Selasa, 27 April 2010

Cina : Ekonomi Sudah, Kuasa Yang Belum


1. Walaupun BN menang di P94, Hulu Selangor tetapi para penganalisis banyak menimbulkan persoalan tentang kemerosotan undi Cina yang semakin ketara walaupun beberapa 'durian runtuh' tiba di kawasan mereka. Antara 'durian runtuh' yang diterima adalah peruntukan RM3 juta kepada SRJK(C) Rasa dan beberapa peruntukan lain.

2. Hakikatnya 72% masyarakat Cina telah mengundi calon PKR Datuk Zaid Ibrahim. Undi BN merosot daripada 37% kepada 28% berbanding pilihanraya umum ke-12.

3. Menyokong Zaid Ibrahim, sama lah seperti menyokong DAP. Sebahagian besar kaum Cina di Selangor lebih cenderung untuk mengukuhkan kuasa Democratic Action Party (DAP). Keadaan ini mudah dibaca kerana Selangor adalah antara negeri jajaran Cina di Semenanjung atau dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil "The Chinese Belt”. Gelaran ini telah diberikan oleh Allahyarham Dato Onn berdasarkan tumpuan pendudukan kaum Cina adalah di bandar-bandar di negeri –negeri pantai barat seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban dan Johor Bharu selain Pulau Pinang, Melaka dan Singapura (Bekas negeri-Negeri Selat)

4. Kerisauan Dato Onn itu menjadi kenyataan apabila keputusan Pilihanraya Umum ke 12 melihat kejatuhan negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Selangor , Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke tangan pembangkang. Negeri Sembilan, Melaka dan Johor diberi saingan sengit.

5. Mereka sudah menguasai ekonomi Malaysia. Dari segi ekonomi pemilikan tanah dan bangunan di bandar di kuasai oleh kaum Cina kerana kekuatan ekonomi mereka. Sama ada sedar atau tidak, orang Melayu kian di tolak sedikit demi sedikit secara halus ke kawasan-kawasan pinggir bandar. Ini ditambah lagi dengan pembelian tanah di Malaysia oleh orang-orang Cina Singapura.

6. Setelah menguasai ekonomi, sudah sampai masanya mereka memberi tumpuan kepada penguasaan politik. Di Perak dan Selangor DAP mempunyai suara yang kuat apa tah lagi di Pulau Pinang DAP berkuasa penuh. Di Malaysia, DAP tidak boleh berdiri sendiri untuk menguasai politik Malaysia tanpa bantuan daripada orang-orang Melayu dan India di dalam PKR dan PAS. Jika tidak ada perpecahan dikalangan orang Melayu, DAP agak sukar untuk melonjakkan penguasaan parti mereka.

7. Politik orang Cina mudah dibaca sebenarnya. Ketika politik Melayu berada di dalam keadaan kuat mereka akan diam dan mengikut. Mereka akan menunggu dan mengambil peluang ketika pemimpin-pemimpin Melayu bercakaran. Pada pilihanraya tahun 1990 mereka bergabung dengan Parti Melayu Semangat 46 pimpinan Ku Li dan pilihanraya ke 12 lalu mereka bergabung dengan PKR dan PAS. Dalam mana-mana pakatan politik, politik Cina akan lebih untung.

8. Bagi orang Cina, parti tidak penting tetapi bangsa mereka lebih utama. DAP, MCA dan Gerakan hanya alat permainan politik mereka.

9. Mengapa mereka mahu menguasai politik:
- Mereka tidak mahu duduk di bawah pemerintahan orang Melayu. Mereka lebih kaya dan sepatutnya yang kaya itu yang menguasai politik. Ini satu cabaran kepada mereka.
- Mereka menganggap mereka rakyat kelas 2 kerana ada beberapa perkara khususnya perkara 152 dan perkara 153 di dalam perlembagaan itu tidak adil kepada mereka sebagai rakyat Malaysia. Hasad dengki kepada orang Melayu sentiasa membara.
- Jika ada peluang, mereka ingin menguasai Malaysia setelah berjaya menguasai Singapura pada tahun 1965.
- Mereka jenis bangsa yang tamak. Sama taraf dengan Yahudi di Timur Tengah sementara Orang Cina pula di tengah alam Melayu.

10. Apa yang hendak dilakukan oleh orang Melayu? Jikalau benar-benar mereka hendak bertuankan Anwar, Hadi dan Lim Kit Siang selepas pilihanraya ke 13 silalah menyokong Pakatan Anwar daripada sekarang. Jika 1/4 sahaja pengundi Melayu menyokong Anwar sudah memadai untuk Anwar bertahta di Putrajaya. Kes Liwatnya pun tutup buku.......

Amir Hamzah B Hj. Mohamad
Setiausaha,
PERKASA Johor.

Ahad, 25 April 2010

Zaid Tak Jadi Mabuk.


Jikalau PKR menang malam ini, bagaimana lah agaknya Zaid meraikan kemenangannya? Semasa kempen PRK P94, Hulu Selangor Zaid dihentam bertalu-talu sebagai peminum arak tegar dan terlibat dengan judi lumba kuda. Namun Zaid tetap meraih undi sebanyak 23,272 undi. Dari mana undi sebanyak ini diperolehi Zaid?

1. Majoriti daripada pengundi-pengundi Cina terutama peti undi orang muda atau pengundi baru. Dikhabarkan 75% - 80% datangnya daripada pengundi Cina. Saya menjangkakan 90% undi Cina akan mengundi PKR. Janji peruntukan RM3 juta untuk sekolah Cina, hadiah mesin dialisis cuci buah pinggang 4 biji, duit RM90,000 untuk baiki jalan ke kubur Cina pun belum dapat menarik undi Cina yang ramai. Diharap lain kali, PM kena tengok undi di saluran pengundi Cina , jika menang barulah janji-janji ditunaikan. Jikalau tidak kena tipu memanjang la....

Contoh sebelum keputusan rasmi:
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 1 - PKR 135, BN 82
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 2 - PKR 272, BN 212
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 3 - PKR 490, BN 205

Tidak rasmi - PKR 897, BN 499

Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 2 - PKR 203, BN 77
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 4 - PKR 256, BN 73
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 1 - PKR 207, BN 56
Kg Baru Batang Kali (Chinese area), saluran 1- PKR 220, BN 58
Kg Bahru Kerling (Chinese area), saluran 1 - PKR 268, BN 122
Kg Baru Rasa (Chinese area), saluran 1 - PKR 301, BN 75

2. Melayu liberal daripada Melayu PKR dan Melayu PAS.

3. Melayu yang tidak puas hati dengan calon MIC tetapi mahukan calon Melayu di Hulu Selangor.

4. India PKR dan India DAP.

5. India MIC yang kecewa Palaniveal tidak terpilih sebagai calon.

Berbanding dengan PRU ke 12, Undi Melayu telah berbalik kepada BN sementara undi India pun begitu juga. Sedikit sahaja undi cina yang berbalik kepada BN setelah lebih beberapa juta dikhususkan kepada mereka. BN telah menjanjikan lebih RM40 juta sepanjang PRK P.94 ini.

Sekurang-kurangnya kemenangan BN telah menyekat Zaid daripada mabuk sakan malam ni...hehehe

Amir Hamzah b Hj Mohamad
Setiausaha
PERKASA Johor.

Isnin, 19 April 2010

Klentong 3 Anak Pak Ibrahim Dah Tak Laku.

Tiga orang anak Pak Berahim yang saya maksudkan adalah Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim dan Zaid Ibrahim. Mereka ini sedang menyinsing lengan di gelanggang pilihanraya kecil P94, Hulu Selangor sehingga hari mengundi pada hari Ahad 25 April akan datang. Mungkin secara kebetulan nama bapa mereka adalah serupa dan secara kebetulan mereka ini adalah antara orang-orang penting dalam PKR.

Walaupun ketiga-tiga orang ini adalah watak utama dalam PKR tetapi mereka membawa sekantung masalah untuk berhadapan dengan pengundi di Hulu Selangor. Mereka bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan pengundi tetapi kepada penyokong-penyokong mereka sendiri. Semalam Anwar sekali lagi menerima tamparan hebat apabila sahabat yang sama-sama memperjuangkan penubuhan PKR pada 1999 telah keluar parti dan memilih UMNO sebagai parti pilihannya. Datuk Dr Halili b Rahmat yang juga bekas doktor peribadi Anwar telah mengambil keputusan nekad di tengah-tengah kesibukan kempen pilihanraya.

Antara komen menarik Halili seperti yang dipetik daripada Utusan Malaysia, 'Saya tidak pandai berkata-kata dan mengutuk orang tetapi saya hanya tahu menyelebahi pihak yang benar'. Walaupun bukan Azmin Ali atau Wan Azizah yang keluar parti tetapi dikala saat getir ini keputusan Halili itu akan memeningkan lagi kepala Anwar. Tambahan lagi Halili pasti akan digunakan untuk ceramah menyerang Anwar dan PKR.

Strategi Anwar untuk menyerang BN atas isu firma perunding Apco Worldwide (Apco)sudahpun dijawab kerajaan malah telah diterangkan secara terperinci oleh Apco sendiri. Walaupun sudah dilakukan di Dewan Rakyat tetapi Anwar terus memanaskan lagi isu ini dalam siri kempen-kempen pilihanraya. Rakyat sudah jelak dengan taktik ini dan ramai dikalangan rakyat berpendapat bahawa tujuannya semata-mata untuk mengalihkan pandangan umum daripadsa pertuduhan liwatnya yang tidak selesai-selesai.

Klentong Anwar abad ini ialah dengan mengatakan bakal berlaku peralihan kuasa Kerajaan Persekutuan pada 16 September 2008 pada hal tidak ada apa-apa pun yang berlaku walaupun Anwar menyatakan keyakinan ada 30 MP BN akan melompat ke Pakatan Pembangkang. Lebih memualkan Anwar cuba mengaitkan dengan Panglima Angkatan Tentera serta penglibatan Yang Dipertuan Agong dalam peralihan kuasa tersebut.

Ceramah Anwar di Hulu Selangor dikhabarkan agak dingin. Malam tadi semua ceramah Anwar dibatalkan kerana kehadiran sekitar 50-60 orang pada malam sebelumnya sungguh mengecewakannya. Malah Anwar terbang ke Sibu pula. Pendekata klentong Anwar Ibrahim dah tak laku lagi di Hulu Selangor.

Khalid Ibrahim, MB Selangor pastinya akan dihujani dengan tuntutan-tuntutan rakyat seperti mana yang dijanjikan pada PRU 2008 yang lalu.

Itu tidak termasuk isu pasir yang sepatutnya mengutip hasil pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009. Namun sehingga 21 Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diperolehi hanya RM 4,678,021.84. Cekap atau tidak Si Khalid gagap ni?

Bagaimana pula dengan Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor (YBK) yang berjuang untuk membasmi kemiskinan di Selangor. Baca di sini untuk lebih jelas lagi.

Anak Pak Berahim yang ketiga ialah calon PRK P94 mewakili PKR Zaid Ibrahim. Pemilihannya juga satu kontroversi. Beliau bukannya anak tempatan walaupun sudah 30 tahun menetap di Petaling Jaya. Mungkin itu isu kecil. Bagaimana pula tentang isu moral yang mendapat liputan meluas dikalangan media baru dan para blogger. Azmin Ali mungkin tersenyum lebar kerana BN telah membantu beliau 'menjahanamkan' impian Zaid. Sehingga setakat hari ini, Zaid tidak dapat menangkis dengan kemas semua dakwaan yang berkaitan dengan moralnya.

Serangan bertali arus daripada BN benar-benar membuatkan 3 orang anak Pak Berahim dalam keadaan cemas.

Amir Hamzah b Hj Mohamad
Setiausaha PERKASA Johor.

Ahad, 18 April 2010

Pengundi Cina Tumpuan Anwar Dan Zaid!


Semasa PRK Permatang Pasir,PAS serang bagai nak rak peribadi calon BN Rohaizat Osman daripada isu isteri kedua Rohaizat yang menjadi bahan kempen utama di pilihanraya kecil itu sehinggalah isu dakwaan pecah amanah Rohaizat sebagai peguam. Akhirnya Rohaizat kalah kerana rakyat melihat isu moral dan isu peribadi menjadi pertimbangan terakhir pengundi.

Apabila Zaid Ibrahim dipilih menjadi calon PKR dalam PRK P94 Hulu Selangor ianya bukan sesuatu yang mengejutkan. Ini pilihan Anwar Ibrahim dan kerusi Hulu Selangor memang diperuntukan untuk PKR. PAS dan DAP mengikut sahaja. Adakah pemilihan Zaid berasaskan kepada ketinggian peribadi dan kebersihan daripada isu atau skandal?, Tidak, itu bukan pertimbangan Anwar kerana dirinya sendiri bukan seorang yang bermoral. Kesnya masih lagi tidak selesai bahkan bertangguh-tangguh.

Adakah Anwar tidak tahu masalah Zaid? Adakah Anwar tidak terfikir masalah moral Zaid itu akan menjadi isu dan memberi peluru kepada BN untuk menyerang PKR. Sudah tentu Anwar sedar dan faham. Kefahaman Anwar ini boleh diterjemahkan melalui kata-kata MB Selangor, Khalid Ibrahim. Menurut Khalid, 'Zaid pernah diterima sebagai wakil rakyat di Kota Bharu waktu dalam UMNO dulu sedangkan masyarakat di situ konservatif tentang Islam.

“Saya percaya dia tidak sukar di sini ( Hulu Selangor) ..saya percaya dia sukar di Kota Bharu …di Kota Bharu rakyat …saya difahamkan lebih konservatif dari segi pengamatan Islam…tapi mereka pilih saudara Zaid…di Hulu Selangor…saya tak taulah..tapi tak sekonservatif dengan Kota Bharu….oleh itu telahan itu tidak manasabah…untuk kita tidak memilih saudara Zaid'

Kenyataan Khalid ini adalah satu penghinaan kepada pengundi Islam di Hulu Selangor. Adakah masalah moral Zaid itu seperti peminum arak dan rasuah seperti yang dilaporkan di internet itu sesuatu yang biasa di Hulu Selangor dan luar biasa di Kota Bahru. Rendah sangatlah keimanan dan ketaqwaan pengundi Islam Hulu Selangor mengikut kaca mata Khalid.

Jikalau Anwar tahu, isu ini bakal meletup mengapa pula Anwar masih memilih Zaid Ibrahim dan bukan orang lain. Dikhabarkan ramai pemimpin-pemimpin PKR yang kurang bersetuju di peringkat awal termasuk Azmin Ali tetapi atas kehendak bos mereka siapalah yang boleh membantah. Apakah agaknya rasional yang diberikan oleh Anwar sehingga akhirnya semua orang menerima Zaid?

Anwar hampir pasti mensasarkan undi besar PKR akan datangnya daripada 90% undi Cina yang mewakili 32% daripada jumlah pengundi di Hulu Selangor. Pengundi Cina menganggap Zaid tergolong dalam kategori Melayu Liberal seperti mana Melayu yang bernama Anwar Ibrahim atau Khalid Samad. Pengundi Cina tidak kisah Zaid itu anak tempatan atau tidak. Pengundi Cina tidak kisah Zaid itu seorang peminum arak tegar atau tidak. Pengundi Cina tidak kisah Zaid itu kaya atau tidak. Pengundi Cina pun tidak kisah Zaid tu terlibat dengan rasuah walaupun Zaid Ibrahim pernah digantung 18 bulan (tuduhan politik wang) dari aktiviti politik oleh UMNO kemudian dilantik menjadi menteri selepas diberikan status SENATOR oleh Paklah . Namun itu semua akan dipersetankan oleh pengundi Cina kerana mereka akan melihat rekod Zaid.

1. Zaid lebih dikenali sebagai orang yang berjaya memalukan Tun Dr Mahathir dengan bayaran ex-gratia kepada bekas-bekas hakim yang dipecat di zaman Tun ketika beliau menjadi Menteri Undang-undang. Zaid dilihat seorang yang anti Tun Mahathir.

2. Zaid akan membantu merealisasikan kehendak orang-orang Cina untuk menghapuskan ISA atau Akta keselamatan Dalam negeri yang dikatakan kejam dan tidak adil untuk rakyat Malaysia.

3. Zaid pernah mengecam DEB atau Dasar ekonomi Baru. Dasar ini dianggap kuno oleh Zaid walaupun beliau datang daripada dasar ini. Beliau juga memperlekehkan konsep Ketuanan Melayu yang menjadi asas kepada perkara 152 dan 153 Perlembagaan negara. Kehendak Zaid sama dengan kehendak kaum Cina.

4. Zaid pernah mengheret PAS Kelantan ke mahkamah berkaitan hukum hudud di Kelantan yang dikatakan bertentangan dengan perlembagaan negara. Tindakan Zaid ini sangat disenangi oleh Cina dan India DAP kerana DAP memang anti kepada hukum hudud.

5. Orang-orang Cina amat senang dan selesa dengan pendirian Zaid berkenaan isu kalimah Allah, isu 16 September, isu Anwar Ibrahim terlibat dalam organisasi pelobi Yahudi antarabangsa, Hak Keistimewaan Orang Melayu, isu dasar Bahasa Melayu, isu Malaysia Malaysian.

Dengan sokongan besar pengundi Cina di Hulu Selangor ditambah sokongan ahli-ahli PAS dan PKR Melayu dan DAP serta PKR India, Anwar Ibrahim menaruh harapan tinggi untuk kekalkan P94 di tangan PKR sekali lagi.

Apa pula pendirian orang Melayu yang mempunyai majoriti 59% daripada jumlah pengundi di Hulu Selangor? Sanggupkah orang Melayu Islam di Hulu Selangor melihat Zaid ini menjadi wakil rakyat dan akan berlagak sombong di parlimen kelak?

Orang Melayu tidak ada pilihan lain kecuali mengurangkan perpecahan. Khususnya penyokong PAS sanggupkah orang-orang PAS mengundi orang yang telah menyeret hukum Allah ke mahkamah? Ramai orang yang tahu bahawa 'Penyokong Pas Kecewa dengan Zaid Ibrahim'

Seandainya Melayu berjaya mengurangkan perpecahan ditambah dengan sokongan padu daripada pengundi India dan sokongan padu daripada parti-parti India komponen BN, pilihanraya PRK P94 Hulu Selangor akan berpihak kepada BN walaupun dengan majoriti kecil. Memberi undi kepada Kamalnathan bermakna memberi undi kepada Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin. Undi Zaid Ibrahim bermakna memberi undi kepada Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang,Hadi Awang dan Karpal Singh.

10 Sebab
Zaid Ibrahim Mesti Ditolak
Di Hulu Selangor! klik di sini


Amir Hamzah bin Hj Mohamad
Setiausaha,
PERKASA Johor.

Sabtu, 17 April 2010