Jumaat, 7 Mei 2010
Orang Sendiri Yang Londehkan PKR dan PAS
Mengapa sebahagian lagi Melayu di negara ini masih kurang yakin dengan kedua-dua parti yang diketuai oleh orang Melayu iaitu PKR dan PAS yang sekarang ini duduk sekandang dengan DAP. Ada juga orang Melayu yang inginkan perubahan pucuk pimpinan negara agar UMNO 'memberi laluan' kepada gabungan PKR, PAS dan DAP untuk mentadbir negara ini. Itu dulu. Selepas beberapa siri PRK, nampaknya golongan ini sudah mula 'tarik break' agar perubahan itu TIDAK berlaku dan BELUM boleh berlaku sekurang-kurangnya selepas pilihanraya ke 13 nanti.
Apakah yang boleh digantungkan harapan kepada kedua-dua parti ini untuk menggalas harapan rakyat bagi menggantikan UMNO dan BN jika kedua-dua parti ini bukan saja semakin 'pekung' tapi pergolakan dalaman parti amat membimbangkan. Pendek kata tidak memberi gambaran yang meyakinkan kepada orang Melayu bagi menjaga kepentingan mereka.
Ramai orang Melayu gusar apabila melihat pergolakan dalaman di dalam PKR khususnya apabila pemimpin-pemimpin penting telah keluar parti menjadi wakil rakyat bebas atau menjadi ahli parti lain. Senario ini membuktikan ada sesuatu yang tidak kena terhadap kepimpinan tertinggi PKR. Dakwaan pemimpin-pemimpin yang keluar parti yang selalu kita dengar ialah sudah hilang kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim, dasar-dasar parti yang sudah menyimpang daripada perjuangan asal, pilih kasih dan tiada persefahaman dengan beberapa pemimpin-pemimpin PAS.
Anwar Ibrahim sendiri gagal dalm usaha terakhirnya membuat rayuan (klik di sini)di Mahkamah Rayuan untuk menggugurkan kesnya juga telah menimbulkan rasa meluat dan jelek di kalangan orang Melayu yang tidak berpihak kepada mana-mana parti. Mereka mahu Anwar menang secara 'anak jantan' di mahkamah bukannya mencari helah untuk mengugurkan kesnya tetapi berhujah dan mempertahankan dirinya di mahkamah. Kalau kalah pun ianya adalah kekalahan yang 'bermaruah' dan jika menang tentunya akan melonjakkan semula Anwar dipersada politik tanah air.
Sudahlah kes liwatnya bertangguh-tangguh, perancangan 16 Septembernya juga gagal. Kegagalannya merampas Putrajaya telah mengecewakan banyak pihak sehingga ramai pemimpin-pemimpin PKR meninggalkan parti itu. Lebih memedihkan, pendedahan oleh rakan-rakan karibnya seperti Zahrain dan Zulkifli selepas keluar dan dipecat oleh PKR menyebabkan runtuhnya sedikit demi sedikit kepercayaan rakyat Melayu kepada Anwar. Jelas lah bahawa pemimpin-pemimpin PKR sendiri tidak bersatu, tikam menikam, sekat menyekat dan berebut kekayaan dan jawatan. Semuanya yang berlaku di dalam PKR adalah pendedahan ORANG-ORANGNYA SENDIRI bukan daripada pihak lain sama ada pihak lawan atau media. Apa lagi yang hendak orang Melayu gantungkan harapan kepada PKR?
Begitu juga PAS yang semakin kalut sejak akhir-akhir ini apabila ORANG-OARANG SENDIRI juga yang menelanjangi parti itu. Syed Azidi Syed Aziz@ blogger Kickdefella sudah bersedia untuk menjadikan pemimpin-pemimpin PAS gigit jari seandainya blogger bekas penjilat Husam itu membuka pekung PAS sedikit demi sedikit. Nik Aziz yang bersih dan suci itu pun diseret sama.(klik di sini) PAS tidak boleh selama-lamanya berselindung disebalik identitinya sebagai sebuah parti Islam yang dilihat tidak mungkin boleh berbohong. Mereka menggali lubang yang memerangkap diri sendiri.
Bagi orang kebanyakkan untuk memburuk-buruk pentadbiran Pak Lah tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak sehingga RM 4 juta. Tanpa publisiti yang meluas pun rakyat sudah dapat menghidu kelemahan itu. Husam Musa mengakui “PAS sering dibantu oleh jutawan serta golongan korporat yang ingin mendapat keredhaan Allah di atas apa yang mereka belanjakan,” Kalau itu sumbernya apakah redho si penderma jika duit yang didermakan bukan untuk fisabilillah tetapi untuk menjatuhkan seorang pemimpin Islam lain dengan cara memburuk-burukkannya. Husam pun dah mengaku, lagi pun apa yang hendak dipelikkan sangat, selain daripada derma-derma jutawan dan ahli koporat, Husam berkawan dengan parti yang banyak duit. klik di sini.
Husam yang lebih dikenali sebagai pihak PAS Erdogan yang rapat dengan Anwar Ibrahim semakin kalut dengan dakwaan blogger Kickdefella. Sejak berkawan dengan PKR, terlalu banyak isu-isu di dalam PAS yang membuatkan rakyat menilai bahawa PAS sudah banyak berubah terutama dari segi dasar perjuangan. PAS sanggup 'melacurkan' perjuangan yang telah disuburkan oleh pemimpin-pemimpin mereka terdahulu khususnya di zaman Fadhil Nor. Atas nama persahabatan antara PKR dan DAP, PAS sudah jarang menyebut perkataan Islam kecuali ketika bersama orang-orang Islam yang mereka perdaya. Rakyat sudah melihat tidak ada bezanya antara PKR dan PAS. Elok dibubarkan sahaja salah satu parti itu. Anwar masuk PAS atau Hadi masuk PKR?
Apa yang ingin ditekankan di sini ialah segala kemelut yang berlaku di dalam kedua-dua parti ini sebenarnya bukan datang daripada anasir luar tetapi oleh 'orang-orang sendiri' yang kecewa. Orang yang kecewa lambat laun akan memberi masalah kepada parti. PKR dan PAS sudah tersasar dan harapan mereka untuk mengantikan UMNO semakin tipis sebab sekarang mereka lebih teruk daripada UMNO.
Lihat lah DAP, mereka bukan sahaja mengurangkan krisis tetapi berjaya menenggelamkan MCA dan GERAKAN. Penangan DAP kepada MCA dan GERAKAN membuatkan parti itu menjadi seperti pengemis kepada pengundi-pengundi Cina. Sejak pilihanraya ke 12, undi Cina sudah beralih kepada DAP dan sekutunya. Bagaimana pula sumbangan PKR dan PAS meraih undi Melayu. Pilihanraya Kecil P94 Hulu Selangor telah membuktikan DAP jauh lebih berjaya daripada PKR dan PAS. DAP berjaya meraih 72% pengundi Cina dan menurunkan sokongan undi Cina kepada 27% sahaja kepada BN berbanding 38% pada PRU ke 12 lalu. Pilihanraya Umum akan datang undi Cina dijamin 85-90% akan disumbangkan kepada Pakatan pembangkang di semua kerusi parlimen seluruh negara. Dalam masa yang sama undi Melayu sudah berbalik kepada BN.Yang tinggal adalah penyokong-penyokong tegar mereka sahaja. Siapakah nanti yang lebih 'power' antara PKR, PAS dan DAP?
Pendek kata PKR dan PAS jangan salah orang lain terutama media dan musuh politik mereka. Salahkan diri sendiri dan belajarlah daripada DAP.
Amir Hamzah bin Hj. Mohamad
Setiausaha,
PERKASA Johor
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
semalam g tengok SANG BERAHI ceramah FITNAH kat Lorong 4, Tmn Saujana Plentong, JB.
1.Tanya ngan PEMUDA PAS TEBRAU knapa panggil ANU bagi FITNAH?? Tokoh PAS yg POWER kan ada.. jawbnya.."lebih MUDAH nak PECAHkan UMNO guna SANG BERAHI ni.."
2.tabur FITNAH selama hampir 1 1/2 jam, Xde FITNAH lain.. APCO, DSN, anak2 Tun, melaga-lagakan MELAYU, maki hamun, MENGHASUT..
3.hasrat untuk MENGUMPUL lebih
5 RIBU PENDENGAR FITNAH tidak kesampaian apabila hanya kurang dari 800 org yg HADIR termasuk KAKI PUKUL belakang yg dibawa oleh SANG BERAHI dari KL dan hanya 22% PENYOKONG berbanding ATAS PAGAR & ORANG KAMPUNG..
4.selesai FITNAH, PEMUDA PAS pening kepala.. muka BERKERUT!! camne nak BAYAR ANU kalau SUPPORTERS Xsampai 1000 org, DUIT COLLECTION Xcukup.. ingat PENCACAI ANU & KAKI PUKUL belakang yg DATANG DARI KL tu FREE ke??
5.SANG BERAHI sedar, TAKTIK nak KENCING org bandar guna IT dah BERKUBUR.. SEMUA LUBANG Anu dikorek dalam internet.. paling MUDAH, KENCING orang kampung plak!
6.masa bersurai, kawasan FITNAH penuh SAMPAH yg Xdibersihkan oleh PENGANJUR FITNAH.. time tu ada PASAR MALAM plak, HORMAT RAKYAT ke buat FITNAH kat kawasan BERNIAGA?? tengok muka PENIAGA semua TENSION, mana tak.. camne orang kampung nak g pasar malam bila laluan SESAK dengan LANGAU LUAR??
7.SILAPnya.. Xnampak PEMUDA BN, hanya PEMUDA UMNO yg tagak sorang-sorang.. SANG BERAHI plak datang dengan Chua Juboq Mei & geng-geng PASrael JB.. JANGAN jolok ANUwar secara SOLO, gunakan BN untuk buka mata RAKYAT dan BOGELkan SANG BERAHI... baru nampak UNITED!!!
p/s; tengok BODYGUARD & PENCACAI ANU, semuanya MUDA belaka.. Xde yg KENAL siapa ANU sebelum era 80'an, kesian PEMUDA MELAYU kena KENCING hidup-hidup!!!
Salam naDim'IQ,
Terima kasih atas maklumat....Dekat Sibu bendera PAS pun berkibar semasa penamaan calon....letih tgok PAS kena main dgn PKR dan DAP....
Org lama PKR semua dah cabut..setuju dgn saudara...keliling Anu adalah org muda yang mudah digula2 oleh Nuar....macam Saiful gak..Nuar tu idola dia...akhirnya kena jubor baru tau....hehehe
"PKR dan PAS sudah tersasar,harapan untok mengantikan UMNO tidak kesampaian kerana sekarang mereka lebih terok dari UMNO".
Satu kenyataan yang memperakui yang UMNO sudah terok,UMNO sudah tidak seperti UMNO yang dahulu,memperjuangkan dan melindongi kepentingan Melayu, UMNO sekarang dilihat lebih mendekati kepentingan orang lain dan lupa kapada pendokongnya.
Orang Melayu pada lazimnya tidak mudah beralih arah,Mereka adalah satu bangsa yang setia dengan turutan ,tetapi kini dilihat kesetian mereka diperlekehkan.
Ini adalah salah satu puncha mengapa Melayu beralih arah,dan barang diingat Melayu bukan penilai terbaik dan agak emosi dalam menjangkau pandangan.
Masakan PKR dan PAS bolih berkembang dengan mengejutkan dalam PRU 12 sekiranya penilaian terhadap UMNO olih orang Melayu itu tinggi. Ini adalah hakikat yang harus diperbetulkan olih UMNO sendiri untok dilihat relevent pada mata orang Melayu yang mendokong, bukannya untok dilihat sebagai jagoh untok orang lain.
Kemelot yang berlaku dalam PKR dan PAS adalah satu rahmat buat UMNO ,saolah-olah diberi peluang untok membetulkan diri agar dapat diterima kembali 'sekiranya UMNO sedar'dan meginsafi kelemahan dengan memainkan sikoliji politik bagi menawan semula hati-hati mereka yang tersasar,bukannya mengikut rentak PKR dan PAS yang mengamalkan teknik politik murahan.
Sebagai parti orang Melayu yang ditubohkan olih orang Melayu UMNO sepatutnya lebih memahami cara berpikir orang Melayu.
1sekolah >1bahasa >1Malaysia
Sehingga Tun M pun berbunyi :Dr M tells Umno to put Malays first
KUALA LUMPUR, May 7 — Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad articulated today a widely held sentiment in Umno — that going after the Chinese vote is risky and unproductive.
Instead, he appears to suggest in a posting on his blog today that Umno should first ensure that Malay interests are taken care of, especially in the face of what he called “attacks by the Chinese.”
“We hear a lot about demands by Chinese extremists questioning the provision of Malay special rights in the constitution, demanding an end to the NEP, [a] reduction of quotas for Malay students. They even say the Malays are also ‘kaum pendatang’ or immigrants. An article even claims that there is no such thing as a Malay race.
petikan Malatsian Insider.
Salam Tuan Tulis,
Padan muka PKR, terlondeh sebab tak kuat ikat perut. Tu le rupa parti nak kojol cepat...
Catat Ulasan