Selasa, 25 Januari 2011

PERKASA Kota Tinggi Keahlian Tertinggi Di Johor


PERKASA Daerah Kelang mencatat keahlian tertinggi iaitu mencecah 5000 orang setakat ini. Bukan sahaja tertinggi di Selangor tetapi berkemungkinan besar antara daerah teramai di seluruh negara. PERKASA Johor mengucapkan tahniah khususnya kepada Pengerusi Perkasa Daerah Klang, Abu Bakar Yahya dan barisan Jawatankuasanya yang menunjukkan komitmen tinggi sejak penubuhan PERKASA di Daerah Kelang. klik di sini

Bilangan keahlian yang ramai sangat penting sebagai lambang sokongan di belakang sesebuah organisasi seperti PERKASA. Apabila keahlian kita ramai, suara-suara, cadangan serta kritikan akan lebih didengari kerana kita mewakili suara ahli yang ramai. Sebab itu PERKASA mendambakan sokongan tanpa berbelah bagi daripada orang Melayu dan Bumiputera dalam memperjuangkan hak-hak mereka tanpa mengira daripada mana mereka datang dan tanpa mengira ideologi politik kepartian.

Bagi PERKASA Johor, PERKASA Kota Tinggi setakat ini sudah menghampiri angka 3000 keahlian walaupun baru sebulan pembentukkan Jawatankuasa peringkat daerah. Sehingga kini keahlian PERKASA Kota Tinggi adalah yang teramai di dalam Johor. Modus Operandi Kota Tinggi hampir sama dengan Kelang. Pengerusi Kota Tinggi, Hj Shukri b Suratman optimis penambahan keahlian di Kota Tinggi akan meningkat dari masa ke semasa. Walaupun PERKASA Kota Tinggi belum dilancarkan tetapi mereka mensasarkan keahlian mencecah 5000 orang dalam masa terdekat ini.

Perlancaran PERKASA Kota Tinggi akan melengkapkan 10 daerah PERKASA di Johor. Sebagai sebuah daerah yang akan menutup perlancaran peringkat daerah-daerah di Johor, jika tiada aral melintang Ke bawah DYMM Sultan Johor sendiri akan mencemar duli bagi melancarkan penubuhan PERKASA Kota Tinggi yang juga merupakan daerah bersejarah dalam negeri Johor.


Amir Hamzah
Batu Pahat

Tiada ulasan: