Sabtu, 11 September 2010

Tengku Adnan Tidak Adil Kepada PERKASA


Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan UMNO tidak akan menyokong Ahli Parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali jika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon Bebas. Sebaliknya kata beliau, Umno akan meletakkan calonnya seperti yang dilakukan masa-masa lalu di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan. Malah beliau juga menolak tanggapan kebanyakan pihak bahawa Umno menjalin kerjasama ataupun memihak perjuangan PERKASA.

1. Satu pernyataan yang jelas bahawa UMNO dan PERKASA tidak ada kaitan langsungseperti mana yang didakwa pembangkang bahawa PERKASA adalah NGO tajaan UMNO. Kenyataan Setiausaha Agung UMNO itu mematikan perangkap pembangkang yang pasti akan memainkan isu ini. Adalah dijangkakan isu PERKASA akan dimainkan oleh Pakaran Rakyat dalam PRU 13 nanti.

2. UMNO adalah parti politik sedangkan PERKASA adalah NGO Melayu. Disebabkan ianya adalah NGO maka ahli-ahli UMNO tidak segan silu menyertainya. Jikalau Ibrahim Ali menubuhkan parti baru yang dinamakan PERKASA, ianya tidak sehebat sekarang. PERKASA adalah pengimbang antara Siqui dan Hindraf. Jika kedua-duanya masih ada .mengapa PERKASA perlu dihalang.

3. Mengapa Chua Soi Lek tidak memberi amaran kepada Siqui ataupun Jiao Zong dan Dong Zong supaya tidak membuat tuntutan-tuntutan melampau melibatkan hak-hak istimewa Melayu bagi mengelak undi Melayu akan lari daripada menyokong MCA di kawasan-kawasan yang ditandingi MCA. Malah Presiden MCA itu sendiri yang membuat cadangan agar kepentingan 30% Bumiputera dalam ekonomi dihapuskan secara beransur-ansur. Mengapa Tengku Adnan tidak menasihati pemimpin MCA itu kerana tindakannya boleh menyebabkan pengundi Melayu akan melakukan protes yang boleh menyebabkan kemerosotan undi Melayu kepada BN?

4. Mengapa Tengku Adnan tidak mengarahkan MCA dan Gerakan menjauhi Siqui yang nyata racist malah membiarkan MCA dan Gerakan menjadi alat kepada Siqui dalam membuat tuntutan?

5. Fasal 4: Tujuan dan Matlamat PERKASA ditubuhkan khas untuk tatapan Tengku Adnan, KJ dan Nazri Aziz.

1. Memperkasakan Islam sebagai agama Persekutuan.

2. Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

3. Memperkasakan Kedaulatan Raja-raja Melayu

4. Mempertahankan hak-hak Istimewa orang Melayu

5. Memperkasakan Kaum Pribumi

6. Mempertahankan kedaulatan negara.

6. Bab tujuan dan matlamat PERKASA hanya menyebut dua perkataan sahaja yang kononnya menimbulkan kemarahan banyak pihak iaitu 'MEMPERKASAKAN' dan ' MEMPERTAHANKAN'. Dua perkataan ini tidak bermaksud menyerang malah hanya sekadar mempertahankan serta memperkasakan perkara-perkara yang sememangnya sedia terpelihara. Daripada 6 tujuan tersebut mana satukah yang menyalahi undang-undang negara?

7. Jikalau Setiausaha Agung UMNO membuat kenyataan keras bahawa UMNO akan menjauhi PERKASA, maka rakyat melihat bahawa UMNO juga secara tidak langsung semakin jauh dengan 6 perkara yang disebut itu. Adakah Tengku Adnan membuat kenyataan setelah merujuk perlembagaan PERKASA atau tertekan dengan desakan parti-parti komponen BN? Tengku Adnan berkata PERKASA akan menyebabkan undi bukan Melayu akan lari ke PR, bagaimana pula dengan Undi Melayu yang merupakan majoriti di negara ini? Apa pula jaminan Tengku Adnan bahawa tanpa PERKASA, undi Cina dan India akan kembali kepada BN dalam PRU ke 13 sedang PRU ke 12, tanpa PERKASA pun BN hilang 5 negeri?

8. Jikalau Tengku Adnan bermusuh dengan Ibrahim Ali maka selesaikan di kantin parlimen jangan kaitkan dengan PERKASA yang Ibrahim Ali pimpin. Seperti juga KJ dan Nazri yang bermusuh dengan Tun M maka PERKASA menjadi mangsa oleh kerana Tun M adalah penasihat kepada PERKASA. Jika bukan Tun M menjadi penasihat kepada PERKASA, kemungkinan KJ dan Nazri menyokong dalam senyap penubuhan PERKASA.

9. Jikalau Tengku Adnan, KJ dan Nazri mengecam PERKASA tidak bermakna semua pemimpin UMNO tidak bersetuju dengan UMNO. Noh Omar dan Zahid Hamidi kelihatan selesa dengan PERKASA.

10. Pendekata UMNO sebagai parti politik sedangkan PERKASA adalah sebagai NGO, kita lain reban.

11. Sepatutnya di Aidil Fitri, umat Islam meraikan kemenangan menahan nafsu di bulan Ramadhan. Namun kehadiran Syawal umat Islam di Malaysia semakin berpecah. Kenyataan Tengku Adnan memperlihatkan betapa kritikalnya perpaduan Melayu itu di tanah airnya sendiri.

Amir Hamzah

Batu Pahat.

1 ulasan:

rizzul berkata...

Mula dah otai2 UMNO termasuk budak yg kononnya pandai tapi belum otai, gelabah....jangan sampai pertimbangan tanpa kewarasan penuh. Otai patutnya mesti 'cool', x gelabah. Kwn memang risau bebenor yg dikendung tu cicir separuh, yg dikejar tu...lagilah menjauh...baru ada akal kita!