Khamis, 10 Februari 2011

Terima kasih Daun Keladi



Saya mewakili YDP PERKASA Johor Y.Bhg Datuk Abd Rahman b Abu Bakar dan keluarga PERKASA Johor mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada PERKASA Daerah Kelang khasnya kepada pengerusi Sdr Abu Bakar Yahya bersama sama Ahli Jawatakuasa beserta ketiga tiga sayap PERKASA Daerah Kelang yang telah turun dari jauh memberi bantuan kepada masa banjir di Bukit Gambir, Ledang Johor.

Pihak PERKASA Daerah Ledang telah menyambut rombongan daripada Kelang berkebetulan pula dapat bersama dengan YAB Menteri Besar Johor yang turut dalam rangka lawatan ke tempat yang sama.

Pihak PERKASA Negeri Johor turut memberi sumbangan melalui YDP Negeri sama ada dalam bentuk wang tunai dan juga membantu memohon daripada agensi-agensi kerajaan seperti JKM, ahli-ahli perniagaan malah turut mendapat sumbangan daripada YAB TPM sendiri yang mana kawasan Parlimennya di Pagoh turut dilanda banjir.

YDP Negeri sendiri terpaksa berada di Segamat dalam tempoh yang lama iaitu semenjak kempen Pilihanraya DUN Tenang sehingga kepada peristiwa banjir melanda daerah-daerah di Johor khususnya di Segamat. Ahli-ahli PERKASA Batu Pahat dan Muar juga tidak ketinggalan menghulurkan bantuan khidmat sukarela di Pusat Pemindahan Banjir di Seri Medan dan Pagoh.

Sehingga ke hari ini, kerja-kerja bantuan masih berterusan dengan mendapat kerjasama daripada Pejabat Daerah-Pejabat Daerah yang berkaitan.

Klik di sini ' Misi Bantuan Banjir PERKASA'

Amir Hamzah
Batu Pahat

Tiada ulasan: