Rabu, 16 Februari 2011

PERKASA JOHOR BAHRU BERGABUNG DENGAN PERSATUAN SILAT

Pada 12 Rabiulawal, umat Islam menyambut Maulidurrasul SAW.
Pada tarikh tersebut juga Perkasa Johor Bahru menghadiri majlis ringkas bertukar cenderamata dengan Persatuan Seni Silat Sengkelat Pahlawan Endol di Bandar Dato' Onn, Johor Bahru.

Perkasa Johor Bahru diwakili Pengerusi, Naib, Ketua Zon, Pegawai dan AJK. Turut hadir Naib YDP1 Perkasa Negeri Johor. Manakala PSSSPE diwakili Pengerusi, Pegawai ,AJK dan Jurulatih serta pelatih-pelatih seramai 30 orang.

Pengerusi amat berbangga dengan kehadiran dan keperihatinan serta sokongan Perkasa dan mereka semua memohon menjadi ahli Perkasa.Persatuan mempunyai 10 gelanggang yang terdiri dari 3 orang dewasa dan 7 diperingkat sekolah. Seni silat ini berasal dari negeri Pahang.

Wakil Perkasa yang berucap, Pengerusi Perkasa Johor Jahru, Hj Ghaus Mohd Yusof dan Naib YDP 1 Perkasa Johor Samat Atan mengucapkan setinggi penghargaan dan berbesar hati kerana Persatuan ini ujud serta aktif menambah keahlian.

Di atas kesedaran ini, Perkasa Johor Bahru akan berusaha menubuhkan cawangan dan rangkaian seni silat tersebut.

En.Samat Atan.
NYDP 1, PERKASA Johor
Johor Bahru.

Tiada ulasan: