Jumaat, 12 November 2010
Sukarnya Hendak Mengajak Orang Keluar
Sejak mutakhir ini agak sukar nak mengajak orang keluar lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal perjuangan. Bagi setengah orang bila sebut soal perjuangan rasa nak termuntah pun ada. Tak kiralah perjuangan untuk apa. Baik yang disebut itu perjuangan untuk agama, bangsa dan negara kah, perjuangan untuk menegakkan negara Islam kah atau perjuangan untuk menuntut keadilan kah....kebanyakkannya dipandang sinis oleh kebanyakan orang. Pada hal kesemua itu dituntut untuk kita tegakkan.
Namun hakikatnya perjuangan untuk perut dan kocek juga yang menjadi persepsi kebanyakan orang. Walaupun baru 53 tahun merdeka, persepsi ini sudah tertanam di dalam minda rakyat. Sukar untuk mencari pemimpin yang betul-betul memperjuangan agamanya, bangsanya dan negaranya. Kalau kita perhatikan pemimpin-pemimpin baik di pihak kerajaan maupun pihak pembangkang sama saja cara dan stail kehidupan mereka. Jarang kita jumpa dikalangan mereka hidup secara sederhana dan dalam masa yang sama ikhlas berjuang dan berkhidmat untuk rakyat.
Pada masa ini rakyat tidak ada pilihan. Apabila tiba pilihanraya, rakyat terpaksa keluar juga mengundi bukan kerana memang mengharapkan satu kerajaan yang baik, bebas rasuah, cekap, kurang birokrasi atau sebagainya tetapi hanya kerana satu keperluan memilih sebuah kerajaan untuk mengurus dan mentadbir negara. Rakyat nampaknya begitu mengidam dan kepinginkan sebuah kerajaan yang betul-betul bersih, cekap dan amanah.
Saya mengambil contoh pemilihan pucuk peimpinan PKR yang sedang berlangsung sekarang. Kita sendiri pun boleh merasakan betapa sukarnya untuk ahli-ahli PKR keluar mengundi. Sepatutnya bagi saya, sebuah parti yang memperjuangkan keadilan dan ketelusan sewajarnya kesungguhan ahli-ahli parti untuk keluar mengundi berada ke satu tahap yang sangat tinggi. Apatah lagi pemilihan kali ini menentukan siapakah yang memegang teraju utama parti yang akan menghadapi pilihanraya yang sangat penting kepada PKR dan Pakatan Pembangkang.
Berdasarkan laman web rasmi PKR jumlah undi pusingan minggu ketiga yakni hujung minggu lalu Azmin Ali dapat 6,467 undi, Zaid Ibrahim 3,988 manakala Mustafa Kamil Ayub 1,215. Jumlah keseluruhannya hanya 11 600 apabila ditambah jumlah undi yang diperolehi oleh ketiga-tiga calon berkenaan.
Sehingga minggu lepas 87 cabang sudah mengadakan pengundian. Jika dikira purata setiap cabang hanya terdapat 134 orang ahli sahaja yang keluar mengundi. Berdasarkan jumlah keahlian PKR seramai 400,000 daripada 222 cabang PKR seluruh negara, maka setidak-tidaknya 1800 orang perlu mengundi di setiap cabang. Baru lah pemimpin yang dipilih itu benar-benar dipilih secara demokratik berdasarkan konsep kuasa diperolehi daripada 1 orang 1 undi.
Mengikut perkiraan demokratik PKR sewajarnya setiap cabang secara puratanya 1800 orang yang hadir dan sehingga minggu lalu sepatutnya ada 156 660 orang yang patut mengundi jika 1800 di darab dengan 87 cabang yang sudah membuat pemilihan bukannya 11 600 seperti yang diumumkan. Ini mesyuarat cabang yang mempunyai agenda penting iaitu mengadakan pemilihan pucuk pimpinan tertinggi, bagaimana pulak jika tahun tersebut hanya mesyuarat biasa tanpa pemilihan. Mengikut logiknya jumlah kehadiran tentu akan lebih menguncup. Bagaimana pula sesuatu keputusan atau usul kepada parti hanya ditentukan oleh beberapa kerat di peringkat cabang.
Ketika bersembang dengan kawan-kawan di kedai kopi, ada juga kawan yang terpacul mengatakan itulah ahli sebenar PKR yang ada. Dakwaan 400 000 tu entah benar atau tidak. Gedembong jer lebih, kononnya nak tunjuk ramai ahli tapi mesyuarat sepenting ini yang menentukan kepimpinan parti, hala tuju parti tambahan pilihanraya semakin hampir tak mungkin tidak dapat membakar semangat ahli-ahlinya untuk keluar mengundi. Jikalau sudah dikira purata 134 orang dalam satu cabang......kata sahabat saya tadi , itulah jumlah sebenar ahli-ahli PKR yang ada pun.
Kadang-kadang mengingati kata-kata kawan saya tadi....saya tersenyum sendiri.
Amir Hamzah
Batu Pahat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Sepatutnya gembira bila melihat orang melayu menonjol kehadapan bukan perli dan rasa iri hati. Tak nak komen ke respon Dr Chua Soi Lek mengenai tutup kedai bila hari raya haji
CSL tu parasit dalam BN. Kalau Melayu ni la tak payah ler.....mengabih kan boreh jer.....
Catat Ulasan