliau.

Agendadaily difahamkan hari ini sahaja tiga laporan polis serupa dibuat PERKASA. Selain di Dang Wangi, satu di Sentul dan satu di Putrajaya.

"Kami akan buat di seluruh negara, supaya pihak berkuasa memandang serius kes ini," katanya.

Berita asal klik di sini.


Amir Hamzah
Batu Pahat

2 ulasan:

amirhamzah64/ 64أمير حمزه berkata...

Ini Komen PM:

"Saya tak tahu apa-apa" - itu kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai dakwaan PERKASA Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang hadapi perbicaraan kes liwat nak lari ke luar negara dan cetuskan huru hara dalam negara dari sana.Beliau menjawab soalan berkenaan semasa sidang akhbar awal petang Sabtu ketika waktu rehat semasa adakan pertemuan dengan Ketua-ketua UMNO Bahagian di PWTC ,Kuala Lumpur.Katanya sebelum ini pun sudah ada banyak laporan polis dan ada yang tidak ada apa-apa tindakan dan ada yang diambil tindakan. Najib serah pihak polis siasat laporan polis yang dibuat oleh PERKASA itu.

Unknown berkata...

Di Kota Tinggi pun kami tggu arahan....