Tiga orang anak Pak Berahim yang saya maksudkan adalah Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim dan Zaid Ibrahim. Mereka ini sedang menyinsing lengan di gelanggang pilihanraya kecil P94, Hulu Selangor sehingga hari mengundi pada hari Ahad 25 April akan datang. Mungkin secara kebetulan nama bapa mereka adalah serupa dan secara kebetulan mereka ini adalah antara orang-orang penting dalam PKR.
Walaupun ketiga-tiga orang ini adalah watak utama dalam PKR tetapi mereka membawa sekantung masalah untuk berhadapan dengan pengundi di Hulu Selangor. Mereka bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan pengundi tetapi kepada penyokong-penyokong mereka sendiri. Semalam Anwar sekali lagi menerima tamparan hebat apabila sahabat yang sama-sama memperjuangkan penubuhan PKR pada 1999 telah keluar parti dan memilih UMNO sebagai parti pilihannya. Datuk Dr Halili b Rahmat yang juga bekas doktor peribadi Anwar telah mengambil keputusan nekad di tengah-tengah kesibukan kempen pilihanraya.
Antara komen menarik Halili seperti yang dipetik daripada Utusan Malaysia, 'Saya tidak pandai berkata-kata dan mengutuk orang tetapi saya hanya tahu menyelebahi pihak yang benar'. Walaupun bukan Azmin Ali atau Wan Azizah yang keluar parti tetapi dikala saat getir ini keputusan Halili itu akan memeningkan lagi kepala Anwar. Tambahan lagi Halili pasti akan digunakan untuk ceramah menyerang Anwar dan PKR.
Strategi Anwar untuk menyerang BN atas isu firma perunding Apco Worldwide (Apco)sudahpun dijawab kerajaan malah telah diterangkan secara terperinci oleh Apco sendiri. Walaupun sudah dilakukan di Dewan Rakyat tetapi Anwar terus memanaskan lagi isu ini dalam siri kempen-kempen pilihanraya. Rakyat sudah jelak dengan taktik ini dan ramai dikalangan rakyat berpendapat bahawa tujuannya semata-mata untuk mengalihkan pandangan umum daripadsa pertuduhan liwatnya yang tidak selesai-selesai.
Klentong Anwar abad ini ialah dengan mengatakan bakal berlaku peralihan kuasa Kerajaan Persekutuan pada 16 September 2008 pada hal tidak ada apa-apa pun yang berlaku walaupun Anwar menyatakan keyakinan ada 30 MP BN akan melompat ke Pakatan Pembangkang. Lebih memualkan Anwar cuba mengaitkan dengan Panglima Angkatan Tentera serta penglibatan Yang Dipertuan Agong dalam peralihan kuasa tersebut.
Ceramah Anwar di Hulu Selangor dikhabarkan agak dingin. Malam tadi semua ceramah Anwar dibatalkan kerana kehadiran sekitar 50-60 orang pada malam sebelumnya sungguh mengecewakannya. Malah Anwar terbang ke Sibu pula. Pendekata klentong Anwar Ibrahim dah tak laku lagi di Hulu Selangor.
Khalid Ibrahim, MB Selangor pastinya akan dihujani dengan tuntutan-tuntutan rakyat seperti mana yang dijanjikan pada PRU 2008 yang lalu.
Itu tidak termasuk isu pasir yang sepatutnya mengutip hasil pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009. Namun sehingga 21 Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diperolehi hanya RM 4,678,021.84. Cekap atau tidak Si Khalid gagap ni?
Bagaimana pula dengan Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor (YBK) yang berjuang untuk membasmi kemiskinan di Selangor. Baca di sini untuk lebih jelas lagi.
Anak Pak Berahim yang ketiga ialah calon PRK P94 mewakili PKR Zaid Ibrahim. Pemilihannya juga satu kontroversi. Beliau bukannya anak tempatan walaupun sudah 30 tahun menetap di Petaling Jaya. Mungkin itu isu kecil. Bagaimana pula tentang isu moral yang mendapat liputan meluas dikalangan media baru dan para blogger. Azmin Ali mungkin tersenyum lebar kerana BN telah membantu beliau 'menjahanamkan' impian Zaid. Sehingga setakat hari ini, Zaid tidak dapat menangkis dengan kemas semua dakwaan yang berkaitan dengan moralnya.
Serangan bertali arus daripada BN benar-benar membuatkan 3 orang anak Pak Berahim dalam keadaan cemas.
Amir Hamzah b Hj Mohamad
Setiausaha PERKASA Johor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan